
Pagi pagi lagi Faiz sudah terpacak di depan rumah Nabila
"Awak buat apa depan rumah saya pagi pagi ni?Nak jadi pak guard tak berbayar ke?" tanya Nabila sambil memandang Faiz dari atas ke bawah.Baju t-shirt,seluar tracksuit dengan kasut sukan.simple tapi hensem,puji hati Nabila
"Saya nak ajak awak pergi hiking,nak tak?" tanya Faiz
"Wah nak nak" jawab Nabila dengan mata bersinar sinar
"Awak suka hiking?" tanya Faiz
Nabila mengangguk laju
"Dulu selalu juga dengan kawan kawan,lepastu kawan kawan semua dah sambung belajar" jawab Nabila
"Tak apa sekarang awak boleh pergi dengan saya pula" kata Faiz
"Kejap saya siap siap" kata Nabila lalu berlalu masuk ke dalam
"Saya tunggu dekat luar tau?" balas Faiz
Hatinya sangat bahagia seakan akan sedang berbunga bunga,siapa sangka Danial Faiz yang angkuh mampu ditundukkan oleh seorang wanita
Selang lima belas minit Nabila keluar
Tidak berkelip mata Faiz memandang Nabila baju pin yang dimatchingkan dengan tudung betul betul mengugupkan hati lelakinya
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Nabila sambil melihat semula pemakaiannya
"Tak,,tak ada apa" jawab Faiz tergugup gugup,dia malu apabila perbuatannya diketahui Nabila
Untuk menutup rasa malu nya,dia membuka pintu kereta untuk Nabila
Mereka bergerak ke arah bukit yang selalu dijadikan kawasan hiking oleh penggemar sukan hiking di selangor itu
"KIta breakfast dulu?" tanya Faiz
"Saya ikut je" jawab Nabila
Faiz mengangguk,dia berhenti di sebuah warung masakkan pagi
Sedang asyik menjamu selera
"Tak menjadi mana lah nasi lemaknya,tak boleh lawan awak punya" kata Faiz
"Haish awak ni,tak baik tau cakap macam tu dekat rezeki.Kita dapat makan ni pun dah bersyukur dah" balas Nabila
Faiz terangguk angguk,ada betul apa yang Nabila cakap
__ADS_1
Setelah selesai makan,mereka bergerak menuju ke tempat pendakian
"Berapa ketinggiannya ni awak?" tanya Nabila
"Rasanya empat ratus meter dari aras laut"jawab Faiz
Nabila telan air liur,mampu ke dia?Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti kecergasan
Dengan bacaan bismillah dan langkah kanan mereka memulakan perjalanan
Setengah perjalanan
"Awak okay tak?" tanya Faiz sebaik melihat wajah kepenatan Nabila
"Saya okay" jawab Nabila termengah mengah
"Kalau awak letih kita rehat sekejap" kata Faiz
Nabila mengangguk
Baru hendak melangkah ke arah wakaf yang diperbuat dari buluh itu tiba tiba kaki Nabila terasa lemah,menyebabkan dia tergelincir
"Awak!" spontan tangan Faiz memegang lengan Nabila
Muka Nabila berkerut menahan sakitnya
"Awak okay tak?" tanya Faiz
"Kaki saya sakit sangat awak" jawab Nabila sambil memegang pegelangan kakinya
Faiz membantu Nabila duduk di atas wakaf itu
"Ya Allah lutut awak" kata Faiz sebaik melihat seluar yang dipakai Nabila sudah terkoyak di bahagian lutut
Nabila hanya menahan kerut di dahi
Sapu tangan Faiz dibalut ke luka di lutut Nabila
"Jom saya bawa awak pegi klinik" kata Faiz
"Macam mana nak turun?Kaki saya sakit sangat awak" rintih Nabila
"Boleh saya dukung awak?" tanya Faiz
Nabila mengangguk,dalam keadaan sebegitu tidak ada jalan lain untuk dia dibawa turun.Kalau dekat dengan kereta,lebih sanggup dia berjalan dari didukung oleh lelaki
Setibanya di kereta,Faiz terus bergegas ke klinik berdekatan.Kelihatan raut wajah risau pada wajah Faiz.Makin lama makin dia rasa kehadiran cinta Faiz kepadanya
__ADS_1
Setibanya di klinik,Nabila diperiksa
"Alhamdulillah puan Nabila hanya seliuh biasa sahaja dan luka yang dia alami tidak lah separah yang disangka" kata doktor yang merawat Nabila
"Alhamdulillah" ucap Faiz dan Nabila serentak
"Tapi buat masa sekarang kurangkan berjalan ya?" pesan doktor itu
Mereka semua mengangguk
Setelah selesai semua nya,Faiz menghantar Nabila pulang
"Mak cik,saya minta maaf sangat sebab tak jaga Nabila elok elok" ucap Faiz entah kali ke berapa
"Tak apa lah benda dah jadi pun Iz,mak cik tak marahkan kamu" balas Marissa
"Saya minta diri dulu,nanti saya datang melawat lagi" kata Faiz
Dia pulang ke rumahnya
Setibanya di rumah
"Kak,ada orang datang ke?" tanya Faiz
"Kau masuk lah tengok sendiri" jawab Fazira yang masih sibuk menyiram bunga yang ditanam nya
Faiz masuk ke dalam rumah
"Nadia?Buat apa dekat sini?" tanya Faiz
"Saja datang melawat aunty" jawab Nadia
Faiz pandang Ainul,mamanya hanya mengangkat bahu
"You tak suka ke I datang sini?" tanya Nadia
"I kan kawan sekolah you dulu" sambungnya lagi
Faiz hanya buat muka meluat,memang dahulu dia dan Nadia rapat di saat sekolah menengah kerana saat itu Nadia yang dia kenal adalah seorang perempuan yang lemah lembut,pakaiannya ala ala ustazah dan tidak free hair tetapi sejak masuk ke alam universiti segala galanya tentang Nadia berubah menyebabkan dia cukup benci pada gadis itu
"I datang sini just nak bagitahu aunty yang you sedang rancak bercinta dengan gadis nasi lemak miskin tu!" lancang Nadia bersuara
Faiz mengetap gigi menahan penumbuk,kalau bukan kerana mereka di depan Ainul sudah lama
si Nadia ni hilang susunan giginya itu
"You need to look at yourself before talk about her,I just giving you last warning.If you talking about her again it's means you are chosing war with me" pesan Faiz tenang tapi tegas
__ADS_1
Nadiasedikit gugup mendengar amaan Faiz,dia tahu dia tak akan ada peluang unuk merebut lelaki itu daripada Nabila namun dia akan buat apa saja untuk buatkan mereka terpisah.