
Hadi terbangun di pagi hari mendengarkan deringan alarm yang telah disetkannya.. Dengan malas dia lansung menutupi deringan alarm itu dan menyambung tidurnya. Seketika kemudian, Alarm itu berbunyi lagi.. Deringan itu membuatkan Hadi semakin tidak selesa untuk menyambung tidurnya. Hadi lantas bangun dan lansung mengambil jam itu. Dia yang masih mamai lalu bercakap dengan jam loceng itu “ Engkau kenapa ni, Pagi pagi lagi dah bising. Kau tak tahu ke harini aku cuti hari minggu” sambil memegang jam loceng itu dan menatapnya. Dia menampar nampar jam loceng itu. “ Kalau kau nak riwayat kau pendek, Kau bunyi lah sekali lagi. Memang nanti kau tak kan ada anak cucu dah” ujar Hadi memperingati jam loceng itu. Dia pun melempar jam loceng itu di bawah katilnya dan menarik semula selimut untuk tidur. “ Selamat malam” sambil mengatakan kata kata azimat sebelum tidur. Entah kepada siapa dia ucapkan kata kata itu. Ketenteraman itu tetap tidak dapat bertahan dengan lama. Jam loceng itu tetap berbunyi selang lima minit setelah nya, Bahkan jam loceng itu berbunyi lebih kuat dek kerana gemaan yang terhasil dari bawah katil
Hadi yang mula merasakan emosi lansung bangun sambil menggaru garu kepalanya. Dia pun menoleh ke bawah katilnya dan mengambil jam itu. Dia meletakkan jam loceng itu di atas mejanya dan duduk menghadap jam loceng itu.
“ Kau ni apehal?Kau tahu tak hari ini kan aku cuti....cuti... cutiiiiiii... ” Sambil menumbuk numbuk tangannya dan sedikit menjerit. “ Ape yang kau dendam sangat dengan aku ni. Kau ingat senang ke aku nak dapat peluang macam ni. Adoiiiiii.... ” Kata Hadi sambil menepuk nepuk jam itu. “ Kalau bukan sebab jasa kau yang kejut aku pagi pagi, Memang dah lama kau ni aku simpan dalam kotak peti mayat kau tahu takkkk..... ” Dia pun bangun dan berjalan dalam biliknya“ Adoiiii... penaaaaat la macam ni. Aku nak tidur dengan aman pun tak boleh” Hadi mula merepek seorang diri hanya kerana sebuah jam loceng. Sebenarnya Hadi tidak tahu cara untuk mutekan jam loceng itu.
__ADS_1
Ibunya yang mendengar suara Hadi dari dalam biliknya pun lansung menuju dan membuka pintu biliknya. Daun pintu dibuka. Ibunya hanya membuka celah yang kecil agar dapat melihat anaknya itu sedang bercakap dengan siapa.. Dia melihat gelagat anaknya yang bergaduh dengan sebuah jam loceng.. Sambil menggeleng gelengkan kepalanya“ Adi.. kenapa? ” Kehadiran ibunya itu membuatkan Hadi terkejut. “ Matahari dah ada atas kepala pun masih nak tidur lagi” tegur ibunya seperti marah. “ Mana ada mama. Adi dah bangun. Nanti Adi ada oral kat kelas, Tu yang adi praktis dulu takut kekok” Balas Hadi senyum buat buat. “ Ye lah tu, Kamu tu anak jantan. Berubah la sikit. Bangun awal sikit. Tolong abah dekat luat sana, Mesin rumput ke, Pergi bersihkan kandang ke.. ” beletir ibunya setelah melihat anaknya yang masih ingin tidur “ Ini tidak, Malam malam berjaga sampai ke pagi, Sembahyang entah buat entah tidak” Sambung beletir ibunya.
Hadi yang mendengar lansung bangun dan mengambil tuala. Dalam hatinya dia menganggap teguran itu adalah teguran sayang. “ Kalau aku tak berubah ni, Hari hari kena beletir ni. Tak ape Hadi, Ini pun demi kebaikkan kau jugak. Kalau tak ada orang tegur kau. Kau akan jadi budak jahat. Jadi bersyukur lah wahai Hadi kerana mempunya seorang ibu yang mengambil berat tentang kamu” Bisik Hadi kepada dirinya. Sebelum dia keluar untuk membersihkan diri, Dia masih memandang tajam jam locengnya itu. “ Siap kau kejap lagi. Aku sembelih sembelih kau buat sate” Bisik Hadi sambil berjalan keluar dari biliknya menuju ke bilik air.
