
Songkok berwarna hitam kemas disarung ke kepala,kain samping yang sudah sedia terpakai dipinggang dibetulkan sedikit,Keris yang kemas bersarung terselit di pinggangnya.Dia melihat penampilannya di cermin,kemas dan bergaya.Baju melayu berwarna biru muda yang dipilih oleh bakal isterinya sangat sesuai dengannya.Butang baju dikemaskan,kunci kereta dicapai lalu dia memandu keretanya menuju ke masjid yang bakal dia dan Nabila bakal diijab kabulkan
Keretanya menjadi tumpuan di saat membelok masuk ke dalam masjid,sudah dia sangka dia bakal jadi orang terakhir yang sampai ke masjid itu.Enjin kereta dimatikan,dia turun dari perut kereta
"Cepat Iz,tok kadi dah sampai" arah Fazira yang sedia menunggu kedatangan Faiz
Tanpa banyak soal Faiz terus sahaja meluru ke arah kakaknya.Sebelum melangkah naik ke masjid,sempat dia membaca beberapa ayat suci Al Quran untuk menenangkan diri
Melangkah masuk sahaja ke dalam masjid matanya sudah tertumpu kepada sekumpulan wanita yang disitu terdapat Ainul,Marissa,dan seorang perempuan yang dia sendiri tidak pasti siapakah itu.Mereka duduk berdampingan dengan Nabila,mata Faiz tidak lepas dari memandang bakal isterinya.Sangat cantik!
Dia duduk bersila di hadapan tok kadi,di sebelahnya ada seorang wali hakim oleh kerana tiada seorang pun bapa saudara Nabila dapat dihubungi.Penat juga dia dan Nabila berusaha mati matian untuk menghubungi mereka semua
"Ahmad Danial Faiz" panggil tok Kadi,tangan mereka berdua telah sedia berjambat
"Ya saya" balas Faiz tenang
"Akan ku nikah kan dikau dengan Nur Anis Nabila binti Marizan dengan mas kahwin Rm tujuh ribu ringgit tunai" lafaz tok kadi
Faiz menarik nafas,cuba mengumpul sepenuh kekuatan lelakinya
"Aku terima nikahnya Nur Anis Nabila Binti Mohd Marizan dengan mas kahwin Rm tujuh ribu ringgit tunai" balas Faiz lancar
Setelah disahkan oleh tiga orang saksi,akhirnya dia dan Nabila sah bergelar suami isteri.Tangan ditadah memohon doa selamat dunia akhirat
Faiz bangun dan bergerak ke arah Nabila.Wajah isterinya diangkat kerana Nabila langsung tidak mahu mengangkat muka,malu mungkin.Dahi isterinya dikucup lembut.Selesai itu,cincin disarungkan ke jari Nabila lalu dicium tangan itu
Nabila sangat terharu,tak pernah dia rasa disayangi sebegini oleh insan yang bernama lelaki.Kini gilirannya pula untuk mencium tangan Faiz,lebih tepat suaminya
Selesai itu mereka menaiki kereta menuju ke rumah Tan Sri Aiman.Majlis kenduri hanya diadakan di rumah belah lelaki sahaja kerana Marissa menolak untuk mengadakan majlis belah wanita kerana ruang rumah yang sempit
Di dalam kereta...
