Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 15


__ADS_3

Hujan deras turun diiring petir tak henti henti menyambar.Matanya terbuka sedikit,cuba mencari punca angin yang terlalu sejuk menerpa ke dalam bilik mereka


"Kenapa lah abang tak tutup kemas kemas sliding door tu" bebel Nabila perlahan,dia tidak mahu menganggu tidur suaminya


Dia bangun dan menutup sliding door balkoni mereka dengan rapat.Seusai itu dia kembali semula ke katil


Dia hairan melihat suaminya berpeluh peluh.Sudah lah di luar hujan dengan aircorn yang dipasang pada suhu rendah,kenapa suaminya nampak seakan akan gelisah


"Nu..Nurul" sebut Faiz perlahan dalam tidurnya


Terus sahaja mata Nabila segar,dia merenung wajah gelisah suaminya


"Nurul.." rintih Faiz lagi


Kali ini kedengaran jelas butiran sebutan Faiz,timbul perasaan cembur dicampur dengan ingin tahu dalam diri Nabila


"Siapa Nurul?" tanya dia kehairanan


Semenjak malam itu Faiz banyak termenung sahaja dan tidak banyak bercakap dengan Nabila seperti dahulu.Bila ditanya sering tidak dijawabnya,Nabila pula langsung tidak memaksa suaminya untuk terus buka mulut bercerita mengenai itu


"Abang" teguran Nabila menghentikan lamunan Faiz


Faiz tersenyum kepada isterinya,dia sendiri kahsihan melihat Nabila.Dia tahu dia telah melukakan hati wanita itu namun dia sendiri turut terluka dengan diri sendiri


"Abang okay ke?Nak minum apa apa?Anis boleh buatkan" tanya Nabila ramah


"It's okay,I am fine" jawab Faiz


Keadaan sunyi lagi.Faiz masih dalam dunia sendiri,Nabila pula sudah mati akal untuk cuba memancing suaminya membuka mulut


"Abang,boleh tak Anis nak tanya abang something?" tanya Nabila membuat suara manja


"Apa dia sayang?" tanya Faiz lagi walaupun dia boleh menganggap apa yang bakal disoal Nabila


"Siapa Nurul?Please Anis nak tahu siapa dia sampai buat suami Anis berubah macam ni,apa yang menganggu fikiran abang.Anis berhak tahu abang,Anis isteri abang" tanya Nabila sambil sambil memujuk juga


Faiz menghembus nafas berat,dia menghadapkan badan menghadap Nabila.Tangan isterinya digenggam kemas


9 Tahun Lalu...


"Tempoh peperiksaan spm dah tak lama dari sekarang,lebih kurang seminggu saja lagi.Jadi cikgu mahu awak semua fokus dan sentiasa bertawakkal kepada Allah untuk dipermudahkan segalanya" pesan cikgu bahasa melayu kelas 5 Aman


"Baik cikgu" sahur pelajar pelajar


Kring! loceng sekolah dibunyikan untuk menandakan waktu persekolahan telah tamat.semua pelajar kini beransur pulang

__ADS_1


"Hye sayang" sapa Faiz sebaik tiba di meja Nurul,dia dan Nurul sekelas


"Ish Iz ni,kan Nurul dah cakap Nurul tak suka lah bersayang sayang ni" marah Nurul manja


Faiz ketawa besar.Dia mengambil kerusi dan duduk di hadapan sang cinta hati pertamanya itu


"SPM dah tak lama tau?seminggu saja lagi" kata Nurul


Faiz mengeluh


"Ya Iz tahu" balas Faiz


"Dah ready?" tanya Nurul


"Always,thanks juga dekat Nurul yang banyak tolong Iz" ucap Faiz


"Itu Iz sendiri yang nak belajar,Nurul tolong je" balas Nurul,sedikit malu dia apabila dipuji sebegitu


Mereka memulakan sesi ulang kaji mereka petang itu.Selesai ulang kaji mereka berjalan beringingan untuk pulang ke rumah


"Nurul ingat janji kita?" tanya Faiz


"Ya Iz,kita akan ke universiti yang sama and lepas je habis belajar kita nak kahwin" jawab Nurul


Faiz tersenyum bahagia


Faiz senyum lalu menangkat anak jari


Tiba-tiba sekumpulan pelajar menghampiri mereka


"Aku dah lama muak dengan korang tahu tak!Acah bagus konon" kata ketua dari geng itu


