7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Diberi Susu Dibalasnya Tuba. (SD)


__ADS_3

Peperangan mesti diteruskan walaupun telah ramai tentera bersekutu yang terkorban.. Peperangan itu telah pun berlarutan berjam-jam lamanya.. Melihat pada situasi kedua-dua belah pihak, sepertinya kedua-duanya tidak mahu menyerah kalah.. Jeritan demi jeritan dapat didengari oleh sekalian makhluk..


Bau darah bercampur air mata dapat dihidu dengan kuatnya oleh sekalian manusia.. Burung-burung gagak, mulai berterbangan dengan meriahnya menanti tamatnya peperangan supaya mereka dapat turun ke tanah dan menjamah mayat manusia…


Keempat-empat para Paduka dan Raja Agung sudah pun kelelahan ketika berhadapan dengan Garuda yang sendirian.


“TUANKU! Nampaknya Garuda ini Kebal..” (Jerit Paduka Wijaya Setia.)


“Ya.. Nampaknya selagi Batu Permata Badar Besi ada ditubuhnya, mustahil untuk kita menewaskannya..”


(ujar Tuanku Izzuddin Shah yang dalam keadaan keletihan.)


“Kenapa Daratua tidak memaklumkan kepada kita terlebih dahulu bahawa Si Garuda ini kebal? Apakah dia sudah belot kepada kita? (tanya Paduka Mamut Aria.)


“Itu tidak mungkin.. Mungkin sahaja Daratua tidak tahu akan kehebatan sebenar Garuda..” (jawab Tengku Izzuddin Shah.)


“Arrghh.! Dari kita terus berbicara, lebih baik kita serangnya bersama.!” (balas Paduka Dharmasakti.)


Paduka Dharmasakti pun terus berlari ke arah Garuda dan menyerangnya dengan penukul hebatnya itu.. Garuda yang melihatnya pun mengelak serangan itu sambil ketawa besar.


“HAHAHA...”


“Ayuhlah Kekandaku, hayun kuat lagi penukulmu itu… Kenapa kamu sekarang semakin lemah? Sudah tuakah kamu?” (ejek Garuda.)


“Arghh.. Diamlah kau.!” (balas Paduka Dharmasakti.)


Paduka Dharmaskti terus menggandakan serangannya itu. Semasa Garuda sedang asyik mengelak serangan yang dilakukan oleh Paduka Dharmasakti, tiba-tiba Paduka Mamut Aria pula muncul dari arah belakang sambil melompat menghunuskan lembingnya itu.. Garuda yang sempat melihatnya, terus mengelak serangan yang mengejutkan itu lalu dengan pantas tangan kiri Garuda mencengkam kepala Paduka Dharmasakti manakala tangan kanannya pula mencekik Paduka Mamut Aria dan mengangkatnya keatas sambil ketawa…


“HAHAHA… Serangan berganda ya? Tetap sahaja tidak mengenai aku..”


“LEMAH.! HAHAHA…” (Kata Garuda dengan bongkaknya.)


“AARGHH.!” (tiba-tiba Garuda menjerit.)


Garuda melihat ke arah belakang badannya.! Rupanya belakang badan Garuda telah ditetak dengan sebuah kapak besar milik Paduka Wijaya Setia..


“Kurang Ajar kau Wijaya Setia.! Kau main belakang.! Sungguh bacul permainan kau.!”


“Arrghh.!” (jerit Garuda.)


Lantas Garuda pun memusingkan tubuhnya kearah Paduka Asucia sambil melempar Paduka Dharmasakti dan Paduka Mamut Aria hingga terpelanting jauh mereka berdua. Setelah itu, Garuda terus menyepak Paduka Wijaya Setia, sehingga menyebabkan Paduka Wijaya Setia juga turut terpelanting jauh lantas beliau terjatuh berguling diatas tanah dan menyebabkan tulangnya patah dibeberapa bahagian. Garuda pun mencabut kapak yang sedang terpacak dibelakang tubuhnya itu, lalu dia pun melempar kearah kawanan tentera yang sedang berperang dikawasan itu..


