
Kring ! deriman telefon milik Nabila menghentikan tawa mereka berdua
"Mak call" kata Nabila lalu tersenyum
Faiz pula setia menjadi pendengar
"Hello,asalamualaikum mak" sapa Nabila
"Waalaikumusalam,ni mak ada berita gembira dekat kamu ni" kata Marissa
"Apa dia tu mak?" tanya Nabila
"Pak cik Ilham sekeluarga ada balik ni,dia orang cakap nak jumpa kamu" jawab Marissa
Terus berubah air muka Nabila
"Nanti Anis balik" hanya itu yang keluar dari mulut Nabila sebelum panggilan dimatikan
Faiz naik hairan dengan perubahan riak wajah isterinya,tadi bukan main ceria
"Kenapa sayang?" tanya Faiz
Nabila mengiling lembut
Faiz mengeluh lalu dia mengenggam kemas tangan isterinya
"Cerita dekat abang,abang suami Anis" pinta Faiz
Nabila memandang tepat ke arah suaminya
8 tahun yang lalu...
"Mana budak tu abang?" tanya Puan Wahida
Encik Ilham hanya mengangkat bahu
"Belum balik agaknya" jawab Encik Ilham
Tiba-tiba terdengar pintu rumah dibuka serentak dengan suara memberi salam
"Ha balik pun kau ya" kata Puan Wahida
Nabila tertunduk menghadap lantai.Sejak maknya berkerja di luar negara,Dia dibesarkan oleh keluarga saudaranya.Kehadirannya di sini bukan seperti anak sedara mereka bedua ini namun lebih kepada seolah olah hamba
"Mana kau pergi?" tanya Encik Ilham pula
"Sekolah" jawab Nabila
"Kalau bercakap pandang aku" kata Encik Ilham sambil mengangkat kasar dagu Nabila
"Tu pinggan dekat dapur banyak,kau cuci sekarang" arah Puan Wahida
"Tapi mak ngah,Anis ada kerja sekolah lah" kata Nabila
Pap! satu tamparan kuat hinggap di pipinya.Tudung sekolah yang dipakai turut senget akibat tamparan itu
Nabila memegang pipinya yang pedih akibat tamparan Puan Wahida,dia tidak berani bertentang mata dengan dua insan yang tidak berhati perut itu
"Kau jangan lupa siapa yang sekolah kan kau!Jangan lupa jasa" tengking Puan Wahida
"Selama kau dekat sini satu sen pun mak kau tak bagi duit tahu tak?" tambah Encik Ilham pula
Air mata kian gugur,dia paling tidak suka orang melibatkan maknya.Dia rindu akan insan itu,masuk tahun ini sudah 3 tahun dia tak dapat melihat Marissa
"Tak payah buat drama air mata dekat sini lah,pergi basuh pinggan cepat!" arah Puan Wahida
"Ba..baik mak ngah" tergagap gagap Nabila dibuatnya
__ADS_1
Kaki diatur menuju ke dapur.Selesai kerjanya dia ke bilik air untuk membersihkan badan yang kian melekit dek kerana peluh yang membasahi
Dia melihat cermin,lebam di bibir dan dahinya langsung tidak menjejaskan kecantikkan wajah Nabila.Ramai juga lelaki lelaki di sekolah selalu mengambil berat tentang dirinya namun dia sendiri yang tidak melayan semua lelaki itu,dia tahu apa niat sebenar mereka
Paip air dibuka,air yang mengenai badan terasa seakan akan kaca yang menyiat isi tubuhnya.Sangat pedih!
Dia menangis,tak mampu menahan kesakitan yang dirasai tubuhnya.Dia sering dipukul oleh Encik Ilham dan Puan Wahida menyebabkan tubuhnya luka luka.Luka yang terparah adalah di lengan kanannya yang meninggalkan parut sehingga ke hari ini
Namun disebalik kekejaman yang dilakukan oleh setiap isi rumah itu kepadanya,hanya seorang sahaja yang selalu berlaku baik kepadanya.Hidayah,sepupu sama umur dengan dia.Luka dia dan sakit dia,Hidayah lah yang selalu mengubatinya
Terkejut Faiz mendengar cerita isterinya
"Kejamnya dia orang" kata Faiz,amarahnya kian meluap luap
Nabila tertunduk sahaja
"Sekarang baru abang tahu kenapa sayang ada parut dekat tangan" kata Faiz
Puas dia bertanya tentang itu pada malam pertama mereka namun sering dielak oleh isterinya
" So how?If you want to meet them?" tanya Faiz
" No,I'm so afraid" jawab Nabila
"Anis betul betul trauma dengan dia orang abang,Anis tak nak jumpa dia orang" sambungnya lagi
"Tapi nanti apa pula kata mak kalau kita tak jumpa dia orang" kata Faiz
"Abang,Anis tak nak" rayu Nabila
Tangan suaminya digenggam erat,mata suaminya ditenung
Faiz terkaku melihat renungan mata Nabila,nampak sangat bahawa gadis itu betul betul trauma.
