Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Latihan memanah


__ADS_3

"Capek sekali...hari ini aku harus berlatih memanah dengan Reo..."Ririka mengeluh perlahan.Jam di dinding ditatap kosong.Masih tersisa dua minit sebelum latihan.


"Baik aku cabut sebelum Reo sedar akan kehadiranku..."Ririka memulakan langkah hendak lari.Belum sempat dia keluar dari bilik latihan,seseorang menegurnya dari belakang.


"Ririka,awak mahu ke mana?"Ririka menoleh ke belakang perlahan-lahan.Reo melihat Ririka dengan pandangan yang tajam.


"Ehh?Errr....aku.Aku..."


"Ikut saya..."Reo menarik lengan Ririka.Ririka mengikut dengan terpaksa.Reo mengambil dua pemanah di dalam almari lalu dihulurkan kepada Ririka.Ririka mengambil pemanah dan anak panah.


"Sekarang lihat cara saya memanah baik-baik.Pastikan anak panah awak mengenai bulatan merah pada papan itu.Faham?"


"Faham!"Reo menunjukkan cara-cara memanah pada Ririka.Ririka hanya meneliti setiap gerakan Reo.

__ADS_1


"Pastikan bahagian anak panah pada pemanah berada selaras dengan mata awak.Ini dimakan kaedah memanah aras mata.Pastikan awak tumpukan perhatian pada anak panah sebelum mengenai target.Sekarang awak pula cuba memanah..."Reo memberi laluan kepada Ririka untuk ke hadapan.Ririka menelan air liur.Perlahan-lahan dia cuba memanah seperti Reo.


"Salah tu!Tangan kiri awak kena pegang pemanah.Tangan kanan awak pula perlu memegang anak panah..."


"Bukan!Salah pagi.Awak kena selaraskan anak panah pada aras mata..."


"Salah!Awak kena tarik anak panah ke belakang bukan kehadapan..."


"Sayangku Ririka...awak sepatutnya buat begini dan begini.Pastikan awak memberi perhatian pada anak panah yang hendak dilepaskan.Faham?Sekarang lepaskan anak panah..."Reo bersuara lembut.Ririka menelan air liur kelat.Jantung Ririka berdengup kencang.Dia melepaskan anak panah seperti yang disuruh Reo dan hasilnya anak panah tepat terkena pada bulatan warna merah.Ririka tersenyum puas.


"Good job Ririka...Teruskan berlatih sehingga awak mahir menggunakannya."Reo mengusap kepala Ririka sebelum berlalu pergi.Ririka duduk seketika.Air mineral di tepinya diambil dan diminum.Dalam hati dia tertanya-tanya, kenapa dia merasakan perasaan yang tidak pernah dirasainya apabila bersama Reo?Dia cuba menenangkan hati.Fikirannya dibuang jauh-jauh.Sekarang dia mahu berehat sebelum berlatih semula.


………………………………………………………………………………

__ADS_1


"Arghhhh!Kenapa susah sangat nak kena target ni!"Ririka mendengus.Sudah kali ke 21 dia memanah tetapi hasilnya tetap sama iaitu anak panahnya tidak mengenai bulatan merah.Dia tidak sedar dirinya diperhatikan Reo dari jauh.Reo tersenyum kecil melihat celoteh Ririka.Reo mendekati Ririka.


"Awak tidak habis lagi ke berlatih memanah?"Reo berada satu meter dari belakang Ririka.Ririka menoleh ke belakang.


"Tidak!Anak panah aku masih lagi tidak mengenai target!"Ririka mendengus marah.Pemanah yang dipegangnya dicampak.Dia duduk di atas lantai.


"Ririka.Ririka.Awak perlu bersabar untuk mencapai kejayaan.Ingat,kita perlu bersabar untuk mendapatkan sesuatu macam saya dan awak..."Reo berhenti berkata-kata.Ucapan terakhir membuatkan wajah Ririka merona.Suasana diantara kedua-duanya sunyi sepi.Reo berdeham beberapa kali.Ririka menoleh ke arah Reo.


"Mari kita bersarapan dahulu...hari mulai senja..."Mereka berdua meninggalkan bilik latihan apabila selesai mengemas.


*Bersambung...


Notis:Episod seterusnya adalah hari pertandingan...Terima kasih kerana sudi membaca*!

__ADS_1


__ADS_2