
Sudah hampir sebulan berlalu semenjak kematian Raja Agung Tuanku Izzuddin Shah, Permaisuri Anggerik Sari yang kini telah dilantik menjadi sebagai Pemerintah buat sementara waktu, kini menjadi semakin kemurungan. Akibat terlalu merindui suaminya yang tercinta telah membuatkan dirinya mula menjadi seperti orang yang tidak terurus. Keadaannya yang semakin parah itu telah membuatkan para penduduk di dalam istana semakin kerisauan.
Suatu ketika, disaat matahari sedang terpacak tinggi menerangi bumi Langsamudera, Permaisuri Anggerik Sari sedang berehat dikerusi malasnya sambil termenung melihat diluar jendela. Wajahnya mula terukir sebuah senyuman bersama air mata rindu kerana beliau sedang mengimbau kembali kenangan bersama suaminya yang tercinta. Lantas datang seorang dayang kepadanya sambil membawa sedulang makanan yang enak.
Dengan perlahan dayang itu pun meletakkan dulang makanan tersebut di atas meja Permaisuri Anggerik Sari. Setelah itu, dayang tersebut cuba menghampiri Permaisuri Anggerik Sari, lalu mengusap bahu Permaisuri sambil cuba memujuk Permaisuri untuk menjamah makanan yang dibawa olehnya.
“Permaisuri, ini saya ada bawakan makanan untuk Permaisuri. Jemputlah makan Permaisuri.” (kata dayang.)
“Beta tiada seleralah dayang. Kamu makanlah makanan itu, Beta izinkan..” (jawab Permaisuri Anggerik Sari.)
“Permaisuri.. Janganlah begini.. Makanlah sedikit Permaisuri. Permasuri perlukan tenaga. Lagi pula, Permaisuri sedang menyusu Tengku. Kalau Permaisuri tidak makan, nanti kesihatan Permaisuri akan mudah terganggu..” (pujuk dayang.)
“Hmm.. Baiklah dayang. Kamu letakkan sahaja disitu.. Nanti Beta akan menjamahnya jika Beta mahu.” (Jawab Permaisuri Anggerik Sari.)
“Tapi Permaisuri, sudah berhari Permaisuri tidak menjamah makanan sedikit pun. Kami semua khawatir akan kesihatan Permaisuri.” (jelas dayang.)
Permaisuri Anggerik Sari mula tersenyum sinis ketika melihat wajah dayang yang kelihatan gelisah.
“Janganlah kamu risau dayang. Beta baik-baik sahaja. Tidak mengapalah jikalau begitu. Berikan makanan kamu itu, biar Beta jamahnya dihadapan kamu.” (balas Permaisuri Anggerik Sari.)
Setelah dayang yang mendengar jawapan dari Permaisuri Anggerik Sari barusan, terus wajahnya berubah ceria dan gembira. Tanpa membuang masa, dayang terus menyajikan makanan yang dibawa olehnya kepada Permasuri Anggerik Sari.. Dihulurnya makanan itu kepada Permaisuri lalu Permaisuri Anggerik Sari pun menyambutnya dengan mesra. Dengan perlahan Permaisuri pun memakannya dengan tiada daya tenaga.
Dayang yang tidak tahan melihat keadaan Permaisurinya yang begitu lemah, dengan segera dia menghapuskan air matanya supaya tidak dilihat oleh Permaisuri Anggerik Sari, lalu dia terus bersuara kepada Permaisuri.
“Permaisuri, maafkan patik. Jika boleh, patik ingin bertanya. apakah boleh patik menyuapi Permaisuri? Patik teringin sangat Permaisuri, sebabnya selama patik berkhidmat dengan Permaisuri, patik sudah menganggap Permaisuri ini seperti kakak kandung Patik sendiri.”
Permaisuri yang mendengarnya, mulai senyum. Lantas Beliau menganggukkan kepalanya..
“Boleh.. Marilah Adikku..” (balas Permaisuri Anggerik Sari.)
Dayang yang mendengar Permaisuri Anggerik Sari memanggilnya dengan panggilan “ADIK”, terus menjadi sebak. Lantas dia pun terus mendekati Permaisuri dan menyuapi Permaisuri sedikit demi sedikit.
Disuatu petang, kelihatan Permaisuri Anggerik Sari sedang berjalan mengelilingi istana Panca Nila sambil mengendong anakandanya yang baru berusia beberapa bulan.
“Hmm.. Lain benar suasana di istana ini semenjak ketiadaaan Ayahanda kamu wahai anakandaku.” (kata Permaisuri Anggerik Sari.)
