Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 9


__ADS_3

Jam menunjukkan pukul 3 pagi,Faiz bangun dari tidurnya untuk menonton perlawanan bola sepak.Dia memandang isterinya di sebelah,masih lena.Faiz senyum sendiri,dicium lembut dahi isterinya lalu dia turun ke bawah.Sempat dia ke dapur untuk mengambil beberapa snek dan air


Sedang asyik menonton perlawanan tiba tiba


"Kenapa abang tinggalkan Anis tidur sorang sorang dekat atas?" rengek Nabila manja lalu dia meletakkan baring di sebelah Faiz,peha Faiz dijadikan sebagai bantal


"Sorry sayang,abang tak nak kacau sayang tidur.Tu pasal abang turun senyap senyap" pujuk Faiz


Bibir mungil isterinya dicium


"Sayang tidur lah" kata Faiz,tangannya tidak berhenti dari membelai rambut isterinya


Nabila membetulkan kedudukannya dan dia menyambung semula tidurnya


Siang harinya,Faiz sedang bersiap siap untuk ke pejabat.Fazira pula seawal tujuh pagi sudah tiba di rumah ini,rindu adik ipar katanya


"Abang" panggil Nabila lembut


"Kenapa sayang?" tanya Faiz,lantas dia memeluk pinggang isterinya


"Boleh tak Anis nak kerja dengan mama?" tanya Nabila lembut


"Kerja dengan mama?Kenapa?" tanya Faiz sambil mengangkat kening sebelah


Nabila tertunduk,air liur terasa susah untuk ditelan.Dari raut wajah Faiz dapat dilihat lelaki itu tidak berapa menyukai perbuatannya


"Sebab Anis nak ambil pengalaman baru" jawab Nabila lembut,dia meletakkan kepala ke dada suaminya.Bau perfume yang dipakai suaminya terus menusuk hidung,bau itu lah yang membuat dia tidak dapat tidur malam


Faiz membelai lembut rambut Nabila


"Kalau sayang nak kerja,kerja lah.Abang izinkan" kata Faiz


"Betul ke ni abang?" tanya Nabila riang


Faiz mengangguk tenang


Tanpa menunggu lama Nabila cium bibir suaminya.Faiz membalasnya


Lama mereka bercumbu akhirnya Faiz menolak lembut tubuh isterinya


"Abang nak pergi kerja ni sayang" kata Faiz sambil tersenyum


Nabila tertunduk malu,baru dia sedar perbuatannya tadi yang seakan akan tidak mahu melepaskan Faiz


Nabila mengangguk,dia mengiringi langkah Faiz hingga ke muka pintu


"Abang pergi dulu ya sayang?" kata Faiz meminta diri


Nabila mengangguk.Tangan suaminya dicapai lalu dicium lembut


Faiz pula mencium ubun ubun isterinya


Tiba tiba terdengar seseorang berdehem di belakang


"Tak lama pun berpisah adik adik akak sekalian" sakat Fazira

__ADS_1


Faiz ketawa kecil


"Iz pergi dulu ya kak zira" kata Faiz lalu dia bersalaman pula dengan Fazira


Kereta Faiz meninggalkan pengkarangan rumah


"Bila Anis start kerja dengan mama?" tanya Fazira


"Besok kut" jawab Nabila


Fazira terangguk angguk


"Faiz jaga Anis elok?" tanya Fazira


"Alhamdulillah kak,setakat ni dia layan Anis elok je.Dah macam puteri" jawab Nabila lalu tergelak


Fazira turut tergelak,dia juga tumpang bahagia melihat adik iparnya bahagia di samping suaminya.Dia pula sangat takut untuk berdepan dengan insan yang bernama lelaki


"Akak,kalau Anis tanya akak jangan marah ya?" kata Nabila


"Ha tanya lah" balas Fazira


"Kenapa akak belum kahwin?" tanya Anis


"Akak tak suka rapat dengan lelaki,akak betul betul trauma" jawab Fazira


Tangan Fazira dicapai


"Kenapa akak?Cerita lah dekat Anis" kata Nabila


7 tahun yang lalu


Saat itu dia masih lagi berumur 17 tahun.Pada satu hari,saat dia sedang mengulang kaji pelajaran ditemani adiknya Faiz yang ketika itu berumur 16 tahun di kelasnya


