Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 24


__ADS_3

Faiz baru sahaja pulang dari solat terawih,Nabila tidak dapat mengikut erana sibuk mengemas baju untuk dibawa pulang ke tanah air besok pagi


"Dah siap?" tanya Faiz


"Dah abang,tinggal masukkan barang cuci muka kita je" jawab Nabila


Faiz duduk di sebelah Nabila,tangannya menggosok lembut peha sang isteri


Nabila pandang suami nya dari atas hingga bawah.Faiz hanya memakai kain pelikat dengan baju t shirt sahaja,dia suka!Sangat suka melihat suaminya berpakaian serdahana


Faiz walaupun seorang yang bergelar jutawan namun pemakaiannya simple sahaja bila ada event yang grand bru dia akan memakain layaknya seorang jutawan


"Kenapa pandang abang macam tu?" tanya Faiz


Nabila tersedar dari lamunannya,terus sahaja muka berubah rona


"Tenung suami sendiri pun malu ke?" sakat Faiz


"Ei abang ni" marah Nabila sambil mencubit lembut lengan Faiz


"Aduh sakit la sayang" kata Faiz sambil menggosok lengannya yang pedih


Nabila memang suka cubit dengan hanya menarik hujung hujung kulit sahaja


Nabila menjelirkan lidah


"Ooo nak lawan abang ya" kata Faiz lalu tanpa sebarang isyarat dia mengeletek Nabila


Setelah agak lama digeletek Faiz melepaskan Nabila,risau juga karang pengsan dia juga yang susah


"Lemas Anis" kata Nabila dengan nafas tercungap cungap


Masing masing diam,hanya mata yang berbicara


"Abang sayangkan Anis sepenuh jiwa abang" ucap Faiz


Nabila hanya memandang suaminya


"Anis pun sayang dan cinta abang sepenuh jiwa" balas Nabila


Akhirnya bibir mereka bersatu dan mereka terlelap di ruang tamu itu juga


Keesokkan harinya...


Mereka telah tiba di airport dan hanya menunggu untuk nombor penerbangan mereka dipanggil sahaja


"Flight MH one zero one five will departed to Malaysia,all passangger please go to the international gate immediatly.Thanks you" pesan operater airport


Faiz dan Nabila bergerak menuju ke pintu pelepasan domesitik

__ADS_1


Setelah menepuh perjalanan yang ckup jauh akhirnya mereka tiba di Malaysia.Kehadiran mereka disambut oleh keluarga dari kedua dua belah pihak


"Alhamdulillah sampai juga anak mak" ucap Marissa,dia sungguh rindu dengan anak bongsu nya itu


Nabila memeluk Marissa


"Anis rindu mak" rintih Nabila,memikirkan keadaan Marissa yang semakin berganjak usia makin membuatkan semangatnya lemah.Dia sangat tidak mampu menghadapi saat itu dan kalau boleh dia tidak mahu kehilangan Marissa


Selepas itu mereka pulang ke rumah,hari itu mereka berkesempatan untuk sama sama berbuka puasa untuk kali terakhir bersama sama memandangkan besok bulan syawal bakal menjelma


"Cantik" itu lah perkataan pertama yang keluar dari mulut Nabila saat menjejak kaki ke restoran ombak pantai yang terletak di salah sebuah pantai di Selangor


"Do you like beach my honey?" tanya Faiz


"Of course" jawab Nabila


"I want to ask you something" kata Faiz


Nabila memandang Faiz,memberi sepenuh perhatian kepada lelaki itu


"What are the different you and this beach?" tanya Faiz


"I don't know" balas Nabila


"The wave come to the beach and go from beach again and again but you come to me and I will never let you go again" kata Faiz penuh romantik


Suasana senja makin menghangatkan lagi suasana romantik mereka


tiba tiba


"Puasa ni dik oi" sergah Fazira


Kedua dua merpati sejoli itu tersedar dari lamunan dan malu sendiri.Mereka mngambil tempat di meja makan memandangkan waktu maghrib sudah tidak lama lagi


