
Alangkah terkejutnya Nabila di saat menerima rombongan meminang dari keluarga Faiz.Mujurlah kedua dua mertuanya menerima kekurangan keluarganya,takut juga dia kalau mereka tidak menerima kekurangan itu seperti dalam drama drama Melayu itu
"Dah lama ke menghidap penyakit ni?" tanya Tan Sri Aiman
"Dah dekat dua tahun dah" jawab Marissa
"Kenapa tak pergi terapi ke?" tanya Ainul pula
"Saya tak mampu nak bayar kos nya" jawab Marissa sambil tertunduk
"Tak apa,lepas ni saya minta Faiz yang uruskan,bilnya saya bayar" kata Tan Sri Aiman
Marissa hanya mengangguk dan tersenyum,dia bersyukur sangat kerana Allah menghantarkan bantuan kepadanya.Sudah tidak sanggup dirinya baring saja di rumah
Sementara itu di luar...
"Awak kenapa tak bagitahu nak datang?Terkejut saya tahu tak?" tanya Nabila dengan reaksi marah marah manja
Faiz ketawa
"Saya nak buat suprise" jawab Faiz sambil mengeyitkan mata
"Ouh sebelum saya terlupa" kata Faiz sambil bergerak ke arah kereta
Nabila memandang Faiz pelik.Dia hanya memerhati sahaja langkah Faiz
Faiz kembali dengan menjijit plastik
"For you,anggaplah ni sebagai hadia pertama saya dekat awak" kata Faiz sambil menghulurkan plastik itu
"Awak kan saya dah cakap,saya tak perlukan apa apa" balas Nabila lembut
"Saya ikhlas" kata Faiz lagi
Nabila menerima huluran itu.Bulat matanya saat melihat isi dari plastik itu,sebuah telefon yang berjenama Apple 12 yang masih berada di dalam kotak menandakan telefon itu baru sahaja dibeli.Dengan tangan terketar ketar dia mengambil keluar telefon itu,sememangnya menjadi angan angannya untuk memiliki telefon bimbit seperti orang lain menjadi kenyataan
"Untuk apa awak bagi ni dekat saya?" tanya Nabila
"Saya nak memudahkan urusan kita kalau sata nak contact awak and nanti bila kita kahwin senang lah awak nak call saya" jawab Faiz sambil tersengih selepas kata kata terakhirnya
Jantung Nabila berdegup laju,nampaknya lelaki itu benar benar mahu memilikinya
"Saya tak pandai nak main benda ni" jujur Nabila
Faiz menarik nafas lalu memulakan sesi pengajaran tentang telefon itu kepada Nabila,satu per satu di jarnya sehinggalah Nabila mahir
"Ouh macam tu" kata Nabila sambil terangguk-angguk
"Cepat awak belajar ya" puji Faiz
Nabila hanya mengukir senyuman
"Ehem ehem" tegur Tan Sri Aiman dari belakang
Nabila dan Faiz yang sibuk bertentang mata tersedar dari lamunan masing masing
"Papa tahu kamu dah tak sabar nak kahwin tapi cover sikit" kata Tan Sri Aiman sambil ketawa kecil
Faiz hanya menggaru kepala,Nabila pula sudah tunduk menghadap tangga
__ADS_1
"Ni Nabila,nanti besok datang ke butik mama ya?Kita pilihkan baju kahwin kamu" kata Ainul
"Besok?" tanya Nabila terkejut
"Ya besok,kenapa Nabila macam terkejut aja?" tanya Ainul pula,cuba menduga bakal menantunya
"Err..tak...tak ada apa" jawab Nabila tergagap gagap,hatinya masih bedebar jika berhadapan dengan kedua bakal mertuanya
"Papa minta diri dulu ya" kata Tan Sri Aiman lalu beredar disusuri Ainul selepas bersalaman dengan Marissa
"Iz" panggil Marissa lembut
"Ya mak?" balas Faiz
"Baik sungguh papa kamu" puji Marissa
Faiz hanya tersenyum,menumpang bangga atas pujian kepada papanya
"Papa saya memang macam tu mak,dia suka tolong orang" kata Faiz
Marissa mengangguk tanda setuju
"Mak,saya nak minta izin bawa Nabila keluar boleh?" tanya Faiz
Marissa hanya mengangguk
Faiz membawa Nabila keluar bersiar siar
Mereka berhenti di sebuah taman
"Awak selalu datang sini?" tanya Nabila
"Awak..." panggil Nabila manja
Faiz memejam mata,sungguh alunan suara itu menegakkan bulu romanya
"Awak tak rasa ke apa yang jadi di antara kita ni salah?" tanya Nabila,dia masih ragu ragu
