Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 17


__ADS_3

Petang itu terasa sunyi sahaja.Fazira duduk di wakaf berdampingan kolam di laman rumah


"Apa yang buat kau jadi teringat balik dekat arwah ni dik" bebel Fazira


9 tahun lalu...


"Akak,akak terima ke Nurul ni jadi adik ipar akak?" tanya Nurul


"Apa pula tak,mestilah terima.Kenapa Nurul cakap macam tu?" tanya Fazira


"Nurul bukan apa kak,Nurul takut Nurul tak sepadan dengan Iz" jawab Nurul


"Akak rasa sempat tak ya Nurul kahwin dengan Iz?" tanya Nurul tiba tiba


Fazira angkat kening kanan


"Kenapa Nurul tanya macam tu?" tanya Fazira kehairanan


"Sebab Nurul takut Nurul dijemput Ilahi sebelum sempat diijab kabul" jawab Nurul lalu tertunduk


"Jangan cakap macam tu,insyaallah Nurul dan Iz akan disatukan dengan izin yang maha esa" pesan Fazira lalu dia memeluk erat tubuh Nurul


Memori itu kembali teringat di kepala Fazira...


Kini dia tahu mengapa Nurul berkata sedemikian,mungkin Nurul telah merasakan ajalnya sudah tidak lama.Namun itu hanya lah tinggal kenangan


"Akak" tegur Faiz dari belakang


"Ha dik,duduk lah sini" balas Fazira


"Anis mana?" tanya Fazira


"Ada dekat bilik" jawab Faiz


Fazira pandang adiknya dari atas ke bawah.keadaan Faiz tidak ubah seperti waktu kematian Nurul,tidak terurus!


"Kau kenapa sebenarnya?" tanya Fazira


"Kenapa?" tanya Faiz sengaja buat buat bengap


"Kenapa kau boleh teringat balik dekat arwah?" tanya Fazira,kali ini dia mahu mendengar cerita dari tuan punya badan


Faiz mengeluh panjang


"Iz mimpi dia,dia datang dekat Iz" jawab Faiz


Kini giliran Fazira pula mengeluh


"Nurul dah tak ada Iz,lupakan dia.Sekarang kau ada Nabila" pesan Fazira


"Iz memang dah lupakan dia kak tapi secara tiba tiba dia datang" balas Faiz


"Kau kena ajar diri kau terima hakikat walaupun pahit" kata Fazira


Tiba tiba Faiz melentokkan kepala ke atas bahu Fazira.Fazira pula tidak terkejut mahupun menolak,Dia kenal perangai Faiz yang kadang kadang manja tidak bertempat


"Iz terseksa kak" luah Faiz


"Bukan kau je,Anis pun sama." kata Fazira


Faiz mengeluh.Ya dia tahu,dia turut menyeksa isterinya juga.Dia kurang memberi perhatian kepada Nabila tapi Nabila tidak pernah jemu melayannya.Dirinya pula seakan akan bodoh kerana melayan isteri yang sebaik baik Anis seperti itu


'Kau ni kadang kadang selfish Iz.Kau just fikir masalah kau je,diri kau je.Diri orang lain kau tak pernah fikir" kata Fazira

__ADS_1


"Ya kak,Iz tahu tu" balas Faiz


Nabila pula hanya menjadi pemerhati dari balkoni bilik mereka,dalam diam dia berdoa agar Fazira boleh memujuk suaminya.Dia sendiri telah beratus kali mencuba namun suaminya masih tetap sama


Tiba tiba terdengar loceng pintu ditekan.Laju kaki Nabila melangkah ke bawah


"Eh papa,mama pun ada sekali" sapa Nabila saat melihat kedua mertuanya di hadapan pintu


"Anis sihat?" tanya Ainul sambil memeluk erat tubuh menantunya


"Anis sihat alhamdulilah mama" jawab Nabila


"Faiz macam mana?" tanya Tan Sri Aiman


"Dia macam tu lah papa,tak berubah dari hari yang Anis call papa" jawab Nabila


Tan Sri Aiman mengilingkan kepala,nampaknya anak lelakinya itu harus diajar cara menerima hakikat


"Mana dia?" tanya Tan Sri Aiman


"Ada dekat kolam renang dengan kakak" jawab Nabila


Tanpa banyak soal,Tan sri Aiman terus sahaja mengatur kaki ke sana


"Boleh papa join anak anak papa?" tanya Tan Sri Aiman


"Eh papa,bila sampai?" tegur Fazira


"Baru je" jawab Tan Sri Aiman lalu melabuhkan punggung di sebelah anak lelakinya yang hanya membisukan diri


"What's wrong with you son?" tanya Tan Sri AIman


Semenjak kejadian,anaknya itu jarang menampakkan diri ke pejabat.Lebih suka kerja dari rumah


"But it seem serius" kata Tan Sri Aiman


Faiz mengeluh,tak akan lah papanya juga tahu mengenai hal ini?