Tuanku Izzuddin Shah, dan para Paduka yang lainnya menjadi geram tidak terhingga, kerana mereka melihat isi tubuh belakang Garuda yang terkena tetakkan dari kapaknya Paduka Wijaya Setia, kini kembali bercantum semula dan sembuh dengan sendirinya.. Selepas tubuh Garuda sembuh, dia pun mengepakkan bahunya…


“Aahh…”


“Sekarang, tiba masanya giliran aku pula..” (kata Garuda.)


Garuda pun memulakan gerakkannya.. Secara tiba-tiba Garuda yang berada jauh dari kedudukan Paduka Dharmasakti, boleh sampai dalam sekelip mata.


“APAKAH.!” (Paduka Dharmasakti terkejut.)


Tanpa berlengah, Garuda terus menghayunkan cokmanya yang besar tepat mengenai tubuh Paduka Dharmasakti..


“AARGHHH.!” (Jerit Paduka Dharmasakti yang terkena pukulan.)


Paduka Dharmasakti terus terpelanting jauh sekali lagi dan terus pengsan. Setelah itu Garuda pergi pula kearah Paduka Wijaya Setia yang sedang terbaring nazak menahan sakit yang teramat.


“Ish.. Ish.. Ish.. Kesian kau Wijaya Setia..”


“Sedang melawan kematianmu kah? Mari aku bantu memudahkan urusan kau meninggalkan dunia ini..” (kata Garuda.)


Garuda pun mengangkat Cokmanya dengan tinggi lantas dia pun memukul Paduka Wijaya Setia dengan kuatnya.. Garuda mengulangi perbuatannya itu sehingga tubuh Paduka Wijaya Setia hancur berkecai..


“TIDAK.! (Jerit Tuanku Izzuddin Shah.)


Paduka Mamut Aria yang melihat Paduka Wijaya Setia yang telah dibunuh dengan sadisnya, terus terduduk sambil menangis teresak-esak..


“Kanda…”


“Tidak Kanda..”


“Tidak.. Terlalu awal Kanda.. Terlalu awal..” (ujar Paduka Mamut Aria dalam tangisannya.)


Semua tentera bersekutu yang melihat kejadian itu terus tercengang. Ada juga dari kalangan mereka yang terus menangis apabila melihat Paduka kesayangan mereka telah pergi dalam keadaan yang sangat sadis.. Disaat semua orang dibelenggu dengan kesedihan, Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah mula bangun dengan menggunakan pedangnya sebagai tongkat.


“Kurang ajar kau Garuda. Beginikah balasanmu terhadap orang yang paling menyayangimu dahulu? Kau memang manusia yang tidak tahu kenang budi.! Ditanamnya biji delima, namun peria pahit yang tumbuh.!” (kata Tuanku Izzuddin Shah.)


“Hahaha.. Katakanlah apa yang ingin kau katakan. Aku tidak kisah sama sekali. Kerana bagiku, kamu semua adalah penghalang kepada kekuasaanku.. Demi mencapai matlamatku, penghalang seperti kamu semua, harusku hapuskan.” (balas Garuda.)


Tuanku Izzuddin Shah mula mengangkat kembali pedangnya sambil berkata..


“Darah pahlawan yang mengalir, menjadi saksi pada perang ini,”

__ADS_1


“Bersama air mata dan keringat, memegang janji bersama panji..”


“Akanku tanam dikau hinga ke dalam perut bumi” “Sehingga iblis juga tidak akan pernah menemui,”


“Akan ku simpul mati kata ini,”


“Walaupun nyawaku dijadikan ganti.!”


“AARGH..!” (berlari Tuanku Izzuddin Shah sambil menghunuskan pedangnya ke arah Garuda..)


