7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Mitos Atau Realiti.


__ADS_3

“Ahhh.. Indahnya kalau dapat menjadi seperti seekor burung. Boleh terbang bebas pergi kemana sahaja.. Tidak perlu lagi memikirkan soal duit, kerjaya, dan masa depan.” (Aku merungut sambil melihat burung yang berterbangan di luar jendela.)


Teringinnya aku hendak mengembara… Rasa seperti hendak melupakan sebentar mengenai hal-hal dunia yang tidak ubah seperti sebuah perlumbaan di Litar Sepang. Semua orang berlumba-lumba hendak menduduki tempat yang teratas.. Zaman sekarang ini, sifat kemanusiaan kian pudar dari jiwa manusia itu sendiri. Yang mereka tahu hanyalah berlumba, tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dari kecil hinggalah dewasa, semuanya sama sahaja.


Hmm..


Yang lemah, yang lambat pasti akan ditindas.. Antaranya aku.. Sudah berumur hampir dua puluh enam tahun namun kehidupanku masih lagi terumbang-ambik. Selalu sahaja dibuang kerja atau ditamatkan kontrak.. Alasan yang diberikan oleh mereka adalah kerana aku tidak profesional dalam kerjaya.. Hahaha… Dunia-dunia.. Penuh dengan tipu daya.. Manusia tidak akan pernah berubah, jika hidup hanya bertuhankan harta, pangkat dan takhta.. Andai sahaja kehidupan seperti yang aku alami sekarang bukannya perkara yang paling utama dalam mengecapi kehidupan yang sebenar, sudah pasti akan aku tinggalkan kehidupan yang gila ini dan aku akan menciptakan sebuah kehidupan yang aku impikan selama ini..


Namun.. Itu semua agak mustahil.. Mana mungkin aku dapat merialisasikan impianku itu di dalam zaman “Hamba Duit” ini. Ianya agak mustahil.. Hmmm…”


“Arrghhh… Serabutnya.!” (sambil menggaru kepala.)


“Kenapalah idea tidak datang-datang lagi ni.? Minggu depan sudah nak kena bentang depan pengarah tapi sekarang aku boleh berangan pulak.!”


“Ayuh otak.. Cepatlah bekerja.. Waktu sekaranglah engkau tak berfungsi pun..(sambil aku mengetuk kepalaku dengan pensil sambil memikirkan sesuatu.)”


“Hmm.. Kenapalah aku tidak menjadi seperti Atuk dan arwah Ayah.? Mereka ahli “Arkeologi”, tapi aku ni, hmm.. Apa malanglah nasibku ni..”


Tiba-tiba,


“AZIZI..!! AZIZI.!!”


Terdengar sebuah suara memanggilku dari luar bilik tidurku.


“Ya Atuk.. Ada apa.??”


“Tolong ambilkan kotak barang Atuk yang ada diatas rak sekejap, lepas tu bawakan ia ke sini.!” (Permintaan Atuk dari luar bilik.)


“Tapi Atuk, saya tengah sibuk ni..” (jawabku.)


“Alaaa… Tolonglah sekejap.. Sekejap sahaja, tak lama pun.” (rayu Atuk dari jauh.)


“Hmmm… Yalah-yalah…” (jawabku sambil berjalan pergi.)


Hmm.. Apalah yang dibuat oleh Atuk itu sampai begitu sibuk? Masa aku tengah sibuk ini lah dia nak minta tolong dari aku pun.. Hmmm….(membebel didalam hati.)


Lantas aku terus mengambil barang yang seperti yang diminta oleh Atuk.


“Ahh.. berat juga kotak ni.. Apa benda Atuk aku ni.. Suka sangat menyimpan barang-barang usang sebegini.” (sedikit mengeluh.)


Aku pun mengambilnya lantas membawanya kepada Atuk.

__ADS_1


“Atuk, barang ni nak diletakkan di mana?” (tanyaku.)


“Kamu letakkan sahaja diatas meja itu.” (jawab Atuk.)