Fazira pula mendiamkan diri,dia tahu adiknya bakal dibasuh oleh papa


"It's just a small thing,I can handle it myself" balas Faiz


"I know you son,you can liar to your father" kata Tan Sri Aiman menduga anaknya


"Let me guest,it's about Nurul right?" Tan Sri Aiman sengaja menarik anaknya untuk membuka mulut


"How did you know it pa?" tanya Faiz


"Of course from your wife,Anis" jawab Tan Sri Aiman


"Dia cakap kamu berubah sebaik kamu mimpi tentang arwah,cuba kamu cakap dekat papa kenapa?" tanya Tan Sri Aiman


"Iz tak tahu pa,dia tiba tiba datang" jawab Faiz


"Memang papa tahu wajah Anis memang seiras dengan Nurul tapi lupakan lah dia.Dia dah tak ada Iz" kata Tan Sri Aiman


"I was pa" balas Faiz


"But now?What are you doing?Didn't you thinking about Anis?" bertalu talu soalan yang dilempar kepadanya


Faiz mengeluh


"Papa tahu kamu kuat Iz,dah 9 tahun arwah tak ada" kata Tan Sri Aiman

__ADS_1


Setelah mereka berborak panjang.Akhirnya Tan Sri Aiman berjaya memujuk Faiz,betul lah orang kata the power of dad


Malam itu...


Nabila sedang melipat kain baju yang telah siap dibasuh di dalam bilik mereka


Tiba tiba terasa pinggangnya dipeluk dari belakang


"Sayang" panggil Faiz penuh lembut


"Kenapa ni abang?" tanya Nabila


"Saja nak bermanja dengan isteri abang" jawab Faiz


Nabila ketawa kecil


Bibir Faiz mula menjalankan tugas,pipi isterinya dicium bertalu talu


Nabila pula tidak melawan,dia kenal sangat dengan perangai manja suaminya


"Abang lapar lah sayang,jom keluar makan" ajak Faiz


"Jom!dah lama tak jalan jalan" kata Nabila riang


"Ha pegi siap cepat" arah Faiz


"Abang?" tanya Nabila


"Abang macam ni lah" jawab Faiz lalu ketawa


Nabila memandangnya dari atas ke bawah


"Dengan kain pelikatnya" bebel Nabila


Faiz ketawa besar,suka melihat isterinya marah.Kelihatan comel


Usai bersiap mereka keluar dan mencari kedai makan


"Malam ni sayang oder je nak makan apa,nak makan berapa banyak pun oder.Abang bayarkan je" kata Faiz


"Betul ke ni?" tanya Nabila gembira


Faiz senyum lalu mengangguk


Nabila terus sahaja memesan makanan yang diingini tanpa rasa malu dan segan.Biarlah dia,Faiz suaminya bukan orang lain


Faiz tersenyum melihat gelagat isterinya.dia sangat berdosa kepada isterinya


Usai makan mereka bersiar siar di taman


"Sayang,abang minta maaf sangat sebab abang dah buat sayang ikut terseksa bersama abang" ucap Faiz penuh romantis,jari jemari isterinya digenggam erat


"Tak apa lah abang,sakit abang sakit Anis juga.Anis isteri abang,hidup dan mati Anis hanyalah untuk Allah dan abang" balas Nabila tenang


Faiz terharu dengan sikap kematangan isterinya.Tanpa sebarang isyarat dahi Nabila dicium


"Orang nampak lah abang" kata Nabila,agak agaklah suaminya pun.Di tempat awam sebegini pun nak melebih lebih


"Biar lah orang nampak,kita dah halal dan mereka tak ada hak nak menghalang kita" balas Faiz


Nabila mampu mengalah,sikap Faiz yang tidak ambil peduli persepsi orang itu sememangnya tak mampu dihapuskan lagi kerana itu yang ditanam di dalam diri suaminya ketika bergelar jutawan muda yang sentiasa menjadi tumpuan majalah majalah ataupun akhbar


"Nur Anis Nabila,perempuan yang paling abang sayang di dunia ni.Sayang telah mengajar abang erti kesetian.Terima kasih sebab telah menjadi sebahagian dari hidup abang" ucap Faiz romantik

__ADS_1


Nabila hanya memandang tepat suaminya.Dia bersyukur kepada Allah kerana telah mengembalikan suaminya yang dulu


__ADS_2