Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 11


__ADS_3

Seperti yang diarah oleh Faiz,Damian mengekori Nabila dan Fazira ke tempat kerja.Gerak gerinya langsung tidak disedari oleh mereka


"Selamat pagi mama" sapa Nabila sambil tersenyum manis kepada Ainul


"Pagi" balas Ainul


Nabila telan air liur,nampaknya mood ibu mertuanya tidak bergitu baik


Dia bergerak menuju ke meja kerjanya.Terdapat beberapa helai baju yang harus dia siapkan design nya sebelum minggu hadapan


"Isteri jutawan muda tak berkelas dah sampai!" sindir Rohayu


Terus hilang mood Nabila untuk bekerja,serentak itu dia menjeling tajam ke arah Rohayu


"Eh dia jeling jeling dekat kita pula,dia dengan kita nak dibezakan bagai langit dan bumi" kata Rohayu lancang


"Apa masalah akak ya?Saya ada buat salah dengan akak ke?" tanya Nabila bingkas bangun berdiri menghadap Rohayu


"Eh kau tu sedar diri sikit!Dah lah miskin,tak ada bapak!" lancang mulut Rohayu bersuara lagi tanpa memikirkan perasaan si pendengar


"Akak jangan main arwah ayah saya" balas Nabila dengan nada suara terketar ketar,sakit hatinya apanila arwah ayahnya dikaitkan sekali


"Lah!Kesah pula aku?" sinis Rohayu bersuara


Nabila terus sahaja belari menuju ke tandas,air mata yang ditahan kian jatuh berjurai


Tanpa sesiapa pun menyedari,perbualan atau lebih boleh dikatakan hinaan kepada Nabila tadi dirakam oleh Damian.Dia segera mengirimkan video tadi kepada Faiz


Ting! bunyi yang menandakan ada mesej yang sampai kepadanya


Tanpa membuang masa Faiz terus membuka telefonnya,dia tersenyum apabila mendapati mesej itu adalah dari Damian


Tanpa banyak soal dia membuka video yang dikirim oleh Damian.Usai melihat isi video,kunci kereta terus dicapai,tanpa sebarang pesan dia meninggalkan pejabat


Tanpa mengambil masa yang lama,keretanya berhenti tepat di hadapan butik Ainul


"Mana dekat sini perempuan bernama Rohayu?Keluar sekarang!" kata Faiz dengan sedikit intonasi suara yang tinggi


Dengan terketar ketar Rohayu bangun berdiri


"Habis lah kau,siapa suruh ejek isteri dia" kata rakannya menambahkan lagi gerun di hati


Nabila yang mendengar suara suaminya di luar tandas terus sahaja keluar,begitu juga dengan Fazira dan Ainul


"Abang,kenapa ni?" tanya Nabila sambil memaut lembut lengan sasa suaminya


Dahi isterinya dicium lembut,sungguh luluh hatinya saat melihat isteri kesayangannya dicaci sedemikian

__ADS_1


"Faiz kenapa ni?" tanya Ainul


Fazira hanya berdiam diri di belakang Ainul kerana dia tahu apa yang sedang berlaku


"Ni mama tengok ni" kata Faiz sambil menyerahkan telefonnya kepada Ainul


Ainul sedikit terkejut sebaik melihat video yang ditunjukkan


"Siapa rakam video ni?" tanya Ainul


"Damian" jawab Faiz


"Ya saya Puan Sri" sampuk Damian tiba tiba di belakang Faiz


Ainul memandang Rohayu dengan pandangan yang tajam,Rohayu pula menundukkan kepala.Dia tahu kerjayanya akan musnah dalam beberapa minit dari sekarang


"Rohayu,kamu boleh kemas barang barang kamu" kata Ainul


"Ni semua kau punya pasal perempuan mis..." belum sempat dia menghabiskan bicara satu penampar padu melekat pada pipi kanannya


Mereka semua yang melihat keadaan itu terpaku,termasuklah Faiz


Rohayu terus sahaja mengemaskan barangnya.Faiz menarik Nabila lalu dipeluk kemas isterinya.Dia sendiri cukup terkejut dengan tindakkan spontan Nabila


