7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Raja Agung, Raja ku Junjung. (SD)


__ADS_3

Setelah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam menentang Garuda, sebuah perjumpaan besar telah diadakan didalam kawasan “Istana Panca Nila”. Semua orang berpusu-pusu tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui keputusan dan tindak tanduk oleh para Paduka dan Raja Agung seterusnya. Para bangsawan, menteri dan juga para panglima mula berkumpul didalam kawasan singgahsana diraja, manakala rakyat jelata pula telah pun memenuhi kawasan istana dengan padatnya.


Keriuhan dan keluhan kian terasa, kerana merasakan harapan semakin pudar. Di dalam suasana yang amat tegang secara tiba-tiba telah bertukar menjadi senyap sunyi, lalu terlihatlah susuk Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah bersama-sama dengan empat orang para Paduka Diraja memasuki ruangan singgahsana, dan beremayam diatas kerusi mereka.. Maka bergemalah sekalian suara rakyat jelata..


“DAULAT TUANKU.!”


“DAULAT TUANKU.!”


“DAULAT TUANKU.!”


“Duduklah kamu semua..”(titah Tuanku Izzuddin Shah kepada sekalian rakyat jelatanya.)


Maka semua orang pun mengikuti arahan Raja Agung.


“Wahai Panglimaku, ingin sekali Beta mengetahui situasi peperangan yang terjadi sekarang..” (titah Tuanku Izzuddin Shah.)


Lalu bangunlah seorang Panglima Diraja dan berucap.


“TUANKU.”


“Setakat ini, seramai lima ribu tentera kita telah pun terkorban, manakala hampir lapan ribu tentera telah mengalami cedera parah, dan dua ribu tentera lagi telah hilang jejak Tuanku. Pasukan pengintai masih lagi mencari saki baki tentera yang hilang dan masih lagi menghitung bilang ahli tentera kita yang telah terkorban Tuanku..”


“Duka cita dimaklumkan, atas nasihat keempat empat Paduka, maka kami terpaksa mengundurkan kesemua tentera bersekutu dari medan perang kerana kekuatan tentera Garuda yang tiada kelemahannya dan sangat menggerunkan telah membuatkan para tentera kita menjadi ketakutan dan tiada lagi semangat untuk berperang Tuanku.”


“Hmm… Tindakan Paduka itu benar.. Beta tidak mahu rakyat Beta dijadikan santapan Si Iblis durjana itu..” (Tuanku Izzuddin Shah menundukkan kepala dengan sedihnya..)


Suasana menjadi sedikit hening.. Setelah itu, Raja Agung kembali bertitah.


“Telah pelbagai cara kita lakukan untuk melawan Garuda, namun kesemuanya menemui jalan buntu dan kekalahan demi kekalahan yang terpaksa kita tanggung. Telah banyak daerah kita yang telah ditakluki oleh Si Garuda itu. Beta sudah tidak tahan lagi dengan sikap Garuda yang tamak akan kekuasaan sehingga dia berani melanggar batas hukum manusiawi.”


“Wahai Padukaku yang bijaksana sekalian. Apakah kamu mempunyai saranan yang lain?” (tanya Tuanku Izzuddin Shah.)


Tetiba bangkit seorang Paduka dari bangsa Asucia.


“Ada Tuanku..”


“Patik sarankan kita menggunakan khidmat bantuan dari ketua ahli sihir kita. Mungkin mereka mengetahui cara untuk menghapuskan Garuda kerana mereka dahulunya merupakan orang-orang dari bangsa Bakha itu sendiri Tuanku..”


Suasana mulai riuh kembali. Ramai para pembesar dan rakyat jelata yang menyetujui akan cadangan yang dikemukakan oleh Paduka Wijaya Setia.


“Hmm.. Baiklah..” (jawab Tuanku Izzuddin Shah).


Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah terus memanggil pengawal Diraja.


“PENGAWAL.!”


“Sila panggil Daratua untuk mengadap Beta sekarang.!”


“MENJUNJUNG PERINTAH TUANKU.!” (Jawab pengawal Diraja lalu mereka pun pergi menemui Daratua untuk mengarahkan dia mengadap Tuanku Izzuddin Shah.)


Selang beberapa minit kemudian, Daratua bersama-sama dayangnya datang mengadap Tuanku Izzuddin Shah..


“Ampun Tuanku.. Patik Daratua datang mengadap sesuai keatas perintah Tuanku..”


“Daratua..”


“ Kamu adalah ahli sihir yang paling bijaksana.. Beta mohon bantuan dari kebijaksanaan kau itu.. Apakah kamu mempunyai cara untuk menghapuskan Si Garuda keparat itu.? Beta mohon, bantulah kerajaan Beta..” (rayu Tuanku Izzuddin Shah.)


