
Dia sedaya upaya cuba melawan tiga orang lelaki yang sedang dihadapinya untuk melindungi seorang wanita yang dia sendiri tidak kenal
"Kau jangan dekat dengan dia!" marah Faiz
"Kau yang rampas hak aku!" balas seorang lelaki dari mereka
Satu penumbuk Faiz tepat melekat di pipi salah seorang lelaki yang cuba menyerangnya itu
"Iz!" jerit wanita itu
"Nurul!" kata Faiz lalu tersentak dari mimpinya
Dia menangis.Kenapa Nurul mesti kembali ke dalam hidupnya walaupun tanpa kehadiran jasad?Dia terseksa zahir dan batin
"Abang" tegur Nabila saat melihat suaminya bangun dari tidurnya
Sejak kali pertama Faiz bermimpi tentang arwah,suaminya kerap terbangun dan menangis di tengah malam.Hatinya cukup luluh melihat keadaan sang suami yang selama ini ceria dan tak mudah menangis walaupun dia juga turut cemburui nilai cinta suaminya terhadap Nurul namun cemburu itu sudah dia buang jauh jauh
Dia tahu suaminya juga turut tidak mahu perkara ini berlaku,ini di luar kawalan Faiz
"Abang jangan macam ni" pujuk Nabila lalu dia memeluk Faiz erat
Faiz mengesat air matanya
"Abang minta maaf sayang,bukan niat abang nak menganggu tidur sayang" ucap Faiz,dia memandang tepat ke arah anak mata Nabila
"Anis tak rasa terganggu pun,Anis isteri abang" pujuk Nabila lagi,dia sedaya upaya cuba memulihkan semangat suaminya
Faiz membaringkan diri dan juga isterinya
Nabila tersenyum melihat Faiz,senang sahaja dia terlena kembali namun dia tahu lena Faiz bukan seperti sedia kala.Teringat dia peristiwa pagi tadi...
"Abang ingat ingat lupa juga kuburnya mana satu" kata Faiz sambil mematikan enjin kereta
Nabila pula tidak merespons apa apa,dia hanya memandang tanah perkuburan yang berada di depannya.Mereka berjalan beriringan ke tapak kubur Nurul
Tiba tiba Faiz berhenti di sebuah kubur,terpampang masih jelas nama yang berada di batu nisan itu
Nurul Hidayah Binti Izaini
Tanpa bersoal apa pun Nabila terus sahaja menghamparkan tikar untuk mereka duduk menghadiahkan bacaan Yassin kepada arwah.Nampaknya ahli keluarga tidak pernah jemu melihat kubur arwah kerana bersih sahaja,nampak terjaga dan rapi
Nabila menyiku lembut lengan suaminya sebaik melihat Faiz hanya menangis sahaja dan tiada tanda tanda untuk memulakan bacaan.Faiz nampak begitu lemah apabila berhadapan dengan masalah Nurul ini
Sebaik sahaja bacaan selesai dilakukan
Faiz memegang batu nisan kanan yang tertulis nama Nurul
__ADS_1
"Asalamualaikum Nurul,Iz datang ni lawat Nurul" kata Faiz,suaranya bergetar getar menahan sebak
"Iz minta maaf sebab dah lama tak melawat Nurul,bukan Iz yang tak mahu tapi ahli keluarga Nurul yang tak izinkan.Iz hormat keputusan diaorang" kata Faiz lagi
Nabila pula hanya membiarkan sahaja suaminya berbicara
"Kali ni Iz tak datang seorang,Iz dah kahwin.Betul cakap Nurul,Iz akan jumpa orang yang lebih baik dari Nurul dan sekarang Iz dah jumpa orang tu.Iz juga dah tunaikan segala janji kita dulu,Iz harap Nurul bahagia dekat sana.Satu hari Iz dan isteri akan menyusul" sambungnya lagi
Faiz menangis lagi,Nabila menggosok lembut belakang suaminya
"Nurul,saya isteri Iz,Nur Anis Nabila.Saya datang nak kenal awak,saya akan ambil alih tugas awak untuk menjaga hati Iz.Berehat lah dengan tenang ya?" ucap Nabila pula
Keesokkan hari
