Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 18


__ADS_3

Suasana petang itu sedikit hening kerana hujan yang turun renyai renyai


"Sayang" tegur Faiz dari belakang saat melihat isterinya ralit termenung


Nabila memberi satu senyuman manis kepada sang suami


"Boleh abang tanya sesuatu?" tanya Faiz


"Boleh abang" jawab Nabila lembut


"Abang tak sempat bercakap panjang lagi dengan sayang,kenapa sayang lari rumah hari tu?" tanya Faiz


Nabila menghembus nafas lembut lantas membuka handphone miliknya.Dia menunjukkan gambar yang dihantar kepadanya


Terbeliak mata Faiz saat melihat apa yang terpapar di skrin fon isterinya


"Siapa hantar ni?" tanya Faiz


"Tak tahu,Anis pun tak pasti" jawab Nabila


"Benda ni tak pernah jadi tau?" nafi Faiz


"Anis dah lupakan benda tu dah abang.Anis tahu itu orang editkan" balas Nabila tenang


Faiz menghembus nafas lega,mujur saja isterinya ini seorang yang berfikiran matang


"Abang nak call Damian kejap" kata Faiz lalu bangun meninggalkan isterinya


Panggilan telefon dibuat


"Hello tuan,ada apa apa ke?" tanya Damian


"Saya nak kamu check siapa yang hantar gambar ni dekat isteri saya" arah Faiz


"Baik tuan" balas Damian lalu mematikan panggilan telefon


Selang beberapa minit Faiz menghantar semua gambar gambar yang ada di telefon isterinya


Dia kembali semula ke arah Nabila


"Sayang,boleh tak abang nak makan nasi lemak sayang?Dah lama tak makan" pinta Faiz


Nabila menjeling manja ke arah suaminya


"Abang rindu ke?" tanya Nabila lalu dia tergelak kecil


"Ye lah,dengan nasi lemak tu lah sayang buat abang jatuh cinta dekat sayang" jawab Faiz lalu membelai lembut rambut isterinya


"Ouh maknanya abang jatuh cinta dengan Anis sebab makanan lah?" tanya Nabila,sengaja dia menguji suaminya


"Tak lah,Abang cintakan Anis sebab Anis baik tau?" jawab Faiz


Nabila ketawa besar,suka dia dapat mengenakan suami tercinta


"Sekejap ya?Anis buatkan" kata Nabila sempat dia menghadiahkan ciuman manis di bibir suaminya


Sementara itu...

__ADS_1


"Fazira?" tanya seorang lelaki


Fazira yang sedang enak menjamu selera terus sahaja memandang ke arah lelaki yang menegurnya itu


"Ya saya,ada apa ya?" tanya Fazira lagi


"Saya Hamid,kawan sekelas awak dulu tak kan dah lupa?" jawab Hamid


Fazira diam sejenak


"Ouh Hamid" balasnya,Hamid ini lah lelaki yang pernah cuba membuat perkara yang bukan bukan kepadanya ketik dia sedang study bersama adiknya,Faiz


Selepas kejadian itu bersungguh sungguh lelaki itu memohon maaf darinya,menyesal katanya.Namun bagi dirinya,perkara yang cuba dilakukan oleh lelaki yang berdiri tepat dihadapannya ini sangat lah menjatuhkan imejnya sebagai seorang wanita


"Apa awak nak ya?" tanya Fazira,tidak selesa dia dengan pandangan Hamid yang sentiasa merenung tubuh badannya


Hamid mengiling kepala,dia bersyukur kerana dapat melihat dihadapan mata gadis impiannya selama ini.Tapi dia bukan mengimpikan gadis ini menjadi isterinya namun sebagai seorang wanita untuk dia melepaskan nafsunya


Fazira bangkit lalu dia ingin berjalan keluar dari kedai itu,mujur sajalah dia telah membayar awal awal makanannya