"Kalau mencintai awak adalah satu kesalahan,biarlah saya terus hidup dalam kesalahan itu" jawab Faiz tenang sambil menghadap tasik di hadapannya
Nabila terkedu,makin lama makin di jatuh hati pada perwatakkan lelaki itu
"Saya segan bila berdiri sebelah awak,saya rasa saya tak sepadan untuk awak.Awak adalah orang terkenal,jutawan muda" luah Nabila,sedikit lega dirinya apabila dapat meluahkan perkara itu kepada Faiz
Faiz menghembus nafas,dia juga menjangkakan perkara itu lambat laun akan keluar dari mulut Nabila
"Nabila,saya sayangkan awak.Memang kalau dipandang dari segi kedudukan kita tak sepadan tapi jodoh itu adalah ketentuan Allah,saya yakin Allah telah tetapkan awak untuk saya" kata Faiz
"Terima kasih sebab yakinkan saya dengan cinta awak,saya bersyukur kerana Allah hadirkan lelaki seperti awak di dalam hidup saya" ucap Nabila sambil memandang tepat wajah Faiz
"Saya ikhlas mencintai awak Nur Anis Nabila" ucap Faiz penuh romantis
Nabila terkedu,terasa dia lah wanita yang paling bahagia di dalam dunia
"Saya pun ikhlas mencintai awak Faiz" balas Nabila
Mereka bertentang mata lama
Tiba tiba Nabila teringat sesuatu
__ADS_1
"Macam mana awak tahu nama penuh saya?Saya tak pernah cakap pun" tanya Nabila sambil mengangkat kening sebelah
Faiz tepuk dahi,kenapa lah dia tersasul menyebut nama penuh perempuan kesayangannya itu
"Saya dah selidik pasal awak" jujurnya
"Awak ni polis ke?" tanya Nabila sambil ketawa
"gelakkan saya ya" kata Faiz sambil tersengih
"Ya Allah!" kata Faiz seakan akan dia teringat sesuatu
"Kenapa awak?" tanya Nabila
"Saya dah janji dengan kakak saya bawak dia keluar makan sekali dengan awak,kita dah lambat" jawab Faiz sambil bergerak laju ke arah kereta
"Kejap tunggu saya" kata Nabila sambil belari anak mengikuti langkah Faiz yang laju ke hadapan
Di dalam kereta,Faiz memecut laju menuju ke arah yang Nabila sendiri kurang pasti ke mana.Tiba tiba kereta berhenti,dan terlihat seorang perempuan bertudung labuh dan berbaju kurung seperti pekerja butik butik mahal memasuki kereta
"Kau ni Iz.nak sidai akak lama mana tepi jalan tu?Segan akak orang perhati je" bebel Fazira sebaik masuk kereta seakan akan terlupa kehadiran Nabila
Faiz memandang kakaknya di belakang sambil tersengih
"Bukan sengaja kak,Iz terlalai sikit je" kata Faiz
Mereka bergerak ke kedai makan yang berdekatan
Di kedai makan itu,Fazira dan Nabila masing masing rancak berborak salam perkenalan sementara Faiz pula hanya menjadi pendengar sahaja
Tanpa Nabila sangka,Fazira memang peramah orangnya.Lebih mengejutkan dia saat mengetahui umur Fazira yang hanya berbeza satu tahun dengan umurnya dan Faiz.Wajah Fazira juga menarik perhatiannya,sangat cantik dan indah.Itu tidaklah menjadi kehairanan jikalau Faiz dan Fazira mempunyai wajah yang cantik dan tampan kerana Ainul sendiri merupakan orang asal Belanda yang berhijrah ke Malaysia setelah berkahwin dengan Tan Sri Aiman yang waktu itu sedang belajar di sana
Usai makan Faiz menghantar Nabila pulang ke rumah
"Thanks for today" ucap Nabila
"Thanks je?" tanya Faiz
"Habis tu nak apa?" tanya Nabila
"Nak kiss" jawab Faiz
Terlongo Nabila dibuatnya
"Gatal!" kata Nabila
"Ehem ehem dekat belakang ni ada orang" kata Fazira
Nabila yang sudah malu terus meminta diri untuk masuk ke rumah
"Oi kak,nak suruh aku jadi driver kau ke?" tanya Faiz
"Ye lah sekali sekala nak juga merasa ada driver" jawab Fazira sambil ketawa
"Dah tak payah nak mengada ngada,mari ke depan" arah Faiz
"Alah kau ni tak sporthing betul" kata Fazira sambil keluar dari pintu belakang masuk ke depan pula
Faiz hanya tersenyum melihat gelagat kakaknya
__ADS_1