Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 26


__ADS_3

Setelah sebulan tempoh berpantang tamat,Faiz mengadakan majlis kesyukuran untuk kedua puteri kembanya


Semua tetamu yang datang tidak lekang memuji kecomelan kembar itu,terutamanya Humairah.Semua memuji keunikkan mata bayi kecil itu.


"Abang,ada tetamu cari abang" kata Nabila,dia terpaksa mencelah percakapan suaminya bersama rakan rakan


Semua rakan rakan Faiz juga tidak lepas mata memandang kecantikan Nabila.Walau sudah melahirkan dua anak sekali gus tetapi Nabila masih lagi tidak berubah sedikit pun dari yang dulu


"Siapa sayang?" tanya Faiz,pinggan isterinya dirangkul


"Abang tengok lah sendiri nanti" jawab Nabila


Mereka menyusun langkah menuju ke arah tetamu yang dimaksudkan oleh Nabila


"Nadia?" tanya Faiz sebaik melihat gadis itu adalah tetamu yang dimaksudkan oleh Nabila


"I rindu you Iz" rengek Nadia manja,dia cuba memeluk Faiz namun terus dielak oleh Faiz


"Apa kau ni?Kau nak orang cakap apa lagi dekat aku?" marah Faiz


"Kenapa you herdik I?Bukan ke time sekolah dulu you sukakan I?" saja dia membuka kisah lama


"Itu time sekolah,time kau masih elok perangai dan akhlak!" kata Faiz tanpa berlapik sedikit pun


"Kalau you nak I berubah,I boleh berubah Iz.Untuk you apa sahaja I sanggup buat" rayu Nadia,dia tidak mempedulikan pandangan tajam yang dilemparkan Nabila kepadanya


"Aku dah ada isteri and anak,kau patut bina hidup kau sendiri" balas Faiz


"Tapi I nak you Iz" kini lebih manja aksi yang ditunjukkan oleh Nadia


"Stop it Nadia,go from here now!" tengking Nabila tiba tiba


Mujur sahaja tidak ada tetamu yang perasan hal itu kerana bingit dengan suara lagu yang dipasang


"Apa kau?Perempuan miskin tak sedar diri.Aku tahu kau guna ilmu hitam sebab itu mata anak kau macam tu,mana ada anak melayu mata coklat macam tu" hina Nadia


Terus ringan tangan Nabila melayang ke muka Nadia


"Kau nak hina aku tak apa tapi kau jangan hina anak anak aku!" tengking Nabila lagi

__ADS_1


Terus sahaja Faiz memeluk tubuh Nabila,dia tahu emosi isterinya tidak stabil ketika ini.Tak pernah


dia lihat Nabila sekasar itu


"Calm down sayang" bisik Faiz lembut


"How dare you touch my face,it's so ugly!" marah Nadia


"Stop it Nadia,just ge out from my house now" halau Faiz,dia benci orang yang menghina status isterinya.Pada dia,Nabila tidak kurang apa pun di mata nya tetapi kenapa begitu ramai orang membenci isterinya?Adakah kerana dia seorang jutawan dan Nabila pula yang hanya penjual nasi lemak kecil kecilan?Adakah kerana itu dia dan Nabila tidak boleh hidup bersama?


Permainan dunia begitu kejam di mata insan yang kurang bernasib baik.Mereka dipandang rendah oleh masyarakat walhal pada dasarnya kita semua sama sahaja.


Dengan langkah marah,Nadia keluar dari rumah Faiz.Semakin membuak buak asa bencinya kepada Nabila


"Jom kita masuk dalam dulu,tenangkan fikiran sayang" kata Faiz.Dia memapah isterinya masuk ke bilik


Faiz mengelap air mata yang keluar di wajah cantik Nabila


"Abang minta maaf sayang" ucap Faiz


Dia sedar.Sepanjang majlis ini berlangsung,kadang kadang wajah muka isterinya berubah saat terdengar atau memang sengaja mahu didengari oleh Nabila cacian kepada isterinya.Hampir separuh dari tetamu yang hadir membicarakan status Nabila yang langsung tidak sempadan dengan dia layaknya seorang pakar penyelidik.Tapi pakar penyelidik ini dipanggil pakar penyelidik tepi kain orang!


