Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Light and dark 2


__ADS_3

"Ahhh!!"Gadis itu menjerit apabila seseorang menyerangnya dari belakang.Ririka muncul di belakang gadis itu.


"Kau akan menyesal Queen Rayna!"Ririka melirik ke arah gadis yang dipanggil Queen Rayna itu tajam.Queen Rayna terbaring di atas tanah.


"Tuanku!"Seorang lelaki berambut hitam meluru laju ke arah Queen Rayna.


"Hahahahahaha!Akhirnya kamu datang juga.Mana budak lelaki tu?"Queen Rayna bangun perlahan-lahan.Ririka hanya tersenyum.


"Heh.Kau ingat kau boleh bunuh aku ke?"ujar Ririka dalam nada memerli.Queen Rayna mengetap bibir.


"Wahai pengikut-pengikut beta sekalian.Majulah dan bunuhlah gadis ini untuk beta.Jangan sesekali kalian melepaskannya hidup-hidup!"Queen Rayna tersenyum sinis sambil menatap matanya tajam.Berpuluh-puluh shadow beast yang berada di situ mula menyerang Ririka.Ririka tersenyum seram.Ririka mengetip jari.Satu bulatan besar di muncul di bawah Ririka.Satu persatu shadow beast yang memasuki kawasan itu terbakar menjadi asap.


Queen Rayna tersenyum.Dia membacakan satu mantra dan muncullah seekor naga dari atas langit.Mereka semua mendonggak melihat langit yang semakin gelap.Seekor naga yang besar bewarna hitam meluru laju ke arah Ririka.


"Dinding pertahanan!"Ririka mendepankan kedua-dua tangannya untuk menahan serangan naga itu tetapi sayangnya naga itu terlebih kuat.Dinding pertahanan Ririka musnah.


"Tak guna!"Ririka memandang tajam naga yang bertebangan itu.Belum sempat naga itu mahu menyerang Ririka untuk kedua kalinya,Reo menggunakan satu sihir bewarna hitam.


"Cakera berduri!"Reo melemparkan cakera-cakera itu ke arah naga.Naga itu sempat mengelak.


"Ririka!Awak boleh dengar saya tak?Ririka!"Reo memanggil Ririka namun Ririka tidak menjawab.Dia seolah-olah orang lain.

__ADS_1


"Reo!Dia tak akan dengar cakap kamu kerana dia pada masa ini berubah seolah-olah sedang dikawal..."Guru Iva menerpa Reo.Reo mengangguk faham.


"Hahahahaha!Serangan yang sangat lemah!Kalian berdua nampaknya masih lemah seperti dahulu.Hahahahaha!"Queen Rayna ketawa keras.Ririka mengetap bibir geram.Dia terbang laju ke atas.


"Wahai api dan air,bergabunglah menjadi kekuatan alami.Wahai cahaya dan kegelapan,bergabunglah menjadi kekuatan tiada batasnya.The dark and light!"Satu cahaya yang mebentuk seekor naga air dan api meluru laju ke arah naga milik Queen Rayna. Naga milik Queen Rayna hancur berkecai.Semua yang berada di situ kagum apabila melihat naga itu termaksuklah Reo.Ririka melepaskan bebola yang bewarna hitam sebesar bola baling secara bertubi-tubi tepat mengenai setiap shadow beast.


"k.kau!Tunggu kau nanti!"Bayangan Queen Rayna hilang dari situ serentak itu Ririka kembali seperti biasa.Sayapnya bewarna putih semula termaksuklah kulit,rambut dan mata Ririka.Ririka pengsan kerana terlalu banyak menggunakan tenaga.


"Ririka!"Reo mengeluarkan sayapnya yang bewarna hitam dan menyambut badan Ririka.Reo mendarat semula di atas padang.Dia membawa Ririka ke bilik kesihatan bersama beberapa guru yang lain yang turut berada di situ.


………………………………………………………………………………


Ririka membuka matanya perlahan-lahan.Dia memegang kepalanya yang masih terasa sakit.Dia memandang persekitarannya.


"A.aku kat mana ni...?"Ririka cuba untuk bangun tetapi Reo menahan.


"Awak masih lagi dalam keadaan lemah dan tak stabil kerana terlalu kuat menggunakan tenaga.Sekarang ni awak berada di bilik kesihatan Akademi."


"Apa...apa yang terjadi dekat aku sehinggakan aku berada di sini..."Ririka memandang Reo dengan tatapan yang lemah.Reo menceritakan semua yang terjadi kepada Ririka.


"Oh begitu...Nampaknya aku kena kawal emosi dan fikiran aku mulai daripada hari ini...Siapa yang bawa aku ke sini?"Lambat-lambat Ririka bertanya.Reo menjawab selamba.

__ADS_1


"Saya..."


"Kau?"


"Ya.Saya cepung awak tadi...kenapa?"Reo bertanya pelik.Muka Ririka bertukar warna merah kerana menahan malu.


"Kenapa kau 'mencepung' aku?"Ririka bertanya perlahan.


"Saya terpaksa cepung awak kerana pada masa itu awak sedang pengsan.Takkanlah saya nak heret awak bukan?"Reo melirikkan senyuman yang penuh makna.Ririka menelan air liur yang terasa pahit.


"Saya nak balik..."Ririka bangun dari baring.Belum sempat dia mahu turun dari katil,Reo mecepung badan Ririka.


"Hei,lepaskan aku!"Ririka cuba melepaskan diri.Wajahnya makin merona merah.


"Tak boleh!Awak masih lagi dalam keadaan lemah...Teleportasi!"Mereka berdua hilang serta-merta.


Di bilik Ririka...


Reo meletakkan tubuh Ririka di atas katil dan menyelimuti gadis itu.Ririka pantas menarik selimut menutupi mukanya.Mukanya masih lagi berona merah.Reo tersenyum.


"Selamat berehat.Lepas ni awak jangan lupa turun ke ruang makan..."Reo menutup pintu bilik Ririka.Ririka menolak selimutnya perlahan.Dia melepaskan nafas lega.Dia cuba mengusir jauh-jauh kejadian tadi.Sekarang dia hanya mahu berehat dengan tenang.

__ADS_1


*Bersambung...


Notis:Hebatnya kuasa Ririka!Agaknya Reo kuasa apa.Saksikan episod seterusnya!Terima kasih kerana sudi membacanya*!


__ADS_2