“Hahaha.! Mari.. Akan ku tunaikan hasrat murni kau untuk mati…. (balas Garuda selepas mendengar kata-kata dari Tuanku Izzuddin Shah.)


Paduka Mamut Aria yang melihat Tuanku Izzuddin Shah sedang berlari kearah Garuda dengan semangatnya, membuatkan jiwa Paduka mula berkobar-kobar. Lantas Paduka Mamut Aria juga bangun dan turut membantu Raja Agung mengalahkan Garuda.. Maka berlakulah pertarungan epik diantara Raja Agung bersama Paduka Mamut Aria dalam menentang Garuda..


Gandingan mereka berdua yang lincah dan hebat, telah membuatkan Garuda semakin berundur setapak demi setapak.. Garuda nampaknya langsung tiada peluang untuk menyerang mereka sama sekali dan setiap kali dia membuat serangan, Paduka Mamut Aria dan Tuanku Izzuddin Shah mampu membaca dan mengelak serangan itu.. Garuda yang marah kerana tidak dapat menyerang, terus memukul tanah menggunakan cokmanya yang besar itu untuk menghasilkan gegaran yang kuat..


Akibat gegaran tanah yang agak kuat itu telah menyebabkan Paduka Mamut Aria hilang keseimbangan, lantas terus terjatuh.. Garuda yang melihat peluang yang sedang terhidang didepan matanya itu, terus dengan pantas menghayunkan cokmanya kearah Paduka Mamut Aria sehingga menyebabkan Paduka Daiya terpelanting jauh.. Lantas Garuda mencuba pula untuk memukul Tuanku Izzuddin Shah, namun Tuanku Izzuddin Shah dapat mengelak serangan itu sekali lagi. Tuanku Izzuddin Shah cuba membuat beberapa pusingan untuk mengelak dari terkena serangan dari Garuda, namun gerakan beliau nampaknya mulai perlahan akibat staminanya yang kian berkurangan.


Garuda pun memanfaatkan peluang itu dengan merempuh Tuanku Izzuddin Shah.. Akibat rempuhan yang kuat itu menyebabkan Tuanku Izzuddin Shah pun terjatuh.. Tiba-tiba Garuda terus mencekik Tuanku Izzuddin Shah lalu mengangkat Beliau. Perbuatan Garuda yang pantas telah membuatkan Tuanku Izzuddin Shah tidak sempat untuk mencapai pedangnya yang berada di atas tanah.. Lantas Garuda pun bersuara..


“Bagaimana Tuanku? Sudahkah Tuanku bersedia untuk merasai nikmatnya sebuah kematian?” (tanya Garuda.)


Di saat Garuda bertanya dengan riaknya, tiba-tiba pertanyaan Garuda itu disambut dengan ketawanya Tuanku Izzuddin Shah..


“Hahaha..”


“Garuda, Garuda..”


“Apakah kau lupa akan sumpahku sebentar tadi?” (tanya Tuanku Izzuddin Shah.)


Pertanyaan Tuanku Izzuddin Shah telah membuatkan Garuda sedikit marah kerana pertanyaan itu, seolah-olah seperti mengolok-olokkan Garuda..


“SEKARANG..!” (jerit Tuanku Izzuddin Shah menjerit.)


Secara tiba-tiba kedengaran tiupan sebuah tetuang perang yang agak kuat…


“TRUMM….”


Selepas kedengaran bunyi tetuang perang itu, tiba-tiba tanah mula bergetaran. Mereka terdengar beribu dentuman kaki kuda yang mula berlari masuk ke dalam kawasan medan perang. Pasukan berkuda yang dipimpin oleh Paduka Azlan Mahmud Baginda telah datang dengan kelajuan yang penuh, menuruni disetiap celahan bukit. Kejadian itu telah membuat pasukan tentera Garuda mula menjadi panik..


