
Pagi itu Nabila sedang bersiap siap untuk hari pertama kerja.Sempat dia memandangsuaminya yang terbaring di atas katil
Dia mengeluh perlahan,berat juga hatinya ingin meninggalkan suaminya yang sedang demam sendirian di rumah.Kalau ikutkan hatinya memang dia tidak ingin mula berkerja hari ini namun ia dipaksa oleh Faiz untuk mulakan juga hari pertama dia
"Abang,Anis pergi dulu ya?" kata Nabila lembut
Faiz membuka selimutnya
"Nak pergi dah ke?Mari abang hantarkan" balas Faiz
"Tak apa,abang rehat lah dekat rumah.Anis boleh pergi dengan kak Zira" kata Nabila
Faiz mengangguk
"Kalau ada apa apa jadi terus call abang tau?" pesan Faiz
Nabila mengangguk,selesai memberikan suaminya speacial kiss dia bergegas turun ke bawah
"Lama nya" bebel Fazira
Nabila hanya tersenyum ke arah Fazira
Mereka memulakan perjalanan ke butik Ainul
"Anis kena tahan sikit dengan mulut mulut pekerja mama ni,dia orang celupar sikit" pesan Fazira
"Kenapa tu akak?" tanya Nabila
"Dia orang cakap tak berlapis!" jawab Fazira sambil tergelak
Nabila juga turut tergelak
Setibanya mereka di butik,mereka disambut oleh Ainul sendiri
"Ha sampai pun pekerja baru mama" kata Ainul sambil berpelukkan dengan Nabila
"Jom mamam kenalkan dengan staff staff lain" ajak Ainul
Nabila hanya menuruti langkah Ainul
Sebaik sahaja selesai diperkenalkan.Nabila dipandang dari atas hingga bawah oleh pekerja di situ
"Ni ke isteri jutawan muda?Tak setaraf langsung!" lancang mulut seorang pekerja bebicara
Terus sahaja raut wajah Nabila berubah
"Kau ni kalau ya pun cemburu tak perlu lah cakap straight sangat" marah seorang lagi pekerja
Nabila mengambil tempatnya.Oleh kerana dia baru sahaja pekerja baru,dia hanya membiarkan mulut mulut mereka berbicara
"Lah pekak rupanya" kata Rohayu,dia merupakan pekerja paling bermulut lancang di situ
"Apa bising bising ni?Korang jangan nak kacau dia,kalau cik abang dia dapat tahu habis lah korang" marah Fazira
__ADS_1
Terus sahaja Rohayu menundukkan kepala.Memang di butik ini,Ainul dan Fazira dihormati oleh mereka semua namun sebaliknya kepada Nabila
Sehari dia bekerja memang hatinya agak sakit mendengar cemuhan cemuhan kepada dirinya terutamanya oleh Rohayu
"Anis okey?" tanya Fazira sebaik melihat raut wajah Nabila seumpama menahan perasaan
"Okey je akak" bohong Nabila
Fazira hanya mengangguk.Dalam masa 24 jam dia harus mengelakkan diri daripada betemu dengan adiknya,jikalau tidak habis lah dia menjadi bahan soal siasatan adiknya
"Kalau Anis terasa hati dengan mulut Rohayu tu bagitahu akak ya?Pandai lah akak mengurusnya" pesan Fazira
Nabila hanya mengangguk,pandang dilempar ke luar tingkap.Suasana bandaraya yang sesak makin menambahkan sesak di dadanya.Kata kata yang dilemparkan oleh Rohayu benar benar membuatkan dia berasa dia memang tidak sempadan dengan Faiz
Sebelum ini dia telah membuang jauh perasaan itu kerana dia mahu mencintai suaminya dengan tiada perasaan yang merasakan dia ini tidak sempadan untuk diri suaminya
Setibanya mereka di rumah,Nabila melangkah masuk ke biliknya
"Abang" rengek Nabila lalu mendapatkan Faiz
Tubuh sasa suaminya dipeluk kemas
"Kenapa ni sayang?" tanya Faiz lembut,pelukkan Nabila dibalas
