7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Biar Genting, Jangan Putus.


__ADS_3

Masa sekarang cuma tinggal lagi dua puluh hari sahaja lagi sebelum serangan bermula.


Peperangan untuk mempertahankan Istana Mahajarawi dari serangan tentera Angmaar, adalah merupakan peperangan yang pertama buat bangsa Nauria. Malah ianya juga merupakan peperangan yang pertama buat Tengku Muzaf yang baru berusia dua puluh enam tahun.


Walaupun beliau telah mendapatkan pelbagai latihan yang diberikan oleh beberapa orang guru yang termashur di Nauria ini, namun ini pertama kalinya beliau akan menghadapinya secara realiti. Baginya, latihan dan peperangan sebenar merupakan dua perkara yang berbeza.


Kelihatan Tengku Muzaf sedang berjalan mundar-mandir di dalam ruangan sudut bacaan istana kerana kerisauan, lantas Tengku Muzaf terus menghentakkan tangannya di atas meja.


“Argh! Kenapa?! Kenapa?!”


“Kenapa secara tiba-tiba Angmaar hendak menyerang negeri Nauria?”


“Apa yang direncanakan oleh Angmaar yang sebenarnya?” (tanya Tengku Muzaf yang sedang gelisah.)


“Mustahil untuk menentang mereka jika hanya bersenjatakan pedang dan panah sahaja. Nyawa mereka liat! Untuk menumbangkan seorang tentera Angmaar sahaja memerlukan sekurang-kurangnya dua orang tentera Elit. Buat masa sekarang anggaran tentera Elit cuma ada sebanyak dua ratus orang sahaja. Ini tidak cukup jika tentera Angmaar hadir dengan seribu orang bala tenteranya.”


“Bagaimana pula jika lebih?”


“ARGHHH!!! (Tengku Muzaf mencengkam rambutnya.)


“Ini sama sahaja dengan aksi bunuh diri!”


“Aku mesti merancanakan sesuatu agar peperangan yang bakal terjadi ini menjadi seimbang!”


“YA, Benar, seimbang!”


“Walaupun tipis harapan untuk menang namun dengan adanya cara ini mungkin dapat melengahkan masa mereka untuk takluk negeri ini dan sedikit sebanyak dapat menyelamatkan penduduk negeri jika terperangkap di medan tempur ini nanti”


“PEGAWAL!”


“Panggil Panglima masuk mengadap Beta sekarang juga!” (jerit Tengku Muzaf.)


“BAIK TENGKU!” (jawab pengawal.)


Beberapa minit kemudian, datang seorang panglima masuk mengadap Tengku Muzaf yang sudah menunggunya di sudut ruangan membaca.


“Patik datang sesuai dengan perintah Tengku.” (kata panglima.)


“Bagus! Panglima, Beta mahu kamu berikan kepada Beta senarai penuh kekuatan pasukan kita yang ada buat masa sekarang, dan juga peta struktur banggunan istana ini, sekarang.”


“Oh ya, jangan lupa panggilkan juga kepada Beta tukang bina istana kemari.” (titah Tengku Muzaf.)


Arahan Tengku Muzaf telah membuatkan panglima sedikit kebingungan.


“Patik menjujung perintah Tengku.” (balas panglima lalu mengundurkan diri.)


Tengku Muzaf dengan tergesa-gesa terus duduk di mejanya lalu membuka beberapa surat serta maklumat yang berjaya dikumpulkan oleh beberapa pengintip negeri mereka mengenai kekuatan tentera Angmaar. Lalu Tengku Muzaf pun mencatatkannya di dalam buku notanya.


Ketika beliau sedang sibuk membuat notanya, datang semula panglima itu bersama seorang lelaki tua untuk mengadap Tengku sambil membawa beberapa dokumen bersama mereka.


“Tengku. Ini patik bawakan kesemua maklumat yang Tengku minta sebentar tadi.” (jawab panglima.)


“Hmm..”


“Bagus!”


