Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 4


__ADS_3

Sebuah kereta mewah laju membelah jalan yang kian sunyi dek kerana malam semakin gelap


"Lagi sepuluh minit kita sampai tuan" kata pemandu


Seorang lelaki yang berada di belakang,memakai sarung tangan hitam


"Are you sure about this?" tanya Frank


"I'm just want to give him a small lesson tonight" jawab Faiz


Sementara itu,di sebuah pondok di dalam kebun sawit yang dalam dan terpencil dari pandangan mata


"Kau bila nak bawa masuk ayam baru?Aku bosan lah asyik layan ayam sama" tanya salah seorang lelaki itu


Mereka sedang asyik bermain kad


"Sabar lah aku tengah inchager seseorang ni" jawab Amir


"Siapa?" tanya Kamil


"Nabila,kawan sekolah kita" jawab Amir angkuh


"Dia tu?Huish gila kalau dapat tu memang aku tak lepas" balas Kamil


"Tapi kau yakin ke boleh dapat dia?Dia tu dah lah anak ustazah" tanya Kamil was was


"Come on lah,ni Amir lah!Bapak ayam paling licik dalam kampung ni" jawab Amir berlagak


Tiba tiba terdengar suara seseorang menepuk tangan


"Hebat hebat" sinis lelaki yang menepuk tangan itu sambil menuju semakin hampir ke arah mereka


"Woi!siapa korang dan macam mana boleh jumpa tempat ni?" tanya Amir marah lalu memberi isyarat supaya anak buah nya menyerang mereka bertiga


Tetapi senang sahaja mereka berdua ditumpaskan oleh kedua dua pembantu lelaki itu


Amir yang cuba menyerang ketua antara tiga orang itu terlebih dahulu diberi tumbukkan ke arah perutnya menyebabkan dia terpelanting ke belakang


Dua orang pengikut Amir telah melarikan diri


"Woi jangan lari!" jerit Amir namun tidak diendahkan oleh kedua dua rakannya tiba tiba kolarnya dicekak


"Kau nak mati cara mudah ke cara susah?" tanya ketua di antara tiga orang itu


"Maksud kau?" tanya Amir cuba masih berlagak berani


"Kalau kau mati cara senang aku akan tusuk pisau ni ke dalam perut kau dan aku tarik keluar atau dengan cara susah aku akan tusuk pisau ni dari dada kau sampai ke perut secara perlahan lahan" terang lelaki itu


Amir mula menggigil,baginya kedua dua pilihan itu langsung tidak memberi manfaat kepadanya


"Bang tolong lah bang saya masih ada mak dan ayah,fikirkan pasal mereka bila saya tiada nanti" rayu Amir


Lelaki itu ketawa sinis


"Kau hidup pun dah menyusahkan mereka,kau hanya akan memalukan mereka apabila perbuatan kotor kau diketahui orang" balas lelaki itu


"Tolong lah bang saya merayu jangan bunuh saya" rayu Amir lagi


"Aku akan lepaskan kau tapi dengan syarat kau jangan ganggu Nabila lagi" kata lelaki itu


"Ingat,mata aku ada di mana mana" bisik lelaki itu di telinga Amir

__ADS_1


Amir terangguk angguk seperti burung belatuk.Sebaik dia dilepaskan,laju dia berlari menjauhi kumpulan itu


Pagi menjelma tiba


"Adik tak berniaga ke hari ni?" tanya Marissa sebaik melihat Nabila masih berada di rumah


"Adik tak larat hari ni mak,rasa nak demam" jawab Nabila lalu dia baring disebelah maknya


"Kalau demam rehat lah adik" kata Marissa sambil membelai rambut Nabila


Nabila mengangguk lemah lalu mata dipejam,dia benar benar tak larat


Sebaliknya di pejabat


Mesyuarat kewangan syarikat diadakan.Faiz yang menggantikan tempat papanya menerangkan detail detail mengenai perancangan syarikat pada masa akan datang


"Baik itu saja kamu semua boleh bersurai" kata Faiz


Selesai meeting dia keluar untuk mencari makan


"Eh tak buka?" tanya Faiz kepada dirinya sendiri


Dia temenung sendiri


Dia sakit ke?Baru semalam jumpa


Tanpa berlengah dia memandu kereta menuju ke rumah Nabila


Setibanya di depan pintu rumah kayu itu,dia menarik nafas dalam dalam mengumpul segala kekuatan yang dia ada untuk berjumpa dengan keluarga si kekasih hati


