Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Tempat tinggal baharu


__ADS_3

"Ririka!Ayo kita makan bersama.Hari ini mak cik buatkan sandwith untuk kita."Mak cik Alena yang merupakan pengasuh Ririka menyapa.


"Terima kasih mak cik!"Ririka mengambil roti sandwith yang dibuat mak cik Alena.Pak cik Afred dan anaknya Jame datang menghampiri mereka berdua.


"Kamu berdua pergi kemana dari tadi?"Mak cik Alena terus bertanya sebaik sahaja mereka berdua duduk.


"Kami berbual-bual dengan tuk ketua sebentar berkenaan satu tempat yang akan kita lewati selepas ini."Pak cik Afred berkata sambil mengambil sandwith di dalam bekas.Mak cik Alena mengangguk.Beberapa saat kemudian dia bertanya pula.


"Dimanakah tempat yang akan kita lewati itu?"


"Di kaki bukit hadapan sana.Kita perlu melewati kawasan itu untuk sampai ke tempat tinggal baharu kita tetapi ini mengambil risiko yang tinggi kerana tanah di situ basah dan licin.Kemungkinan besar kita akan jatuh tergelincir jika tidak berhati-hati.Untuk mengelakkan hal ini terjadi kita perlu gunakan kayu sebagai tongkat untuk pertahan.Dengan keselamatan kita lebih terjamin.Tok penghulu sudah memaklumkan kepada tok perkasa agar menyiapkan kayu sebanyak yang mungkin."

__ADS_1


"Baguslah kalau begitu.Oh ya Ririka!Kamu sudah level keberapa?"Tanya Mak cik Alena.Mereka bertiga mengalihkan pandangan ke arah Ririka.


"Sudah masuk level kesembilan."Ririka tersenyum nipis sebelum kembali menguyah sandwith yang masih berbaki di tangannya.Mereka bertiga tersenyum.


"Hebatnya kak Ririka!Tinggal 6 level untuk menjadi petarung lagenda."Jame menepuk tangan.Ririka tersenyum manis sambil mengusap kepala Jame.


"Biasa-biasa saja jika dibandingkan kamu yang level 4 pada usia 6 tahun..."ujar Ririka merendah diri.Mereka berbual sehinggalah waktu untuk berehat tamat.


"Waktu rehat sudah habis!Silakan berkumpul semua!"Kesemua yang berada di situ berkumpul apabila mendengar arahan daripada tok penghulu.Di tepi tok penghulu adalah tok perkasa.


………………………………………………………………………………

__ADS_1


"urghh!Kawasan disini terlalu licin."Ririka mengeluh.


"Bertahanlah Ririka.Jalan disini licin selepas musim sejuk.Sebentar lagi kita pasti akan sampai."Mak cik Alena yang kebetulan berada di tepi Ririka memberi semangat.Ririka hanya mampu bertahan.Kasut bot bertali yang dipakainya juga sudah kotor diakibatkan tanah yang lembut itu.


Ririka mengambil nafas lega apabila berjaya melewati kaki bukit.Dia bersama Mak cik Alena terus berjalan sehinggalah mendengar arahan dari tuk penghulu.


"Berhenti semua!Kita sudah sampai di tempat tinggal baharu kita.Mulai hari ini kalian akan tinggal di sini."Ujar tok penghulu teruja.


"Wahhh!"Semua yang berada di situ mengkagumi kawasan tempat tinggal baharu mereka.Beberapa buah rumah dibina dengan jarak 5 meter.Manakala rumah tok penghulu pula dibina di atas pokok yang ketinggiannya mencapai 6meter.Terdapat satu kolam yang sangat luas di hadapan barisan rumah.Lebih mengujakan apabila mereka terlihat beberapa batang pokok wasteria yang berada di kolam itu.Mereka semua memilih untuk tinggal di rumah masing-masing.Ririka memilih rumah yang dihujung sekali.Dihadapan rumahnya terdapat sebatang pokok wasteria.


Bersambung...

__ADS_1


Notis:


Bagaimana dengan novel ini.Adakah novel ini baik.Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca novel ini.Bab yang seterusnya akan diupdate.Selamat membaca!


__ADS_2