Tengku Muzaf pun mengambil kesemua dokumen tersebut lalu menelitinya satu persatu. Tindakan Tengku Muzaf telah membuatkan panglima dan lelaki tua itu kehairanan.


“Tengku nak buat apa dengan peta struktur binaan ini Tengku?” (tanya lelaki tua itu.)


“Bagus soalan kamu itu.”


“Sebenarnya Beta ingin merancanakan sesuatu untuk melambatkan kemaraaan tentera Angmaar semasa peperangan berlaku nanti.” (balas Tengku Muzaf.)


“Beta mahu kamu mencari semula kesemua laluan rahsia istana dan membuka kesemua laluan tersebut tanpa diketahui oleh sesiapa.” (ujar Tengku Muzaf.)


“Maksud Tengku?” (tanya lelaki tua itu.)


“Beta mahu penduduk desa menggunakan laluan rahsia tersebut untuk melarikan diri jika keaadaan tidak berpihak kepada kita semasa peperangan nanti.” (jelas Tengku Muzaf.)


“Hmm.. Baiklah Tengku, patik mengerti. Tapi, kebanyakan laluan rahsia istana sudah tidak boleh digunakan lagi Tengku kerana strukturnya yang sudah tidak kuat lagi. Ini juga akan mengundang bahaya kepada mereka yang akan menggunakannya semula nanti.” (balas lelaki tua itu.)


Tiba-tiba Tengku Muzaf ketawa besar sehingga membuatkan lelaki tua itu bersam panglima kehairanan sekali lagi.


“HAHAHA..”


“Sebab itu Beta mahukan kamu membukanya semula kerana Beta ingin kamu menyediakan perangkap disepanjang laluan tersebut.” (jelas Tengku Muzaf lagi.)


“Maafkan patik jika ingin mencelah, tapi kenapa Tengku ingin memasang perangkap di sepanjang laluan itu?” (tanya panglima.)


“Kerana Beta tidak mahu bala tenteranya Angmaar mengejar mereka.” (balas Tengku Muzaf.)


“Boleh itu memang boleh Tengku, tapi tidakkah ia turut membahayakan kepada para penduduk Nauria juga nanti?” (tanya lelaki tua itu.)


Tengku Muzaf terus tersenyum, lalu menjawabnya dengan yakin.


“Untuk soalan kamu itu, Beta sudah pun mengkajinya sebelum memanggil kamu kemari. Caranya mudah!” (balas Tengku Muzaf.)


Panglima dan lelaki tua itu terus terkejut setelah mendengar Tengku Muzaf berkata begitu.


“Kita hanya perlu lakukan pengasingan laluan rahsia iaitu dengan cara memasang perangkap samar dibeberapa laluan rahsia yang tertentu. Keutamaan untuk pemasangan perangkap samar akan tertumpu disetiap laluan rahsia yang sudah rosak. Dalam erti kata lain satu laluan rahsia adalah benar, satu lagi laluan rahsia adalah perangkap maut.”


“Selain itu, setiap laluan yang dibahagikan akan mempunyai petanda, dan petanda itu hanya boleh diketahui oleh pembawa pelarian sahaja.” (jelas Tengku Muzaf.)


“Tapi Tengku, tentera Angmaar mempunyai deria bau yang sangat kuat. Mereka tentu dapat menekanya dengan mudah nanti.” (balas panglima.)


“Hahaha.. Mudah sahaja!”

__ADS_1


“Kita tutup sahaja bauan manusia dengan menggunakan bauan dari telur temburuk.” (jawab Tengku Muzaf.)


“Jika mereka semua terhidu bau telur temburuk, sudah pasti mereka akan menutup hidung mereka bukan? Jadi mereka pasti akan tergesa-gesa untuk membuat pilihan kerana tidak tahan dengan bau telur temburuk itu.” (jelas Tengku Muzaf.)


“Yalah! Benar juga kata Tengku.” (balas lelaki tua itu.)