"Asalamualaikum" dia memberi salam sopan


"Waalaikumusalam" jawab satu suara dari dalam


Sebaik pintu dibuka,Faiz terkejut melihat siapa yang membuka pintu


"Ya Allah mak cik,kenapa mak cik yang buka pintu?" tanya Faiz lalu terus duduk memegang bahu Marissa


"Nabila demam,kamu ni siapa ya?" tanya Marissa


"Saya kawan Nabila" jawab Faiz,mukanya tak lekang dari memberi senyuman


"Kawan?Kamu ke yang bawa dia keluar semalam?" tanya Marissa


"Iya mak cik" jawab Faiz


"Tapi bukan ke kamu yang jutawan muda tu?" tanya Marissa


Faiz senyum sahaja


"Kalau mak cik rasa itu saya maknanya betul lah itu saya" jawab Faiz bersahaja


"Eh jemput lah masuk dulu,maaf lah rumah kayu saja.Mak cik tahu kamu mungkin tak selesa duduk di rumah macam ni" kata Marissa serba salah sebaik mengingat siapa yang berkunjung ke rumah nya


"Saya langsung tak rasa macam tu mak cik,saya pun manusia juga tiada beza antara kita" balas Faiz lembut


"Mak,siapa yang datang?" tanya Nabila sebaik mendengar suara seseorang di luar sedang bersembang dengan mak nya


"Kawan kamu" jawab Marissa


Bulat mata Nabila mendengar jawapan Marissa,laju dia mencapai tudung dan bergegas keluar

__ADS_1


"Awak,kenapa datang?" tanya Nabila sambil melabuhkan punggung di sebelah Marissa


"Saya datang sebab tadi saya nak beli nasi lemak dekat gerai awak tapi tak buka pula" kata Faiz


"Saya demam" balas Nabila


"Awak demam?Mari saya hantarkan ke klinik?" pelawa Faiz


"Tak apa lah,saya tak nak susahkan awak" tolak Nabila


"Saya ikhlas awak,saya nak awak sihat.Saya tak nak awak sakit,nanti kalau awak sakit kempunanlah nasi lemak awak nanti" pujuk Faiz lembut


"Pergi lah adik,mak pun risau tengok adik macam ni" pujuk Marisa pula


Faiz senyum ke arah Marissa tanda dia berterima kasih


Nabila mengangguk


"Saya tunggu dalam kereta ya?" kata Faiz lalu bangun


"Mak cik saya pergi dulu ya?" Faiz meminta diri


"Bawa kereta elok elok" pesan Marissa


Faiz mengangguk lalu mengantur langkah ke keretanya


"Mak,Nabila pergi dulu ya?" kata Nabila


"Iya,jaga dia elok elok.Mak berkenan" usik Marissa


"Haish mak ni,mana dia nak dekat Nabila ni" balas Nabila


"Tapi mak tak rasa macam tu" kata Marissa


"Kenapa pula?" tanya Nabila


"Cara dia pandang kamu bukan pandangan biasa" jawab Marissa


"Mana mak tahu?" tanya Nabila


"Mak dah makan garam dulu dari kamu adik" jawab Marissa,dia tahu sangat erti pandangan Faiz kepada anaknya itu


"Adik pergi dulu lah kesian dia tunggu lama" kata Nabila


Sebaik melihat Nabila melangkah turun,Faiz turun dari keretanya lalu memapah Nabila


"Awak,saya demam aje bukan sakit kaki" kata Nabila,dia segan


Faiz terdiam sendiri,ayat itu pernah dia kata kan pada kakaknya.Terasa seperti karma tepat mengenai hidungnya


"Saya nak tolong awak je,kalau awak jatuh dekat sini nanti saya juga yang susah" kata Faiz


Mereka bergerak menuju ke klinik yang berdekatan


"Ramai lah pula orang" kata Faiz


"Awak sibuk ke?" tanya Nabila


"Eh tak,cuma saya ni jenis tak suka menunggu" jawab Faiz


Nabila mengangguk,dengan tanpa dia sedari dia meletakkan kepala di lengan sasa Faiz

__ADS_1


Faiz senyum sendiri,manja juga dia ni


__ADS_2