
"Hari ini saya akan mengajar seni mempertahankan diri kerana seni mempertahankan diri awak terlalu kurang. jadi,sebelum kita mulakan sesi latihan pada petang ini saya mahu kita bertarung menggunakan batang penyapu ini tanpa menggunakan kuasa atau sihir walau sedikit pun..."Reo berkata dengan tenang.
"Apa?Tanpa menggunakan kuasa atau sihir apa pun?"
"Ya!Saya mahu tahu sama ada pertahanan diri awak bagus atau pun tidak.Sekarang ambil batang penyapu itu dan serang saya!Anggap saya sebagai musuh awak ketika bertarung.Jangan sesekali berhenti dan memberi peluang kepada musuh walau sedikit pun!"Reo mencabar Ririka.Ririka mengambil batang kayu yang disediakan oleh Reo.Dia menatap Reo dengan pandangan mata yang tajam sambil mengukirkan senyuman sinis.
"Baiklah kalau macam tu.Mulai sekarang kau adalah musuh aku dan aku musuh kau!"Ririka mengelilingi Reo begitu juga dengan Reo.Mereka berdua bersiap sedia untuk menyerang.
"Heh!Mari kita lihat sama ada awak hebat atau tidak."
"Marilah!Aku akan tunjukkan kekuatan aku kepada kau"Ririka mencabar Reo.Reo tersenyum sinis dan menyerang Ririka.Ririka menahan serangan Reo menggunakan batang penyapu di tangannya.Ririka mengundur beberapa langkah sebelum berlari laju Ke arah reo.Dia melibas bahu Reo tetapi Reo sempat mengelak.Ririka menyerang Reo secara bertubi-tubi.Semua serangan Ririka berjaya dielak sehingga Ririka bertindak melibas muka Reo.Reo memegang batang penyapu itu dengan erat.
__ADS_1
"Heh!Sampai bila kau nak mengelak?"Kata-kata Ririka disambut dengan ketawa Reo.
"Hahahahaha!"Reo ketawa tanpa melihat wajah Ririka.Ririka berasa tidak senang hati apabila Reo ketawa tanpa sebab.Reo mengundur ke belakang.Ririka semakin maju sambil melibas batang penyapu ke arah Reo.Reo kekal mengelak sehinggalah kaki Ririka tersadung kaki Reo.Ririka jatuh tersungkur.Hal itu menyebabkan Bahu baju Ririka terkoyak.Bahunya terluka akibat geseran yang sangat kuat tadi.
"Ririka!"Reo mebantu Ririka duduk.Reo merenung luka di bahu mika.Dia membaca sesuatu di dalam hati dan muncullah satu cahaya berkilauan bewarna biru.Reo memegang bahu Ririka dengan perlahan.
"Sakitkah?"Reo bertanya sambil merawat luka Ririka.Ririka menatap mata Reo lama.Dia Dapat melihat cahaya keikhlasan di mata Reo.Hati Ririka tiba-tiba tersentuh dengan keprihatinan Reo terhadapnya.
"Ririka,awak okay?"Tanya Reo apabila melihat Ririka yang hanya menundukkan kepala.Ririka memandang Reo dengan senyemun sinis.Ririka bertindak memegang leher Reo kuat dan mehempas Reo di lantai.Satu benjolan muncul di atas kepala Reo.
"Aku sedang bertarung dengan kau bukan?Lagipun kau tak beritahu pun yang pertarungan berakhir..."Ririka mengukirkan senyuman nipis sambil merenung wajah Reo.Reo bangun perlahan-lahan.
__ADS_1
"Aduh...sakitnya kepala..."Reo menggosok kepalanya.
"Itulah...sebelum kau nak merawat luka aku pastikan yang kau bagi kata putus.Ini tidak.Kau sibuk nak rawat aku."
"Saya rawat awak kerana saya risaukan awak.."Balas Reo perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Ririka.
"Apa?"Ririka bertanya ingin memastikan yang dia tidak salah dengar.
"Tak.Tak ada apa-apa...Pencapaian yang bagus Ririka tetapi awak masih lagi lemah seni mempertahankan diri.Kita akan lanjutkan latihan hingga hujung minggu."Reo menyimpan batang penyapu itu di dalam almari dan berlalu pergi manakala Ririka pula masih bingung.
'Apa maksud 'risau' yang diungkapkan Reo?' Ririka bertanya di dalam hati.Dia meningalkan kawasan itu dengan tanda tanya.
__ADS_1
*Bersambung...
Notis:Petarungan yang mengujakan bukan?Saksikan episod seterusnya.Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca.Semoga hari ini merupakan hari yang baik~~~