Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 8


__ADS_3

Azan subuh berkumandang


"Abang,bangun solat subuh" kejut Nabila


Namun Faiz masih lagi merekot di dalam selimut,penat mungkin


"Abang,kalau abang tak bangun Anis tak kasi abang kiss lagi" ugut Nabila


Laju Faiz bangun


"Dah pandai main ugut ya" kata Faiz,matanya masih setia terpejam


Nabila ketawa kecil


"Cepat pergi mandi,Anis tunggu abang.Kita solat sekali" arah Nabila


Faiz mengangguk lalu melangkah malas ke bilik mandi


Usai mandi,mereka solat subuh berjemaah


"Abang,Anis nak tanya sikit boleh?" tanya Nabila


Faiz berpaling menghadap Nabila lalu dia tersenyum


"Nadia tu siapa and kenapa abang macam tak suka dia?" tanya Nabila lalu dia tertunduk,takut juga dia jikalau Faiz tiba tiba melenting


Faiz mengambil kedua tangan isterinya lalu digosok lembut


"Nadia tu kawan sekolah abang,dulu abang dengan dia rapat tapi sejak kami mula masuk ke alam universiti,dia berubah.Dari seorang yang alim ke seorang yang seperti tidak mempunyai agama,sebab tu lah abang tak suka dengan dia" jujur Faiz


Nabila terangguk-angguk


"Nanti cerah abang nak bawa sayang ke satu tempat ni" kata Faiz


"Ke mana abang?" tanya Nabila hairan


"Ikut je sayang" jawab Faiz


Seperti yang dijanjikan Faiz,mereka kini sedang di dalam kereta menuju ke sesuatu tempat


Nabila hanya memandang suaminya di sebelah,tangannya tidak lepas dari memegang bahu lelaki itu.Kaca mata hitam yang dikenakan Faiz sudah cukup untuk membuat dirinya terpikat dengan kehenseman suaminya


Tiba-tiba kereta membelok masuk ke sebuah banglo yang mungkin sedikit sahaja lebih kecil dari banglo milik Tan Sri Aiman


"Home sweet home" kata Faiz lalu keluar dari kereta


Dia bergerak untuk membuka pintu untuk isterinya


"Ni rumah siapa abang?" tanya Nabila walaupun dia sudah dengar perkataan yang keluar dari mulut suaminya tadi


"Ni rumah abang,but now it's our home" jawab Faiz


Pinggang Nabila dibelit kemas lalu dicium pipi isterinya


"Sayang suka?" tanya Faiz


"Suka,dari luar pun dah suka" jawab Nabila


"Mulai sekarang ini rumah kita,jom masuk dalam" kata Faiz lalu melangkah masuk ke dalam


Langkah pertama sahaja sudah menakjubkan mata Nabila.Walaupun rumah ini tidaklah sebesar rumah Tan Sri Aiman namun ia jauh lebih cantik

__ADS_1


"Abang main piano?" tanya Nabila


Faiz tersenyum bangga lalu mengangguk


"Cuba mainkan untuk Anis satu lagu" pinta Nabila


Tanpa banyak soal Faiz bergerak menuju ke pianonya.Jari jemarinya bergerak lincah di atas papan piano itu


Nabila menikmati alunan muzik yang dimainkan Faiz,sungguh lelaki itu banyak bakat terpendam


"Wah abang,abang hebat lah" puji Nabila lalu menghadiahkan satu pelukkan untuk Faiz


"Dah jom tengok bilik kita pula" ajak Faiz lalu dia menarik tangan Nabila supaya mengikuti langkahnya ke atas


Setibanya di depan bilik mereka,Faiz mencari cari anak kunci biliknya


"Ni bilik siapa abang?" tanya Nabila


"Itu bilik kak Fazira" jawab Faiz


"Dia pun duduk sini ke?" tanya Nabila


"Dia memang duduk sini,time dia rasa nak duduk rumah papa dia balik rumah papa.Ikut mood dia juga" jawab Faiz sambil tersenyum,galak hatinya mengenakan kakak sendiri


"Abang pula?" tanya Nabila


"Abang selalu duduk sini sebab abang lebih suka berdikari tapi kadang kadang kalau kakak balik rumah papa,abang pun ikut sekali.Kadang kadang aje la" jawab Faiz