Tiba-tiba Atuk bertanya,


“Azizi.. Hari ni kamu cutikan? Boleh tak kamu bantu Atuk kemaskan bilik Atuk ni? Kamu tengoklah sendiri, dah macam semak samun dah ni. Atuk bukan larat sangat nak kerjakan semua ni seorang diri..” (tanya Atuk.)


“Tapi Atuk, saya nak kena siapkan kertas kerja saya tu Atuk. Minggu depan dah nak kena hantar dah..” (jawabku.)


“Alaa, Azizi.. Sekejap sahaja.. Bukan lama pun. Lagi pula, kamu tak kasihan ke dekat Atuk kamu yang dah tua ni?” (rayu Atuk sambil menepuk-nepuk bahunya.)


“Hmm.. Yalah-yalah.. Tapi kejap sahaja tau Atuk, sebab saya memang kena siapkan kertas kerja saya dengan segera… Hmm.. Atuk nak saya kemas yang ruang yang mana?” (tanyaku.)


“Oh.. Terima kasih laa.. Kamu memang cucu Atuk yang terbaik.. Kamu tolong kemaskan bahagian rak tu.. Barang-barang yang dilantai tu, kamu masukkan kedalam kotak kosong.. Nanti kita simpan didalam stor belakang rumah..” (Jawab Atuk sambil menyapu habuk yang berada dikawasan barang hiasannya.)


Semasa aku mula mengemas barangan milik Atuk, secara tidak sengaja aku terpandang akan sebuah kotak misteri yang dibalut dengan kain kuning. Bentuk balutan yang agak pelik itu, membuatkan aku tertanya-tanya akan isi dalamnya dan menjadi sedikit curiga..


“Barang apa ni Atuk? Pelik semacam ja?” (tanyaku.)


Tanganku perlahan-lahan hendak membuka penutup kotak yang misteri itu, lantas satu suara tegas kedengaran.


“TIDAK.!”


“Jauhkan tangan kau.!” (herdik Atuk dengan nada yang tinggi.)


Atuk telah memarahi aku atas tindakan bodoh aku itu. Wajar sahaja dia harus memarahi aku, kerana baginya, segala barang antik yang disimpan olehnya itu sudah dianggap sebagai harta yang bernilai.. Sudah pasti dia tidak mahu berlaku sebarang kerosakan yang akan mengakibatkan barangan kesayangannya hilang dekadensinya.


“Maafkan saya Atuk, saya salah..” (jawabku dengan nada sayu.)


“Azizi.. Atuk tidak memarahi kamu, tapi barang yang kamu hendak sentuh ini, merupakan barang yang paling berharga sekali berbanding barangan yang lain yang pernah Atuk simpan.. Atuk sanggup kehilangan kesemua harta Atuk hanya demi sebuah harta kecil ini..” (balas Atuk sambil membersihkan kotak itu.)


“Atuk, kenapa Atuk berkata sedemikian? Apa yang istimewanya sehingga Atuk sanggup berkata begitu?” (aku menjadi hairan.)


“Ahh… Kamu tak payah ambil tahu lah, kamu tu bukannya minat sangat pun dengan barang-barang sejarah ni.” (balas Atuk kembali membuatkan aku merasa sedikit kecewa.)


“Ala.. Atuk ni, beritahu lah... Tak kan dengan saya pun Atuk nak berahsia?” (pujukku.)


Atuk melihatku dengan senyuman sinis, lantas dia bertanya,


“Apa kamu benar nak mendengar cerita ini? Tapi kamu kena janji  dahulu dengan Atuk.. Jangan sesekali kamu menyangkal atau berfikir Atuk ni menipu kamu pula nanti?”

__ADS_1


“Tidak.! Saya tak akan menyangkal Atuk, kerana Atuk kan orang yang pakar sejarah, malah terkenal pula di negeri ini.. Nak di bandingkan dengan saya yang… Hmmm.. Cepatlah Atuk.! Saya dah semakin bersemangat dah ni.” (jawabku yang kian bersemangat untuk ingin tahu.)


