
"Kepada semua pelajar tingkat 4.Hari ini saya ada taklimat berkenaan Pertandingan Antarabangsa yang akan berlangsung dua minggu lagi.Perlibatan hanya diserahkan kepada pelajar 4-A1 sahaja kerana pihak sekolah tidak mampu menaja yuran pendaftaran untuk keempat-empat kelas sekaligus.Mohon maaf kepada pelajar-pelajar sekalian.Kepada pelajar-pelajar yang tidak terlibat,anda akan dijemput oleh bas sekolah ke Stadium utama Alam Fantamogoria.Kepada pelajar kelas 4-A1kamu dikehendaki datang ke sekolah setiap hari kecuali hari minggu.Pelajar-pelajar tingkat 4 yang lain akan menamatkan sesi persekolahan di Akademi Fantasia buat selama-lamanya esok manakala pelajar tingkat 1,2,3 akan menamatkan sesi persekolahan pada tahun ini petang esok.Pelajar tingkat 4-A1 akan menamatkan sesi persekolahan selepas pertandingan Antarabangsa."Guru Su menjelaskan dengan panjang lebar.Semua pelajar bersurai apabila menerima arahan dari Guru Su.
"Ririka...Awak tidak perlu risau.Saya akan melatih awak menaikkan level dalam masa yang singkat."Reo tersenyum nipis.Ririka hanya diam.
………………………………………………………………………………
*Keesokan harinya d*i padang utama akademi...
"Baiklah pelajar sekalian!Hari ini kita akan berlatih menggunakan jurus rahsia masing-masing.Kalian semestinya tidak tahu jurus rahsia masing-masing kan?"Guru Ara berdiri tepat dihadapan pelajar-pelajarnya.Suasana mulai riuh rendah.
"Para pelajar sekalian,ayo mulai latihannya..."Guru Ara berkata sedikit pelan.Pelajar-pelajar di situ mulai tidak fokus pada Guru Ava kecuali Reo dan Ririka yang setia menanti arahan guru.Guru Ara mulai panik.
"Pelajar semua marilah kita berlatih..."
"Hei Fame!Lihat bebola api ini.Aku baru mempelajarinya semalam!"
"Jelek bangat..."
"Hey Mika!Apakah kamu tahu idolaku semalam datang ngobrol sama aku..."
"Iyakah...?"
"Hahaha!Kamu lucu sekali!"
"Diamm!!"Suara Sir Nick membuatkan kata-kata para pelajar sebentar tadi mati.Sir Nick mendekati Guru Ara.
"Kamu langsung melihat saja...Aku akan mengurus pelajar-pelajar ini..."Kata-kata Sir Nick membuatkan mereka semua meneguk air liur kelat.Siapa yang tidak kenal Sir Nick yang merupakan guru yang paling digeruni dan menakutkan.
__ADS_1
"Semua pelajar dikendaki duduk!"Saya akan mengambil alih tugas Guru Ara melatih kalian...Sekarang dengarkan aku..."Para pelajar terus duduk apabila menerima arahan.
"Ketika kamu mahu menggunakan jurus rahsia,kamu perlu menutup mata dan cuba menenangkan diri.Bayangkan kamu sedang berada di satu tempat yang sangat indah.Bayangkan angin bertiup kencang dan bunyi aluran ombak.Kemudian rasakan kehadiran magis yang semakin meningkat.Tubuh kalian akan bercahaya mengikut kuasa masing-masing.Selepas kalian merasakan aura magis yang semakin meningkat,buka mata dan tumpukan perhatian pada musuh.Kamu akan secara automatik mengaktifkan jurus rahsia dan langsung menyerang musuh.Mengerti?Sekarang cari pasangan masing-masing untuk latihan kali ini.Setiap kumpulan dua pelajar.
Beberapa minit kemudian...
"Kalian semua sudah selesai?Sekarang saya mahu kamu bertarung antara satu sama lain."Sir Nick menunjuk ke arah Nana dan Nini yang kebetulan berada di hadapan.
"Baik Sir!"Kedua kembar itu berkata serentak.Mereka berdua berada di tengah-tengah padang.
"Nini...maafkan kakak jikalau serangan kakak terkena Nini..."
"Tidak apa-apa kakak!Apa pun yang akan terjadi Nana tetap kakak Nini!"Nini tersenyum nipis.Nana terdiam melihat wajah Nini.