“Hahaha.. Sudah patik duga, Tengku pasti punya rencana kerana Tengku seorang yang bijaksana.” (puji panglima.)


“Jadi, Beta mahu kamu lakukan dengan segera, dan ingat pesan Beta! Hanya kamu dan panglima sahaja yang tahu mengenai rencana ini.”


“INGAT!”


“BIAR PECAH DI PERUT, JANGAN PECAH DI MULUT.”


“Baiklah, kamu boleh pergi sekarang.” (kata Tengku Muzaf.)


“BAIK! Akan patik laksanakan arahan Tengku. (balas lelaki tua itu lantas terus pergi meninggalkan Tengku Muzaf dan panglima,)


Setelah beberapa minit kemudian.


“Hmm.. Panglima, nampaknya hanya tinggal kita berdua sahajakah?” (tanya Tengku Muzaf.)


“Ya Tengku.” (balas panglima.)


“Bagus.. Mengenai pasukan Nauria, Beta ingin tahu berapakah jumlah bilangan bagi setiap kumpulan terutama pasukan Elit kita buat masa sekarang ini?” (tanya Tengku Muzaf.)


“Tengku, setelah patik menilai kesemuanya, jumlah pasukan Elit kita buat masa sekarang ini Cuma mempunyai kekuatan penuh seramai seratus lapan puluh sembilan orang sahaja. Manakala pasukan tombak pula mempunyai ahli seramai tiga ratus orang.”


“Bagi pasukan berpedang, setakat kemarin kita telah berjaya mengumpulkan ahli seramai dua ratus lima puluh orang dan bagi pasukan pemanah pula mempunyai ahli seramai tiga ratus lima puluh orang, Tengku.” (jelas panglima.)


“Hmmm.. Bagaimana pula dengan ahli baru? Apakah ada sebarang penambahan?” (tanya Tengku Muzaf.)


“Untuk ahli baru yang masih bertahan buat masa sekarang cuma seramai empat ratus tiga puluh orang sahaja, Tengku.. Yang lain semuanya telah menarik diri Tengku.” (balas panglima.)


“Hmm.. Sudah agak perkara ini pasti akan terjadi.” (bisik Tengku Muzaf.)


“Jika ditambah kesemuanya bermakna jumlah kekuatan tentera kita adalah sebanyak seribu lima ratus sembilan belas orang sahaja. Benarkan? (tanya Tengku Muzaf.)”


“Benar Tengku.” (jawab panglima.)


“Hmm, nampaknya sudah tiada cara lain. Untuk melawan kekuatan tentera dengan mereka pasti kita kalah besar. Tetapi untuk melambatkan kemaraan mereka Beta yakin pasti ada caranya.” (jelas Tengku Muzaf.)


“Bagaimana Tengku?” (tanya panglima.)


“Begini… Beta mahu pasukan pemanah berada di setiap puncak tembok dan diringi oleh tentera tembok. Ini akan membolehkan tentera tembok melindungi tentera pemanah dari terkena sebarang serangan panahan dari tentera Angmaar. Beta juga mahu kamu meletakan sebanyak yang mungkin anak panah di setiap bahagian yang ada tentera pemanah.” (ujar Tengku Muzaf.)


“Baik Tengku.” (balas panglima.)


“Seterusnya, Beta mahu kamu wujudkan dua buah pintu Gerbang.” (kata Tengku.)


“APA?!”


Sekali lagi panglima menjadi terkesima selepas mendengar permintaan aneh dari Tengku Muzaf.


“Ya..”


“Dua buah pintu Gerbang. Pintu Gerbang yang pertama adalah pintu yang diguna pakai oleh kita sekarang ini. Manakala untuk pintu gerbang yang kedua Beta mahu kamu membinanya dari arah dalam tembok.” (ujar Tengku Muzaf.)


“Tapi mengapa Tengku?” (tanya panglima.)


