
Nabila duduk di sebuah kerusi meja makan diebuah restoran seperti yang diarahkan oleh sang kiriman mesej
Tiba tiba kerusi dihadapannya ditarik
"Ada apa kau nak jumpa aku?" tanya Nabila
"Kau ni memang gila dekat harta Faiz betul lah" Nadia memulakan sesi menyakitkan hati Nabila
"Apa maksud kau?" tanya Nabila
"Ye lah!Dia dah buat kau macam macam tapi kau still bertahan dengan dia,itu tandanya kau memang nak harta dia" jawab Nadia
"Kau jangan kurang ajar,aku tak pernah nak harta dia" balas Nabila dengan intonasi suara yang masih terkawal
Mujur saja lah mereka berada di tempat awam,kalau tidak mahu saja dia menampar mulut celupar gadis dihadapannya ini
"Kau dah lupa ke dekat mana asal usul kau?" sinis Nadia
"Kau tu hanya penjual nasi lemak!Ada hati kau nak jadi isteri Faiz?Kau dah lupa ke Faiz tu anak Tan Sri?" sambungnya lagi
"Aku tak pernah menyesal dengan kedudukan aku dan aku tak pernah kesah kedudukan Faiz,memang benar aku dan dia tak sepadan kalau dilihat dari segi pangkat" balas Nabila,dia tidak mahu melenting di hadapan gadis ini kerana kalau dia melenting itu menandakan Nadia menang melawannya
"Kau jangan lupa,Faiz itu hak aku" kata Nadia
"Dan kau juga jangan lupa,Faiz itu suami aku" balas Nabila
Nadia mendengus geram lalu bangkit meninggalkan Nabila,niatnya mahu menyakitkan hati Nabila tidak berhasil
Pulang sahaja Nabila ke rumah,dia banyak termenung.Faiz juga hairan meihat tingkah laku isterinya semenjak pulang dari berjumpa kawan katanya
"Sayang" panggil Faiz lembut
"Kenapa abang?Abang nak minum ke?Anis buatkan" tanya Nabila
Faiz mengiling lembut,tangan Nabila digenggam kemas.Suasana senja hari itu sangatlah tenang menambahkan lagi aroma romantik yang cuba dibina Faiz
"Abang tengok sayang banyak termenung je dari tadi,kenapa?" tanya Faiz
"Tak ada apa lah abang,Anis penat sikit je" jawab Nabila
"Jangan tipu abang,abang kenal isteri abang" kata Faiz
Nabila telan air liur,tak akan dia nak mengaku yang dia berjumpa dengan Nadia?Nanti suami tiba tiba bertukar menjadi inspektor polis pula,macam macam disoal Faiz nanti
"Bagitahu abang,abang suami Anis" pujuk Faiz
"Anis pergi jumpa Nadia" jujur Nabila lalu tertunduk ke bawah
"Kenapa sayang jumpa dia?" tanya Faiz hairan
"Dia yang ajak jumpa" jawab Nabila
"Abang tahu apa yang jadi" kata Faiz
Nabila memandang Faiz pelik
"Mesti dia hina kedudukkan sayang,dia cakap sayang tak sepadan untuk abang" kata Faiz
Nabila diam,memang betul apa yang diteka suaminya
__ADS_1
"Macam mana abang tahu?" tanya Nabila
"Abang kenal Nadia tu macam mana" jawab Faiz tenang
Jeda
Nabila membisukan diri,Faiz pula tidak lekang dari memandang taip raut wajah isterinya.Wajah yang tidak jemu dipandang,Nabila memang seorang wanita yang sempurna dari segi budi dan rupa.Mana mana lelaki pun akan terpikat dengan keindahan ciptaan Allah yang satu ini,hanya lelaki bodoh sahaja menolak kesempatan ini
"Okay dah jangan fikir lagi" Faiz bersuara
"Abang ada berita gembira untuk sayang" kata Faiz
"Apa dia abang?" tanya Nabila
"Tadaaaa" Faiz mengeluarkan dua keping tiket kapal terbang
Nabila mengambil tiket tiket itu
"Abang!Serius?" tanya Nabila riang
Faiz mengangguk sambil tersenyum.Dia bahagia disaat melihat Nabila senyum,comel sahaja lesung pipit isterinya
"Thanks abang" ucap Nabila lalu memeluk erat tubuh suaminya
"I will do anything to make you happy,sayang" ucap Faiz penuh romantik
"Mana abang tahu Anis nak sangat pergi Istanbul?" tanya Nabila
"Abang tak tahu yang Anis nak sangat pergi Istanbul cuma abang nampak surat tawaran sambung belajar sayang je" jawab Faiz