"Sayang ok?" tanya Faiz sambil mengusap lembut tangan isterinya
"Ok je,cuma ye lah.Malu sikit" jawab Nabila
Faiz ketawa kecil,mujurlah dia sudah biasa dengan keadaan yang dia menjadi tumpuan ramai sebegitu
"Nanti sampai rumah lagi ramai,semua ada.Tadi ahli keluarga kita je.nanti dekat rumah kenalan papa ada,kenalan mama ada,kenalan abang pun ada" kata Faiz
Nabila menghembuskan nafas.Sungguh dia takut untuk berhadapan dengan orang ramai,entah apa tanggapan mereka apabila mengetahui status dirinya yang langsung tak sempadan dengan Faiz
__ADS_1
Kereta mereka membelok masuk ke rumah Tan Sri Aiman.Keluar sahaja mereka dari kereta,seluruh mata yang sedang menikmati hidangan tertumpu ke arah mereka.ada yang kagum dengan keindahan pengantin yang berseri seri,dan ada pula yang tidak dapat menyembunyikan riak wajah kecewa
Sepanjang upacara persandingan,Nabila naik rimas kerana wajah mulusnya sering menjadi tatapan lelaki yang hadir di kenduri itu
"Sayang,jom abang kenalkan dengan kawan kawan abang?" pelawa Faiz
Nabila mengangguk,dia memegang erat lengan Faiz
"Kenalkan sayang ni saiful dan Raziq,dia orang ni kawan abang sejak sekolah lagi" kata Faiz
Saiful dan Raziq tersenyum sahaja
"You guys look nice,Perfect!" puji Raziq
"Fuyyo,kau kahwin dengan orang arab ke oi?" tanya Saiful pula
Faiz tergelak,Nabila pula tertunduk malu
Selesai pengenalan dengan kawan Faiz,kini dia harus menuruti Tan Sri Aiman pula untuk mengenalkan menantunya kepada kawan kawannya
Naik rimas juga Nabila apabila dirinya menjadi perhatian rakan rakan karib papanya yang kebanyakkannya sudah bergelar duda
Tiba-tiba Faiz datang lalu membawa Nabila pergi
"Abang tak suka tengok pandangan orang orang tua tak sedar diri tu dekat sayang" jawab Faiz sambil menarik muncung
Nabila ketawa kecil,tak sangka suaminya cemburu
"Tak nak kenalkan I sekali ke?" tanya satu suara
Berdesing telinga Faiz mendengar suara itu
"Siapa yang undang kau ke sini?" tanya Faiz
Nabila yang terkejut dengan perubahan mendadak air muka suaminya cuba menggosok gosok lengan suaminya
"I datang nak kenal perempuan yang berjaya memiliki hati you" jawab Nadia
"Kenalkan ini isteri aku,Nur Anis Nabila.Kenalkan pula sayang,ni Nadia" kata Faiz
Sakit hati Nadia melihat kencantikkan wajah Nabila.Dia sendiri mengakui Nabila mempunyai wajah yang lebih cantik darinya,jauh lebih cantik
__ADS_1
Baru sahaja Nabila ingin menghulurkan tangan tanda perkenalan,laju tangannya ditarik Faiz.Terpinga-pinga Nabila dibuatnya,hatinya makin tahu apa hubungan suami nya dengan Nadia dan kenapa suaminya begitu tidak menyukai perempuan itu
"Sekarang kau dah kenal kan?Now berambus" kata Faiz
Nadia angkat kaki,makin lama dia di situ makin sakit hatinya
Malam itu...
Nabila sedang membelai rambut panjangnya di hadapan cermin.Tiba-tiba pintu dibuka dari luar,Faiz tersenyum lalu mendekatinya.Ini kali pertama dia melihat rambut Nabila.Dia memeluk pinggang Nabila dari belakang
"Mandi lah abang,busuk!" kata Nabila sambil ketawa
Faiz tidak menghiraukannya,leher jinjang isterinya dicium.Nabila makin selesa,dia pertama kali merasakan belaian seorang lelaki
"Abang sayangkan Anis Nabila" ucap Faiz
"Anis pun sayangkan abang" kata Nabila
Kening Faiz terangkat
"Kenapa abang pandang macam tu?" tanya Nabila
"Tak pernah pernah pun sayang bahasakan diri Anis?" tanya Faiz hairan
"Memang tu panggilan utama yang diberi oleh mak dan kakak" jawab Nabila
"Mak cakap,arwah ayah suka nama Anis tu" sambungnya lagi
Faiz terangguk angguk
Faiz mencapai kain tuala lalu dia membersihkan diri setelah sehari bermandi keringat di dalam baju melayu itu
Usai mandi,dia lihat Nabila sedang mengambil angin di balkoni.Pinggang Nabila dipeluk dari belakang
"Buat apa tu sayang?" tanya Faiz lembut
"Ambil angin malam ni,tak pernah Anis rasa macam ni" jawab Nabila
Faiz memusingkan tubuh Nabila supaya menghadapnya,wajahnya didekatkan dengan Nabila.Baru sahaja bibir mereka ingin bersatu,Nabila menolak tubuh Faiz namun Faiz tidak putus asa,mereka bercumbu untuk kali pertama
"Buat lah dekat dalam!Jangan buat dekat luar" usik Fazira dari bawah
__ADS_1
"Tu lah,hormat lah kami ni" sambung Anisa pula,kakak kepada Nabila
Faiz dan Nabila laju menghilangkan diri ke dalam bilik mereka