Mereka datang dengan begitu laju terus merempuh pasukan tentera Garuda dengan kuatnya. Kelibat Paduka Azlan sedang menarik anak panahnya menghala tepat kearah Garuda sambil menunggang kudanya.. Lantas Paduka Azlan pun melepaskan anak panah tu.. Garuda yang melihatnya cuba untuk mengelak namun belum sempat dia mengelak, anak panah itu telah pun sampai kearah Garuda dan terus mengenai rantai Batu Permata Badar Besi yang dipakai oleh Garuda.. Rantai itu pun terus putus dan mengikuti anak panah itu melayang bersama…


“KURANG AJAR KAU AZLAN.!” (Jerit Garuda pada Paduka Azlan Mahmud Baginda.)


“Arghh!”


Garuda pun melihat dadanya yang terasa sangat sakit secara tiba-tiba.. Rupanya Tuanku Izzuddin Shah telah pun menikam dada Garuda dengan keris Gading Delima yang diselaputi dengan 6 buah Batu Permata..


“KAU…” (Garuda memarahi Tuanku Izzuddin Shah.)


Secara perlahan genggaman Garuda mulai melemah, lantas Tuanku Izzuddin Shah memanfaatkan peluang itu untuk melepaskan diri beliau dari cengkaman Garuda. Garuda terus berlutut dihadapan Tuanku Izzuddin Shah secara tiba-tiba kerana terasa tubuhnya kini kian melemah.. Dia cuba untuk mencabut keris Gading Delima yang sedang terpacak ditubuhnya namun dengan keadaannya yang sedang sekarat, menyukarkan dia untuk mencabut keris Gading Delima itu.


“Tak guna kamu semua. Sanggup membunuh aku yang merupakan sebahagian dari keluarga kalian. Kenapa? Kenapa kamu semua begitu benci padaku? Dahulu kamu semua memulaukan bangsaku, kini kamu ingin membunuh aku pula?” (herdik Garuda yang sedang sekarat.)


“Kau yang membuatkan diri kau dibenci, bukannya kami.. Disebabkan sifat tamakmu itu, kini kau lihat apa yang sudah terjadi kepada bangsamu sendiri. Malah tempiasnya juga terkena kepada kami semua.! Apakah kau sudah lupa dengan semua perkara yang telah kau lakukan Garuda?” (balas Tuanku Izzuddin Shah.)


“Aku hanya ingin menegakkan keadilan kepada perkara telah dikotori oleh kau dan keturunan kau pada ketika dahulu.. Raja baik raja ku sanjung, Raja zalim akan ku pancung.” (jawab Garuda.)


“Sejarah akan tetap menjadi sejarah, walaupun seribu kali kau cuba memperbetulkan keadaannya. Sepatutnya kau mengambil sejarah itu sebagai iktibar dan peringatan, bukannya mengulangi perbuatan itu semula dengan seribu alasan.! Kini kau rasakan derita yang telah kau sendiri lakukan.. Bersemadilah dikau disana dengan aman… (ujar Tuanku Izzuddin Shah.)


Mendengar kata-kata Tuanku Izzuddin Shah membuatkan Garuda menjadi semakin marah. Garuda ingin bangkit untuk menyerang namun dia sudah tidak berdaya. Tubuh Garuda mulai mengeletar.. Tiba-tiba keluar satu cahaya hijau dari keris itu.. Semua orang memberhentikan pertempuran mereka setelah melihat kejadian itu.. kejadian itu membuatkan semua orang mula terpaku. Kelihatan senyuman dan air mata mulai terukir disetiap wajah tentera bersekutu.. Lantas muncul kepulan asap hitam dari arah gunung Berapi Mati, yang sedang bergerak seperti sebuah ****** beliung bersama dengan beberapa sambaran petir yang berwarna kuning datang kearah Garuda dan terus mengikat Garuda..


“AARGHHH.! (Garuda menjerit sambil cuba untuk melepaskan diri.)


