Percintaan Di Alam Fantamogoria

Percintaan Di Alam Fantamogoria
Pengembaraan


__ADS_3

Dua hari kemudian...


Ririka memikul beg yang dipenuhi barang keperluan harian dan menutup pintu rumahnya.Dia berjalan ke arah kawasan lapang yang ramai dengan kehadiran para ahli sihir.Kehadiran seorang ahli sihir tua membuatkan merekeka semua diam.


"Hadirin yang sekalian.Seperti yang dimaklumkan tempoh hari.Kesemua penduduk di kawasan ini harus mencari tempat tinggal baharu kerana kawasan ini akan mengalami tanah runtuh.Adakah kesemua penduduk berada di sini?Kita akan memulai perjalanan lebih kurang 5 minit dari sekarang.Saya tidak mahu ada perpecahan di kalangan kita..."


kawasan itu senyap sunyi seperti memberitahu bahawa semua ahli sihir sudah berkumpul.Ahli sihir tua itu yang merupakan penghulu di kawasan itu menarik nafas lega.


"Kalau begitu kita memulakan perjalanan sekarang.Ingat,jangan sesekali kalian terpisah di antara satu sama lain.Saya harap kalian peka dengan keadaan sekeliling kerana perjalanan kita pada kali ini mengambil risiko yang tinggi kerana terdapat banya binatang liar di dalam hutan yang akan kita lewati.Saya juga berharap kalian tidak berhenti di suatu tempat kecuali saya suruh.Faham?"


"FAHAM!"Kawasan itu bergema dengan sorakkan para penduduk.Mereka memulai perjalanan meninggalkan kawasan itu.


………………………………………………………………………………

__ADS_1


Hutan yang dipenuhi tumbuhan liar dan ranting-ranting kayu diredah sedaya upaya.Ada penyihir yang menebas ranting-ranting kayu dan tumbuhan liar itu menggunakan pedang.Ririka mmemerhati kawasan sekelilingnya sebagai tindakan berhati-hati.seorang kanak-kanak lelaki di tepi ririka menegur.


"Kak Rika..."


"Ya?"


"Kenapa kita tidak melalui jalan utama di kawasan pekan?"Tanya kanak-kanak lelaki itu.Ririka mengusap kepala kanak-kanak itu sambil tersenyum nipis.


"Kalau begitu kita gunakanlah kuasa kita untuk melindungi diri.Kalau manusia enggan tidak memburu kita lagi kita serang manusia tu..."


"Tidak boleh.Manusia di dunia ini sangat ramai.Tambahan pula mereka mempunyai alatan yang canggih dan berteknologi tinggi.Kuasa kita tidak mampu melawan alat moden manusia."


"Huh,manusia memang menyebalkan!"

__ADS_1


"BERHENTI!!"Suara penghulu membuatkan mereka semua berhenti.Kedengaran sayup-sayup ngauman seekor binatang.Semua yang berada di situ mula takut.Mereka semua mendekat antara satu sama lain.


"Berhati-hati semua!Pastikan senjata berada di tangan masing-masing!"tuk penghulu berkata lantang.Tidak lama kemudian seekor harimau muncul di balik semak-samun.Badannnya sangatlah besar.Semua yang berada di situ siap dengan senjata masing-masing termaksudlah Ririka.Harimau itu berlari laju ke arah mereka.


"Serang!"Arah tuk penghulu.Beberapa dari mereka mula menyerang dengan jurus masing-masing.kanak-kanak lelaki bernama jame tadi mengambil seketul batu dan melastik harimau itu dengan tepat menggunakan jurus ais.Setelah beberapa minit berlalu akhirnya harimau itu dapat ditumpaskan.Mujurlah tiada diantara mereka terluka.Perjalanan diteruskan sehinggalah mereka tiba di kawasan sungai.


"Baiklah kita berhenti setakat ini dulu buat masa ini.Kalian semua boleh berehat dan bersarapan.Kita akan meneruskan perjalanan selepas 1jam.Diharapkan semua tidak meninggalkan kawasan ini.Kita harus berhati-hati walau apapun jua."


Bersambung…


Notis:


Maaf jika terdapat kekurangan pada bab ini.Terima kasih kerana sudi membaca.Tolong beri sokongannya ya!selamat membaca!

__ADS_1


__ADS_2