Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Ada apa dengan cinta? III


__ADS_3

“ Jom pergi watson jap, aku nak beli barang sikit” ajak adik.“ Elok jugak la, aku pun nak pergi situ cari barang” Balas Mija. Mereka pun bergerak menuju ke tempat itu. Dalam perjalanan, Mija mendapatkan kol dari seseorang yang telah lama dia ignore. Dia pun seperti sedikit kaku ketika mendapatkan panggilan itu. Dia sedikit ragu untuk mengangkat panggilan itu. “ Dia kol waktu ni la pulak". Fikir Mija dalam hati. Dia lantas mengabaikan panggilan itu. “ Siapa kol, kenapa tak angkat? ” tanya adik. Mija tidak membalas pertanyaan adik. tiba tiba Mesej masuk ke whatsapp nye. Dari My luv. Adik yang sempat mengerling sedikit terbaca nama dari mesej itu. “ Kata dah tak suka, tapi contact save My luv lagi” bisik adik dalam hati.


Adik tiba tiba terkejut“ Ya Allah Mija, Aku lupa harini aku Kena pergi Melawat tok aku. Tak ada orang jaga harini. ” Sedang melihat fonnya seolah olah dia mendapat mesej.“ Sorry Mija aku nak kena balik dulu". “ Biar betul kau ni, Takpelah kalau kau ada keja. Kau hantar aku dulu ambil motor” Balas Mija percaya akan kata kata adik. Adik pun menghantar Semula Mija ke Kedai tadi untuk mengambil motor. “ Sorry Mija, Aku tak sempat nak luangkan masa dengan kau”. “ Tak pe. Balik elok elok, Jangan pergi melencong pulak. ” Balas Mija begurau sambil melambaikan tangannya. Setelah adik hilang dari penglihatan matanya. Dia pun duduk di bawah satu pokok sambil mengeluarkan semula fonnya. Dia melihat kembali mesej yang diterima. Dia tidak tahu harus memulakannya dari mana. Sudah lama Dia berhenti berkomunikasi dengan lelaki itu walaupun Hanya sebulan.


3 Tahun lalu,

__ADS_1


Panggilan masuk, “ Sayanggg" Mija membuka awal bicara dengan suara yang sedikit garau seperti baru sudah menangis. “ Kenapa sayang? awak ok tak?" . “ Saya ok, Awak buat apa? ”. Mija cuba menukar topik. “ Sayang, jangan la tukar topik. Saya bukan baru kenal sayang saya sejam lepas. Awak tak nak kongsi masaalah dengan saya ke?”.“ Sayang tak tahu kenapa, Harini sayang tak ada mood". “ Sayang ada masalah dengan kawan ke family? Kalau family saya pun tak boleh masuk campur. kalau kawan tu insya Allah saya boleh bantu sikit. Tapi hanya dengan sedikit ceritalah. Kalau cara lain tu saya tak boleh, Sebab kamu yang kena selesaikan sendiri. Saya hanya boleh support kamu dari belakang. Cuba cerita dekat saya, mungkin saya tak boleh selesaikan masaalah kamu, Tapi sekurang kurangnya, kamu ada tempat untuk berkongsi masaalah, Masalaah tu akan kurang sikit dari kepala sayang ". “ Sayangggg.... Panggil Mija dengan suara manja...Saya tak boleh cerita lagi sekarang ni.. "


“Kalau kamu Tak boleh cerita tak apa, Saya yang akan buka cerita.. Kamu cuba dengar dan faham cerita ini..... Sambil dalam nada bercerita dalam bahasa indonesia...Sudah menjadi kebiasaan dirinya untuk meniru bahasa indonesia. Kamu mahu tahu enggak, kita itu kan selalu menganggap yang rasul kita itu, selalu bersama sahabatnya yang soleh soleh. Seperti Umar, Abu Bakar, Gitu kan. Tapi yang sebenarnya itu, Nabi kita muhammad itu ada seorang sahabat yang perangai nya itu sedikit aneh, namanya Nu'aiman. Aneh bagaimana, Anehnya itu Ngak berapa masuk diterima akal... Lelaki itu pun bercerita seperti sedang bertazkirah sebagai seorang ustaz jemputan dari indonesia. Dia ketawa ketika ingin menyebutkan kisah Nu'Aiman.“ Nu'aiman ini perangainya ngampas ngampas gitu. Dia ini orang yang suka mabuk mabukkan. Tetapi setiap kali dia mabuk, Ke esokkan harinya dia akan berjumpa dengan nabi dan meminta ampun kepada nabi. Lalu nabi cambuk dia....hari ini ketika dia mengaku dan berjanji dia tidak akan mabuk lagi... esoknya datang lagi dia ngaku ke nabi yang dia masih mabuk... ".. Sambil sedikit ketawa ketika menceritakan tentang kisah Nu'aiman itu. Mija yang mendengar dia bercerita pun ikut sedikit ketawa kerana gaya penceritaanya dan kisah itu.


“Saya nak cerita dekat kamu. Dalam hidup kita ni tak semua berjalan seperti yang kita harapkan. Ada satu ketika Allah akan bagi sesuatu yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu mahukan. “ Mungkin sesuatu yang kamu perlukan Allah beri dalam bentuk yang kamu tak suka, tapi tak bermaksud benda itu buruk untuk kamu. Dalam hidup kita ini, mungkin ada benda yang kita tak boleh jangka. Tapi suka tak suka hidup kita ni perlu diteruskan". Mija yang mendengar nasihat dan cerita dari lelaki itu pun membalas “Ocey" dengan nada yang seperti budak budak manja . “ Sayangggg, saya nak dengar lagi cerita...". Pinta Mija. “ Tak boleh selalu, Nanti saya dah tak ada cerita ”. Jawab lelaki itu sambil ketawa kecil dengan nada jahat“ whahahahhaa ".

__ADS_1


Mija pun ketawa sorang sorang ketika dia teringat tentang kisah sahabat nabi yang diceritakan. “Nu'aiman. Nama pun dah hampir sama, Perangai pun lebih kurang". Mija yang tadinya berada dalam keadaan yang gusar kini menjadi tenang setelah teringat akan kisah Nu'Aiman yang dicerita oleh lelaki itu. “ Saya berharap awak masih tak berubah walaupun dah lama kita tak contact". Bisik Mija dalam hati sambil berjalan menuju ke motor untuk pulang ke rumah.


“ Nu'Aiman ni terkenal dengan satu lagi cerita, Sehingga ada satu lagi riwayat yang mengatakan " Tidak akan tersenyum Rasullullah Kecuali Nu'Aiman datang". “ Cerita lah, sayang nak dengar..... " Pujuk Mija kepada lelaki itu.... " Nu'Aiman ni......"


Bersambung........

__ADS_1


__ADS_2