“Dahulunya suasana disini sungguh indah belaka, dengan adanya riang dan tawa oleh para penduduk istana. Kini semuanya telah menjadi suram dan sepi. Ibu juga sudah agak lama tidak berjalan mengelilingi istana ini. Tidak Ibu sangka, sudah banyak yang sudah berubah..” (jelas Permaisuri Anggerik Sari lagi.)
Disaat Permaisuri Anggerik Sari sedang berbual dengan anakandanya yang tercinta, dengan tidak sengaja. Beliau terpandang kearah beberapa orang pengawal yang sedang leka berbual di tepi laluan masuk istana. Lalu beliau pun singgah sebentar untuk menanyakan keadaan semasa kepada para pengawal yang berkumpul itu..
“Hei korang, Permaisuri datanglah!” (bisik seorang pengawal.)
“Ehh? Permaisuri sudah kembali sihatkah?” (tanya rakan pengawal itu.)
“Hei, cepat! Jangan berkumpul lagi, nanti ditegur Permaisuri pula. Bahaya.!” (ujar seorang lagi pengawal.)
Tiba-tiba..
“Selamat petang semua..” (Permaisuri Anggerik Sari menyapa.)
“SELAMAT PETANG PERMAISURI..” (balas kesemua pengawal yang sedang berkumpul disitu.)
“Bagaimana keaadaan kamu semua? Apakah baik-baik sahaja?” (tanya Permaisuri Anggerik Sari.)
“Baik Permaisuri..” (balas mereka.)
“Arr.. Permaisuri? Maafkan patik.. Jika boleh patik ingin bertanya..” (mohon seorang pengawal yang berada disitu.)
“Ya, boleh sahaja, tanyalah..” (jawab Permaisuri Anggerik Sari.)
“Apakah, Permaisuri sudah sihat?” (tanya pengawal itu.)
“Eh? Kenapa kamu tanya begitu?” (tanya Permaisuri Anggerik Sari semula.)
Lantas pengawal itu telah ditampar bahunya oleh rakan sekerjanya sendiri.
“Kenapa dengan kamu ini? Beraninya kamu bertanya soalan yang sebegitu dihadapan Permaisuri kita? Lancang sungguh pertanyaanmu itu!” (Herdik rakannya.)
“Maaa.. maafkan rakan patik Permaisuri atas kelancangan mulut yang keluar dari mullutnya..” (mohon rakan pengawal itu sambil menundukkan kepalanya.)
“Hahaha… tidak mengapa.. Beta mengerti..”
“Bagaimana dengan keadaan di istana, pengawal? Apakah semuanya dalam keaadaan yang baik juga?” (tanya Permaisuri Anggerik Sari.)
“Semuanya dalam keadaan yang terkawal Permaisuri.”
“Cuma.. Sekarang ini, suasana di istana menjadi agak sedikit suram semenjak ketiadaan Raja Agung, Permaisuri..” (jawab pengawal.)
“Hmmm.. Ya, Beta juga merasai akan perkara itu..” (balas Permaisuri Anggerik Sari.)
Kesemua mereka mendiamkan seketika dengan berwajah duka..
“Tidak mengapalah, Beta mohon diri dahulu ya.. Maafkan Beta jika Beta sudah mengganggu masa kamu bertiga untuk menjalankan tugas.” (kata Permaisuri Anggerik Sari.)
“BAIKLAH PERMAISURI.!” (jawab ketiga-tiga pengawal itu.)
Permaisuri pun dengan perlahan berjalan meninggalkan para pengawal istana itu dan menuju pulang.
__ADS_1
“Hei, Kau tengoklah Permaisuri tu. Kesian kan? Perasan tak semenjak Tuanku tiada, keaadaan dia berubah sangat, kan?” (tanya seorang pengawal.)
“Yalah, siapa tidak sedih bila orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita.. Hmmm.. Kita berdoa sajalah semoga Permaisuri tabah dalam menghadapi dugaan ini..” (balas rakan pengawal itu.)
