Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Rahsia Terbongkar


__ADS_3

"Hari ini Guru Nasrida tidak mengajar kelas kita.Hore!!"Salah seorang pelajar menjerit kegirangan diikuti sorakkan pelajar yang lain.


"Huh!Lagi-lagi guru tidak masuk ke dalam kelas."Kely mengeluh perlahan.Ririka menepuk bahu Kelly.


"Mungkin Guru ada urusan yang sangat penting...tidak apa-apa.Kita berbual-bual saja..."


"Ririka!"


"Eh!Reo?"Ririka memandang wajah Reo yang termegah-megah seperti baru selepas berlari.


"Pengetua mahu berjumpa dengan kita berdua..."


"Kenapa Pengetua mahu berjumpa?"


"Tidak tahu!Jom kita jumpa pengetua.Maafkan aku ya kelly kerana meganggumu berbual dengan Ririka..."


"Ah tidak apa-apa..."


Di bilik pengetua...


"Ada apa pengetua dan guru kanan pentadbiran mahu berjumpa dengan kami?"Reo memulakan pembicaraan.

__ADS_1


"Reo,Ririka...Mulai hari ini guru pentadbiran kanan Guru.Ling dan Guru pentadbiran kiri Guru Hu akan melatih kamu berdua mencapai tingkat petarung lagenda.Petang ini kamu berdua dikehendaki berada di padang sekolah utama.Faham?"


"Errr...pengetua?"


"Ya Ririka?"


"Hanya kami berdua sahaja ke?"


"Ya,hanya kamu berdua kerana hanya kamu berdua adalah yang terpilih..."


"A...apa maksud pengetua?"Ririka bertanya masih tidak faham.Pengetua membetulkan duduknya sebelum menjelaskan perkara sebenar.Kini tahulah mereka sebab pengetua lakukan semua ini.


"Jadi saya selama ini adalah puteri kerajaan Glacier?"Ririka bertanya kepada dirinya sendiri.


"Kamu berdua ini tunang bukan?"Soalan mengejut Pengetua membuatkan kedua-duanya berpaling.


"Ap...apa?"


"Tunang..."Pengetua mengurut dagunya sambil melihar kedua-dua pelajarnya di hadapan.


"Ya!"Soalan spontan daripada Reo menyebabkan Ririka terkejut.Dia secara drastik memandang ke arah Reo.

__ADS_1


"Bila masa pula kita bertunang?"


"Hal itu kamu berdua berbincang kemudian.Sekarang saya mahu persetujuan kamu berdua tengtang latihan yang akan kita adakan petang ini.Kamu berdua setuju.


"Saya setuju..."Reo membalas spontan.


"Sa...saya pun setuju!"Ririka tersenyum tawar.Mereka meninggalkan bilik pengetua setelah meminta izin untuk pulang ke kelas.


"Reo!Bila masa pula kita bertunang?"Ririka cuba mengejar Reo dari belakang.Reo memberhentikan langkah.


"Haih...Betul awak nak tahu?"Reo merenung wajah putih berseri Ririka.Ririka mengangguk.


"Lebih kurang setahun sebelum kita berpisah,Ayah awak dan ayah saya bersetuju untuk menjalinkan tali persahabatan dengan menyatukan kita.Mereka berdua pun mengikatkan tali pertunangan antara kita dengan harapan kita akan menjadi anak dan menantu yang baik dan bahagia.Tetapi saya, tak sangka pula keluarga awak terjebak dalam perangkap pemaisuri kerajaan lain sehinggakan awak dan keluarga awak diburu.Pemaisuri itu juga menyuruh saya putuskan tali pertunangan tetapi saya enggan.Pemaisuri itu akhirnya melakukan pelbagai cara untuk jatuhkan keluarga kami sehinggalah dia meninggal dunia."


"Oh..."Ririka menundukkan kepala.Jelas kelihatan riak muka bersalah di wajahnya.Reo yang perasan akan riak wajah Ririka memegang tangan Ririka.


"Akhirnya saya jumpa juga awak.Saya ingatkan awak telah mati semasa mereka memburu awak sekeluarga..."Ujar Reo mendatar.Ririka tersenyum nipis.


"Kau boleh tak pulihkan memori aku sedikit demi sedikit?"


"Saya akan melakukan sedaya upaya saya untuk kembalikan ingatan awak..."Mereka berdua akhirnya tersenyum.Mereka berdua tidak sedar ada sepasang mata merenung mereka dengan tajam dan tatapan dendam.

__ADS_1


*Bersambung...


Notis:Di episod seterusnya kumpulan Queen Beauty akan muncul.Saksikan episod seterusnya!Terima kasih kerana sudi membaca*!


__ADS_2