Atuk sedikit ketawa sinis, lalu memandangku dengan renungan tajam..


“Hahahah… Azizi, Azizi… “


“Hmm… Apakah kamu pernah mendengar sebuah kisah Lagenda Nusantara Lama?”


“Nusantara Lama.?” (bertambah aku kebingungan lantas berfikir sejenak..)


“Ada ka nama Nusantara Lama? Tak pernah pula aku melihatnya didalam mana-mana catatan sejarah yang menyebut akan kisah Nusantara Lama? Ahh sudah.. Atuk aku nak menambahkan lagi pening kepala aku ke apa ni? Ka dia nak menipu aku?” (bisik hatiku.)


Atuk menyambung kata-katanya semula.


“Tapi ramai ahli pengkaji sejarah yang tidak dapat mengesahkan sama ada kisah ini adalah kisah benar ataupun hanya sekadar mitos sahaja… Dan disebabkan itulah ia dipanggil Lagenda..”


Hmm… Aku mula merasa pelik terhadap Atukku dan aku sudah mula mensyaki bahawa Atukku mungkin sedang mengarang cerita untuk menipu aku..


“Walaupun dari kalangan mereka yang mengatakan bahawa kisah ini hanyalah sebuah mitos yang mengarut, namun bagi Atuk, Atuk tetap percaya bahawa kisah ini adalah sebuah sejarah yang benar kerana buktinya sehingga sekarang, hanya Atuk yang menyimpannya..” (jawab Atuk dengan senyum sinis sambil tangan memengang kotak misteri itu.)


“Bagaimana Atuk menjadi begitu yakin bahawa barang itu adalah salah satu dari bukti bahawa lagenda itu benar?” (tanyaku seakan ingin mengetahuinya).


“Hahaha… Azizi, Azizi…”


“ Keghairahan kamu, tidak ubah seperti arwah bapa kamu..” (Atuk mengetawakan aku sambil menggosok kepalaku.)


Atuk perlahan-lahan membuka ikatan kain kuning yang menyelimuti kotak itu, dengan secara tiba-tiba muncul sebuah cahaya putih dari dalam kotak misteri itu dan mulai menerangi ruangan bilik Atuk. Aku sedikit terkesima dengan sinaran yang dipancarkan dari sebuah barang yang aku belum pernah mengetahui akan kewujudannya sebelum ini.


“Nah, kamu lihatlah sendiri, maka kamu akan percaya..” (Kata Atuk.)


Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sebuah serpihan misteri yang sebesar dua jari bersama sebuah Batu Permata putih yang bercahaya lagi bersinar yang melekat pada badan serpihan tersebut.


“Atuk! Benda apakah ini?” (Tanya aku yang agak terpengun dengan keajaiban barang misteri itu.)


“Jika kamu nak tahu, Inilah serpihan Keris Gading Delima dan Batu Permata yang melekat pada serpihan itu, namanya adalah Permata Sutra Raya..” (Atuk menjawab sambil tersenyum sinis.)


“Wau Atuk.. Atuk tak tipukan? Ini realitikan? Kenapa Atuk simpan? kenapa Atuk tak umumkan pada kerajaan?” (tanyaku kembali dalam keaadan bersemangat untuk ingin tahu.)


“Atuk tidak boleh hebahkan benda ini kepada khalayak ramai kerana kuasa mistiknya agak terlalu kuat.”


“Atuk khawatir kalau nanti ada insan yang ingin menyalahgunakan kuasa dari serpihan ini, kerana tersalah langkah, buruk padahnya nanti..” (penerangan Atuk membuatkan aku semakin bersemangat untuk ingin tahu.)

__ADS_1


“Atuk.. Atuk kata ini serpihan keriskan? Mesti ada kisah disebalik kehebatan keris ini bukan? Bolehkah Atuk ceritakan kisah lagenda keris ini kepada saya?” (tanyaku.)


“Hahahaha..” (Atuk ketawa kecil sambil menganggukkan kepalanya..)


__ADS_2