Dimalam hari yang tenang dan sunyi, bulan purnama sedang mengambang penuh menerangi kegelapan malam yang penuh dengan kerinduan. Keadaan di istana juga menjadi sunyi sepi sehinggakan boleh kedengaran bunyi bara api yang sedang dibakar. Permaisuri Anggerik Sari pada ketika itu sedang beristirehat dikamarnya. Lalu beliau pun bangun meninggalkan katilnya, dan berjalan dengan perlahan menghampiri almari biliknya lantas mengeluarkan pakaian arwah suaminya dan terus mencium-cium pakaian tersebut kerana beliau tidak dapat menahan lagi kerinduannya terhadap arwah suaminya yang teramat sangat. Kemudian, Permaisuri pun berjalan kearah jendela biliknya sambil membawa pakaian arwah suaminya itu.. Disaat beliau termenung melihat bulan purnama, beliau berkata…
“Tenangnya malam ini.. Bulan pula mengambang penuh nampaknya.. Ini bermakna sudah genap satu purnama semenjak dikau pergi wahai suamiku.”
“Kau telah pun pergi meninggalkan janjimu.. Walaupun kau tahu sukar untuk kau menunaikannya..”
“Sayangku..”
“Telahku tunaikan hasrat murnimu untuk memberikan dikau hadiah yang tidak terhingga besar nilainya.. Namun sayang seribu sayang, dikau sudah pun tiada untuk melihatnya..”
Lalu dengan perlahan Permaisuri berjalan kearah anakandanya dan menatap wajah anakandanya yang sedang asyik tidur dibuai oleh mimpi yang indah. Disaat beliau menatap wajah anakandanya, secara tidak sengaja air matanya mulai mengalir melalui pipinya.. Lalu beliau pun berkata..
“Duhai suamiku, Lihatlah..”
“Aku telah pun melahirkan Puteramu, pewarismu. Walaupun perit hati ini menahan derita dan rinduku padamu, namun aku tetap terus berjuang untuk melahirkannya, kerana itu adalah janjiku padamu.” (Permaisuri Anggerisk Sari mengusap wajah anakandanya.)
“Sayang.. Alangkah indahnya jikalau kau dapat melihat wajah anak kita.. Manis, lembut wajahnya.. Tidak ubah seperti wajahmu..” (ujar Permaisuri Anggerik Sari lagi.)
Ketika Permaisuri Anggerik sedang mengusap wajah anakanda, tiba-tiba muncul sebuah asap hitam bersama beberapa cahaya hijau dihadapan tempat tidur Permaisuri. Lalu keluarlah susuk Angmaar disebalik kepulan asap hitam tersebut. Permaisuri yang merasakan kehadiran Angmaar, mula tersenyum sinis sambil mengusap wajah anakandanya tanpa menoleh sedikit pun kebelakang.
“Kau tidak tahukah sekarang hari sudah lewat malam, Angmaar? Apa hajat kau datang kemari?” (tanya Permaisuri Anggerik Sari dengan bersahaja.)
“Maafkan aku jika aku Anggerik jika aku sudah mengganggu kamu malam ini. Tujuan aku datang kemari hanyalah satu.. Aku harap engkau mengerti Anggerik.” (jawab Angmaar.)
“Apakah masaku sudah sampai Angmaar? (tanya Permaisuri Anggerik Sari.)
“Iya..” (balas Angmaar.)
Permaisuri Anggerik Sari yang mendengar jawapan dari Angmaar terus menundukkan kepalanya, termenung. Lalu dengan tidak sengaja, air matanya pun mula mengalir turun ke pipi. Namun Permaisuri Anggerik Sari masih cuba untuk tersenyum kerana ingin menyembunyikan kesedihannya yang terlampau.
“Apakah tidak boleh ditangguhkan wahai Angmaar?” (tanya Permaisuri Anggerik Sari.)
“Tidak boleh Permaisuriku..” (jawab Angmaar.)
“Hmmm..”
“Angmaar..” (panggil Permaisuri Anggerik Sari.)
“Ada apa Permaisuri?” (tanya Angmaar.)
“Aku rindu sekali untuk melihat wajah ayumu Angmaar.. Bolehkah untuk kali terakhir ini aku melihatnya sebelum kau mengambil nyawaku wahai Angmaar?” ( tanya Permaisuri Anggerik Sari.)
“Tolonglah.. Untuk sekali ini sahaja.. Aku mohon, Wahai Permaisuri Dang Hayu..” (rayu Permaisuri Anggerik Sari.)
Mendengar nama sebenarnya yang sudah lama tidak didengari dipanggil, terus membuatkan Angmaar tersentak buat seketika, lalu Angmaar menundukkan kepala sambil tersenyum sinis.
“Ahh.. Sudah lama aku tidak mendengar orang memanggilku dengan nama sebenarku, sehingga aku sendiri pun hampir terlupa kepada nama asalku.. Hmm, baiklah jika itu permintaan kamu, akanku tunaikan.” (balas Angmaar.)
