Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Selamat Datang Ke Alam Fantamogoria


__ADS_3

"Jauh lagi ke?Aku sudah kepenatan..."Ririka berjalan dengan sangat perlahan.Reo merbenhentikan langkahnya.


"Lebih kurang 3 jam lagi masa untuk kita sampai di rumah saya..."


"Ti...tiga jam!?Kau kata perjalanan kita hanya mengambil masa 5minit?"


"Betulla 5 minit...Awak ingat saya menipu ke?"Jawapan daripada Reo membuatkan Ririka Mengerutkan dahi tanda tidak faham.Reo ketawa kecil melihat wajah mika yang berkerut seribu bahasa.Tanpa berkata apa-apa,Reo memegang lengan Ririka dan menggunakan kuasa teleportasi.Serta merta mereka hilang daripada kawasan itu.


"Ki...kita dekat mana ni?"Ririka meliarkan mata melihat kawasan sekelilingnya.Tanah di kawasan itu begitu lapang seperti berada di atas buku.


"Itu awak akan tahu kemudian.Jom ikut saya..."Reo berjalan di hadapan Ririka terlebih dahulu.Ririka hanya menjadi penurut mengikuti setiap jejak langkah Reo.Reo berhenti apabila tiada jalan dihadapan mereka.Kini dihadapan mereka hanyalah pokok liar.Ririka menebak bahawa mereka sudah berada di jalan mati tetapi tebakan Ririka salah sebaik sahaja Reo menarik tumbuhan-tumbuhan liar itu.


Reo mebongkokkan sedikit badan untuk melalui jalan itu.Ririka turut mebongkokkan sedikit badan.Ririka sedikit terkejut apabila melihat kawasan dihadapnya.Kini di hadapnnya ialah kota yang maju.Tidak jauh dari situ Ririka dapat melihat sebuah istana yang tersergam indah di tengah-tengah kota.


"Selamat datang ke Alam Fantamogoria cik Ririka!"Reo tersenyum seketika sebelum mengajak Ririka datang kerumahnya.Ririka berjalan bersama Reo sambil mengamati kawasan itu.Ini merupakan kali pertama dia melihat kota sebesar itu dan dinghuni berbagai makhluk magis yang lain.Beberapa manusia kecil bersayap lalu di hadapan Ririka.


"Mereka bertiga merupakan pari-pari kecil yang tinggal di Tales Garden.."ujar Reo seolah-olah mengetahui apa yang difikirkan Ririka.Ririka mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.Tiga minit kemudian mereka berdua sampai di pekan.


"Ini adalah pekan utama kota Wasteria.Ia dibina beratus tahun yang lalu dan kekal hingga kini.Pekan ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan.Para ahli sihir mantra bergabung untuk melakukan satu mantra yang paling kuat supaya pekan ini dapat bertahan untuk selama-lamanya dan digunakan sebagai kota pertahanan semasa perang..."Reo menjelaskan dengan panjang lebar.

__ADS_1


"Kenapa nama kota ni Kota Wasteria?"


"Kota ini dinamakan sebagai Kota Wasteria kerana terdapat berpuluh-puluh pokok wasteria yang tumbuh di kota ini sebelum pekan ini dicipta.Mengikut sejarah,kota wasteria ini dibina bersempena pokok wasteria yang merupakan pokok kesayangan yang mulia pemaisuri Alexia yang memegang takhta 1000 tahun dahulu.Bagi penduduk di sini,pokok wasteria merupakan pokok yang paling unik dan terindah di dunia.Pokok wasteria ini merupakan pokok yang langka."


"Thustbasa!"Seorang lelaki berambut merah mendekati mereka berdua.Reo berpaling kebelakang diikuti Ririka.


"Yo Thustbasa!Siapa gadis jelita di samping kau tu.Kekasih ke?tanya lelaki itu dengan nada cemburu.Mana tidaknya dia tidak cemburu apabila melihat seorang gadis yang imut,comel dan dan sangat cantik.Gadis itu juga memiliki sepasang mata bewarna biru yang menggoda.Reo ketawa kecil.


"Dia ni sahabat aku...Kau cemburu ke kalau betul aku memiliki hubungan lebih daripada itu?"Reo bertanya dengan nada mengusik.Merah padam muka lelaki itu apabila ditanya sedemikian.


"Eh aku gerak dulu la!"lelaki itu meningalkan Reo dan Ririka.Reo ketawa berdekah-dekah.


"Sahabat baik saya.Jom saya bawa awak ketempat lain!"Reo menarik tangan Ririka agar berjalan bersamanya.Selang beberapa minit mereka berdua tiba di pintu gerbang sekolah?


"Selamat datang ke Akademi Fantasia.Mulai esok awak kena bersekolah di sini bersama saya.Jom saya temankan awak membuat pendaftaran."


"Tunggu!"Ririka menjerit kecil.


"Kenapa?"

__ADS_1


"Kenapa saya kena bersekolah di sini?"Soalan Ririka menyebabkan ketawa Reo berderai.


"Mestilah awak wajib bersekolah disini kerana awak belum mencapai tingkat petarung.Akademi ini merupakan akademi yang terunggul dan tertua.Lagipun tahun ini merupakan tahun terakhir kita berada di sini.Jikalau awak tidak bersekolah di sini awak tidak akan dapat menjadi petarung lagenda."


"Tapi..."


"Tiada tapi-tapi.Mari ikut saya..."


Kata-kata Reo mematikan kata-kata Ririka.Ririka mengetap bibir geram.Dia hanya bersabar dan bersabar.Dalam masa yang sama dia memikirkan Mak cik Alena,Pak cik Afred,Jame dan penduduk di alam sana.Pasti mereka semua merisaukan Ririka.


………………………………………………………………………………


Setelah pendaftaran telah selesai,Ririka membawa satu kotak yang dipenuhi barang kelengkappan untuk bersekolah esok bersama nama kelas.Reo menawarkan diri untuk mebantu Ririka membawa kotak itu namun ditolak baik.Akhirnya mereka sampai di sebuah rumah agam tiga tingkat.Terkejut Ririka apabila melihat rumah Reo yang kelihatan mewah.Mereka berdua masuk ke dalam rumah itu.


"Bilik awak di aras tiga di tepi bilik saya.Awak pergi mandi dulu dan kemudian turun ke ruang makan.Saya mahu memperkenalkan kawan-kawan saya yang lain.Awak pakai saja baju yang ada di dalam almari..."reo berlalu pergi meninggalkan Ririka.Ririka hanya menurut.


Bersambung...


Notis:Kehidupan di Akedemi mesti sangat mencabar bukan?Kadang-kadang terpaksa melayan kereneh orang yang pendemdam,peramah,pemalu,dan paling mengerunkan lagi apabila terpaksa berhadapn dengan orang yang bersifat kasar dan suka mengambil hak orang lain.Nantikan kisah selanjutnya.Terima kasih kerana sudi membaca!

__ADS_1


__ADS_2