Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Keberadaan Dua Kembar


__ADS_3

"Gelapnya lorong ini...Adakah ini salah satu lorong rahsia?"Luna meraba dinding lorong itu sambil berjalan dengan penuh berhati-hati.


"Iya.Ada dua lorong rahsia di Kota ini tetapi lorong inilah satu-satunya lorong yang ada kerana lorong di bawah tanah itu telah musnah..."Shen cuba memerhati keadaan sekeliling.Beberapa minit kemudian mereka tiba di pedalaman hutan.


"Hutan ini berkabus.Saya tidak dapat melihat dengan jelas..."Reo mendengus perlahan.Tidak sampai berapa minit,terdengar ngauman seekor makhluk beberapa meter dari mereka.Seekor singa bewarna hitam muncul di balik kabus.Singa itu mempunyai kepak kelawar.Mempunyai tanduk dan mata kiri bewarna merah.


"Kamu semua berundur!Biar kami yang selesaikan Singa ini.Singa ini mempunyai kekuatan magis langka."Shen dan Shielda bersedia dengan senjata masing-masing.Reo dan rakan-rakannya hanya menurut.Singa itu mengeluarkan kuku tajam miliknya sebelum meluru laju ke arah Shen dan Shielda.


"Pelindung halimunan!"Cakaran singa itu terkena tepat pada pelindung halimunan Shen.Pelindung halimunan itu pecah menghasilkan debu.Serentak itu Shen melibas pedang tepat mengenai perut singa itu.Bahagian perut yang terbelah itu bertukar menjadi asap hitam.Singa itu hilang sekelip mata dan muncul di belakang Shielda.


"Jurus rahsia tingkat lima tanah duri berapi!"Beberapa ketulan tanah mebentuk duri muncul di atas tanah.Duri-duri itu tertusuk kaki singa itu.Singa itu mengaum lebih kuat dari ngauman pertama.

__ADS_1


"Kita tidak boleh membunuhnya tetapi kita boleh menghalaunya.Shielda!Gunakan sihir ungu..."


"Baik!Jurus rahsia tingkat sembilan bola sihir ungu!"Satu bola sebesar bola tampar bewarna ungu muncul.Bola itu bercahaya apabila terkena salah satu batang pokok di kawasan itu.Bola itu terkena tepat pada perut singa.Belum sempat bola itu mahu menyerangnya sekali lagi,singa itu terlebih dahulu melarikan diri.


"Wahhh!Hebatnya bola sihir ungu!"Mereka berlima menjerit kagum melihat kehebatan bola sihir ungu.Shielda tersenyum.


"Tak adalah...saya baru sahaja menggunakan peringkat kelima untuk bola sihir ungu.Jikalau saya menggunakan peringkat petarung,mungkin hutan ini meletup.Bola sihir ungu masih lagi merupakan bola yang paling berbahaya jika tidak dikawal dengan baik..."


"Ayo kita teruskan perjalanan...Kita akan sampai di Kota Sakuranai dalam tiga jam yang akan datang..."Shen maju kehadapan tanpa sedar akan keadaan Shielda yang lemah.Shielda terundur ke belakang sambil memegang kepala yang terasa sangat pening.Kelly yang kebetulan berada di belakang Shielda memegang bahu Shielda.


"Shielda!Kau boleh teruskan perjalanan tak?Saya rasa lebih baik kita semua berhenti seketika.Saya akan membuat pelindung halimunan agar tiada haiwan liar yang lain dapat melukakan kita.Di sana terdapat sedikit kawasan lapang cukut untuk kita berlapan.Ayo!"Shen mebantu Kelly memapah Shielda.Shielda bersandar di batang pokok perlahan-lahan.

__ADS_1


"Kenapa Shielda jadi begini?"Kelly bertanya ke arah Shen yang sedang menghasilkan pelindung halimunan.Shen menjawab.


"Barusan dia menggunakan sepenuh tenaga yang terkumpul untuk menghasilkan bola sihir unggu...Dia perlu berehat selamat setengah jam untuk mengembalikan tenaganya..."


"Ohhh..."


"Reo...Kau memikirkan tentang apa?"Kouta menyiku Reo yang berada di sebelahnya.Reo menggeleng perlahan.


"A...aku risaukan Ririka."


"Kau tidak usahlah sedih...Aku yakin kita dapat memulihkan dia..."

__ADS_1


'Aku akan berusaha semampu yang mungkin untuk memulihkan Ririka.Tunggu aku Ririka...'Nekad Reo di dalam hati.


Bersambung...


__ADS_2