Selesai semuanya,Faiz membawa Nabila pulang


"Abang,kenapa abang suruh Damian intip Anis?" tanya Nabila


"Anis tak expect langsung abang buat macam ni" kata Nabila terharu


"Sayang,abang sanggup buat apa je demi sayang" balas Faiz


Nabila terharu,dia bersyukur sekarang kerana sudah tidak ada yang menganggunya lagi


Sebulan sudah berlalu,kini mereka melalui hari hari biasa


Faiz yang sedang berjalan ke arah keretanya tiba tiba dilanggar oleh seseorang


"Eh okey tak ni?" tanya Faiz


"You!" jerit Nadia seumpama sedang dalam ketakutan lalu memeluk tubuh Faiz


"Eh apa ni?Lepas lah Nadia!" kata Faiz sambil cuba menolak tubuh Nadia namun pelukkan Nadia betul betul kemas


Tiba tiba...


"Abang!" jerit Nabila,niatnya ingin memberi kejutan kepada suami tercinta memakan diri

__ADS_1


Bekal nasi yang dibawanya terlepas ke tanah


"Sayang!" jerit Faiz sebaik melihat Nabila berlari meninggalkannya


"Kau lepas lah!" kata Faiz lalu menolak kasar tubuh Nadia menyebabkan gadis itu terjelupuk jatuh ke tanah


Fazira yang melihat itu sedaya upaya mengejar adik iparnya


"Kau dah kenapa!" marahnya kepada Faiz


"Bukan salah aku!Perempuan sial tu yang peluk aku" kata Faiz cemas


"Sayang!" jerit Faiz kuat,terus sahaja dia meluru ke arah Nabila seakan akan terpaku di tengah jalan


Tiba tiba Nabila rasa tubuhnya ditolak oleh seseorang


"Faiz!" jerit Fazira


Nabila yang tersungkur jatuh ke tanah bangun dan melihat ke belakang.Segala sakit hati terus sahaja hilag disaat melihat suaminya berlumuran darah terbaring di tengah jalan,lebih tepat suaminya telah dilanggar oleh sebuah kereta


"Abang!Ya Allah abang" terus sahaja Nabila mendapatkan suaminya


Fazira yang dari tadi cuba menyedarkan adiknya tidak berhasil,pemandu kereta tadi menghubungi pihak hospital


"Suami encik mengalami pendarahan yang agak teruk di kepala dan tulang rusuk kiri dia patah begitu juga dengan tulang kakinya" kata kata doktor itu terngiang di dalam kepalanya


"Anis,sabar lah" pujuk Ainul


"Ni salah Anis ma,salah Anis" kata Nabila,tangisan nya masih belum reda


"Mama tak pernah salahkan Anis,benda dah nak jadi" pujuk Ainul lagi


"Betul tu Anis,papa pun tak pernah salahkan Anis" tambah Tan Sri Aiman pula


Fazira pula hanya membisu memandang adiknya terbaring di atas katil,sungguh dia trauma melihat kejadian itu


"Abang nak selamatkan Anis tapi dia korbankan diri dia juga" luah Nabila


"Itu tandanya dia sayang Anis,lelaki tak kan pernah berani mengambil risiko mengorbankan dirinya kalau dia tak sayangkan seseorang itu" kata Tan Sri Aiman


"Kita berdoa saja lah agar Faiz cepat cepat sembuh dan sedar" kata Ainul


Nabila hanya mengangguk


Kini semua orang telah pulang ke rumah,tinggal dia sahaja yang setia menemani Faiz


"Abang,Anis minta maaf" ucap Nabila sambil menggosok lembut tangan suaminya

__ADS_1


"Anis tahu,Anis tak bagi abang peluang untuk explain perkara sebenar" sambungnya


Dia memandang lembut wajah suaminya dan hanya mampu berdoa untuk suaminya cepat cepat sedar.Dia rindu gurauan Faiz,rindu belaian dari Faiz,dia rindu semua itu


__ADS_2