
Pintu bilik diketuk menandakan ada seseorang yang hendak masuk ke dalam pejabatnya
"Masuk" kata lelaki yang berada di dalam pejabat itu
"Tuan,ada apa panggil saya?" tanya seorang lelaki yang kemas berbaju hitam
"Saya nak kamu teman saya keluar cari makan" kata Faiz
Dia adalah seorang pengarah syarikat pembinaan yang terkenal di ibu kota.Walaupun dia seorang pengarah namun kuasa tidak ada sepenuhnya kepada dirinya,sebaliknya dipegang oleh papanya sendiri kerana syarikat itu adalah kepunyaan papanya
"Baik tuan" akur Damian,dia bertindak sebagai pembantu peribadi Faiz
Mereka bergerak menulusuri jalan raya yang menghubungkan seluruh pelusuk kota itu
"Tuan,saya selalu beli nasi lemak yang dijual tepi ni" kata Damian memandangkan dia tahu tuannya juga tidak ada arah untuk menyantap
Tanpa banyak soal dia berhenti di sebelah gerai yang terdapat di tepi jalan itu.Baru sahaja Damian ingin melangkah keluar,dia terlebih dahulu dihalang oleh Faiz
"Biar saya yang turun" kata Faiz lalu turun dari kereta
"Nasi lemak ada lagi dik?" tanya Faiz sebaik melihat seorang perempuan yang dia sangka kan itu adalah budak sekolah menengah
Perempuan itu berpaling ke arahnya lalu tersenyum manis
Faiz terpanar melihat wajah mulus perempuan dihadapannya.Kaca mata hitam yang dipakainya dibuka.Tanpa segan dan silu dia menatap setiap inci wajah perempuan itu
"Encik nak beli apa?" tanya gadis itu lembut serentak menyedarkan Faiz dari lamunannya
Faiz jadi gagap sendiri,habis segala ingatannya hilang dek kerana terkena panahan cinta dari wanita itu
"Encik?" tanya gadis itu pelik
"Ha ya saya?" balas Faiz
__ADS_1
"Encik nak beli apa?" tanya gadis itu lagi
"Saya nak beli nasi lemak lima bungkus" ucap Faiz laju
"Lima ya encik?" tanya gadis itu lagi
Sekali lagi Faiz terpaku.Setiap kali dia mendengar suara gadis ini,setiap kali itu lah jantungnya berhenti berdegup.Tak pernah seumur hidupnya merasai perasaan ini
"Lima ringgit" kata kta gadis itu membuat sekali lagi Faiz tersedar dari lamunannya
Serentak dia mengeluarkan RM10 ringgit
"Keep the change" kata Faiz
"Betul ke ni encik?" tanya gadis itu terkejut
Faiz mengangguk laju
"Ya Allah terima kasih encik,semoga Allah murahkan rezeki encik" doa gadis itu
"By the way nama saya Faiz" Faiz memperkenalkan dirinya
"Nabila" balas Nabila lembut
"Ouh cantik namanya" puji Faiz
Nabila tersimpul malu
"Can i get you phone number?" tanya Faiz
"Saya minta maaf,saya tak ada telefon sebab saya orang susah.Tak mampu" jawab Nabila lancar,dia tidak malu untuk mengaku dirinya susah kerana itu sudah menjadi ajaran Nabi kepada umatnya
"Boleh saya tanya encik sesuatu?" tanya Nabila
__ADS_1
"Yes for sure" jawab Faiz
"Bukan encik ke jutawan muda yang selalu keluar dekat majalah tu?" tanya Nabila untuk kepastian,mahu ditegur takut salah orang
"Kalau awak rasa tu saya,maknanya betul lah" jawab Faiz bersahaja,dia tidak rasa bangga dengan pencapaiannya namun lebih kepada syukur kerana ini semua kurniaan daripada Ilahi
"Ya Allah tak sangka encik datang beli dekat gerai saya yang tak seberapa ni" kata Nabila riang
Faiz tersenyum
"Dah kalau makanannya sedap mesti lah datang,buat apa membazir duit ke restoran yang berpuluh puluh bintang" kata Faiz berseloroh
"Tapi tak luak pun duit encik kan" balas Nabila ramah,entah kenapa dia senang dengan sikap lelaki itu.Bukan kerana hartanya tapi kerana budi pekerti dia umpama padi 'Makin Berisi Makin Tunduk Ke Bumi'
"Duit bukan segala galanya awak,harta tak dapat menjamin kebahagian di akhirat kelak" kata Faiz tenang
"By the way just call me Iz" sambungnya
"Saya tak boleh nak panggil encik macam tu,siapa lah saya kan" balas Nabila merendah diri
"Well,saya suka bersederhana.Ayah saya yang tan sri bukan saya" kata Faiz
Nabila terlongo.Sungguh dia terpikat dengan perilaku lelaki ini
"Awak ni baik Iz.tak macam orang kaya lain" puji Nabila lembut
"Saya nak angkuh buat apa kan?Kalau semua yang ada pada saya adalah pemberian Ilahi" balas Faiz tenang
"Tak apa lah saya pergi dulu ada masa saya contact awak" kata Faiz
Dia lalu meminta diri
Nabila tidak lekang dengan senyuman manisny
__ADS_1
"Lamanya tuan,dah jumpa ke bakal puan saya?" gurau Damian,Faiz kadang kadang boleh bawa bergurau tetapi apabila mood nya tidak baik jangan cuba untuk buat lawak dengan dia
Faiz ketawa,buat masa sekarang biarlah di tidak bertepuk sebelah tangan.Dia mahu mengikat hati gadis yang berwajah arab itu kerana dia cukup terpikat dengan kejelitaan dan keperibadian gadis muda itu atau mungkin sebaya dengannya