Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Rapat


__ADS_3

Dewan Rapat ketua Akademi Fantasia...


"Semua hadirin sekalian diminta diam!Hari ini saya mahu membincangkan tentang dua orang pelajar di Akademi ini!"Pengetua Akademi Fantasia,Tuan Sir Arick berkata lantang.Seisi dewan rapat senyap sunyi.


"Seperti yang dimaklumkan kepada saya semalan,ada kekacauan yang dilakukan pemaisuri kegelapan di padang utama akademi.Adakah semua itu benar?Guru Iva?"Tuan Sir Arick melirik ke arah Guru Iva yang berada tidak jauh darinya.


"Emm...ya tuan!Pada masa itu saya sedang melatih pelajar-pelajar saya cara untuk terbang.Selang beberapa minit kemudian Pemaisuri kegelapan Queen Rayna datang menyerang.Dia mahukan seorang pelajar lelaki dan perempuan.Saya pun kurang pasti siapa yang dimaksudkan oleh mereka tuan."Guru Rayna bercakap melalui mikrofon di hadapannya.

__ADS_1


"Tolong ceritakan kepada saya semua yang berlaku di padang akademi semalam sepanjang saya tiada di akademi ini."Tuan Sir Arick mengeluh kecil.Seorang guru yang berada di tempat duduk nombor 20 mengangkat tangan.


"Saya boleh ceritakan kejadian penuh yang berada di padang akademi semalam tuan!Pada masa itu saya sedang memerhati semua tingkah laku pelajar kelas 4-A1."Guru Ava Dalina bercakap melalui mikrofon.


"Silakan Guru Ava..."


"Pada masa itu,seperti yang dimaklumkan oleh Guru Iva sebentar tadi beliau sedang mengajar pelajar-pelajar kelas 4-A1 cara untuk terbang menggunakan sayap pelepah kecuali yang terhomat Putera Reo thustbasa dan pelajar baru,Ririka nami.Saya lihat mereka berdua meninggalkan kawasan padang dan pada masa yang sama langit mulai mendung.Pemaisuri kegelapan mula memunculkan diri.Semua pelajar yang terbang diudara mendarat dan berlindung di belakang Guru Iva.

__ADS_1


Rambut pelajar itu bewarna biru tua.Anak mata kananya bewarna merah manakala mata kirinya bewarna hitam.Kulitnya bewarna putih pucat.Sayapnya pula bewarna biru kehitaman.Pelajar perempuan itu sangatlah hebat dan tanpa disangka pelajar itu ialah Ririka Nami!Itu pun setelah diberitahu putera Reo.Sampai di suatu masa dia membaca satu mantra dan keluarlah seekor naga bentuk api dan air yang sangat besar dan menyerang naga milik pemaisuri kegelapan.Akhirnya pemaisuri kegelapan berundur dan serentak itu Ririka kembali pada rupa asalnya.Putera Reo bertindak mengeluarkan sayap yang bewarna hitam dan menyambut Ririka dan membawanya ke bilik kesihatan bersama dengan guru-guru yang lain.Itulah kisahnya Tuan..."


"Naga api dan air?Bukankah itu kuasa glacier?Kuasa itu hanya ada pada keluarga kerabat diraja sihir ais?Jangan-jangan Ririka adalah..."Salah seorang guru di hadapan Guru Iva berhenti berkata-kata.


"Sah!Ririka adalah pewaris takhta diraja kerajaan Glacier yang menghilangkan diri selama beberapa tahun...Tetapi bukankah dia dan keluarga mereka meningal dunia semasa yang mulia Pemaisuri Aralyn yang menduduki takhta kerajaan Maliputra mengarahkan tentera-tenteranya untuk membunuh mereka kerana dituduh membawa masuk pembelot kedalam istana untuk mencuri emas?"Kali ini guru yang berada di hujung meja bertanya.


"Hahaha.Puteri kerajaan Glacier masih hidup lagi.Dia dibawa lari oleh ayahnya dan ahli sihir-ahli sihir yang lain ke dunia manusia.Pada masa itu Ririka terkena sihir hitam yang menyebabkan separuh daripada ingatannya terhapus termaksuklah ingatannya terhadap Putera Reo.Saya yakin 100% putera Reo Thustbasa yang merupakan pewaris kerajaan Kriswati dan Puteri Ririka Nami yang merupakan puteri kerajaan glacier adalah ahli sihir yang terpilih menyelamatkan dunia ini suatu hari nanti.Saya berpuas hati dengan ini.Kepada semua guru yang dihormati,tolong rahsiakan identiti sebenar kedua-dua kerabat diraja ini daripada pengetahuan awan.Hanya kita semua dan mereka berdua dapat mengetahui hal ini.Mulai hari ini juga saya mahu semua guru melatih kedua-duanya sehingga hari itu tiba.Sekarang bersurai!"Semua guru di dewan rapat itu bepusu-pusu keluar dari dewan termaksuklah tuan pengetua.

__ADS_1


*Bersambung...


Notis:Tak sangka Reo dan Ririka merupakan golongan kerabat diraja!Apa yang terjadi seterusnya?Terima kasih kepada pembaca yang dihormati kerana sudi membaca*.


__ADS_2