
"Reo,Ririka masih tidak sedarkan diri lagi ke?"kouta menepuk bahu Reo.Reo menggeleng.
"Dia tak sedarkan diri lagi...Guru Yui sedang memeriksa keadaannya."Reo mengeluh.Entah mengapa dia rasa begitu risau dengan keadaan gadis itu sekarang.Dia sangat berharap tiada apa-apa yang buruk berlaku.Reo bangun dari duduk apabila melihat Guru Yui keluar dari bilik tamu.
"Guru Yui,bagaimana dengan keadaan Ririka sekarang?"
"Reo,kamu bawa bertenang.Tiada apa-apa yang berlaku kepada Ririka kecuali..."
"Kecuali apa Guru?"Kely bertanya risau.Guru Yui menarik nafas sebelum berkata.
"Ririka pernah kehilangan separuh daripada ingatannya diakibatkan satu sihir gelap.Guru pun tidak tahu apakah itu.Tetapi Ririka sebenarnya mengalami trauma disebabkan peristiwa yang pernah berlaku beberapa tahun yang lalu.Mujurlah ingatannya tentang peristiwa itu terhapus.Dengan itu dia tidak akan mengalami trauma.Buat masa ini kita biarkan Ririka berehat secukupnya."Guru Liu meninggalkan kawasan itu diikuti oleh berempat kecuali Reo.Reo merenung Ririka yang terbaring di atas katil sebelum berlalu pergi.
__ADS_1
………………………………………………………………………………
Di Akademi...
"Kepada semua pelajar Tingkat empat,sila ke dewan utama sekarang juga!Saya ulangi.Kepada semua pelajar tingkatan...."Semua pelajar tingkat empat berpusu-pusu ke dewan utama termaksuklah Ririka.Tanpa disedarinya Reo berada di belakang mengawasi pergerakan Ririka.
"Baiklah,semua pelajar tingkat empat sudah berada di sini.Di sini saya sebagai guru penyelaras tingkat empat ingin memaklumkan bahawa pada tiga minggu yang akan datang,satu pertandingan peringkat antarabangsa akan diadakan di stadium utama Alam Fantamogoria.Penyertaan wajib disertai oleh pelajar kelas 4-A1,4-A2,4-B1 dan kelas 4-B2 manakala pelajar tinkat empat yang lain dapat hadir ke stadium Fantamogoria pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada kawan-kawan kamu.Latihan akan dimulakan esok bagi kelas yang terlibat.Dipersilakan Cg Chow untuk memberi sedikit taklimat."
"Hai pelajar sekalian.Seperti yang dimaklumkan oleh Cg Su sebentar tadi pertandingan antarabangsa akan berlangsung dalam 3minggu lagi jadi dengan ini cikgu mengumumkan bahawa Reo thutsbasa dan Ririka Nami akan menjadi wakil utama dalam pertandingan nanti.Kepada pelajar yang terlibat sila hadirkan diri pada petang esok untuk manjalankan latihan.Harap maklum.Sekarang bersurai."Semua pelajar di situ mula berpusu-pusu keluar dari dewan utama kecuali Ririka.Ririka kekal kaku di tempatnya.
"Jom masuk ke dalam kelas.Saya ada satu perkara yang mahu dibincangkan dengan awak..."Reo berlalu pergi dari situ.Ririka menurut dari belakang.
__ADS_1
………………………………………………………………………………
"Ririka.Awak tak boleh sertai pertandingan tu."
"Kenapa aku tak boleh sertai pertandingan tu?Ini merupakan peluang terbaik aku untuk tingkatkan level aku.Kau jangan risau...Aku akan buat yang terbaik dan mulai hari ini, aku mohon tolong ajar aku cara menaikkan level.Aku juga berharap kau ajar aku cara untuk mempertahankan diri ketia serangan dibuat oleh musuh.Mohon bantuannya..."
"Tapi Ririka keadaan awak masih lagi lemah..."
"Tak apa.Saya hanya lemah untuk seketika waktu jadi tolong ajarkan saya cara-caranya..."
"Baiklah,mulai hari ini saya akan latih awak untuk pertandingan yang akan datang.Petang ni kita akan mulakan latihan..."
__ADS_1
*Bersambung...
Notis:Pertandingan Antarabangsa?Mesti lebih ramai peterung yang lebih hebat menanti.Agak-agaknya apa latihan yang bakal menanti Ririka?Terima kasih kerana sudi membacanya!