“Tuanku.. Sebenarnya ada Tuanku..”


Jawapan yang diberikan oleh Daratua, telah membuatkan kesemua mereka yang hadir menjadi terpinga-pinga.


“Sesungguhnya Tuanku, kekuatan Garuda itu dapat dipatahkan dengan menggunakan kekuatan penuh dari ketujuh-tujuh Batu Pemata.”


“Oleh itu, untuk menyatukan kesemua Batu Permata itu, satu senjata perlu ditempa dan senjata itu perlulah mempunyai ruang untuk diisi Batu Permata keatasnya.”


Sekali lagi jawapan Daratua telah membuatkan kesemua orang menjadi semakin terkejut dan teruja. Tiba-tiba Paduka Dharmasakti dari bangsa Tharis mencelah.


“Patik setuju Tuanku.!”


“Patik boleh menyuruh para ilmuan besi patik untuk membuat satu senjata yang membolehkan kesemua Batu Permata itu diletakkan bersama dengan senjata itu.”


“Sabar dahulu Paduka Dharmasakti.”


“Hmmm… Tapi Daratua, kenapa kesemua Batu Permata itu harus disatukan bersama dengan senjata? Apakah tidak boleh dalam bentuk yang lain?” (Tanya Tuanku Izzuddin Shah.)


“Tidak boleh Tuanku.. Hal ini kerana, Batu Permata itu perlu mengalirkan kuasa mistiknya bersama-sama di dalam bentuk arus yang berterusan dan arus mistik inilah yang akan menghasilkan satu aura yang sangat tajam yang mampu menembusi tubuh Garuda yang kebal itu sekali gus menyerap segala kekuatan sihir yang ada pada tubuh Garuda.. Maka saranan patik, penggunaan senjata tajam adalah yang paling sesuai sekali, Tuanku.” (jawab Daratua.)


Mendengar Jawapan Daratua telah membuatkan Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah kembali memikirkan sesuatu, lalu baginda menanyakan Daratua kembali.


“Menurut kamu, senjata apa yang paling sesuai untuk dijadikan pemegang kepada ketujuh-tujuh Batu Permata itu?”

__ADS_1


“Tuanku, patik sarankan kita menggunakan senjata keris dan keris itu adalah dari jenis “Sarpa Lumuka”, Tuanku.”


“Hal ini adalah kerana bentuk Keris Sarpa Lumuka yang mempunyai “LUK”, mampu untuk menghasilkan arus mistik yang paling kuat Tuanku.”


“Hmm.. Baiklah jika kamu sudah berkata begitu.. Paduka Dharmasakti, Beta mahu kamu bantu Daratua untuk membuat senjata keris seperti yang dikehendakinya dengan segera.!” (titah Tuanku Izzuddin Shah.)


“Baik Tuanku, akan patik segerakan arahan Tuanku itu..” (Jawab Paduka Dharmasakti.)


Saranan yang diberikan oleh Daratua dan juga sekalian Paduka telah membuatkan Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah sedikit merasakan ada harapan untuk terus berjuang.


“Paduka yang lainnya, Beta mahu kamu bawakan kesemua Batu Permata kesini dengan segera.!” (titah Tuanku Izzuddin Shah lagi.)


“Menjunjung perintah Tuanku.!” (sahut para Paduka.)


Maka segeralah kesemua Batu Permata itu dikumpulkan bersama namun masih juga ada halangannya kerana satu Batu Permata tidak dapat dijumpai..


Keresahan dan keributan didalam istana kian rancak. Berita bahawa Batu Permata tidak lengkap mula tersebar dengan cepatnya..


Suara keluhan semua orang didalam istana menghangatkan lagi suasana, tiba-tiba terdengar satu suara ketukan yang keras dan diiringi dengan jeritan dari seorang Paduka.


“DIAM SEMUA..!”


“KEMANA PERGINYA RASA HORMAT KAMU SEMUA KEPADA RAJA AGUNG KITA? (herdik Paduka Azlan dari bangsa Nauria.)


Jeritan itu seketika telah berjaya membuatkan kesemua orang mendiamkan diri.


“Walaupun kita kekurangan satu Batu Permata, itu tidak bererti kita akan kalah menentang Garuda.!”


“Kita sudah ada enam Batu Permata ditangan kita sekarang ini tetapi kenapa hanya satu Batu Permata yang harus kamu risaukan.??”


“Celakalah Kamu semua.!” (tegas Paduka Azlan.)


“Tapi Paduka..”


“Syarat untuk menghapuskan Garuda itu, harus dengan adanya Ketujuh-tujuh Batu Permata.. “(ujar bendahara.).


Keriuhan kembali mengamit suasana.


“Daratua…Apakah kamu mengetahui dimana lokasi Batu Permata yang ketujuh? Bolehkah kamu menilik dan memberitahu kami dimana ianya berada?” (Tanya Tuanku Izzuddin Shah.)


