Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Light and dark


__ADS_3

Setelah semua pelajar memasuki kotak tiga dimensi,mereka semua mula berlatih untuk terbang kecuali Reo dan Ririka.Guru Iva mendekati mereka berdua.


"Reo,Ririka.Kenapa kamu berdua tidak mengeluarkan sayap dan berlatih terbang seperti yang lain?"Guru Iva bercekak pinggang.Ririka bersuara.


"Maafkan saya guru.Saya tidak berpengelaman terbang atau berada di tempat yang tinggi.Jadi saya berasa takut untuk berlatih terbang..."Ririka menundukkan kepala.


"Reo,bolehkah kamu memantau dan menjaga Ririka semasa terbang?Ajarkan juga cara-cara untuk seimbangkan badan ketika berada di tempat yang tinggi."Guru Iva menepuk bahu Reo.Reo memalingkan wajah dengan terkejut.


"ke...kenapa pula saya guru?"Reo bertanya gagap.Ririka memandang Reo dengan wajah yang pelik.


"Kerana awak adalah pelajar yang berlevel tinggi.Tolong jaga dan perhati Ririka.Guru pergi dahulu..."Guru Iva meninggalkan Reo dan Ririka.Ririka kembali menatap wajah Reo.


"Kenapa kau gagap sangat dengan guru tadi?"Ririka bertanya.Reo tidak menjawab pertanyaan Ririka sebaliknya dia menarik tangan Ririka untuk mengikutinya.Mereka berdua pun tiba di bukit kawasan belakang sekolah.


"Kenapa kau bawa aku ke sini?Pelajaran sekarang sedang berlangsung.Aku mahu kembali ke padang sekolah!"Ririka menggorak langkah meninggalkan kawasan itu tetapi Reo pantas menarik tangan Ririka.

__ADS_1


"Saya akan mengajar awak terbang di sini sahaja jadi tolong jangan tinggalkan tempat ini.Ikut saya..."Reo menarik tangan Ririka hingga tiba di cerung yang sangat dalam.Ririka menelan air liur.


"Sekarang ucapkan perkataan 'saya ingin terbang' di dalam hati.Jangan sesekali lihat ke bawah semasa awak terbang.Bayangkan awak sedang terbang bebas seperti burung.Sekarang ucapapkan perkatan tadi dan mula bayangkan awak sedang terbang."Ririka menarik nafas sebelum ucapkan perkataan 'saya ingin terbang'.Sepasang sayap bewarna putih muncul di belakang Ririka.Reo terkejut apabila melihat sepasang sayap bewarna putih di belakang Ririka.Ririka mula terbang dengan berhati-hati.


"Bagus Ririka!Teruskan terbang!"Reo menjerit ke arah Ririka.Ririka tersenyum manis.


"Eh?"Ririka menatap kelibat seseorang yang sedang terbang dari kejauhan.Ririka dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu.Wanita itu memakai baju gaun seksi bewarna hitam.Kulitnya bewarna putih pucat.Dia memiliki tanduk dan sepasang sayap kelawar bewarna hitam.Matanya bewarna ungu gelap.Kukunya sangat panjang dan tajam.Dia dikeliling kepulan asap hitam.Melihat gadis itu membuatkan kepala Ririka sakit.Mata Ririka juga bertukar warna merah.Dia memegang kepalanya.Satu per satu memorinya muncul.


Dia dapat melihat dengan jelas bayang gadis itu sedang membunuh seorang wanita.Wanita yang memanggilnya anakku apabila ditikam menggunakan pedang.Ririka memegang kepala yang terasa sangat sakit.


"Ririka!"


"Semua pelar sekalian!Kuatkan serangan dan pertahanan masing-masing!Jangan sesekali mengalah!"Guru Iva mengarah.Gadis yang sedang terbang diudara ketawa.


"Hahahahahahahaha!Beritahu aku di mana gadis dan lelaki itu berada kalau tidak aku akan menghancurkan akademi ni!"Gadis itu tergelak besar.Beberapa shadow beast yang merupakan pengikutnya menyerang pelajar-pelajar yang berada di situ.

__ADS_1


"Aku tak faham apa yang dimaksudkan kau!"


"Aku maksudkan dua orang penyihir yang terpilih seperti diramalkan di dalam sejarah.Aku tahu mereka berdua ada di sini!"Mata gadis itu berubah warna hitam gelap.Guru Iva mula menyerang gadis itu yang merupakan keturunan kegelapan.


…………….…………………………………….….….….….……………


"Ririka!"Reo gelisah melihat Ririka yang terus menerus memegang kepalanya.


"Arghhhhhhh!"Ririka mengerang kesakitan.Anak mata kanannya bertukar warna merah terang.Mata kirinya pula berubah warna putih kepada hitam.Rambutnya yang bewarna keunguan itu bertukar warna biru gelap.Kulitnya bertukar warna putih pucat.Sayapnya tidak lagi bewarna putih.Kini sayapnya bewarna Biru kehitaman.Ririka bertindak dengan terbang laju ke arah gadis yang dilihatnya tadi.


"Ririka!"Reo menggunakan kuasa teleportasinya untuk sampai di padang akademi.Nyawa Ririka sedang terancam!


*Bersambung...


Notis:Shadow beast-Shadow beast merupakan satu lembaga yang seperti manusia tetapi mereka memakai jubah dan menutupi rambut mereka dengan hoodie.Yang kelihatan hanyalah hidung dan mulut mereka.Di kaki mereka di penuhi kepulan asap hitam.Mereka akan bertukar menjadi asap apabila terkena cahaya matahari atau pedang perak.

__ADS_1


Terima kasih kerana membaca!Nantikan episod seterusnya.Semoga kalian terhibur*.


__ADS_2