“Kerana Beta mahu tentera kamu menggunakan kesempatan itu untuk melemparkan batu kearah mereka ketika mereka sedang berusaha untuk memecahkan pintu gerbang kedua kita nanti.” (balas Tengku Muzaf.)


“Maaf, tapi patik masih lagi kurang mengerti dengan maksud Tengku yang sebenarnya.” (jawab panglima.)


“Begini wahai panglima. Senjata yang akan mereka gunakan untuk memusnahkan pintu gerbang kita nanti, hanya boleh digunakan sekali sahaja kerana terowong laluan pintu masuk gerbang kita itu tersangatlah kecil dan juga sempit maka senjata “Pemusnah” tidak boleh melaluinya. Maka, untuk memusnahkan pintu gerbang kedua pula, mereka terpaksa menggunakan kekuatan fizikal mereka sahaja.”


“Jadi, disaat itulah kita akan memanfaatkan kelemahan mereka dengan memusnahkan mereka dari atas dengan cara membaling batu besar kearah mereka sebab pada masa itu, mereka sudah tidak boleh lari atau elak dari terkena batu tersebut kerana posisi mereka pada ketika itu tersangatlah padat.”


“ Kita akan membuatkan satu lubang besar untuk membolehkan para tentera kita melempar batu dari atas tepat kearah mereka nanti.” (jelas Tengku Muzaf.)


“Wah! Hebatnya rancangan Tengku. Patik pun tidak menyangka Tengku boleh berfikir sehingga sejauh itu.”


“Tapikan Tengku, kenapa kita tidak menggunakan periuk minyak sahaja? Biar kita bakar mereka hidup-hidup Tengku? (tanya panglima itu semula.)


“TIDAK BOLEH!”


“Nanti pintu gerbang kedua juga akan turut terbakar.” (jelas Tengku Muzaf.)


“Oh, Benar juga Tengku. Maafkan patik akan kebodohan patik ini.” (jawab panglima.)


“Tidak mengapa panglima. Perkara kecil sahaja, Beta maaafkan. Jadi untuk tugas ini Beta mahu kamu sediakan seramai yang mungkin tukang kayu yang ada di Nauria ini dan minta pertolongan dari mereka untuk membina pintu gerbang kedua ini secepat yang mungkin.” (arah Tengku.)


“Baik Tengku.” (jawab panglima.)


“Baiklah, seterusnya untuk pertahanan tembok, Beta mahu kamu dan pasukan kamu membuat satu parit dibahagian luar tembok gerbang istana. Beta yakin jika parit ini digali, maka akan menyukarkan lagi pihak tentera Angmaar untuk menghampiri tembok dengan menggunakan menara kepungan.” (jelas Tengku Muzaf.)


“Bagaimana jika mereka menggunakan tangga, Tengku?” (tanya panglima.)


“Maka akan kita bakar mereka hidup-hidup menggunakan api dan minyak.” (balas Tengku Muzaf.)


“BAIKLAH! Patik faham. Akan patik laksanakan kesemua arahan Tengku itu dengan segera.” (jawab panglima.)


“Ohh ya panglima, jangan lupa untuk melakukan perkara yang sama dibahagian pintu gerbang Kedua kerana Beta rasa berkemungkinan besar mereka juga akan melakukan serangan dari arah Selatan.” (kata Tengku Muzaf.)


“Tapikan Tengku, patik kemarin ada mendengar khabar perintah dari Ayahanda Tengku supaya kesemua pemanah harus berpindah ke barisan gerbang Utama, dan hanya tinggalkan lima orang pengawal gerbang sahaja dipintu Kedua.” (kata panglima.)


“APA?!”

__ADS_1


“Lima orang Pengawal sahaja?”


Tengku Muzaf yang terkejut dengan berita yang disampaikan oleh panglima terus memegang dahinya sambil berfikir.


“Apa yang Ayahanda fikirkan ini? Kenapa beliau boleh bertindak bodoh seperti ini? Membiarkan barisan belakang tidak dijaga adalah sesuatu tindakan yang bodoh namanya.” (bisik Tengku Muzaf.)


