Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Dirasuk Kegelapan


__ADS_3

"Uhhh..."Ririka membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa dia berada di atas benda yang keras dan dingin.Tangannya seperti diikat dari besi.


"Ohh?Kau dah bangun wahai pengikut baharuku?"Seorang gadis yang memakai gaun bewarna hitam mendekati Ririka.Ririka cuba bangun perlahan-lahan.Beberapa saat kemudian dia dapat melihat wajah Queen Rayna dengan sangat jelas.


"K...kau!Apa...apa yang kau lakukan kepada aku?"Ririka mengundur ke belakang perlahan-lahan.Queen Rayna tersenyum sambil mengangkat dagu Ririka agar bertentang mata dengannya.


"Jangan risau...kau akan terseksa sedikit selepas ini.Kesakitan yang akan kau alami hanya seketika.Zack!"Zack mendekati mereka berdua apabila diperintah pemaisuri kegelapan.Dia memandang Ririka sinis.


"Kau...kau rupanya adalah konco kegelapan!Apa....apa yang kau berdua mahu lakukan ke atas aku?"


"Zack.Bawa dia ke makmal profesor luficer!"

__ADS_1


"Baik yang mulia!"Zack menarik rantai besi di tangan Ririka supaya mengikutnya.Ririka cuba melepaskan diri tetapi tidak berhasil.Pengelangan tangannya bewarna kemerah-merahan akibat rantai besi yang diikat di tangan.Akhirnya Ririka terpaksa mengikut Zack dari belakang.


Di makmal Profesor Lucifer...


Zack membuka rantai besi di pergelangan tangan Ririka dan menolak Ririka di atas katil besi yang disediakan.Tangan dan kakinya secara automatik digari oleh katil besi itu.


"Le...lepaskan aku!Lepaskannn!"Ririka berteriak sambil cuba membuka gari di tangannya namun beberapa minit kemudian dia terkena renjatan elektrik.Dia menutup mata perlahan-lahan seolah tiada tenaga.


"Profesor Lucifer!Adakah ramuannya akan berhasil?"Queen Rayna melihat cecair bewarna biru gelap di dalam botol dan menatap skrin yang memaparkan maklumat-maklumat penting.


"Kalau begitu mulakan pengimbasan.Tolong lakukannya dengan teliti dan pantas.Beta sudah kesuntukkan masa."

__ADS_1


"Baik yang mulia..."Jari-jemari Profesor Lucifer mula lincah menari di atas papan kekunci.Alat pengimbas mula mengimbas Ririka.Segala maklumat mula terpapar di skrin.


"Tambahkan sedikit debu pemati di dalam ramuan tu..."Queen Rayna mengarah sambil melihat segala maklumat yang tetera di skrin.Profesor Lucifer mengerutkan dahi.


"Kenapa yang mulia mahu saya letakkan sedikit debu pemati di dalam ramuan itu?Bukankah debu pemati adalah debu yang digunakkan untuk melupuskan ingatan seseorang dalam jangka hayat yang lama?"


"Lakukan apa yanh beta suruh!"


"Ba...baiklah yang mulia..."Profesor letakkan sedikit debu pemati yang bewarna hitam di dalam cecair biru gelap tadi.Cecair itu kemudiannya diambil menggunakan picagari yang bersaiz sederhana besar.Profesor Lucifer mendekati Ririka perlahan-lahan.Kelihatan Ririka cuba membuka matanya tetapi tidak berdaya.Profesor memasukkan cecair itu ke dalam badan Ririka melalui cara suntikan.Beberapa minit kemudian ramuan itu mula menunjukkan tindak balas.Ririka mengerut dahi apabila terasa badannya semakin panas.Semakin lama semakin panas dan terasa sakit.Badannya seperti dibakar dari dalam.Ririka mula mengerakkan badan dan mengeleng kepala beberapa kali.


"Arghhh!"Ririka menjerit kesakitan.Kepulan asap bewarna biru tua mengelilingi badan Ririka.Satu simbol muncul di bahu kirinya.Jantungnya mula berdengup dengan sangat pantas.Ririka bercahaya kebiruaan sebelum satu letupan terhasil.Beberapa alat dan barang di dalam makmal itu musnah daripada letupan itu.

__ADS_1


"Hahahahaha!Ayo bangkitlah wahai pengikut baharuku.Mulai hari ini kamu beta lantik sebagai pengikut setia pemaisuri kegelapan!"Queen Rayna menghulur tangan kepada Ririka.Ririka bangun perlahan-lahan.Penampilannya sudah berubah.Anak matanya bewarna merah kehitaman manakala rambutnya pula bewarnya biru tua kehitaman.Perlahan-lahan Ririka menyambut tangan Queen Rayna tanpa perasaan seperti patung.Dia memegang kepalanya yang terasa pening sambil berjalan sedikit terhuyu-hayang.Semua pengikut Queen Rayna yang kebetulan berada di situ berasa gerun apabila melihat penampilan Ririka.Penampilan Ririka seperti seorang gadis iblis tanpa ingatan dan perasaan.


Bersambung...


__ADS_2