Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Rindu


__ADS_3

Seminggu kemudian...


"Seperti yang saya katakan tadi,unsur api merupakan unsur yang melibatkan emosi dan perasaan sesorang.Individu tersebut dikehendaki mengawal minda dan emosi mereka ketika menggunakan kuasa api.Seterusnya..."Pelajaran 'unsur api'dari mr.Jack tidak dapat ditumpukan padahal ini merupakan subjek kegemarannya.Dia memandang tempat duduk di sebelahnya yang kosong dan sepi.


'Haihh!Bilalah kau nak sedar Ririka...'Reo mengeluh perlahan.Di mindanya sekarang terbayang wajah Ririka yang terlantar di atas katil.Tiba-tiba dia terasa sangat kesepian dan rindu akan Ririka.


"Reo!Kau okay ke?"Kouta yang berada di sebelahnya bertanya separuh berbisik namun soalannya diendahkan.


"Semua pelajar!Sila salin nota muka surat 141 dan 142.Pastikan nota anda siap sebelum waktu pulang."Mr.Jack duduk di tempatnya semula apabila memberi arahan kepada pelajar untuk menyalin nota.Semua pelajar kelas 4-A1 mula menyalin nota dengan tekun.Reo kekal termenung jauh.


"Reo!"Kouta menggoncang bahu Reo.Reo tersedar dari lamunannya.


"Ehh!Apa?"

__ADS_1


"Mr.Jack suruh kau salin nota muka surat 141 dan muka surat 142.Kalau kau tak siap nota sebelum waktu pulang kau tak boleh pulang.Lebih baik kau salin nota cepat.Kau kata nak jenguk Ririka?"Kouta berkata panjang.Sepantas kilat Reo menulis nota yang disuruh Mr.Jack.Kouta mengeleng melihat tingkah laku Reo.Reo tidak sabar-sabar mahu melihat keadaan Ririka.Dia sangat berharap yang Ririka sudah sedar daripada koma.


"Selamat petang pelajar-pelajar sekalian!Maaf meganggu Mr.Jack.Di sini saya mahu memberi sedikit taklimat berkenaan majlis perpisahan tingkat 4.Pada hari hujung minggu depan,semua pelajar dikehendaki datang ke dewan utama akademi bersama pasangan masing-masing.Acara tari-menari akan diadakan sempena majlis perpisahan dan saya harap kalian semua dapat memberi kerjasama dengan membawa lasangan kekasih.Ada hadiah yang menarik bagi pasangan tari-menari yang mempersonakan!Maklumat selanjutnya akan dimaklumkan nanti.Sekian terima kasih.Saya minta diri dulu ya Mr.Jack?"Mr.Jack mengangguk.Reo menulis nota yang tertunggak sebentar tadi.


………………………………………………………………………………


Di rumah...


"Ririka?"Reo masuk ke dalam bilik Ririka perlahan-lahan.Dia mencari Ririka di dalam bilik itu.


"Ririka!"Reo melaung nama Ririka sekuat hati.Dia menuju ke arah dapur apabila terhidu sesuatu.


"Hahaha!"Kedengaran suara yang sangat dikenali dan dirinduinya.Reo bergegas masuk ke ruang dapur.Kelihatan kelibat Ririka yang sedang ketawa bersama Kelly dan Stella.

__ADS_1


"Ririka!"Reo menapak perlahan-lahan ke arah Ririka.Kelly dan Stella yang seperti memahami situasi meminta izin untuk keluar ke pekan.Kini hanya tinggal Reo dan Ririka.Reo pantas memeluk Ririka.Terkedu Ririka dibuatnya.


"K.kau janganlah peluk aku macam ni..."Ririka berkata perlahan namun tidak pula dia berusaha lepaskan diri.


"Aku rindukan kau Ririka..."Bisik Reo perlahan ditelinga Ririka.Muka Ririka automatik berubah mereh.


"Kau jangan cakap perkara yang bukan-bukan ya!Tepilah!Aku nak masak untuk kita semua..."Ririka cuba melarikan diri.Reo melepaskan pelukkannya.


"Maaf..."Reo duduk di atas kerusi yang disediakan sambil memerhati tingkah laku Ririka.Ririka buat-buat tidak perasan walhal dia berasa sangat kekok untuk bercakap dengan Reo apatah lagi mereka duduk berdua-duaan di dapur.Ririka terus melakukan tugas memasak tanpa menghitaukan Reo yang sentiasa melihat tingkah-laku Ririka.


*Bersambung...


Notis:Sudah lama mereka berdua tidak berkata-kata.Apakah Ririka dapat melawan perasaan gundah gulana di dalam hati?Terima kasih kerana sudi membaca*!

__ADS_1


__ADS_2