Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Rusa jantan


__ADS_3

Semingu kemudian...


Cahaya matahari samar-samar memancar wajah Ririka.Ririka bangun dari katil dan mengesat kelopak matanya.Dengan langkah yang berat Ririka mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.Beberapa minit kemudian Ririka memakai baju jaket hitam dengan seluar track.Dia bersiap-siap untuk keluar bersama keluarga Mak cik Alena memburu dan mencari kayu api.


"Ririka!Apakah kamu sudah selesai.Ayo kita berangkat!"Laung Mak cik Alena dari ruang tamu.Ririka keluar daripada bilik sambil membawa pedang khas miliknya.Kelihatan Pak cik Afred,Mak cik Alena dan Jame setia menunggu di ruang tamu bersama alatan untuk memburu dan menebang pokok.Mereka keluar daripada rumah itu dan mengunci pintu.


Di dalam hutan...

__ADS_1


Sayup-sayup kedengaran bunyi derapan kaki makhluk yang semakin mendekati mereka berempat.Mereka masing-masing bersedia dengan senjata di tangan.Kelihatan seekor kancil yang berada di balik batang pokok yang sedang memakan buah tidak jauh dari mereka.Pak cik Afred mengambil satu anak panah untuk dipanah ke arah kancil itu.Dengan langkah yang penuh berhati-hati Pak cik Afred melepaskan anak panah.Anah panah itu tepat terkena di kepala kancil itu.


Mereka berempat mendekati kancil yang terbaring lesu dengan kepalanya yang mengalirkan cecair bewarna merah pekat dengan banyak.Mak cik Alena mengambil kancil itu lalu dimasukkan ke dalam guni yang di bawanya dari rumah.


"Hasil buruan kita tidak dapat menampung kita berempat.Oleh itu kita perlu memburu seekor lagi haiwan yang lebih besar."ujar Pak cik Afred sambil mengikat guni yang berisi kancil itu menggunakan tumbuhan yang berada di situ.


"Jikalau begitu ayo kita bergerak.Memburu seekor rusa jantan tidak menjadi masaalah bagi kita.Rusa jantan biasanya dijumpai di pertengahan hutan.Jom kita bergerak."pak cik Afred menjinjing guni tadi.Mereka bertiga mengikut dari belakang.

__ADS_1


Di pertengahan hutan,mereka melihat kawasan sekeliling dengan peka sambil berjalan.Ririka berhenti seketika.Dia dapat mendengar sesuatu yang bergerak laju dari arah kiri Ririka.Ririka mengalihkan pandangannya ke arah kiri.Kelihatan satu makhluk sedang lari degan lajunya.Mika mengambil tindakan berjaga-jaga.Sekali lagi makhluk itu berlari laju di hadapan Ririka.Ririka bertindak dengan mengejar makhluk itu.Tanpa dia sedari dia sudah berada sangat jauh di dalam hutan.


Ririka berhenti berlari apabila makhluk itu sudah lolos dari pandangannya.Dia mengesat peluh yang semakin banyak.Dia berjalan beberapa meter kehadapan dengan langkah yang perlahan.Mebuntang mata Ririka apabila melihat kawasan di hadapannya.Di hadapannya kini seperti sebuah taman yang sangat indah.Kawasan itu dipenuhi pokok bunga yang mekar dan rama-rama yang pelbagai jenis.Di sebalik sebatang pokok yang mempunyai buaian yang diperbuat daripada tumbuhan kelihatan seekor rusa jantan.Bulu rusa jantan itu sangat cantik dan berkilau.Dileher rusa itu terdapat loceng yang diperbuat daripada emas.Ririka mendekati rusa jantan itu dengan perlahan-lahan.


"kamu!Saya yakin kamu yang berlari laju di belakangku dan membawaku ke sini!"Ririka berhenti dengan jarak satu meter dari rusa itu.Pandangan Ririka terarah pada satu lubang yang berkilauan disebalik tumbuhan liaryang berada di kanab Ririka.Ririka mengalihkan tumbuhan liar yang menutupi lubang itu.Entah mengapa dia berasa sangat ingin menyentuh lubang itu.Sebaik sahaja dia menyentuh lubang itu,dia seperti diserap oleh lubang itu.


"Ahhhhhhhh!!"Ririka menjerit apabila tubuhnya seperti ditarik kedalam lubang itu dan akhirnya dia diserap oleh lubang itu.Lubang itu juga hilang sama sekali.

__ADS_1


Notis:Apa yang berlaku kepada Ririka selepas itu?Saksikan lanjutan ceritanya nanti!Terima kasih kerana sudi membaca.Harap kalian bisa bersenang-senang~~~


__ADS_2