Cinta Kayangan

Cinta Kayangan
Bab 22


__ADS_3

Kaki melangkah menuju balik ke rumahnya.Hari ini merupakan hari terakhir sebelum bulan suci Ramadhan bertandang


Setibanya di rumah,pintu ditutup kemas lalu dikunci.Dia pandang sekeliling rumah,sunyi


"Kan best kalau abang ada dekat sini,esok dah nak puasa" luah Nabila


Langkah diatur menuju kebilik tidurnya.Gambar perkahwinan mereka dicapai lalu gambar itu diusap lembut


Faiz kelihatan begitu kacak dengan baju kahwin bewarna biru muda yang lengkap bersamping.Di sisinya pula,terselit kemas keris disebalik samping itu.Classic!Old scholl gituww


"Ni tahun pertama kita puasa sama sama kan abang?" Nabila mula bercakap dengan gambar itu


"Tapi Anis sedih sebab abang tak ada dekat sini dengan Anis" sambungnya


Air mata mula mengalir,dia memang rindukan suaminya


"Abang ada dekat sini" kata satu suara betul betul dibelakangnya


Nabila terus sahaja mengangkat kepalanya


"Abang?" tanya Nabila


Nabila pandang sekeliling,kosong sahaja


Dia mengeluh,itu semua hanya ilusi


Lantas telefon di atas meja dicapai


"Asalamualaikum" kedengaran suara disebalik telefon apabila panggilan bersambung


"Waalaikumusalam,abang..." rengek Nabila


"Kenapa ni sayang?Call abang pukul 2 pagi" tanya Faiz


"Anis tak ada niat nak kacau tidur abang tapi Anis betul betul rindukan abang,dapat dengar suara abang pun jadi lah" jawab Nabila,timbul rasa bersalah kerana menganggu tidur lelaki itu


Boleh pula dia terlupa di Malaysia sekarang,waktunya pukul 2 pagi.Sedangkan di Turkey baru pukul 9 malam


"Abang pun rindukan Anis,dah lama abang tak rasa nasi lemak sayang buat" balas Faiz,suami mana tak rindukan isteri kan?


Nabila tergelak kecil


"Tak habis habis dengan nasi lemak dia" kata Nabila,pelik juga dengan Faiz ni


Nasi lemak yang dibuat olehnya laju sahaja lelaki itu menelannya namun apabila nasi lemak yang dibuat oleh orang lain tak pula dia telan.Itu lah orang cakap air tangan isteri kan...


Faiz ketawa


"Nak sleep call ke ni?Dekat sana baru pukul 9 malam kan?" tanya Faiz


"Ya,ni Anis nak siapkan assigment sikit" jawab Nabila


"Bagus,belajar rajin rajin ya?" pesan Faiz

__ADS_1


"Okay abang" balas Nabila riang


"Dah lah,abang nak tidur ni.Nanti nak bangun sahur pula" kata Faiz


"Okay,iyi gelecer kocacığım" ucap Nabila dalam bahasa Turkey


"Apa benda yang sayang cakap tu?Pagi pagi buta dah buat otak abang berkerja" tanya Faiz


Nabila ketawa


"Good night my Hubby" ucap Nabila


"Good night my love" balas Faiz


Panggilan dimatikan


Faiz kagum dengan Nabila,isterinya memang seorang wanita yang kuat dan cepat belajar.Baru sebulan dia tinggalkan Nabila di Turkey,gadis itu sudahpun mampu berbahasa Turkey dengan baik


Tiket di atas meja dipandang,esok dia akan membuat satu kejutan besar untuk isterinya...


Tepat jam 4 petang,kapal terbang yang dinaiki Faiz selamat tiba di Turkey


Faiz menaiki teksi ke aparment kondo Nabila


Setibanya dia di depan pintu,terlihat comel sahaja pasu bunga yang disusun oleh Nabila di tepi pintu rumah


Pintu rumah dibuka,rumah itu kelihatan bersih dan rapi,satu habuk pun tak ada.Dia dimaklumkan oleh Nabila yang kelas isterinya akan berakhir pada pukul 5 petang,sengaja dia datang awal untuk memberi kejutan pada isteri tercinta


Sedang asyik menunggu isterinya,tiba tiba pintu rumah dibuka.Cepat cepat dia menyorok di belakang pintu bilik tidur Nabila


"Abang..." rintih Nabila dalam tangisan


Mukanya disembam ke bantal namun Faiz masih dapat mendengar esakkan Nabila.Sayu hati lelakinya melihat keadaan Nabila


"Sayang" panggil Faiz lembut


Nabila terus sahaja bangun dari posisinya.Dia menggosok mata berkali kali


"Abang?" tanya Nabila


Terus sahaja kedua dua tangannya menekup muka sendiri


"Kenapa sayang?" tanya Faiz,hairan melihat reaksi comel Nabila


"Tak nak,nanti bila Anis buka mata abang bukan ada dekat sini pun.Ni semua mimpi je" jawab Nabila


"Ini bukan mimpi sayang" balas Faiz


Nabila menurunkan tangan kirinya,tangan kanan setiap menutup mata.Satu,dua,tiga cubitan kepada pahanya yang masih dibaluti jubah itu


"Sakit tak?" tanya Faiz


"Sakit" jawab Nabila

__ADS_1


Faiz tersenyum,Nabila betul betul comel sekarang


"Ini bukan mimpi,buka lah mata" pujuk Faiz


Dengan perlahan mata dibuka


"Abang?Abang datang?" tanya Nabila


"Ya sayang" jawab Faiz


"Abang!" terus sahaja Nabila memeluk Faiz erat,sangat erat


Faiz membalas pelukkan itu,dia juga sangat rindukan Nabila


Puas berpelukkan,bibir mereka pula bertemu.Masing masing terus melepas rindu.Lama mereka begitu,Nabila melepaskan bibir Faiz


"Anis betul betul rindu abang" ucap Nabila,air mata terus membasahi pipi


"Abang pun rindu Anis" balas Faiz,air mata isterinya dilap lembut


"Dah jangan nangis,jom kita siapkan juadah berbuka" pujuk Faiz


"Jom!" balas Nabila riang


Mereka sama sama menyiapkan juadah untuk berbuka puasa.Setelah semuanya selesai dihidang...


"Akhirnya,lepas juga kempunan abang nak makan nasi lemak sayang" kata Faiz


Nabila ketawa kecil


"Macam mana dekat sini?" tanya Faiz


"Okay saja abang,semua baik baik sahaja dengan Anis" jawab Nabila


"Bagus lah macam tu" balas Faiz


"Jiran depan ni pun baik,namanya Hannah.Selalu juga datang teman Anis" cerita Nabila


Faiz senyum,dia lega melihat Nabila mula selesa dengan keadaan di sini


Malam itu,mereka ke masjid untuk solat terawih.Mujur sahajalah ada masjid yang jaraknya hanya 3 minit berjalan kaki dari kondo mereka


"Seni gerçekten özledim, umarım her zaman burada benimle olursun kocacığım" kata Nabila


Faiz tayang riak wajah blur


"Apa tu sayang?" tanya Faiz


"I really miss you,I always hope you will be here with me,husband" jawab Nabila


"I will always be here for you,I'm promise" balas Faiz


Dia sudah berbincang panjang lebar berkenaan hal ini dengan Tan Sri Aiman

__ADS_1


Tan Sri Aiman mengizinkan dia untuk bekerja jarak jauh.Bukan tak tahu papanya itu,sayang sangat dengan menantu!


__ADS_2