
Seminggu sudah berlalu,seminggu juga lah Nabila merana dek kerana kehilangan suaranya.Tidak hanya dia,suaminya juga turut merana kerana menahan rindu untuk mendengar suara isterinya yang tercinta
"Sayang" panggil Faiz dari belakang lalu dia memeluk Nabila
"Kenapa termenung aja ni?" tanya Faiz lagi
Nabila hanya tersenyum
'Tak ada apa' Nabila memberi bahasa isyarat
"Sayang nak makan apa apa tak?" tanya Faiz
Nabila hanya mengiling kepala
"Besok kita akan ke America untuk operate sayang" kata Faiz tenang,bahu isterinya digosok lembut
Semenjak kejadian itu dia seakan akan tidak mahu melepaskan isterinya dari pandangan
"Dah jom masuk dalam,dah nak maghrib ni" kata Faiz lalu menolak kerusi roda yang di duduki oleh Nabila ke dalam rumah
'Nak mandi' kata Nabila
Faiz mengangguk kepala.Tubuh Nabila didukung menuju ke bilik tidur mereka.Nabila sangat bersyukur dia diberikan suami yang betul btul menyangi dirinya setulus hati kerana kalau diikut kan,tak pernah langsung dia membayangkan dia akan berkahwin dengan seorang jutawan
Selama dia sakit Faiz lah yang menguruskan dirinya.Kadang kadang hatinya turut berasa bersalah kerana melihat keadaan suaminya yang seakan akan tidak cukup tidur dan kurang mendapat perhatian darinya.Muka suaminya juga selalu lesu sahaja mungkin kerana penat menguruskan dirinya dan menjaga rumah itu sendirian
"Tidur dulu ya?Abang kemaskan baju kita untuk besok" kata Faiz sambil membaringkan Nabila di atas katil
Baru sahaja Faiz ingin melangkah pergi,Nabila menarik lengan Faiz
"Kenapa sayang?" tanya Faiz lembut
Nabila menarik Faiz supaya lebih rapat dengan dirinya sehingga dapat rasa hidung mereka bersentuhan
Mata mereka bertentang lama.Faiz cuba mendalami apa yang ingin disampaikan isterinya melalui mata itu
Nabila mencium bibir suaminya.Setelah cukup lama mereka bercumbu akhirnya Nabila melepaskan bibir suaminya
Terkebil kebil Faiz melihat tindakkan spontan Nabila walaupun dia tidak menolak ciuman tadi
"Kenapa sayang?" tanya Faiz
'Sebagai tanda terima kasih dekat abang sebab jaga Anis selama ni' jawab Nabila dalam bahasa isyarat
Faiz tersenyum manis.tak sangka itu cara isterinya berterima kasih kepadanya,terasa hilang segala penat
"Dah lah abang nak kemas baju kita,kang besok kelam kabut kita" kata Faiz
Nabila mengangguk
"Sayang tidur ya?" kata Faiz lalu mencium dahi Nabila lembut
__ADS_1
Dia bergerak ke arah almari pakaian.Mujur lah dia ada pengalaman ke luar negara,jadi dia tidak lah berasa kekok
Keesokkan harinya,mereka ke airport seawal 7 pagi kerana flight mereka pukul 8
'Semua betul betul dah cukup ke ni abang?' tanya Nabila
"Iya,jangan risau" jawab Faiz
"Fight MH 790 will departed to New York soon,all passenger please go to gate C" terdengar annoucment yang dilakukan oleh pihak lapangan terbang
"Jom sayang,flight kita tu" kata Faiz sambil menola kerusi roda Nabila
Mereka melakukan boarding,kebanyakkan penumpang adalah warga America syarikat yang ingin pulang ke negaranya dan ada juga warga negara Malaysia yang ingin melancong atau pulang ke pekerjaan mereka masing masing ke sana
Setelah menempuh perjalanan yang agak lama,mereka akhirnya tiba di New York