"Anis,boleh akak tanya sesuatu?" tanya Fazira
"Boleh akak" jawab Nabila
"Kenapa dengan adik akak?Murung saja sejak dua minggu ni" tanya Fazira,dia sudah naik hairan dengan perubahan drastik adik lelakinya itu
"Hurm,akak kenal tak dengan perempuan yang bernama Nurul?" tanya Nabila
Fazira diam sejenak,dia cuba memanggil kembali ingatannya yang hilang
"Ouh kekasih lama Faiz tu" jawab Fazira
Fazira terangguk angguk mendengar cerita Nabila
Bukannya dia tidak kenal dengan Nurul itu,gadis yang cukup menawan,dia dan mama juga berkenan pada gadis itu.Oleh sebab itu,dia juga terkejut apabila melihat wajah Nabila pada kali pertama.Dia sangkakan matanya yang tidak betul kerana wajah Nabila memang serupa dengan Nurul,seakan akan kembar
"Akak ada tak cara nak buat abang kembali asal?" tanya Nabila
"Itu kena tanya papa sebab dulu papa yang cakap dengan dia lepas tu dia tiba tiba semangat balik" jawab Fazira
Nabila gigit kuku jari,dia buntu
"Anis perlu tahu lagi pasal Nurul tu dan kenapa Faiz betul betul sayangkan gadis itu" kata Fazira
"Kenapa kak?" tanya Nabila
"Nurul tu dia perempuan pertama yang berjaya menang hati Faiz,mereka dah couple sejak tingkatan satu lagi" jawab Fazira
Nabila terangguk angguk
"Arwah baik,dia suka datang rumah tolong mama masak dan study sama sama dengan Faiz.Memang hari hari boleh tengok muka dia lah.Mama pun dah berkenan dengan si Nurul tu tapi tu lah,tak ada rezeki nak dibuat menantu" cerita Fazira panjang lebar
"Patut lah abang sayang sangat dekat dia kak" balas Nabila
__ADS_1
"Bila Nurul meninggal kita orang sekeluarga bukan hilang Nurul saja malah hilang Faiz yang asal" sambung Fazira lagi
"Anis tak cemburu ke?" tanya Fazira
"Buat apa Anis cemburu dengan orang yang dah tak ada kak?Anis pun kagum dengan Nurul tu,dia mungkin tak terganti dalam hati abang.Walaupun Anis tahu mungkin bila abang tengok muka Anis dia teringat pada Nurul" jawab Nabila
Fazira hanya merenung adik iparnya,betul lah pilihan adiknya.Nabila memang seorang yang baik
"Tak apa lah,Anis nak call papa kejap" kata Nabila
"Akak doakan terbaik untuk Anis" balas Fazira
Nabila pula melangkah kaki ke belakang untuk membuat panggilan
"Asalamualaikum pa" sapa Anis
"Waalaikumusalam Anis,kenapa ni call papa?" tanya Tan Sri Aiman
"Saja rindu" jawab Nabila lalu dia gelak perlahan
Tan Sri Aiman juga begitu
"Ada ada sajalah menantu papa ni" kata Tan Sri Aiman,bukannya dia tak kenal dengan menantunya itu.Sangat ramah budaknya
"Anis kacau papa ke?" tanya Nabila,risau juga dia mengingat pekerjaan Tan Sri Aiman itu bukannya selalu ada masa free
"Tak lah,Papa dah dekat rumah sekarang" jawab Tan Sri Aiman
"Aih,awal papa balik" hairan Nabila
"Sekali sekala balik awal juga" kata Tan Sri Aiman lalu tergelak
"Ni pa,Anis call ni sebab abang" terus terang Nabila
"Kenapa dengan Iz?" tanya Tan Sri Aiman
Nabila memulakan ceritanya
Tan Sri Aiman mengeluh saat mendengar cerita dari menantunya
"Budak tu masih tak lupakan arwah" kata Tan Sri Aiman
"Sekarang dia dah jarang senyum,bercakap apa lagi.Sepatah ditanya,sepatah dijawab" balas Nabila
"Tak apa,biar papa uruskan dia.Kita doa baik baik aja" kata Tan Sri Aiman
Nabila bersyukur dalam diam.Mujurlah Tan Sri Aiman mahu membantunya,kalau tidak mati akal lah dia.
__ADS_1