"Pasal tu,abang izinkan?" tanya Nabila
"Tapi abang kan kerja?" tanya Nabila
"Abang dah bincang soal ni dengan papa,papa pun nak abang bawa menantu dia ni jalan jalan.Separuh dari duit perjalanan kita papa yang sponsor" jawab Faiz
Nabila mengangguk faham,tahu sangatlah dia perangai Tan Sri Aiman itu.Nampak saja garang namun orangnya baik hati,dia pun kecut perut juga apabila kali pertama bertentang mata dengan mertuanya itu
"Kita solat maghrib dulu lepas tu kemas barang ya" arah Faiz
"Okay abang" balas Nabila
Dia sangat bahagia dengan Faiz.Mana mungkin dia akan melepaskan Faiz begitu saja,biar lah apa kata orang.Dia sudah lali mendengar tiap cemuhan cemuhan yang diterima sejak hari pertama bergelar isteri kepada jutawan muda itu
Usai solat maghrib bersama
"Akak,besok kita orang akan ke Istanbul" kata Faiz
"Istanbul?Buat apa?" tanya Fazira
"Honeymoon sambil sambil buat Anis biasa dengan keadaan tempat tu" jawab Faiz
"Untung lah orang honeymoon,korang ni buat akak rasa nak kahwin lagi cepat tahu?" balas Fazira
"Cepat cepat lah dengan Azim tu akak" usik Nabila pula
Terus merah muka Fazira
"Apa lah Anis ni,mana mahunya Azim dengan akak ni" Fazira sudah pangkah awal awal pernyataan Nabila
__ADS_1
"Ouh ya,kenapa nak biasakan Anis dengan suasana di sana?" tanya Fazira
"Anis dapat tawaran sambung belajar dekat sana" jawab Faiz
"Wah,congrats Anis" ucap Fazira lalu dipeluk erat tubuh adik iparnya
Usai selesai barang dikemas
"Lama ke kita nak pergi abang?" tanya Nabila
"Maybe dalam sebulan macam tu" jawab Faiz
Nabila naik ke katil
"Abang okay ke nanti nak berjauhan dengan Anis?" tanya Nabila menduga
Faiz membelai lembut rambut isterinya
"Abang okay je,demi masa depan Anis" jawab Faiz
Nabila menolak tubuh suaminya untuk berbaring
"Anis sayang abang" ucap Nabila lembut
Keadaan mereka cukup dekat ketika ini hinggakan Faiz dapat merasakan hembusan nafas isterinya.Sungguh menggoda iman,pandai Nabila melayan dia sebagai seorang suami
Selimut ditarik untuk menutupi mereka berdua
...Keesokkan harinya...
"Jaga diri elok elok dekat sana" pesan Marissa kepada Nabila
"Ya mak,Anis ingat pesan mak" kata Nabila
Kini Anisa pula memeluk dirinya
"Cepat cepat lah bagi akak anak buah" gurau Anisa
Nabila pula hanya ketawa
"Sedang kami usahakan" balas Nabila
Selesai sesi lambaian kasih,kini Faiz dan Nabila telah masuk ke ground pelepasan antarabangsa untuk melakukan boarding
Setelah 11 jam terbang di udara akhirnya mereka selamat tiba di Turkey
"Wah" hanya itu yang keluar dari mulut Nabila saat melangkah keluar dari airport
Faiz memeluk pinggang isterinya
"Suka?" tanya Faiz
Nabila mengangguk riang.Kota ini,kota yang bakal menjadi rumah kedua dia selama 2 tahun nanti
"Kita pergi dekat kondo sewa kita dulu,mandi mandi lepas tu kita keluar jalan jalan" kata Faiz
"Okay!" balas Nabila riang
Setibanya mereka di rumah kondo yang disewa Faiz untuk tempoh sebulan,Nabila terus sahaja mengemas ngemas pakaian mereka.Kata Faiz,rumah ini juga lah rumah yang bakal dia duduki saat belajar nanti.Jarak dengan universiti yang dia belajar tidak lah jauh,lima minit jalan kaki sahaja
__ADS_1
Malamnya,mereka keluar menyuci pandangan dengan keindahan kota Istanbul.Faiz turut kagum walaupun selama ini dia telah biasa ke luar negara namun Istanbul belum pernah dia jejak kaki.Nabila pula sangat gembira,ini merupakan kali pertama dia ke luar negara,jenuh juga Faiz hendak melayan kerenah isterinya yang selalu mengajaknya untuk berselfie