Dia yang masih asyik memikirkan jam loceng itu pun lansung teringat “ Eh, patut la tak ada apa apa noti. Aku off data semalam” Fikir Hadi dan lansung masuk melihat telefonnya. Baru datanya di on, Ternyata hanya sampai satu perkataan “ Night”. Hanya itu sahaja perkataan yang dibalasnya. Hadi mula berfikir bagaimana dia nak mulakan perbicaraan. Lantas dia mendapatkan satu idea. Dia pun memulakan mesej. “ Morning, Jom pergi kelas, jangan bangun lewat sangat ” Sambil mengantar emoji beruang comel. Dia berharap perempuan itu akan segera membalas mesejnya itu. Setelah dibaca baca semula. Dia baru menyedari yang waktu itu sudah tengah hari. Dia berniat memadamkan semula mesej itu, Tiba tiba. ......“ Morning, Pergi lah kelas. Saya harini tak ada kelas". Sambil mengantar emoji budak yang sedang ketawa. “ Aik, Aku ingatkan aku je yang selalu bangun lewat, Rupanya dia pun sama” Fikir Hadi sendirian. Dia yang baru berniat membalas mesej itu pun dipanggil oleh ibunya di dapur. Sekejap lagi lah aku balas. “ Tolong mama beli barang dapur, Abah kamu penat dah sepagi buat kerja, Kamu pulak lah yang tolong mama pergi beli barang”. Hadi tidak membantah dan lansung keluar pergi membeli barang. Selesai keluar membeli barang. Dia pun cepat cepat membuka chat antara dia dan wanita itu. Dia pun cuba mengajak perempuan itu untuk keluar makan. Dia pun membalas mesej membalas kata kata dari perempuan itu.
__ADS_1
“ Iyalah iyalah. Petang ni nak keluar makan tak. Tapi awak kena belanja saya la. Ini claim untuk yang kedua" Balas Hadi cuba mengajak perempuan itu keluar. Respon yang diberikan wanita itu sangatlah cepat. Dia lansung membalas chat Hadi “ Kenapa nak ajak saya?, dan kenapa saya yang kena belanja pulak? ". Melihat balasan chat yang dia dapatkan, Dia membalas seperti orang yang hilang harapan. “ Nak ke tak nak, kalau tak nak saya balik makan kat rumah la. Segan saya nak makan sorang sorang". Balas Hadi. “ Mana kawan kawan awak, kenapa awak nak kena makan sorang sorang? ” Tanya perempuan itu.
“ Diorang semua Busy ada kelas sekarang". Balas Hadi menipu. “ Sekarang, bukan petang ni! Awak nak makan, kan petang, Astagfirullah. " Balas perempuan itu. Hadi yang sudah kehilangan ayatnya hanya mampu membalas “ Kalau tak nak sudah". Balas Hadi ringkas. “ yelah yelah, dah orang memaksa, Jap nak makan sekarang ke?". Tanya perempuan itu inginkan kepastian. “ Boleh jugak, saya tunggu dekat Numb grill depan Cmart tu”. Balas Hadi dan lansung bersiap untuk keluar makan. “ Nak kemana pulak tu? ” tanya ibunya. “ Nak jumpa kawan jap mama. Dekat IPT. Boleh mama?” Tanya Hadi. “ Pergi beritahu abah dulu” Jawab mamanya. Dia pun keluar dari rumah mencari ayahnya. “ Abah adi nak keluar jap, pergi jumpa kawan dekat IPT.” Ayahnya tidak merespon panjang “ Ada duit tak tu nak keluar?". “ Ada.” Balas Hadi. Ayahnya mengeluarkan dompet dan menghulurkan sedikit. “ Jangan balik lewat” pesan ayahnya. hadi yang merasa serba salah pun memutuskan untuk mengambil duit itu. “ Baik abah” Dia pun bergegas pergi ke tempat yang sudah dijanjikan. Sebelum menaikki motosikal nya. Telefon nya bergeta mendapatkan mesej baharu. “ Okay”. Itu adalah jawapan yang sedang di tunggu tunggu olehnya. Dia pun lansung bergerak pergi ke tempat itu.
Bersambung........
__ADS_1