Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Reo


__ADS_3

"Aduhhh...."Ririka membuka matanya perlahan sambil mimicit kepala yang terasa sakit.Dia cuba mengagahkan diri untuk bangun.Dia melihat sekkelilingnya.Matanya terus terbuka luas apabila melihat kawasan persekitarannya yang agak aneh.Tumbuhan di situ tidak pernah dilihatnya selama ini.Terdapat banyak spesies pokok yang berlainan bentuk dan warna.Lebih mengejutkan laji apabila separuh daripada mereka boleh bercakap!


Di sudut lain pula terdapat pohon westeria yang disinari cahaya matahari.Warnanya merah keunguan.Beberapa kuntum bunga seperti bunga ros tumbuh di kawasan pohon wasteria.Beberapa makhluk yang menyerupai manusia yang mempunyai sayap seperti rama-rama keluar dari bunga-bunga itu.Saiznya sangat kecil.Makhluk kecil itu hanya sebesar jari.


Ririka meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Dia memasuki suatu kawasan yang dipenuhi tumbuhan yang bewarna hitam.Awan juga bewarna hitam.Kedengaran bunyi haiwan yang aneh sehingga membuatkan bulu roma Ririka meremang.Dia terus berjalan dan berjalan tanpa arah tuju.Dia berharap ada seseorang yang dapat menolongnya.


Bunyi suara jeritan seperti seekor gergasi membuatkan Ririka kaget.Muncul seekor troll gergasi yang bewarna hitam.Dia mempunyai tanduk dan memegang kapak yang sangat besar.Sekali lagi troll itu menjerit.


"kau!Kenapa kau memasuki kawasanku!Kawasan ini merupakan kawasan terlarang bagi kau dan penduduk-penduduk yang lain.Akan kubunuh kau akibat memasuki kawasan aku!"Troll itu berkata keras.Ririka kaget apabila troll itu mahu melibasnya menggunakan kapak.Ririka mengambil pedangnya dan menahan serangan troll itu.Troll itu sangat marah dan menyerang Ririka secara bertubi-tubi namun dapat dielak Ririka.Ririka menggunakan kuasa aisnya untuk menentang troll itu.


"pencengkam ais!"Satu ketulan ais mengelilingi kaki troll itu dan mencengkan kedua-dua kakinya.Troll itu meronta-ronta mahu melepaskan diri.Tidak cukup dengan itu Ririka menyerang Troll menggunakan duri ais.Seluruh tubuh troll itu dipenuhi dengan ais.

__ADS_1


Troll itu semakin marah sehingga bertidak memecahkan pencengkam ais dan duri ais yang berada di badannya.Troll itu berlari ke arah Ririka dan melibaskan kapak itu ke leher Ririka.Namun seorang lelaki menahan serangan daripada troll itu menggunakan pedang.Lelaki itu menyerang troll itu berkali-kali menggunakan pedangnya yang bercahaya seperti api.Serangan itu menyebabkan trol itu tercedera.


"Bebola api maksima!"lelaki tadi melemparkan berbola api yang dihasilkan olehnya ke arah troll itu.Troll itu terbakar hangus akibat daripada serangan yang begitu kuat dan hebat.


"Awak okay?Cedera atau tidak?"lelaki itu menerpa Ririka yang kaku sendirian di situ.


"A...Aku okay..."Balas Ririka spontan.Dia berpatah balik ke arah jalan yang dilewatinya.Lelaki tadi memegang lengan Ririka.


"Lebih baik kita tinggal di rumah saya dahulu kerana di luar sana terdapat makhluk jahat yang berkeliaran."Lelaki itu terus memujuk Ririka agar tinggal bersama dengannya.Ririka mengeluh lemah.


"Baiklah...aku akan tinggal di rumah kau buat seketika waktu.Jadi tolong jangan mengambil kesempatan untuk menyentuh aku kalau tidan akan kupatahkan tulang lengangmu."Ririka menatap wajah lelaki itu tajam.Lelaki itu melepaskan pegangannya.

__ADS_1


"Maaf.Jom saya bawakan awak ke rumah saya.Sebelum itu siapa nama awak?"


"Nama aku Ririka.Penyihir air dan ais."


"Nama saya reo thustbasa.Saya penyihir api.Selamat berkenalan."Reo menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.Ririka menyambut malas.


"Jom kita berjalan."Reo dan Ririka memulakan perjalanan ke rumah reo.


*Bersambung...


Notis:Swet pula nampak reo dan Ririka ni padahal ini baru saja pertama kali bertemu.Apa yang akan terjadi selepas itu?Dimanakah dia sebenarnya?Nantikan episod seterusnya.Terima kasih kerana sudi membaca*!

__ADS_1


__ADS_2