"Korang nak apa?Blah lah" balas Faiz garang


"Aku nak Nurul,kau ingat kau anak Tan Sri aku takut ke?" sinis lelaki itu


"Nurul hak aku and aku takkan benar siapa ambil dia dari aku" balas Faiz


Lelaki itu senyum sinis lalu mengarahkan pengikutnya untuk membelasah Faiz namun senang sahaja Faiz menumbangkan pengikut mereka


Sedang asyik Faiz berlawan tiba tiba


"Iz!" jerit Nurul


Baru sahaja Faiz hendak berpaling,pisau yang awalnya menuju ke arah Faiz tela ditahan Nurul menyebabkan pisau itu merobek perut wanita itu

__ADS_1


"Nurul!" jerit Faiz


Lelaki itu terus sahaja belari meninggalkan mereka


"Tahan Nurul tahan" kata Faiz,air mata lelakinya mula keluar


Kepala Nurul dialaskan dengan pehanya


"Jom Iz bawa ke hospital" kata Faiz


Nurul mengiling perlahan


"Nurul dah tak lama ni Iz" kata Nurul dalam kepayahan


"Jangan cakap macam tu!" marah Faiz


Nurul mengukir senyuman


"Ingat janji kita ya Iz?Tunaikan untuk Nurul.Nurul yakin walaupun bukan Nurul yang menjadi pengantin Iz nanti,Iz akan temui wanita yang lebih baik dari Nurul" ucap Nurul


"No,Iz nak Nurul.Tolong jangan tinggalkan Iz" rayu Faiz


Namun apakah daya dia sebagai seorang hamba,Allah lebih sayangkan Nurul berbanding dia.Nurul menghembuskan nafas tepat selepas dia membaca syahadah


"No!" raung Faiz sekuat hati


Semenjak hari itu Faiz berubah seratus peratus menjadi seorang yang suka mengasingkan diri.Kadang kadang dia ke tandas untuk melepaskan tangisan sebaik melihat tempat duduk Nurul yang kian kosong.Mujurlah ada papanya,jika tidak mungkin Faiz tak akan mencapai apa yang dia ada hari ini.Tan Sri Aiman lah yang memulihkan semangatnya


Nabila terangguk angguk mendengar cerita Faiz


"Jadi Nurul dah tak ada?" tanya Nabila


Faiz mengangguk lemah


"Sejak itu abang dah mati perasaan dekat perempuan sampailah abang jumpa Anis.Jujur kali pertama abang nampak Anis memang abang suka tengok wajah Anis sebab wajah Anis sama persis dengan Nurul" kata Faiz lagi


"Tapi tu dulu masa kita mula mula jumpa,sekarang abang cuba menelan kenyataan yang Nurul dah tak ada.Abang sayangkan Anis bukan sebab wajah Anis sama macam Nurul" sambungnya


Nabila mengangguk faham.Dia agak terkejut mendengar wajahnya iras cinta pertama suaminya namun dia tidak ambil hati kerana itu kisah lama suaminya.Ya mungkin Nurul akan selama lamanya ada di dalam hati suaminya namun dia juga sebahagian dari hidup suaminya yang masih setia di sisi suaminya dan akan terus mencipta kenangan bersama suaminya.Tak kira pahit atau manis,ia tetap kenangan


"Abang tak lawat kubur dia?" tanya Nabila


"Dulu selalu tapi satu hari abang dilarang keras oleh ibu bapa dia untuk tidak menjejaki tanah kubur itu lagi" jawab Faiz


"Kita pergi ya?Anis pun nak kenal dengan Nurul" pujuk Nabila sambil mengusap lembut lengan suaminya

__ADS_1


Faiz terkedu dengan sifat Nabila.Sungguh isterinya berhati mulia,langsung tidak cemburu dengan ceritanya


Bagi Nabila pula,memang tiada motif untuk dia cemburu kerana Nurul itu adalah cinta suaminya yang pertama.Wanita itu telah mengajar suaminya erti cinta.Lagipun dia sudah tiada,dia sudah pergi menghadap Ilahi.Satu hari nanti dia juga akan ke sana,jadi dia haruslah mempersiapkan bekalan sebelum menghadap Ilahi


__ADS_2