Lantas ****** beliung itu pun menarik Garuda kembali ke gunung itu…


“TIDAKKK.!” (Jerit Garuda yang sedang ditarik.)


“TUANKU.! Lekas..”


“Kita harus mengunci Garuda sekarang.!” (Jelas Paduka Mamut Aria yang sedang memulakan langkahnya mengikuti ****** beliung itu.)


Mendengar kata-kata dari Paduka Mamut Aria, Tuanku Izzuddin Shah pun terus berlari mengikuti arah ****** beliung itu juga. Semasa Tuanku Izzuddin Shah sedang mengejar ****** beliung itu, Tuanku terdengar akan sebuah suara pekikkan sedang memanggil beliau..


“TUANKU.!” (Jerit Paduka Azlan Mahmud Baginda yang sedang mengejar menggunakan kudanya.)


Paduka Azlan mengulurkan tangannya dari arah belakang Tuanku Izzuddin Shah, lalu Tuanku menoleh dan terus menyambut tangan Paduka Azlan.. Paduka Azlan pun segera menarik Tuanku Izzuddin Shah untuk memberikan tumpangan kepada Tuanku. Paduka Mamut Aria pula berlari dengan kencang kearah sebuah batu besar yang dilemparkan oleh Garuda, semasa peperangan berlangsung, lantas dia pun melompat dan terus mendarat diatas badan seekor kuda yang tidak bertuan, lalu dia juga menunggangi kuda tersebut mengikuti Tuanku Izzuddin Shah dan Paduka Azlan Mahmud Baginda mengejar putting beliung yang sedang membawa Garuda bersama.


Mereka telah mengejar ****** beliung itu sehingga sampai di sebuah lereng bukit. Akibat laluan lereng bukit itu agak sempit, mereka bertiga pun terpaksa turun dari kuda masing-masing, dan meneruskan kejaran mereka itu mengikuti laluan dilereng bukit itu.


Semasa mereka sedang berlari mengejar ****** beliung itu, tiba-tiba sahaja Angmaar muncul dari balik bayangan dan terus menyekat mereka dari terus mengejar ****** beliung itu.. Paduka Mamut Aria bersama-sama dengan Paduka Azlan Mahmud Baginda terus berdiri dihadapan Tuanku Izzuddin Shah untuk melindungi Tuanku sambil memegang senjata mereka bersiap sedia untuk melawan Angmaar..


“Tuanku, Pergilah.. Biar kami berdua sahaja yang berhadapan dengan Angmaar Kami akan cuba lengahkan dia.!” (arah Paduka Mamut Aria.)

__ADS_1


“Hmm.! Baiklah.. Beta mengharapkan kamu berdua. Tolong, pulang bersama dengan Beta..” (balas Tuanku Izzuddin Shah)


Kata-kata Tuanku Izzuddin Shah telah membuatkan kedua-dua Paduka itu menjadi sebak seketika.


Mereka berdua pun mengangukkan kepala mereka kepada Tuanku Izzuddin Shah. Lantas Tuanku pun meneruskan lariannya semula meninggalkan Paduka Azlan dan Paduka Mamut Aria yang sedang berhadapan dengan Angmaar.. Setelah tiba di dalam gua Gunung Berapi Mati, Tuanku Izzuddin Shah melihat Garuda yang sedang meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri dari ditarik oleh beribu tangan yang terbentuk dari kepulan asap hitam supaya masuk ke dalam sebuah peti keranda.


“Tuanku.! Tolong.. Tolong patik Tuanku. Bantulah patik supaya patik dapat melepaskan diri Tuanku.. (rayu Garuda yang sempat melihat kelibat Tuanku Izzuddin Shah.)


“Kemudian, kau akan membuat onar lagi di Langsamudera, Begitu? Sudahlah Garuda. Sesungguhnya ajalmu sudah pun tiba. Setiap perbuatan akan adanya balasan.. Dan sekarang, kau terimalah balasan kau dengan hati yang rela..” (balas Tuanku Izzuddin Shah.)