"Abang tahu sebab status dan kedudukan abang,ramai orang yang menghina isteri abang yang langsung tak berdosa ni.Abang akan tebus kesalahan abang dengan abang sendiri yang akan sponsor klinik Anis lepas sahaja Anis graduate nanti" Kata Faiz,tangan isterinya digenggam kemas


"Anis tak perlukan semua tu abang,Anis just nak abang ada dengan Anis sampai bila bila" balas Nabila


"Tapi itu lah hasrat abang,abang nak bahagiakan sayang" ucap Faiz lagi


"Jangan lah menyusahkan abang,duit tu kita boleh guna untuk kecemasan.Abang jangan lupa kita dah ada tanggungan" pesan Nabila,sudah cukup dia dan keluarganya menyusahkan Faiz


"Abang tak pernah rasa sayang menyusahkan abang,Abang sanggup buat apa je untuk lihat sayang gembira.Duit boleh dicari,sayang tak ada gantinya" pujuk Faiz lagi


Akhirnya Nabila mengalah


"Dah jom kita turun bawah,apa tuan rumah tak ada" ajak Faiz


Nabila mengangguk


"Ha tu dah turun" kata salah seorang tetamu yang sedang berada di dalam rumah mereka

__ADS_1


"Kenapa ni?" tanya Faiz


"Tak ada lah saja nak tengok mak degan ayahnya" gurau tetamu tadi


Nabila hanya senyum dan terus duduk di sebelah puterinya


"Hye anak anak mummy" sapa Nabila,seharian dia tak mampu bermanja dengan anak anaknya


"Mana satu adik mana satu kakak?" tanya salah seorang tetamu


"Yang kanan tu kakak,yang kiri adik" jawab Nabila mesra


"Cantik macam mummy dia lah" puji tetamu tadi


Setelah sehari majlis dilangsungkan,kini tetamu telah pun beransur pulang dan para katering sedang mengemas barang barang mereka


"Mama,papa.Iz masuk bilik dulu ya?Kesian Anis sorang sorang dekat atas" kata Faiz meminta diri


Faiz membuka pintu bilik perlahan lahan.Nabila yang sedang mendodoikan Hasmirah langsung tidak sedar Faiz memasuki bilik,Humairah jenis yang senang tidur namun Hasmirah tidak pula.Si adik telah lama dibuai mimpi namun si kakak masih terkebil kebil


"Hasmirah tak tidur lagi?" tanya Faiz


Nabila buat riak terkejut lalu mengurut dadanya


"Abang ni,terkejut Anis" balas Nabila


Faiz ketawa kecil,Nabila memang seorang yang kuat berangan


"Hasmirah ni susah betul ya nak tidur" kata Nabila


"Macam abang masa kecil dulu" Faiz membuka pekung sendiri


"Abang susah juga ya nak tidur?" tanya Nabila


"Susah juga mama kata,kak Zira tu sampai tidur lama dekat sebelah abang tapi abang masih tak tidur" jawab Faiz


Nabila gelak kecil lalu terus mendodoikan Hasmirah.Faiz pula baru beberapa minit meletakkan kepala di pehanya terus sahaja terlena,penat sangat mungkin.sehari suaminya tidak duduk rileks,kejap ke sana kejap ke sini.Rambut Faiz dibelai lembut,lelaki itu memang sangat kacak di matanya.Dahi Faiz dikucup lembut


"Anis sayang abang sepenuh jiwa Anis" ucap Nabila perlahan dan lembut

__ADS_1


__ADS_2