
Faiz turun ke bawah sebaik sahaja selesai bersiap
"Morning mama" tegur Faiz seperti biasa
Ainul hanya mengangguk sambil tersenyum
"Mama masak apa pagi ni?" tanya Faiz
"Mama buat nasi lemak aje Iz" jawab Ainul
"Kakak mana?" tanya Ainul
"Entah Iz tak perasan pula tadi masa turun" jawab Faiz
"Cuba tengokkan dia sebab semalam dia kata di tak sihat badan" arah Ainul
Tanpa banyak soal Faiz melangkah kaki ke atas,pintu bilik kakaknya di ketuk
"Akak,kau tak nak makan ke?" tanya Faiz
"Sekejap lagi aku turun lah,aku sakit kepala ni" jawab Fazira
"Kau demam ke kak?" tanya Faiz
Tiada respons dari Fazira
"Aku buka pintu eh?" tanya Faiz
Pintu dibuka perlahan
"Kak kau ok tak?" tanya Faiz sebaik melihat Fazira masih lagi berselubung di dalam selimut
"Aku ok,kau pergi lah kerja" jawab Fazira
"Kalau kau demam aku boleh bawakkan pergi klinik" kata Faiz sambil memegang dahi Fazira
umur dia dan Fazira hanya berbeza setahun sahaja mungkin kerana itu lah dia amat rapat dengan Fazira yang merupakan satu satu adik beradik yang dia ada
"Tak payah lah nanti kau masuk office lambat lepas tu papa bising" tolak Fazira
"Tak apa tak kan lah papa nak marah kalau aku masuk labat sebab hantar kau pergi klinik" kata Faiz
Fazira bangun perlahan lahan dari tidurnya
Faiz akui kakaknya memiliki wajah yang jelita seperti orang arab yang dapat memikat mana mana lelaki yang melihatnya tetapi Fazira sangat jual mahal,dia tidak sewenang wenangnya menyerahkan hatinya kepada lelaki kerana dia pernah melalui kisah hitam yang menyebabkan dia takut untuk membuka hati nya kepada makhluk Allah yang bernama lelaki
"Dah kau pergi mandi cepat,jangan lama sangat" pesan Faiz lalu melangkah turun ke bawah
"Ha mana kakak?" tanya Ainul
"Ada dekat atas,demam" jawab Faiz
"Iz nanti hantar dia pergi klinik sekejap sebelum masuk kerja" sambungnya lagi
"Mama sorang sorang lah nanti dekat butik" kata Ainul
"Nampaknya" balas Faiz
Selesai makan dia menunggu di dalam kereta
"Hello Damian" sapa Faiz saat panggilannya bersambung
"Hello tuan ada apa ni?" tanya Damian
"Hari ni saya masuk kerja lambat sikit kalau sesiapa tanya cakap urusan peribadi" jawab Faiz
"Baik tuan" Damian menurut perintah,panggilan dimatikan
Fazira keluar dari pintu rumah lalu menuju ke kerata Faiz
"Kalau ya pun tolong lah aku jalan,pening tahu tak?Kalau aku jatuh dekat depan tu siapa nak angkat" beleter Fazira
"Kau demam je bukan sakit kaki" sempat Faiz bergurau
__ADS_1
"Ish kau ni kan,tak prihatin langsung dekat kakaknya" balas Fazira
Faiz hanya ketawa,kereta diundur lalu dipandu ke sebuah klinik
Selesai urusan Fazira,Faiz bergegas ke pejabat
Baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat
"I dengar you sedang rancak bercinta dengan perempun miskin jual nasi lemak tu?" tanya Nadia
"You never have permission to talk about her" jawab Faiz sambil melabuhkan punggungnya
"Macam mana dia boleh masuk?" tanya Faiz dengan pandangan yang tajam ke arah Damian
"Saya dah halang dia tapi dia degil tuan" jawab Damian tergugup gugup
"What are you want now nadia?" tanya Faiz,dia cukup menyampah melihat muka perempuan di hadapannya.Sudah lah pakaian seperti orang tidak cukup kain
"I just want you wake up to reality!Look at you Faiz.That poor girl is not your standart " jawab Nadia lancang
"And who are you to talking about my standart?" tanya Faiz sinis
"It's up to you,I just giving advice" jawab Nadia
"I don't need your advice,I know how to take care myself" kata Faiz
Nadia menghembas kasar tubuhnya di atas sofa lalu disilangkan kaki supaya menampakkan betis nya
"Nadia,you see that door?" tanya Faiz
Nadia memandang ke arah pintu yang dimaksudkan Faiz