“Nanti dulu.. Dengar kan aku.. Izzuddin.!”


“Akan ku berikan segala kekayaan dan kuasa jika kau menolong aku.” (rayu Garuda lagi.)


“CIS.! Binasalah kau di dalam neraka sana wahai Garuda. Sudah hampir mati lagi mahu tabur janji.. Aku bersumpah tidak akan membiarkan kau dibangkitkan kembali selepas ini. Biarkan kau diseksa buat selamanya di neraka.” (Herdik Tuanku Izzuddin Shah.)


Mendengar kata caci makian dari Tuanku Izzuddin Shah, membuatkan Garuda menjadi sangat marah, lantas dia pun menggunakan kuasa telepatinya, dan menarik Tuanku Izzuddin Shah datang kearahnya, lalu dia terus mencekik Tuanku Izzuddin Shah sehingga Tuanku menjadi sesak nafas..


“Kau ingat aku bodoh?”


“Dari aku mati keseorangan lebih baik aku menarik kau untuk mati bersamaku.” (balas Garuda yang sedang mencekik Tuanku Izzuddin Shah..)


“Leee….lepaskan Aku.!” (jerit Tuanku Izzuddin Shah.)


Disaat situasi sedang menegang, Daratua pun muncul secara tiba-tiba lantas dia terus menikam tangan Garuda menggunakan keris Gading Delima. Garuda yang terkejut dengan kejadian itu melepas tangannya dari mencekik Tuanku Izzuddin Shah, lalu Daratua menusuk lagi tangan kiri Garuda membuatkan Garuda terlepas pautannya pada bucu keranda.. Akhirnya Garuda pun terjatuh ke dalam peti keranda itu..


“TIDAKKKK…” (jerit Garuda.)


Daratua dengan pantas menggabungkan kuasanya bersama dengan kuasa dari Batu Permata Delima Hitam untuk menutup peti keranda itu. Setelah peti keranda itu ditutup dengan kuasa magik Daratua, lantas keluar pula satu rantai magik yang bercahaya unggu, dan terus melingkari keranda itu dengan kuat sekali.


Maka terkuncilah Garuda itu didalam keranda yang telah dibaca mantera oleh Daratua tadi.. Semua tentera Garuda yang mengetahui Garuda sudah dikunci, terus melarikan diri meninggalkan medan perang.. Kesemua tentera bersekutu bersorak gembira dengan kemenangan manis yang mereka perolehi kali ini.. Bagi mereka kemenangan ini adalah kemenangan yang paling terindah yang tidak pernah mereka rasakan..


Tuanku Izzuddin Shah yang keletihan terus terduduk, dan bersandar di tepi keranda Garuda.. Lalu dia melihat Daratua, lantas berkata..


“Terima kasihlah Daratua, kerana kamu telah datang tepat waktu dan menyelamatkan Beta dari ditarik oleh Garuda sebentar tadi.. Jasamu itu tidak akan pernah Beta lupakan..” (ujar Tuanku Izzuddin Shah.)


“Patik hanya melaksanakan tugas patik sebagai rakyat jelata yang taat setia sahaja Tuanku..” (balas Daratua.)


Tuanku Izzuddin Shah mulai memejamkan matanya kerana terlalu letih. Hatinya terasa lega kerana peperangan bersama derita rakyatnya sudah pun berakhir didepan matanya..


Disaat Tuanku sedang menarik nafas lega, tiba-tiba Tuanku Izzuddin Shah mula terasa pedih dibahagian rusuk kirinya, lalu Tuanku pun membuka matanya kembali dan melihat rusuk kirinya itu..


“APAKAH?”


Tuanku Izzuddin Shah terus terkejut kerana melihat keris Gading Delima secara tiba-tiba sudah pun terpacak dirusuknya..