Lalu Angmaar pun berubah wujudnya kepada bentuk asalnya yang sebenar. Maka terlihatlah susuk wajah seorang wanita yang ayu, lemah lembut dan polos sedang berdiri dihadapan Permaisuri Anggerik Sari.
Suara asli yang dikeluarkan oleh Angmaar juga terasa merdu dan lemah lembut untuk didengari. Dengan perlahan Angmaar berjalan mendekati Permaisuri Anggerik Sari, lalu dia melihat wajah anakanda Permaisuri yang sedang asyik tidur di dalam katil buaian.
“Sungguh indah wajah anakanda kamu Anggerik. Tidak ubah seperti wajah suamimu.” (kata Angmaar.)
“Iya.. Sejak hampir satu purnama suamiku sudah tiada, aku selalu menatap wajah anakku untuk melepaskan rinduku pada suamiku dan aku merasa sedikit tenang setelah aku melihatnya.. Bagiku, anakku inlah tempat untuk aku mengadu nasib sekarang ini. (jelas Permaisuri Anggerik Sari.)
“Maafkan aku wahai Anggerik. Perjanjian tetap harus dilaksanakan walaupun berat hati ini untuk melakukannya.” (ujar Angmaar.)
“Tidak mengapa.. Aku faham akan lumrah dunia. Janji tetap janji.” (jawab Permaisuri Anggerik Sari.)
“Hmm… Melihat wajah anakmu, membuatkan aku rindu pula pada anakku..”
“Damak…” (kata Angmaar.)
“Apakah kau sudah menjumpai anakmu, wahai Dang Hayu? (tanya Permaisuri Anggerik Sari.)
“Tidak…”
“Aku tidak akan pernah melupakan titik hitam itu. Tergamaknya mereka memisahkan kasih seorang ibu dari anaknya yang baru sahaja dilahirkan. Aku masih ingat lagi pada saat itu..”
“Disaat aku melahirkan putraku.. Aku mendengar tangisannya yang sungguh merdu sehingga air mataku mengalir menandakan bertapa gembiranya aku.. Namun semua itu hanya sementara kerana mereka telah melarikan putraku tanpa sempat aku melihat wajahnya.” (jelas Angmaar.)
“Aku mengerti akan penderitaanmu itu Dang Hayu. Aku berharap suatu masa nanti kau dapat bertemu juga dengannya.” (balas Permaisuri.)
“Hmmm.. Iya.” (jawab Angmaar.)
Dengan perlahan, Angmaar mendekati Permaisuri Anggerik Sari, lalu dia memegang bahu Permaisuri.
“Anggerik.. Masamu sudah hampir.” (kata Angmaar.)
“Hmm… Dang Hayu, bolehkah engkau berikan aku sedikit masa? Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan pada anakandaku..” (tanya Permaisuri Anggerik Sari.)
“Baiklah Anggerik..” (balas Angmaar.)
__ADS_1
Selepas mendengar jawapan dari Angmaar, Permaisuri Anggerik terus bangun untuk pergi mengambil Batu Permata Panca Nur lalu diletakkannya disisi anakandanya yang sedang tidur. Lantas dengan perlahan beliau mencium dahi dan kedua pipi anakandanya.
“Tidur yang nyenyak ya Anakanda. Maafkan bonda kerana tidak dapat bersama dengan kamu sehingga kamu dewasa. Masa bonda untuk mengikuti jejak ayahandamu kini sudah pun tiba.. Ingatlah pesan bonda wahai anakanda, jangan sesekali engkau melawan kata orang tua, berjuanglah demi kebahagiaan rakyat Langsamudera.
Sesungguhnya kebaikkan yang kamu lakukan akan membawa seribu kenangan yang akan dipahat di dalam hati sanubari rakyat jelata.. Izinkan bonda mengundur diri. Jika ada waktu, akan bonda datang melawat kamu wahai sayangku. Bonda sayang kamu. Kamulah peneman bonda yang paling bonda sayang, Tengku Zainal Izzuddin Shah.”
“Selamat malam sayang..” (ucap Permaisuri Anggerik Sari.)
Dengan perlahan Permaisuri Anggerik Sari pun mencium sekali lagi dahi anakandanya buat kali terakhir, namun kali ini, Permaisuri Anggerik Sari dengan tidak sengaja telah meninggalkan setitis air matanya dipipi kanan anakandanya yang tercinta sebagai hadiah permisahan..
“Dang Hayu, aku mempunyai satu permintaan lagi dari kamu.” (ujar Permaisuri Anggerik Sari.)
