
"sudah dua hari musim sejuk melanda.Aku paling benci musim sejuk!"seorang gadis lingkungan 21 tahun mengeluh kecil.Gadis itu duduk bersila dihadapan unggun api yang membara.Selimut yang menutupi tubuhnya ditarik hingga ke kepala.
"urghh...dingin sekali...bagusnya jikalau aku merupakan penyihir api.Sudah pasti aku tidak akan kedinginan.Tapi sayangnya aku adalah seorang penyihir air/ais."sekali lagi gadis itu mengeluh.Dia sangat teringin mempunyai kuasa api seperti ayahnya.Ingatan gadis itu terimbas di fikiran.
15 tahun yang lalu...
"Ayah!Cuaca di luar sangat dingin.Ika kedinginan..."seorang kanak-kanak perempuan merengek manja.Ayah kanak-kanak itu mengusap kepala gadis itu lembut.
"Jangan risau...Ayah akan melakukan satu sihir agar ika tidak berasa dingin..."
"Sihir!Sihir apa?"
__ADS_1
"Kamu lihat saja!"Ayah gadis itu menghampiri kayu api yang bertimbun di hadapannya lalu mengarah jari telunjuknya.Mantra dibaca dengan berhati-hati.Beberapa cahaya seperti percikan api menuju kearah kayu api yang menimbun itu maka terhasillah api yang semakin membara.
"Hore!Ayah hebat sekali!"kanak-kanak itu menepuk tangan .Ayah kanak-kanak itu mendukung gadis kecil itu.
"Ayah,Ika penyihir apa?"
"Mungkin kamu merupakan penyihir air meyerupai ibumu kerana kamu tidak bisa menahan kedinginan..."
"Iya,ayah pasti puteri ririka!"
………………………………………………………………………………
__ADS_1
Gadis yang bernama ririka itu menangis sambil tersenyum.Dia bingkas bangun dari duduk.Air mata yang mengalir di pipi dikesat.Salji yang menimbun dihadapan rumahnya membuatkan dia berkurung selama beberapa hari.Dia tidak berani keluar kerana takut kedinginan.
Bingkai gambar di atas meja diambil.Dia menatap sayu gambar itu.Di dalam gambar itu terdapat dia dan seorang kanak-kanak lelaki berambut merah dan mata berwarna kebiruan.Kanak-kanak lelaki itu sering muncul di dalam mimpinya namun sayangnya ririka tidak sama sekali mengenali kanak-kanak lelaki itu.
Tiga tahun yang lalu dia kehilangan sebahagian daripada ingatannya kerana terkena sihir penghancur memori.Ririka cuba mengigatinya tetapi tidak berjaya.Bingkai gambar itu diletakkan semula di atas meja.Pandangannya beralih pula ke arah kelandar.Ririka merenung kelandar itu lama.Tiga hari lagi dia perlu meninggalkan rumah yang didiaminya kini kerana mengikut ramalan penyihir ruang masa tempat itu akan mengalami tanah runtuh.
Ririka memandang di luar tingkat.Kelihatan beberapa orang kanak-kanak bermain salji.Ririka mengukirkan senyuman melihat telatah kanak-kanak itu.Salah satu daripada mereka melihat Ririka dengan sebuah senyuman.kanak-kanak itu melambaikan tangan ke arah Ririka.Ririka melambainya kembali.
'Alangkah seronoknya jika dapat keluar di musim sejuk.Menikmati musim sejuk dan salji yang dingin.Ingin sekali aku bebaring di atas salji dan menyentuh salji dengan tanganku sendiri .Pasti dingin.Ingin saja aku membina orang salji bersama dengan penyihir yang tinggal bersamaku.'Ririka berkata di dalam hati.Dia tahu semua itu tidak akan terjadi kerana dia penyihir air dan ais yang tidak bisa menahan kedinginan dan memakan makanan yang sejuk terlampau banyak.Walaupun begitu dia sangat bersyukur kerana dia merupakan satu-satunya pewaris ibu.
Notis:
__ADS_1
'..............................................'bermaksud kata-kata di dalam hati.Maaf jika terdapat kekurangan.Saya akan sedaya upaya membuat yang terbaik.Tolong berikan sokongan ya.Terima kasih kerana sudi membaca novel ini!