Tiba tiba tangannya dipegang kemas


"Apa ni lepas lah!" marah Fazira,dia meretap kasar tangan Hamid


"Ikut aku!" marah Hamid,hawa nafsu syaitannya kini memuncak


"Kau dah gila ke Hamid!" sedikit meninggi suara Fazira


Namun Hamid tidak memperdulikannya,tangan Fazira diheret


"Lepaskan aku!" ronta Fazira


Fazira cuba melepaskan genggaman tangan Hamid tapi kudrat lelaki sememangnya tak mampu ditandingi oleh wanita


"Tolong lah lepaskan aku Hamid" rayu Fazira


Hamid senyum jahat


Fazira diheret hingga ke sebuah lorong yang agak sunyi


"Apa kau nak buat dekat aku?" tanya Fazira


"Aku dah lama nak rasa kau" jawab Hamid


Terus lemah kaki Fazira dibuatnya


"Jangan" pintanya saat Hamid mula mendekatkan diri dengannya


"Woi!" jerit seorang lelaki


Hamid terkejut,tindakkannya terhenti


"Kau nak buat apa dengan dia?" tanya lelak itu lagi,dari tadi dia mengekori mereka kerana dia mengesyak ada sesuatu yang tak kena


"Tolong saya,dia cuba nak rogol saya" pinta Fazira


"Kau jangan sibuk lah!Aku dah kahwin dengan dia" bohong Hamid

__ADS_1


Fazira memandang Hamid dengan pandangan tajam


"Sejak bila aku kahwin dengan kau!" jerit Fazira,dia betul betul marah dengan lelaki syaitan ini


"Tunjuk dekat aku surat pernikahan kau" arah lelaki itu


"Kau diam lah!" marah Hamid,anginnya begitu naik saat pengacau ini merosakkan seluruh impiannya


Dia cuba memukul lelaki itu namun lelaki itu lebih tangkas darinya.Dengan sekali serangan Hamid jatuh ke lantai


"Kau akan ditahan atas kesalahan cubaan merogol" balas lelaki itu sambil menggari tangan Hamid


Fazira bersyukur sangat kerana lelaki itu hadir untuk menyelamatkannya


"Terima kasih tuan" ucap Fazira


"Memang tugas saya untuk melindungi orang awam" balas lelaki itu sambil tersenyum manis


Fazira cair,tak pernah pernah dia merasai rasa sebegini


"By the way just call me Azim" kata lelaki itu


Fazira mengangguk lalu memberi senyuman manis kepada Azim


"Apa kata kalau saya belanja awak makan?Sebagai tanda terima kasih" pelawa Fazira


"Sure,why not?Saya pun lapar" balas Azim


Banyak perkara yang diborakkan mereka,Hamid pula telah pun dibawa ke balai oleh pegawai polis yang datang


"Awak anak Tan Sri Aiman?Adik awak jutawan muda tu?" tanya Azim tidak percaya


Fazira mengangguk tenang


"Macam tak percaya saja saya dapat jumpa dengan awak" kata Azim


"Kenapa pula?" tanya Fazira,makin lama makin dia senang dengan lelaki itu


"Awak orang kayangan,saya ni biasa biasa saja" jawab Azim merendah diri


"Tapi kalau tak ada orang biasa biasa macam awak,kami orang kayangan ni pun tak kan duduk senang tau?" puji Fazira


Sedang asyik mereka berborak,tiba tiba...


"Kakak?" tegur Faiz


"Eh Iz,duduk lah sekali" pelawa Fazira


"Wow,kita bakal dapat abang ipar ni sayang" gurau Faiz


Azim terus sahaja berdiri sambil bersalaman dengan Faiz


"Dah lama ke kenal dengan kakak saya?" tanya Faiz


"Baru je tadi" jawab Azim


"Elok elok bang,kakak saya ni singa" gurau Faiz

__ADS_1


Tergelak mereka semua kecuali Fazira


Azim senang dengan layanan mereka,walaupun yang duduk di sebelahnya ini adalah jutawan muda namun sedikitpun dia tidak sombong dengannya


__ADS_2