“Apa permintaanmu itu? Akanku cuba untuk tunaikannya..” (balas Angmaar.)
“Jangan sesekali kau mengambil nyawa dan jiwa anakandaku serta keturunannya. Malah jangan sesekali kau usik mereka langsung!” (jelas Permaisuri Anggerik Sari.)
“Maksud kamu, ini yang terakhir?” (tanya Angmaar.)
“Ya..” (balas Permaisuri.)
“Hmmm..” (Angmaar menundukkan kepalanya.)
“Aku adalah orang yang terakhir untuk kau membalas dendammu terhadap keturunan Diraja..”
“Apakah boleh wahai Dang Hayu?” (rayu Permaisuri Anggerik Sari.)
“Aku..”
Belum sempat Angmaar berkata, Permaisuri Anggerik Sari mencelah lagi.
“Kau juga mempunyai seorang anak bukan? Dan sudah pasti kau juga mempunyai perasaan sebagai seorang ibu..”
“Aku merayu padamu..”
“Aku merayu atas nama anakmu Damak..” (ayu Permaisuri Anggerik Sari lagi.)
“Hmm..”
“Baiklah Anggerik.. Akanku pegang janjimu itu..” (jawab Angmaar.)
Selepas beliau mendengar Angmaar setuju dengan syarat yang diberikan olehnya sebentar tadi, Permaisuri Anggerik Sari pun terus tersenyum bahagia lantas Permaisuri Anggerik Sari pun berjalan kearah katilnya, lalu beliau pun baring diatas katilnya, sambil menyandarkan bahagian kepalanya ke kepala katil dan menutup separuh dirinya dengan selimut.
‘Aku sudah bersedia. Jalankanlah kerjamu dengan sempurna..” (kata Permaisuri Anggerik Sari.)
Angmaar pun pergi mendekati Permaisuri Anggerik Sari dan duduk disamping Permaisuri. Lalu Angmaar mendekatkan wajahnya ke wajah Permaisuri Anggerik Sari lantas Angmaar membuka mulutnya dengan perlahan. Maka terlihatlah seperti ruh Permaisuri Anggerik Sari yang keluar melalui mulit beliau lalu memasuki ke dalam mulut Angmaar.
Air mata Permaisuri Anggerik Sari mengalir mengiringi saat kematiannya.. Akhirnya tangan Permaisuri Anggerik Sari pun dengan perlahan terhempas dari pangkuannya menandakan bahawa beliau sudah pun tiada...
Tiba-tiba terdengar suara anakanda Permaisuri Anggerik Sari menangis dengan sangat kuat sekali. Sepertinya anakanda Permaisuri dapat merasakan seperti beliau sedang kehilangan sesuatu.. Angmaar pun bangun dengan perlahan, lalu dia mendekati anakanda Permaisuri untuk melihat sekali lagi wajah anakanda Permaisuri Anggerik Sari.
Sambil Angmaar memberikan tangannya untuk dihisap oleh anakanda Permaisuri, Angmaar pun berkata..
“Maafkan aku wahai Anggerik kerana aku terpaksa mengambil nyawamu. Akan aku tunaikan janjiku itu padamu.”
“Tetapi..”
“Dengan syarat, dendam kesumatku ini akan aku lampiaskan pula kepada seluruh bangsa Langsamudera..”
“Kerana merekalah yang telah membunuh putraku Damak..” (kata Angmaar.)
Tiba-tiba..
“SIAPA TU?!”
“TOLONG.!!”
“TOLONG.!!”
“ADA PENCEROBOH.!!” (jerit dayang.)
Mendengar jeritan dayang, bergegaslah para pengawal ke bilik Permaisuri.. Angmaar yang melihat dayang dalam keadaan panik, terus mengeluarkan asap hitamnya lalu terbang keluar melalui jendela dan terus menghilang di dalam kegelapan malam.
“MANA PENCEROBOH ITU?” (tanya pengawal setelah tiba dibilik Permaisuri.)
“Penceroboh itu sudah lari melalui tingkap!” (jelas dayang.)
Para pengawal terus menuju ke arah jendela untuk mencarinya, namun tiada jejak yang berjaya ditemui.
“TIDAKKK.!!” (dayang menjerit.)
“KENAPA?” (tanya pengawal.)
“Permaisuri…”
“Permaisuri sudah tiada.!!” (balas dayang.)
“APA?!!” (kesemua para pengawal terkejut.)
__ADS_1
Malam itu seluruh istana menjadi kecoh akan berita kematian Permaisuri Anggerik Sari yang mengejutkan.