“Panglima!”


“Beta mahu kamu menghantar beberapa pasukan pemanah untuk memantau sebarang pergerakan yang berlaku di pintu gerbang Kedua melalui atas menara sekarang juga! Dan pastikan perintah ini tidak diketahui oleh Ayahanda Beta!” (arah Tengku Muzaf.)


“Baik Tengku!” (balas panglima.)


“Dan satu lagi! Beritahu juga pada mereka jangan sesekali berganjak dari situ walaupun ketika situasi peperangan sedang berlaku dekat Gerbang Utama nanti. Kita harus berwaspada akan sebarang serangan mengejut yang mungkin boleh berlaku nanti. Kamu boleh pergi sekarang.” (jelas Tengku Muzaf lagi.)


“Baik Tengku! Akan patik laksanakan perintah Tengku.”


Panglima pun beransur pergi meninggalkan Tengku Muzaf sendirian.


“Hmmm…”


“Benar kata Kanda Suri. Ayahanda selalu berasa dirinya benar. Dia tidak pernah sedetik pun untuk memikirkan soal keselamatan rakyatnya.


“Aku tidak boleh membiarkan Ayahanda bertindak sewenangnya lagi. Aku sudah boleh nampak bahawa peperangan kali ini, negeri Nauria akan ranap seperti rumah yang dipukul oleh taufan.”


“Aku mesti merancanakan sesuatu..”


Dengan tergesa-gesa Tengku Muzaf terus menuliskan sebuah surat kepada seseorang. Setelah siap surat itu ditulisnya, lalu beliau pun menyimpannya di dalam poket bajunya, dan terus bergegas mencari pengawal yang berhampiran.”


“Pengawal, Pengawal! Dimana Ayahanda Beta?” (tanya Tengku Muzaf.)


“Paduka berada dikawasan tembok utama, Tengku. Ada apa yang boleh patik tolong Tengku?” (tanya pengawal itu.)


“Tidak ada apa-apa. Terima kasih atas maklumat kamu itu.” (balas Tengku Muzaf.)


“Baik Tengku.” (jawab pangawal.)


Tengku Muzaf pun terus berlari menuju ke tempat Ayahandanya berada. Pengawal itu melihat sahaja Tengku Muzaf berlari kencang meninggalkan bilik bacaannya yang tidak berkunci. Pengawal itu pun dengan perlahan mencuba untuk membuka pintu tersebut. Setelah diketahui olehnya bahawa pintu itu tidak berkunci, pengawai itu mula tersenyum sinis lantas dengan segera dia memasuki bilik itu tanpa dilihat oleh orang lain.


Malam itu merupakan malam yang sangat dingin diantara malam-malam yang lain. Kelihatan dari jauh kelibat seorang lelaki tua sedang berari sambil membawa obornya. Setelah dia sampai dihadapan rumahnya..


“Ah, sejuknya cuaca malam ini. Barangkali nak hujan agaknya.” (kata lelaki tua itu.)


“Eh? Kenapa rumah gelap gelita pula? Bini aku tidak pasang pelitakah?” (tnya lelaki tua itu sambil melihat sekeliling rumahnya.)


Dengan perlahan, dia pun melangkah masuk ke dalam rumahnya. Ketika dia ingin membuka pintu rumahnya, alangkah terkejutnya dia kerana dia melihat pintu rumahnya sudah terbuka sedikit. Secara tiba-tiba dia merasakan satu firasat yang agak buruk sedang terjadi sekarang ini. Tanpa berfikir panjang, lelaki tua itu pun terus menerja masuk ke dalam rumahnya lalu dengan segera dia menyalakan lilin rumahnya.


Setelah rumahnya mula sedikit terang, alangkah terkejutnya dia apabila melihat anak isterinya sedang menangis ditepi sudut ruang tamu sambil tubuh mereka diikat dengan beberapa tali.


