Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Mengembara ke Kota Sakuranai


__ADS_3

"Kalian berhati-hatilah sepanjang perjalanan kamu ke Kerajaan Alexender.Pastikan kamu menggunakan peta yang Guru berikan semalam..."Guru Liu melambai tangan ke arah Reo dan rakan-rakannya yang baru memulakan perjalanan.Reo mengangguk perlahan.Ingatannya selepas kejadian itu terimbas kembali.


Dua hari yang lepas...


"Guru Liu...Apa yang perlu kita lakukan sekarang?"Reo bertanya selepas menceritakan peristiwa yang terjadi.Guru Liu mengurut dagu sedang berfikir.


"Sihir hitam sangat sulit untuk dipatahkan.Hanya satu cara yang dapat mematahkan sihir hitam itu.Kalian harus pergi ke Kota Sakuranai dan mencari Mata Air Dewa yang terletak di pedalaman hutan.Seperti yang kalian tahu pedalaman hutan di Kota Sakuranai hampir mirip hutan hitam dan dihuni oleh haiwan liar dan aneh.Mungkin sangat sulit untuk kalian menemui Air Mata Dewa.Oleh itu Guru membawa dua orang tetamu khas dari Perguruan Nao.Perkenalkan Shen dan Shielda."


"Hai!Nama saya Shielda.Saya penguasa api dan sihir ungu!"


"Hai!Nama saya Shen.Saya penguasa api dan sihir hitam!Saya dan Shielda merupakan adik-beradik kembar."

__ADS_1


"Nice to meet you!"Stella berjabat tangan dengan kembar tak seiras itu.


"Esok kalian akan berangkat ke Kota Sakuranai.Sekarang kalian harus mengemas kesemua barang keperluan masing-masing.Malam ini selepas makan malam kita akan sama-sama membuat perbincangan tentang perjalanan kita nanti termaksuklah Shen dan Shielda..."Guru Liu berkata lantang.Mereka yang ada di situ mula mengemas barang masing-masing.Shen dan Shielda pula meminta izin untuk pulang ke rumah menggunakan kuasa teleportasi.


………………………………………………………………………………


"Di depan sana jurang sedalam 5 kaki.Apa yang perlu kita lakukan sekarang?Di sini tiada jalan yang bersambung atau lebih tepat jalan mati."Suara Keyla mengejutkan Reo dari lamunannya.Mereka berlapan berhenti tepat di hadapan jurang itu.


"Steaven..."Shielda mengelus kepala naga itu lembut.


"Ayo kita tunggang naga ini untuk ke Kota Blue Key.Di sana kita akan berjalan kaki.Naga saya tidak dapat menghantar kita terus ke Kota Trowulan..."Shielda berkata sambil menungang Naganya diikuti Shen.Mereka berenam turut naik di atas Naga itu.

__ADS_1


"Pegang yang erat semua!"Shen berkata separuh menjerit.Naga itu mula terbang menghilang di balik kabus tebal.


"Pemandangan di sini tidak kelihatan diakibatkan oleh kabus yang melanda.Apakah ini disebabkan oleh wap mata ait gunung berapi?"Kay memandang ke bawah cuba mengamati kawasan itu.Shen menjawab pertanyaan Kay.


"Iya benar!Kabus di kawasan ini akan mulai hilang apabila matahari muncul..."Setelah satu jam berlalu akhirnya mereka sampai ke Kota Blue Key.Mereka mendarat di kawasan lapang di sana.Mereka turun dari badan naga dengan berhati-hati sambil dibantu Shen dan Shielda.


"Steaven...Kamu boleh pulang ke kediaman kamu.Terima kasih kerana menolong kami semua..."Shielda mengelus naga itu sebelum ia terbang pergi.


"Ayo ikut saya!Kita akan teruskan perjalanan melalui lorong di tepi taman kesayangan pemaisuri kerajaan Blue Key.Di sana kita akan mengambil bunga Waslon..."Shen berkari diikuti oleh yang lainnya.


*Bersambung...

__ADS_1


Notis:Hai pembaca yang dikasihi sekalian!Saya minta maaf kerana tidak dapat melanjutkan cerita ini beberapa hari yang lepas kerana masaalah internet.Beberapa hari ini pun saya ada banyak urusan.I hope you can enjoy your holiday!See you today*!


__ADS_2