Dia melihat kearah Daratua.. Kelihatan Daratua sedang tersenyum gembira lalu dia mulai ketawa mengilai. Dengan perlahan Daratua menekan lagi tusukan keris itu kedalam tubuh Tuanku Izzuddin Shah.


“ARGGHH.!”


“Kenapa Kau…” (Tuanku Izzuddin Shah mulai kehilangan suaranya.)


Lalu Tuanku Izzuddin Shah melihat Daratua secara tiba-tiba berubah menjadi Angmaar..


“RUPANYA KAU..”


Suara Tuanku Izzuddin Shah kian menghilang..


Angmaar yang sedang ketawa gembira melihat Tuanku Izzuddin Shah sedang menahan kesakitan, terus menekan keris itu lagi dengan sekuat hatinya sehingga keris itu pun terus menembusi jantung dan dada Tuanku Izzuddin Shah. Akibatnya Tuanku Izzuddin Shah pun terus rebah dan menghembuskan nafasnya disisi keranda Garuda.


Dengan perlahan Angmaar melihat raut wajah Tuanku Izzuddin Shah yang telah pun mangkat.. Lalu dia mendekatkan wajahnya pada Tuanku Izzuddin Shah dan terus menyedut jiwa Tuanku dengan lahapnya. Tiba-tiba terdengar suara jeritan dari Paduka Mamut Aria dan Paduka Azlan Mahmud Baginda sedang berlari masuk ke dalam gua itu sambil memanggil Tuanku Izzuddin Shah.


“TUANKU!


“TUANKU!. KITA SUDAH MENANG.! (jerit mereka.)


Setiba mereka disitu, alangkah terkejutnya mereka melihat jasad Tuanku Izzuddin Shah yang sudah terlentang disisi keranda Garuda sambil ditangisi oleh Daratua.


“APAKAH?”


“Apa yang telah terjadi Daratua? Kenapa Tuanku tidak bernafas? Siapa yang telah bunuh Tuanku? Kenapa Gading Delima boleh terpacak ditubuhnya Tuanku? JAWAB DARATUA.!”(jerit Paduka Mamut Aria.)


“Sebenarnya…”


Sebentar tadi kami tidak dapat mengunci Garuda kerana kekuatan Garuda hampir kembali pulih. Oleh itu, demi menambahkan kekuatan Batu Permata, Tuanku Izzuddin Shah telah mengorbankan diri Tuanku untuk menyerahkan jiwanya kepada Batu Permata sekali gus berjaya mengunci Garuda buat selamanya..” (jelas Daratua.)


“Maafkan patik Paduka.. Patik tidak dapat berbuat apa-apa kerana ini sudah kehendak dari Tuanku Izzuddin Shah sendiri.” (jelas Daratua lagi sambil menangis.)


Mendengar penjelasan dari Daratua, membuatkan Paduka Mamut Aria terduduk sambil menangis.. Terasa dirinya menjadi tidak berdaya…


Lantas, Paduka Azlan Mahmud Baginda menghampiri Paduka Mamut Aria, lalu menggenggam bahu Paduka Mamut Aria.


“Bersabarlah wahai Adinda. Sudah menjadi suratan takdir bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Sudah tertulis bahawa hari ini merupakan hari terakhir Tuanku bersama kita semua. Tepat seperti takdir yang diberitahu oleh Daratua tempoh hari.. Hmm..” (pujuk Paduka Azlan sambil beliau juga mengesatkan air matanya untuk menyembunyikan kesedihannya itu.)

__ADS_1


Walaupun mereka telah mengecapi kemenangan yang bermakna, namun dengan berita kematian Tuanku Izzuddin Shah telah meruntuhkan kegembiraan dihati seluruh rakyat Langsamudera..


Daratua menyembunyikan wajahnya seolah-olah dia seperti sedang menangis akan kematian Tuanku Izzuddin Shah, tetapi sebenarnya dia sedang tersenyum sinis sambil ketawa kecil.


__ADS_2