Dan akhirnya pintu bilik mereka berjaya dibuka


"Wah abang,cantiknya!" kata Nabila


"Sayang suka bilik kita?" tanya Faiz


"Lebih dari suka,cinta mungkin" jawab Nabila sambil duduk ke atas katil


"Dalam rumah ni ada satu bilik je yang tak boleh masuk tanpa izin abang" kata Faiz


Nabila mengerutkan dahi sambil menunggu sambungan ayat dari Faiz


"My gaming room" kata Faiz


"Abang main game?" tanya Nabila


"Ye lah,time abang bosan" jawab Faiz


Nabila tersenyum,nampaknya segala yang diimpinya sejak dari kecil untuk bermain game akan tercapai


"Kenapa sayang senyum?" tanya Faiz hairan


"Anis suka sangat main game cuma tu lah,dulu tak mampu" jawab Nabila


Faiz mendekati isterinya.Tudung yang dipakai isterinya ditarik lembut lalu dielus rambut isterinya


Kucupan hangat diberi pada ubun-ubun isterinya


"Abang janji abang akan bahagiakan sayang selagi abang masih hidup" ucap Faiz penuh romantis


Anis tersenyum bahagia


"Abang tak lapar?" tanya Nabila

__ADS_1


"Lapar juga,nanti lah kita keluar makan sambil sambil ambil baju sayang dekat sana" jawab Faiz


Nabila mengangguk


"Can i see your gaming room?" tanya Nabila manja


Faiz tersenyum,tangan isterinya di tarik lembut menuju bilik gamingnya


Pintu dibuka,terbeliak mata Nabila melihat semua barang barang gaming yang dikatakan mahal mahal belaka.Bilik itu hanya diterangi dengan cahaya lampu neon berwarna biru dan purple


"Lepas ni kalau sayang nak main game,text abang dulu okay?Lepas tu masuk" pesan Faiz


"Okay!" balas Nabila riang


Faiz senyum melihat kelakukan isterinya yang manja


Seusai solat zohor,mereka bergerak menuju semula ke rumah Tan Sri Aiman


"Ha balik pun pengantin baru ni" sakat Anissa


"Aish akak ni" malu Nabila


"Anis,mai sini tolong akak" panggil Anissa


"Iz nak Anis akak" kata Faiz


"Pinjam lah sekejap" kata Anissa,ketawanya sudah tak dapat ditahan lagi


"Sekejap je" balas Faiz


Nabila melangkah ke arah Anissa,Faiz pula menyusun langkah ke dapur yang dimana mamanya dan Fazira sibuk memasak


"Ha dah zohor baru ada dekat rumah" kata Ainul


"Biasa lah mak,orang tengah hangat lagi" usik Fazira


"Eleh akak bila nak kahwin?" tanya Faiz


"Belum sampai masanya lagi dik oi" jawab Fazira


"Bukan belum sampai masa,kamu tu yang jual mahal sangat zira" bebel Ainul


Fazira hanya tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal


"Ke kau nak aku tolong carikan kak?" tanya Faiz lalu ketawa besar


"Tak payah!" jawab Fazira,dia tidak suka kalau dibincang perkara kahwin kahwin ini


Mereka yang berada di dapur itu ketawa besar


Petang itu,Faiz meletakkan bagasi milik isterinya di dalam bonet.Anissa dan marissa kedua duanya sudah dihantar pulang oleh nya sebentar tadi.Kini mereka akan pulang ke rumah sendiri.Fazira pula dikhabarkan akan pulang ke rumah itu minggu hadapan bagi memberikan ruang untuk mereka berdua bermadu asmara katanya


"Abang" panggil Nabila manja


"Ya sayang" balas Faiz yang masih tekun dengan pemanduannya


"Anis nak cakap terima kasih sebab sudi terima Anis walaupun boleh nampak betapa berbezanya darjat kita" ucap Nabila,tangan Faiz yang setia di dalam genggamannya dielus lembut


"Sayang,darjat kita sama.Kita adalah hamba Allah,mungkin dari segi pandangan manusia memang kita berbeza tapi abang tak mahu dengar lagi yayang bicarakan soal ni.Kita memang dah ditakdirkan bersatu so abang akan pertahankan ikatan ni.Itu janji abang" kata Faiz lalu dicium lembut tangan Nabila


Nabila juga bertekad di dalam hatinya,dia tidak akan menghiraukan pandangan orang terhadap dirinya.Dia yakin dan percaya atas jodoh yang diberikan oleh Allah kepadannya

__ADS_1


__ADS_2