Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Permulaan


__ADS_3

"Hahahahahaha!"Seorang gadis berambut biru tua kehitaman ketawa sambil menghancurkan beberapa buah rumah menggunakan kuasa api.Reo berserta penduduk lain berusaha mengalahkan gadis itu manakala sebahagian daripada penduduk di situ cuba memadamkan api yang semakin marak.


"Kenapa kau menyerang kami?Apa salah kami?"Reo bertanya sambil menyerang gadis itu.


"Aku hanya mengikut perintah yang mulia!"Gadis itu terus menerus membakar rumah di kawasan itu dan menyerang Reo.


"Siapa kau?Apa tujuan yang mulia memerintahkan kau untuk hancurkan rumah kami?"


"Kau tanya siapa aku?"Gadis itu memandang tepat ke anak mata Reo.Serangan sebentar tadi berhenti.Reo mengundur ke belakang perlahan-lahan apabila melihat wajah gadis itu.


"Ririka!!"Reo menjerit ke arah Ririka.Serentak itu juga Ririka menyerang Reo dengan anak panah berapi.


"Ririka!"Reo bangun dari katil secara mengejut.Beberapa minit kemudian dia mengeluh nafas lega.Ternyata itu semua adalah mimpi.


"Wey Reo.Kau ni kenapa bangun mengejut?"Kay yang terbaring di atas katil bersebelahan kiri Reo bertanya.Reo menggeleng perlahan.


"Cuma mimpi buruk..."Reo merebahkan badan di atas katil semula.Baru dia ingat bahawa selepas kejadian di Stadium,dia dan lima orang rakannya dikerjakan ke hospital.Dalam hati dia sangat risau akan Ririka.Esok dia dan rakan-rakannya dibenarkan pupang ke rumah.Dia nekad untuk mencari Ririka sehingga jumpa.


………………………………………………………………………………

__ADS_1


Dua hari kemudian...


"Kay!Kau ada maklumat berkenaan Ririka tak?"Stella duduk di atas sofa bersebelahan Kay.Kay mengeleng kepala.


"Masih lagi tiada perkembangan..."Stella mengeluh perlahan.


"Kalian mahu ke mana?"Stella bertanya sebaik sahaja menangkap kelibat Reo,Kouta,Kelly dan Luna menuruni anak tangga.


"Kami mahu ke pekan Wasteria sebentar..."Reo menjawab dengan tenang.


"Kalau macam tu kami pun ikutlah!"Stella menarik tangan Kay mengikuti mereka dari belakang.


Di pekan Wasteria...


"3 koin emas sahaja..."


"Baik!Saya beli!"Luna mengambil pokok cactus itu dengan gembira apabila memberi 3 koin emas kepada pak cik penjual.Mereka berenam berjalan-jalan di sekitar pekan Wasteria yang sesak dengan kehadiran ahli sihir yang lain.Di balik keramaian,Kelly tertangkap kelibat Queen Rayna.


"Ka...kalian!Tu...tu Queen Rayna kan?"Kelly menunjuk ke arah kelibat Queen Rayna yang semakin menjauh.

__ADS_1


"Jom kejar dia!"Kay terlebih dahulu mengejar Queen Rayna.Mereka berlima mengejar dari belakang.Queen Rayna berpaling ke belakang apabila merasa seperti ada yang mengejarnya.Terkejut dia apabila melihat beberapa kelibat yang sedang mengejarnya.Dia segera melarikan diri ke dalam terowong gelap yang menghubungkan mereka dengan kawasan lapang Wasteria.


"Ber...berhenti!"Reo menjerit ke arah Queen Rayna yang baru sahaja merbehentikan lariannya.Queen Rayna berpaling ke belakang.


"Hahahahaha!Kenapa?letih kerana berlari ke?Kalau kalian mengejar aku kerana sahabat baik kalian baik kalian lupakan kerana Ririka yang kalian kenal sudah lenyap dari dunia ni!"Queen Rayna senyum sinis.Reo mengengam erat tangannya.


"Kauuu!Kembalikan tunang aku!Jurus rahsia peringkat ke tiga belas cakera berapi maksima!"Reo melontarkan beberapa cakera berapi ke arah Queen Rayna.Queen Rayna kekal berdiri di situ tanpa buat apa-apa.Apabila serangan Reo hampir mengenai Queen Rayna,satu kelibat memusnahkan cakera itu dan menyerang balas.


"Jurus rahsia peringkat enam jarum berapi maksima!"Beberapa jarum meluru laju ke arah mereka berenam.Kouta segera menyelamatkan keadaan.


"Tanah pelindung!"Jarum-jarum itu terkena tepat pada tanah pelindung Kouta menyebabkan tananh pelindung itu hancur.


"Hahahahahaha!Bagus wahai pengikutku!"Queen Rayna menepuk bahu gadis itu perlahan-lahan.Mereka berenam membuka mata perlahan-lahan dan melihat ke arah gadis itu dan Queen Rayna.Mereka berenam secara spontan terkejut melihat gadis yang berdiri di sisi Queen Rayna.


"Ririka!!"Mereka berenam menjerit serentak.Ririka langsung tidak menunjukkan respon.


"Hahahaha!Kalian tidak perlu risau.Puteri Glacier akan selamat berada di sisi aku.Melihat muka kalian yang sangat menagih simpati membuatku merubah fikiran.Aku akan berada di dewan lapangan Alexender hujung minggu ini.Kalian perlu berada di situ untuk mendapatkan Puteri Glacier kembali.Tetapi aku rasa kalian tidak akan berhasil."


"A...apa yang kau telah lakukan terhadap dia!"Kelly bertanya sambil cuba mendekati mereka.Belum sempat Kelly mendekati mereka,mereka sudah menghilangkan diri dengan kuasa teleportasi Ririka.

__ADS_1


"Ki...kita perlu dapatkan Ririka balik kalau tidak segala-galanya akan musnah begitu sahaja!"Reo berkata dengan nekad.Mereka mengangguk faham.


Bersambung...


__ADS_2