
Masuk hari ini sudah tiga hari Faiz tidak sedarkan diri
"Anis,pergi lah makan dulu.Biar akak jaga Iz" pujuk Fazira
"Tapi kak,Anis tak lapar pun" balas Nabila
"Pergi lah jamah makanan sikit,makanan dekat kantin sana sedap" pujuk Fazira lagi,dia naik risau melihat keadaan adik ipar nya yang sudah tiga hari tidak menjamah sebarang makanan langsung
Nabila mengilingkan kepala
"Pergi lah,kalau Iz sedar pun dia tak nak tengok Anis macam ni" pujuknya lagi
Akhirnya Nabila mengalah,dia melangkah ke bawah
Selesai mengambil makanan yang dipesan,Nabila duduk di meja yang menghadap terus ke arah tasik di hadapannya
"Hye,boleh duduk sama?" tanya seorang lelaki dari belakang
Nabila memandang sosok tubuh yang memangginya tadi
Dia tidak menjawab dan hanya mengangguk sahaja,ternyata lelaki itu adalah seorang dokotor di situ
"Seorang saja ke?Teman siapa dekat sini?" tanya Haris
"Suami" jawab Nabila endah tidak endah
Haris terangguk angguk,nampaknya wanita jelita di hadapannya ini telah dimilik orang
"Kalau tak ada apa saya minta diri dulu" kata Nabila lalu bangun berdiri
"Tapi makanan awak belum habis lagi,dduk lah dulu kita borak borak" balas Haris
"Maaf doktor,saya ada suami yang perlu dijaga sekarang.Saya kena cepat" kata Nabila tegas,sudah naik rimas dia apabila wajah mulus nya sentiasa menjadi tatapan doktor muda itu
Nabila naik semula ke wad yang menempatkan suaminya
"Dah makan?" tanya Fazira sebaik melihat Nabila memasuki wad itu
"Dah akak" jawab Nabila lembut
"Abang belum sedar?" tanya Nabila
"Belum" jawab Fazira
Tba tiba pintu wad dibuka dari luar,alangkah terkejutnya Nabila dan Fazira saat melihat siapa yang melangkah masuk
"Apa yang kau buat dekat sini?" tanya Fazira dengan muka bengis
"Saja datang melawat sang pujaan hati" jawab Nadia lalu menjeling ke arah Nabila
Nabila pula sudah tertunduk ke lantai,hatinya kembali remuk apabila teringat apa yang gadis itu lakukan pada suaminya
__ADS_1
"Baik kau balik lah" halau Fazira,dia cukup benci dengan perangai Nadia itu
"Kakak,adik datang melawat sekejap saja" balas Nadia dengan nada gedik,saja dia mahu sakitkan hati Nabila
"Kau jangan panggil aku kakak lah jijik faham tak?" marah Nabila
Nadia tidak mengedahkan hinaan yang dilmpar kepadanya,biarlah orang mahu membenci dirinya asalkan dia dapat lelaki yang dipuja semenjak sekolah lagi
"Sayang,u tak bangun lagi ke?" tanya Nadia sambil memegang tangan Faiz
"Bangun lah sayang,I rindu you" sambungnya lagi
Nabila bangun dari duduk nya,dia bergerak menuju ke arah Nadia.Tubuh Nadia ditarik kasar supaya pegangan wanita itu terlepas dari tangan suaminya
"Kau dah kenapa!" sedikit naik intonasi nada suara Nabila
Satu tamparan kuat melekat di pipi Nadia
"Hey perempuan miskin!Kau ingat aku tak kenal ke siapa kau?" tanya Nadia
"Perempuan jual nasi lemak tepi jalan,ada hati nak jadi isteri jutawan?Memang nasi lemak kau sedap tapi itu tak boleh menjadi penyebab untuk kau menjadi isteri kepada Faiz.Kau tak layak!" pelbagai hinaan yang dilempar oleh Nadia kepadanya
"Kau siapa nak tentukan?Itu bukan kerja kau!" kata Nabila
"Tapi kau pun kena sedar diri,look at you and him!You are not at him standart" sinis Nadia lagi
Nabila terdiam,hatinya betul betul sakit dek ditikam ayat berbisa mulut Nadia
"Kau pun tak layak jadi isteri dia,kau mudah terpengaruh dengan persekitaran kau.Kau pun budak kampung macam aku and kau pun manusia,tiada apa yang berbeza antara kita" kini giliran Nabila pula memerli Nadia