"Kalau begitu anggaplah kakak sebagai musuh adik buat sementara waktu..."Nini tersenyum sinis.Senyuman Nana di balas baik oleh Nana.
"Sekarang serang!"Sir Nick meniup wisel di tangannya.Kedua-dua gadis itu mulai menyerang antara satu sama lain.Mereka berdua menggunakan pedang element masing-masing.Petarungngan menjadi sengit antara kedua-duanya.
"Nini!Ayo gunakan jurusnya sekarang!"Seorang pelajar lelaki melaung ke arah Nini.Nini tersenyum.
"Baiklah!"Nini menutup mata dan mula membayangkan seperti yang disuruh Sir Nick.Nini mula bercahaya hijau.
"Nana!Kamu harus menggunakan jurusmu juga!Ayo!"Sorakan pelajar membuatkan Nana lebih bersemangat.Mereka berdua mula menumpukan perhatian.Mereka membuka mata dan menyerang antara satu sama lain.
"Jurus Rahsia Kristal berduri level lapan!"Nini melompat ke arah Nana.Beberapa kristal seperti duri tajam muncul dan menyerang Nana.
"Jurus rahsia golem dewa tanah level lapan!"Satu golem raksasa muncul dan menahan kristal berduri itu yang menyeragnya bertubi sehinggakan golem raksasa itu hancur dan menyebabkan seluruh padang dipenuhi debu tebal daripada golem raksasa itu.Semua yang berada di situ mengibas debu tanah yang menghalang penglihatan.Beberapa minit kemudian debu-debu itu hilang.Kedua-dua gadis itu terduduk kepenatan.Nana dan Nini dibantu oleh beberapa orang pelajar ke ruang rehat.
__ADS_1
"Itulah jurus rahsia.Jadi saya mahu semua pelajar menggunakan jurus rahsia masing-masing ketika bertarung nanti tetapi jurus rahsia ini memakan separuh dari tenaga kamu.Pastikan kamu memikir untuk menggunakannya ketika kamu bertarung di Stadium utama Alam Fantamogoria nanti.Sekarang saya mahu pelajar seterusnya bertarung..."belum sempat Sir Nick menghabiskan kata-katanya dua orang pelajar perempuan yang lain pergi ke tengah padang.
"Op.op.op!Bukan kamu berdua tetapi sebaliknya..."Sir Nick melirik ke arah Reo dan Ririka sambil tersenyum.Dua orang pelajar tadi duduk di tempatnya semula.
"Sebaliknya Reo dan Ririka pula akan bertarung!"Sir Nick menunjuk ke arah Reo dan Ririka.Semua padangan tertumpu ke arah mereka berdua.Ririka mulai gementar.
"Mari Ririka..."Reo manarik perlahan tangan Ririka pergi ke arah tengah padang.
"Ririka...angap sahaja saya ini musuh awak.Serang saya tanpa memberikan kesempatan walau sedikit pun..."Reo berkata sebelum bertarung.Ririka mengangguk sambil memegang pedang aisnya erat.Reo menyerang Ririka menggunakan pedang apinya.Ririka menahan serangan Reo menggunakan pedangnya.Petarungan semakin sengit apabila mereka masing-masing mula menunjukkan kekuatan.
'Hebat juga kedua-dua kerabat diraja ini...'Sir Nick berkata di dalam hati sambil tersenyum.
"Sir Nick!Saya rasa lebih baik Sir Nick memberhentikan petarungan.Mereka berdua semakin berada di luar kawalan!Saya takut mereka berdua akan cedera parah!"Guru Ara merayu.Dia melihat petarungan yang semakin sengit dan merbahaya.Ririka dan Reo sama-sama menggunakan jurus rahsia.
"Sir Nick!"
"Lanjutkan pertarungannya!Jangan berhenti!"Sir Nick menjerit kuat.
"Jurus rahsia peringkat kelima marma api bertubi-tubi!"
"Jurus rahsia peringkat keempat bebola ais bertubi-tubi!"
'Bom!'Satu letupan kecil terhasil daripada serangan itu.Bebola ais Ririka hancur begitu sahaja.Ririka rebah kerana terlalu penat.
"Ririka!"Reo berlari laju ke arah Ririka.Ririka dipeluk dari belakang.
"Serangan yang bagus Ririka..."Reo berkata lemah.Apabila asap reda,guru dan beberapa orang pelajar mebantu Reo dan Ririka ke bilik kesihatan.
__ADS_1
Bersambung...