Terus sahaja mereka pergi check in hotel yang telah dibooking Faiz
"Thanks" ucap Faiz kepada pekerja hotel iu
Setelah masuk ke bilik mereka
"Sayang nak baring?" tanya Faiz
Nabila mengangguk
Faiz mendukung Nabila lalu dibaringkan ke atas katil
'Sejuk lah dekat sini' kata Nabila
"Memang lah sebab sekarang musim sejuk dekat sini,nasib baik abang ada simpan sweeter yang masa abang belajar dulu dulu" kata Faiz
Spontan Nabila memeluk Faiz.Faiz pula tidak menolak,dia membalas pelukkan isterinya walaupun dia sendiri tidak tahu kenapa
"Kenapa ni sayang?" tanya Faiz sebaik melihat ada air mata yang mengalir dari wajah Nabila
'Anis sedih sebab Anis banyak susahkan abang,kita kahwin pun abang yang banyak melabur untuk Anis lepastu sekarang ni entah berapa pula kos yang abang akan habis untuk Anis' luah Anis
Walaupun tanpa bersuara namun kesedihan isterinya cukup cukup merobek hati lelakinya
"Itu nama sayang,abang sanggup habis berjuta juta kalau perlu untuk mengembalikan yayang kepada asal" balas Faiz lembut
Tangisan Nabila terhenti,dia memandang tepat kepada suaminya
'Anis sayang abang' kata Nabila lalu memeluk Faiz lagi
"Abang pun sayang Anis" balas Faiz
Setelah berehat rehat semalaman,mereka menuju ke hospital yang bakal merawat Nabila.Usai menjelaskan semuanya akhirnya jururawat wanita itu mengetahui,ini lah pesakit yang diterbangkan jauh dari Malaysia
"This operation will take many of hours" kata jururawat itu
__ADS_1
"It's okay,I just wanna my wife get well" balas Faiz
Akhirnya Nabila telah pun memasuki bilik bedah
'Ya Allah kau selamatkanlah isteri ku dan kau permudahkanlah urusan kami Ya Allah' doa Faiz dalam hati
Setelah menunggu cukup lama,seorang doktor wanita keluar
"The operation run smoothly,and she's fine" kata doktor itu
"Thanks doct" ucap Faiz penuh gembira
"When can I see her?" tanya Faiz
"The operation teams is managing it" jawab doktor itu
Faiz hanya mengangguk,dia menanti dengan penuh sabar
Tiba tiba
"Abang" panggil satu suara dari belakang
Terus sahaja Faiz terduduk tegak,suara itu adalah suara yang amat dirinduinya
"Anis?" tanya Faiz sebaik melihat isterinya kini sudah mampu berdiri seperti sedia kala
"Anis dah tak ada abang..." kata Nabila
"Apa sayang cakap ni?" tanya Faiz cemas
Nabila tersenyum,tubuh itu mula hilang sedikit demi sedikit
"Sayang!" Faiz tersedar dari mimpinya,nafasnya begitu laju serentak itu dia beristighfar panjang
"Mimpi rupanya" kata Faiz
Tiba tiba pintu bilik bedah itu dibuka
setelah disahkan operation Nabila telah berjaya dilakukan,dia terus sahaja bersujud syukur
"Abang" panggil satu suara
Suara itu adalah suara yang sama seperti di dalam mimpi tadi,dia cukup merindui suara itu
"Abang tak mimpi kan?" tanya Faiz
Nabila berjalan mendekati suaminya,dia memegang pipi suaminya
"Abang tak mimpi,ini betul betul" jawab Nabila
"Alhamdulillah,sayang dah sihat" ucap Faiz lalu dia memeluk kemas tubuh Nabila
__ADS_1
Nabila juga turut bersyukur,akhirnya dia berjaya mendapatkan semula suaranya yang hilang dan kebolehan berjalannya.Semua ini atas izin Allah kerana tanpa izinya,sehebat mana pun doktor itu benda ini tak akan berjaya tanpa izinya