Lima tahun...bukan tempoh yang sekejap.Hari hari isterinya waktu itu bagaikan neraka dunia
"Jangan risau,abang akan sentiasa melindungi Anis" ucap Faiz
Nabila juga berharap begitu
Mereka bersiap siap untuk pulang ke rumah Marissa
"Nak ke mana?" tanya Fazira yang sedang menonton drama
"Nak balik rumah mak kejap akak" jawab Faiz,Nabila pula hanya membisukan diri
Fazira hanya mengangguk
Mereka berdua bergerak menuju ke rumah Marissa
Setibanya mereka di sana,terlihat sebuah kereta yang tak pernah dilihat Faiz.Mungkin itu lah kereta keluarga saudara Nabila
Baru sahaja dia ingin keluar dari kereta tiba tiba tangannya ditarik lembut
"Anis tak nak abang" rengek Nabila
Faiz menghembuskan nafas lembut
"Kita jumpa sekejap je,lepas tu kita balik" pujuk Faiz
Nabila mengiling
"Abang akan sentiasa di sisi Anis" pujuk Faiz lagi
"Janji?Jangan tinggalkan Anis walau apa pun yang terjadi" pinta Nabila
"Ya abang janji" balas Faiz
__ADS_1
Mereka keluar dari kereta
Anisa terus sahaja menerpa ke arah adiknya,dipeluk semahu mahu tubuh itu
Selain suaminya sediri,hanya Anisa sahaja yang mengetahui cerita ini
"Jangan takut ya?Akak tak akan biarkan dia orang sentuh adik akak lagi" kata Anisa memberi jaminan kepada Nabila
Faiz terkedu melihat kasih sayang adik beradik ini.Anisa seorang kakak yang lemah lembut,kalau dia?
Huh!Fazira walaupun di hadapan orang lain lemah lembut sahaja orangnya bak wanita melayu zaman kesultanan Melaka terakhir namun hanya dia sahaja yang mengetahui perangai sebenar Fazira.Dia selalu dimarah dan diherdik oleh kakaknya itu,bahasa kakaknya juga selalu memanaskan telinga dia
Walau begitu,Fazira adalah seorang kakak yang baik.Segarang mana pun Fazira,dia tetap menyangi kakaknya itu yang merupakan satu satunya adik beradik yang dia ada.Oleh kerana itu lah mereka sepakat untuk membeli rumah mereka berdua,tak sanggup berpisah lah kononnya.
"Jom masuk" suara Anisa menghentikan lamunan Faiz
Mereka menuruti langkah Anisa
Semakin dekat mereka dengan pintu rumah,semakin kuat genggaman tangan Nabila terhadap lengannya
"Asalamualaikum" Anisa memberi salam
"Waalaikumusalam,ha sampai pun" balas Marissa sebaik melihat anak dan menantunya masuk
Mereka bersalaman dengan Marissa
"Dah besar ya kamu Anis" kata Encik Ilham lagak seperti dia lah bapa saudara yang paling baik hati di muka bumi ini
Nabila hanya tunduk menghadap lantai rumah,genggaman lengan suaminya langsung tidak dilepaskan atau dilonggarkan walaupun dia tahu Faiz tak akan meninggalkannya
Baru sahaja Puan Wahida mahu memeluk Nabila,reaksi gadis itu seakan akan seperti dia mahu memukul Nabila.Terkedu Puan Wahida
Marissa pula hanya menjadi pemerhati,dia juga hairan kenapa anaknya begitu takut dengan mereka sekelamin ini
Namun Puan Wahida tidak berhenti di situ,terus sahaja dia memeluk tubuh anak saudara iparnya itu.Sungguh dia berdosa terhadap tubuh ini
"Abang..." rintih Nabila
Faiz yang memahami apa yang dimaksudkan oleh isterinya terus meleraikan pelukkan itu.Nabila terus memeluk Faiz,dia benar benar takut
"Mak ngah dengan pak ngah nak minta maaf dekat kamu Anis" ucap Puan Wahida
"Kami tahu kami banyak dosa dengan kamu" sambungnya lagi
"Mar,aku banyak dosa dengan anak kau.Aku pukul dia,dera dia" mereka semua terkejut dengan pengakuan berani mati Encik Ilham
"Astaughfirullah,patut lah aku tengok anak aku murung saja sejak duduk dengan kau" kata Marissa
"Maafkan aku mar" pinta Encik Ilham
Marissa menangis,sungguh dia tidak rela anaknya diperlakukan sebegitu
"Kau memang syaitan!" jerit Marissa
"Susah payah aku besarkan anak aku,aku bagi kau jaga lima tahun macam tu kau buat dekat anak aku?!" marah Marissa,dadanya turun naik dengan lu menandakan dia betul betul marah
"Aku berdosa Mar,aku tahu!" balas Encik Ilham
"Aku.." belum sempat Marissa menghabiskan ayat tiba tiba dia sesak nafas
"Mak!" panik Anisa,terus sahaja dia mendapatkan maknya
Nabila pula terus melepaskan suaminya,dia terus meluru ke arah Marissa
"Mak..jangan tinggal Anis" rintih Nabila,dia memeluk tubuh Marissa
"Cepat cepat,kita bawa mak ke hospital" arah Faiz
__ADS_1