"Kak,aku nak pergi tandas kejap" kata Faiz


"Jangan tinggal akak sorang sorang oi" balas Fazira


"Alah kejap je" kata Faiz lalu bangun


Belum sempat Faiz melangkah keluar tiba tiba lima orang lelaki masuk ke kelas itu lalu memukul dirinya


"Faiz!" jerit Fazira lalu mendapatkan adiknya


"Jangan sentuh adik saya!" marah Fazira sambil cuba menghadang Faiz dari lelaki lelaki itu


"Sayang,awak jangan masuk campur ya?Ni hal lelaki" kata ketua dari geng itu sambil mengusap lembut dagu Fazira


Serentak itu juga dia menepis tangan lelaki itu


"Apa awak nak dari dia?" tanya Fazira


"Kami nak ajar dia cara hormat senior" jawab lelaki yang sama


"Jangan berani sentuh dia lagi" Fazira memberi amaran tegas!

__ADS_1


Lelaki itu tersenyum sinis,lalu memberikan isyarat kepada gengnya


Pipi Fazira ditampar kuat,perutnya juga ditendang kasar menyebabkan dia melayang ke dinding.Dia memegang perutnya yang senak


"Sakit ke sayang?" tanya lelaki itu


Fazira hanya mendengus lantas dia menendang perut lelaki itu yang menyebabkan dia terjatuh ke belakang


"Kurang ajar!" marah lelaki itu


Fazira dipukul oleh lima orang lelaki itu


"Sakit..." rintih Fazira perlahan


"Tahu pun sakit" sinis lelaki itu


Pipi Faizra yang berdarah diusap lembut


Lelaki itu mula tergoda dengan kejelitaan Fazira


Baju Fazira mula diselak sedikit demi sedikit


"Jangan" rintih Fazira perlahan,dia sudah tidak berdaya melawan


Belum sempa baju dibuka sepenuhnya kesabaran lelaki itu menghilang,dia mengoyakkan baju Fazira


Tubuh Fazira kian terdedah


Belum sempat lelaki itu memandang lama tiba tiba satu penumbuk melayang ke mukanya


Tersungkur lelaki itu dibuatnya


Apabila dipandang terlihat semua geng geng nya telah tumbang


Faiz bergerak ke arahnya dan memukul dia dengan rakus


Tiab tiba satu tubuh memeluk Faiz dari belakang dan meleraikan perbuatannya


"Cukup Iz,jangan buat lagi" pujuk Fazira lembu


"Tapi dia buat akak macam pelacur!" marah Faiz


Tubuh Faiz dipeluk lembut,sakit hati Faiz melihat keadaan kakanya yang terdedah sebegitu.Dia menanggalkan baju sukan miliknya lalu dipakaikan ke badan Fazira


Faiz membawa dia keluar dari kelas itu


Semenjak hari kejadian,Fazira tidak lagi mengulangkaji di sekolah.Dia lebih rela di rumah


Kepala Nabila terangguk angguk,dia sedikit terkejut mendengar cerita Fazira


"Macam tu lah ceritanya Anis" kata Fazira


"Anis harap lelaki lelaki tu dapat balasan setimpal atas perbuatan mereka" balas Fazira


"Lepas kejadian tu mereka ditangkap polis kerana pihak sekolah menyerahkan kes tersebut kepada polis" cerita Fazira

__ADS_1


Nabila terangguk angguk.Memang setiap perbuatan yang kita buat di atas muka bumi ini akan mendapat kesannya pada masa akan datang.Seperi Fazira,dia trauma seumur hidup dengan insan bernama lelaki walaupun mungkin satu hari nanti dia akan berjumpa dengan seorang lelaki yang tepat untuk dirinya namun kisah hitam itu akan terus menghantui hidupnya


__ADS_2