"Kau tak kenal siapa aku!Kau tengok apa aku boleh buat dekat rumah tangga kau!" sempat Nadia memijak perut Nabila sebelum dia keluar dari wad itu
"Anis!" panggil Fazira lalu mendapatkan Nabila yang sedang menahan kesakitan
"Sakit akak" rintih Nabila
Bibinya sedikit pecah terkena penangan bag Nadia yang keras itu,perutnya pula terasa senak dan pedih kerana gadis itu memakai kasut tumit tinggi
"Tahan sikit ya,akak sapukan ubat" kata Fazira
Malam itu,disaat Nabila dan Fazira sedang tidur
"Anis" suara itu kedengaran sayup sahaja di telinga Nabila
Terus sahaja mata Nabila terbuka luas
"Anis" suara itu kedengaran lagi,halus sahaja suaranya
Nabila cuba mencari punca datangnya suara itu
"Anis..." kali ini suara itu kedengaran serentak dengan tiupan angin yang halus
__ADS_1
Nabila dapat menangkap suara itu dari luar tingkap wad mereka
Dia berjalan perlahan lahan ke arah tingkap itu,entah mengapa dia menggigil disaat hendak membuka langsir yang menutupi tingkap wad itu.Dengan sepenuh tenaga dia membuka langsir itu namun tidak kelihatan apa apa diluar jendela
Sedang asyik mengamati di luar tingkap tiba tiba
"Anis..." suara itu kedengara betul betul di belakangnya
Dia beristighfar panjang lalu berpaling perlahan lahan ke belakang
Sebaik dia berpaling ke belakang satu sosok tubuh wanita berambut panjang dan berbaju putih memandang tepat ke arahnya
Tubuh Nabila menjadi kaku,dia tidak mampu menjerit apalagi belari
"Faiz milik Nadia!" jerit benda itu lalu menerpa laju ke arahnya
Serentak itu tubuhnya terjelupuk ke lantai
"Anis bangun Anis,kenapa tidur dekat sini" kejut Fazira,sedikit dia terkejut melihat Nabila yang tidur di tepi tingkap
Sebaik sahaja Nabila membuka mata,terus sahaja dia memeluk Fazira
"Akak,Anis takut..." rintihnya seakan akan anak kecil
"Kenapa ni?" tanya Fazira lalu membalas pelukkan adik iparnya
"Malam tadi anis nampak benda" kata Nabila sambil menangis
Fazira menggosok tubuh Nabila,dia tak tahu apa yang dialami oleh Nabia namun dia tahu apa perasaan adik iparnya
"Sayang" Faiz bersuara lembut di belakang
"Abang!" kata Nabila riang,terus sahaja dia bangun lalau menerpa ke arah Faiz.Dipeluk semahu mahunya tubuh sasa itu
"Anis rindu abang" luah Nabila,dia menangis di dada suaminya
Dengan susah payah Faiz membelai kepala isterinya,salur salur yang berada di tangannya memang menyusahkan pergerakkanya
"Dah berapa lama abang pengsan?" tanya Faiz dengan suara yang masih serak
"Empat hari" jawab Nabila
"Alhamdulillah,kau dah sedar juga dik" kata Fazira lalu dia pula yang memeluk tubuh adiknya,sungguh dia betul betul bersyukur kerana dia masih diberi peluang untuk melihat adiknya bercakap
"Terima kasih kak sebab jaga Anis masa aku pengsan" luah Faiz
"Anis pun adik aku juga" balas Fazira
"Kenapa sayang tadi?Macam takut saja" tanya Faiz
Nabila menarik nafas mengumpul segala kekuatan untuk menceritakan apa yang dialaminya malam tadi.Itu merupakan pengalaman pertama dia diganggu oleh makhluk halus
__ADS_1
"Mungkin itu sebab sayang terlalu fikirkan dia,itu mungki hanya mimpi dan sayang berjalan dalam mimpi" kata Faiz cuba menenangkan resah di hati isterinya walaupun dia tahu Nadia itu mampu membuat orang tidak tidur lena
Nabila mengangguk,dia juga berharap demikian.Dia hanya mampu berdoa pelindungan dari Allah Yang Maha Berkusa atas segalanya