"You can get out from here now before I ask Damian to do it" arah Faiz,makin meluat matanya melihat perangai Nadia yang terlalu gedik di mata lelakinya
Terlompong mulut Nadia lalu terus dicapai bag tangannya dan terus melangkah pergi
Faiz mengiling kepala dua kali
"Lain kali keras sikit dengan dia jangan bagi muka,Faham?" kata Faiz tegas
Setibanya waktu lunch seperti biasa Faiz akan ke gerai Nabila
"Awak!" panggil Faiz termengah mengah
"Kenapa awak ni?" tanya Nabila cemas
"Bahagian saya ada tak?Ramai betul orang ni" tanya Faiz lagi
"Ada,saya dah simpankan awak punye" jawab Nabila sambil mengeluarkan plastik berbungkus nasi lemak
"Thanks,saya ingat dah tak ada" kata Faiz sambil mengambil plastik makanan itu
"Kita jumpa malam ni eh?Saya tak boleh borak panjang sebab nanti ada meeting" kata Faiz
Nabila senyum lalu mengangguk
Malam menjelma tiba,Nabila sudah bersiap siap
"Mak,adik keluar sekejap ya?" Nabila meminta izin
"Nak keluar pergi mana adik?" tanya Marissa
"Ni nak keluar dengan kawan" jawab Nabila
Tiba tiba bunyi enjin kereta di depan rumah
"Ha tu dia dah sampai,adik pergi dulu ya?" kata Nabila lalu bersalam dengan mak nya
"Hye" sapa Faiz lalu membuka pintu untuk Nabila
"Dah macam puteri dah ada orang buka kan pintu" kata Nabila sambil ketawa halus
"It's means,you are my princess" balas Faiz
__ADS_1
"Apa dia?" tanya Nabila,memastikan dia yang tidak salah dengar
Faiz hanya senyum lalu bergerak ke arah pemandu
"So awak nak makan apa?" tanya Faiz
"Saya tak kisah makan apa apa pun" jawab Nabila
Faiz hanya mengangguk lalu kereta dipandu menuju ke sebuah restoran
Duduk sahaja di restoran itu mata Faiz tak lepas dari memandang Nabila
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Nabila,malu dirinya apabila dipandang sebegitu
"Awak cantik" jawab Faiz tanpa segan silu,Nabila memang cantik walaupun dia hanya memakai baju kurung biasa.Dia tetap cantik
"Saya segan sebenarnya tau nak keluar dengan awak" luah Nabila
"Lah kenapa pula?" tanya Faiz
"Yelah awak macam mana saya macam mana,kan saya dah cakap hari tu kita ni umpama langit dan bumi" jawab Nabila
"Langit dan bumi adalah dua benda yang memerlukan antara satu sama lain tanpa langit suram lah bumi dan tanpa bumi sunyilah langit" kata Faiz
Nabila hanya terangguk angguk
"Sama juga macam kita,saya pun perlukan awak" sambung Faiz lagi
Nabila hanya tertunduk malu
Selesai makan,Faiz membawa Nabila bersiar siar di mall
"Dah cukup dah ni awak,banyak sangat ni" kata Nabila,dia segan kerana dimewahkan oleh Faiz dengan harta.Apa yang dia mahu semua dituruti Faiz
"Saya tak kisah kalau nak belanja awak" balas Faiz
"Iya saya tahu tapi saya tak mahu lah nampak macam saya ni perempuan pisau cukur" kata Nabila
Faiz mengangguk
Selesai bersiar siar,Faiz menghantar Nabila pulang
"Thanks for tonight" ucap Nabila
"My pleasure" balas Faiz
"Nanti kita keluar lagi boleh?" tanya Faiz
"Boleh je" jawab Nabila
"Ok lah kalau tak ada apa apa saya masuk dulu" kata Nabila
Faiz mengangguk
"Awak" panggil Faiz
Nabila berpaling ke arah Faiz,mata mereka bertentangan
Lama bertentang mata akhirnya Nabila mengalihkan pandangan,dia hanyut di setiap pandangan mata lelaki itu
"Jumpa lagi" kata Faiz sambil tersenyum
Nabila menghadiahkan senyuman lalu keluar dari kereta
"Untung lah naik kereta mewah,dah kaya dah agaknya sekarang" sinis Amir
"Diam ah kau" kata Nabila
Amir ketawa jahat
Tanpa dia sedari,Faiz memerhati segala gerak geri nya.Tangannya mendail nombor seseorang
"Hello,Frank aku ada job" kata Faiz
__ADS_1
"What it is bro?Just tell me" tanya Frank
Faiz senyum dia menerangkan plan nya