Nabila menangis semahu mahunya di dada Faiz
"Kenapa sayang menangis?" tanya Faiz
Namun Nabila tidak menjawab pertanyaan Faiz,dia meneruskan tangisannya.Hatinya benar benar sakit,dia perlukan seseorang untuk dijadikan tempat beradu
Selepas melihat tangisan Nabila semakin reda,Faiz meleraikan pelukkan mereka
"Kenapa ni sayang?Cerita dekat abang" pujuk Faiz lembut sambil mengelap saki baki air mata Nabila
"Anis penat sikit" jawab Nabila
Faiz mengeleng kepala
"Sebelum ni kerja sayang lagi berat tapi abang tak pernah tengok sayang nangis macam ni" kata Faiz
Nabila hanya menundukkan pandangan,dia tidak rasa ingin menceritakan apa apa kepada suaminya
Faiz mengeluh lembut
"Pergi mandi okay?Nanti malam abang bawa sayang keluar makan" kata Faiz
Nabila mengangguk,dia bergerak ke bilik mandi
Faiz pula bergerak ke arah balkoni biliknya,dia menelefon Damian
"Ada apa tuan call saya?" tanya Damian
"Tadi puan Anis balik rumah nangis,saya nak awak esok ekori dia ke tempat kerjanya dan siasat apa punca nya" arah Faiz
__ADS_1
"Baik tuan" balas Damian,baginya perkara itu mudah sahaja untuk dia yang bergelar bekas ejen perisik antarabangsa
"Ingat,jangan sampai kantoi,Puan Anis tu mata tajam" pesan Faiz
"Ya tuan" balas Damian
Panggilan diputuskan
"Cakap dengan siapa tu?" tanya Nabila
"Damian,hal pejabat" jawab Faiz
Nabila mengangguk,bukan dia tidak kenal dengan Damian itu.Pembantu peribadi suaminya,agak terkejut dia saat mengetahui Damian yang selalu membeli di kedainya adalah pembantu peribadi suaminya sendiri.Terasa dunia ini sangat kecil
Malam itu,Faiz membawa Nabila keluar makan
"Anis ingat tempat ni?" tanya Faiz
Nabila mengangguk laju
"Ni lah tempat mula mula abang bawak Anis keluar" jawab Nabila
Faiz ketawa kecil,nampaknya isterinya memang mempunyai ingatan yang kuat
"Mula mula abang jumpa sayang,abang dah mula sukakan sayang tapi abang takut nak dekati sayang sebab abang takut sayang tak selesa" cerita Faiz
Kini giliran Nabila pula ketawa
"Tak sangka ya,abang lemah pada perempuan" sakat Nabila
"Masa tu abang takut sangat sayang tak terima abang,itu je" kata Faiz geram apabila Nabila sudah pandai menyakat dirinya
Makin galak ketawa Nabila melihat reaksi suamiya
"Perempuan mana je yang tak nak terima lelaki yang hensem seperti abang?" kata Nabila
"Dan lelaki mana je yang tak terpikat dengan kejelitaan sayang" balas Faiz
Nabila malu sendiri,niat mahu mengenakan suaminya.Alih alih dirinya sendiri pula terkena
Usai makan,Faiz membawa Nabila bersiar siar mengambil angin malam
"Abang,Anis takut sangat kalau abang tinggalkan Anis" luah Nabila
"Kenapa sayang cakap macam tu?" tanya Faiz
"Sebab Anis rasa Anis ni tak sepadan untuk abang" jawab Nabila
Tiba tiba tangannya digenggam kemas oleh Faiz
"Abang tak akan tinggalkan Nur Anis Nabila.Abang sayangkan Anis,sangat sangat" ucap Faiz lembut
"Tak kira apa berlaku?" tanya Nabila
__ADS_1
"Tak kira apa berlaku,abang tak akan tinggalkan sayang" jawab Faiz
Nabila menarik nafas lega,kepala disandarkan ke dada suaminya.Dia sayangkan lelaki itu epenuh jiwa raganya,lelaki yang mampu membuka kembali hati perempuannya