Setelah selesai semuanya mereka solat maghrib di masjid berdekatan lalu terus pulang ke rumah.Tan Sri Aiman berjahat untuk melakukan takbir raya di rumah mereka kecil kecilan sahaja


"Iz kamu jadi imam ya?" arah Tan Sri Aiman saat mereka sedang bersiap siap untuk menunaikan solat isyak


Faiz tanpa berfikir panjang terus sahaja naik sebagai imam kepada keluarganya termasuk keluarga Nabila


Setelah selesai solat,Faiz memulakan takbir raya


"Allah huakhbar,Allah huakhbar,Allah huakbar.


laillah Ilah haillah huallah huakhbar.Allah huakhbar walillah hilham" laung Faiz dengan merdu


Terkesima keluarga Nabila mendengarnya,usah kata keluarga Nabila.Dia sendiri turut terkesima kerana tidak pernah dia mendengar Faiz bertakbir apalagi azan


Namun reaksi yang bersahaja di pihak keluarga Faiz kerana masing masing sudah biasa mendengarnya.Faiz memang dari sekolah menengah meminati azan

__ADS_1


Keesokkan harinya...


Nabila sedang memasangkan butang di maju melayu Faiz.Tema warna putih dipilih sebagai tema raya tahun pertama mereka


"Abang handsome bila pakai warna putih sebab tu Anis pilih warna putih" puji Nabila sebaik sahaja selesai memasangkan butang baju melayu suaminya


Faiz hanya senyum,dia bangga sendiri kerana dapat memuaskan mata isterinya.Bagi dia,apa lah sangat dia kalau mahu dibandingkan dengan lelaki lelaki kacak yang lain di luar sana.Kepuasan di mata Nabila melihat kekacakkan dirinya sudah cukup untuk membuat dia puas hati


Setelah selesai semuanya,mereka turun ke bawah


"Wah wah cantiknya anak menantu papa" puji Tan Sri Aiman saat melihat mereka turun dari tangga


"Eh termatching pula" kata Fazira


"Eleh akak" balas Nabila lalu tergelak,bukannya dia tak tahu Fazira yang bersungguh sungguh mahu sama tema dengan mereka


"Dah beraya ke semua ni?" tanya Faiz


"Dah!Korang je lambat" jawab Fazira


Faiz turun melutut di hadapan mama dan papanya diikuti Nabila


Setelah mereka memohon ampun dari kedua ibu bapa mereka.Kini tiba lah giliran dengan Fazira


Ainul cepat cepat mengambil telefon untuk merakam mereka


"Mama,tolong jangan rakam" kata Faiz


Fazira gelak.Dia tahu sangat setiap kali raya dan saat bersalam dengannya,Faiz akan membuat drama air mata


Nabila pula hanya menjadi pemerhati,dia sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku


Faiz mencapai tangan lembut Fazira,tangan itu diletak di dahi


Seikhlas ucapan maaf dibaca lalu dia mencium tangan Fazira


Kini giliran Nabila pula terharu dengan kasih sayang dua adik beradik ini,nampak sangat Faiz betul betul kasih kepada Fazira.Tidak seperti dia dan Anissa,tiap pagi raya mereka akan bergaduh di dapur untuk menyiapkan makanan.Anissa itu chef yang berkelas,segalanya mahu perfect di mata


"Ehem ehem,pengantin baru turn" usik Ainul


Telefon di tangan setia merakam aksi hangat ini,kini Fazira juga tidak terlepas


Nabila malu,sungguh malu.Dah lah ini kali pertama dia beraya dengan insan yang bergelar suami


Tangan Faiz dicampai lembut


"Anis minta maaf dari hujung rambut dari hujung kaki abang kalau Anis tak mampu jadi isteri yang baik untuk abang,jadi isteri yang sempurna.Anis minta maaf tau" ucap Nabila lalu tangan Faiz dikucup lembut


Faiz tersenyum,kepala Nabila yang dilitupi tudung dicium lembut

__ADS_1


Semua dalam rumah itu senyum melihat adegan sweet yang dipamer oleh pasangan pengantin baru itu


__ADS_2