Lantas dia ternampak ada beberapa orang sedang mengertawakan dia sambil berdiri disamping seorang lelaki yang sedang duduk dikerusi malas berselindung disebalik kegelapan.


“SIAPA KAU?”


“APA KAU NAK? TUNJUKKAN MUKA KAU!”


LEPASKAN ANAK ISTERI AKU!” (jerit orang tua itu.)


Lalu lelaki yang berselindung dibalik kegelapan sambil sedang duduk dikerusi malas itu terus menunjukkan wajahnya dihadapan cahaya lilin rumah lelaki tua itu. Alangkah terkejutnya lelaki tua itu sekali lagi.


“GEGALA?”


Setelah lelaki tua itu melihat Gegala, dengan segera lelaki tua itu berlutut sambil menyusun sepuluh jarinya menangis dihadapan Gegala.


“Tu..Tuan Gegala.. Tolonglah jangan di apa-apakan anak isteri saya. Jika Tuan inginkan harta saya yang lain, dipersilakan ambil tapi tolong lepaskan anak isteri saya. Saya merayu..”


“Hahaha.. Manusia.. Sungguh pandai bermain perasaan. Baru sahaja sebentar tadi dia marah-marah, sekarang menangis merayu pula.” (kata Gegala.)


“Aku boleh lepaskan kau dan keluarga kau, namun dengan satu syarat.” (kata Gegala lagi.)


“A..apa syaratnya?” (tanya lelaki tua itu.)


“Aku telah diberitahu bahawa Tengku Muzaf ada memerintahkan dikau untuk membuka semula terowong lama bukan?” (tanya Gegala.)


Mendengar pertanyaan dari Gegala terus membuatkan lelaki tua itu terkejut.


“Iya, benar. Tapi dari mana Tuan boleh mengetahuinya?” (tanya lelaki tua itu kembali.)


Gegala bagun dari tempat duduknya, lalu berjalan menghampiri isteri dan anak lelaki tua itu yang di dalam ketakutan. Dengan perlahan Gegala mengusap rambut isteri lelaki tua itu dan seterusnya pipi anaknya pula.


“Engkau tidak perlu mengetahui mengenai perkara itu. Sekarang yang perlu kau lakukan untukku adalah dengan memberitahu padaku, tugas apa yang telah diberikan oleh Tengku Muzaf kepada kau serta dimana terletaknya lokasi dan pertemuan bagi setiap terowong itu. Jika engkau menolak untuk bekerjasama denganku, maka malam ini mungkin akan menjadi malam terakhir bagi kau untuk melihat anak dan isteri kau hidup.” (ugut Gegala.)


“JANGAN!”


“JANGAN BERITAHU MEREKA!”


“Abang jangan sesekali derhaka pada negara! Ingat abang, biar kita putih tulang, jangan nanti kita putih mata!” (jerit isteri lelaki tua itu.)


Setelah Garuda mendengar jeritan dari wanita tua itu, Garuda pun terus menendang perut wanita itu dengan kuat sekali sehingga mulut wanita tua itu memercikkan darah tepat mengenai kakinya Garuda.”


“Ish! Jijiknya! Aku cukup benci dengan darah manusia yang pengotor seperti ini!” (herdik Garuda.)


Lantas Garuda mengangkatkan kakinya lagi untuk memijak wanita tua itu, namun tindakannya itu berjaya dihentikan dengan jeritan dari lelaki tua yang melihat aksi itu.


JANGAN!”


“Tolonglah, jangan di apa-apakan kepada mereka! Ba.. Baiklah! Akan saya beritahu segalanya pada Tuan tapi tolong, jangan di apa-apakan keluarga saya. Mereka sahaja harta yang saya ada.” (rayu lelaki tua itu.)


“Hahaha… Bagus! Berfungsi juga otak kau rupanya walaupun kau sudah tua. Sekarang, cepat beritahu padaku segalanya yang kau tahu. (kata Gegala.)

__ADS_1


__ADS_2