“Ya.. Patik tahu lokasinya..”


“Untuk pengetahuan Tuanku, Batu Permata yang ketujuh adalah Batu Permata Badar Besi, dan batu itu sekarang berada dilehernya Garuda.. Garuda telah menjadikan Batu Permata Badar Besi itu sebagai alat hiasan dan kebanggaannya di negeri Bakha.”


(jawapan Daratua telah menyebabkan kesemua Paduka menjadi terkesima.)


“Paduka, apa yang harus kita lakukan.? Apakah masih ada harap untuk kita merampas semula Batu Permata yang berada ditangan Garuda itu?”


“Daratua, jawablah. Yakinkan Tuanku. Berikan kami kata putus.”


Desakan demi desakan penduduk dan hulubalang didalam istana kian terasa sehingga ada sesetengah dari mereka yang mula berbalah sesama sendiri.


“SUDAH.!”


“HENTIKAN SEMUA INI.!”


“Dari kamu semua bergaduh seperti ni, lebih baik jika kita semua berfikir bersama bagaimana untuk menghentikan Garuda.!” (Herdik Paduka Mamut Aria dari bangsa Daiya.)


“Daratua.. Beta mohon, apakah kita masih berpeluang untuk menghapuskan Garuda? Andai kata peluang itu hanya sebesar lubang cahaya yang berjaya menembusi bumbung singgahsana ini, akan Beta laksanakan..” (Rayu Tuanku Izzuddin Shah.)


“Ada Tuanku..” (Jawab Daratua.)


“Walaupun kita tidak mampu untuk membunuh Garuda, namun untuk melumpuh dan menguncinya kita boleh melakukannya..”


“Tapi dengan satu syarat..”


“Apa syaratnya itu wahai Daratua?” (tanya Paduka Dharmasakti yang semangat ingin mengetahuinya.)


Kesemua mereka melakukan reaksi ingin mengetahui syarat yang akan dinyatakan oleh Daratua.


“Syaratnya, Keris yang disatukan bersama keenam-enam Batu Permata itu harus ditusuk tepat kearah jantung Garuda, dan selepas Garuda kehilangan kuasanya akibat diserap oleh keenam-enam Batu Permata itu, kita harus segera menguncinya didalam sebuah peti dibilik kurungan abadi yang berada dikawasan permukaan Gunung Berapi Mati.”


“Walaupun Garuda itu tidak mati, namun dengan menguncinya di dalam peti yang telah dibacakan beberapa mantera, sedikit sebanyak akan melemahkan semangat pasukannya dan dengan kesempatan ini kita dapat menghapuskan kesemua pasukan Garuda dan mengembalikan semula ketenangan buat bangsa-bangsa di Negara Langsamudera ini..”


“Setelah itu, kita harus membina sebuah tembok pemisah diantara benua Bakha dan benua-benua yang lainnya bagi menghalang sesiapa sahaja dari memasuki negeri Bakha yang telah disumpah itu..” (ujar Daratua membuatkan kesemua orang menjadi terkejut).


“Tapi Daratua.. Bagaima jika ada seseorang dari saki-baki pasukan Garuda pergi membuka mantera yang telah dikunci oleh kamu? Bukankah Garuda akan bangkit semula? Dan bukankah ini akan menjadi perjuangan yang sia-sia? (tanya Paduka Wijaya Setia dari bangsa Asucia.)


“Tidak wahai Paduka.”


“Kerana untuk membukanya, seseorang itu memerlukan Batu Permata Magika, kerana hanya dengan batu itu sahaja yang mampu mengunci dan membuka Peti Abadi. Selagi Batu Permata Magika berada ditangan kita, maka pasukan Garuda tidak boleh berbuat apa, walaupun dengan pertolongan dari Angmaar sekali pun..” (Kata-kata Daratua telah membuatkan wajah para paduka dan rakyat jelata yang mendengarnya menjadi ceria).

__ADS_1


“Tetapi..” (Celahan Daratua membuatkan kesemua orang kembali resah.)


“Untuk menghapuskan Garuda.”


“Raja Agung kita iaitu Tuanku Izzuddin Shah haruslah dikorbankan bersama-sama dengan Garuda..”


“APA.!”


Semua orang menjadi tegang.


“Mengapa pula kami harus korbankan Raja Agung!” (Herdik Paduka Dharmasakti secara tiba-tiba sambil menghentakan tangannya diatas perehat lengan.)


“Sabar dahulu Kakanda… Kita berikan Daratua peluang untuk menjelaskannya dahulu.” (Paduka Azlan mencelah sambil memegang bahu Paduka Dharmasakti yang sedang marah.)


“Izinkan patik menjelaskannya wahai Paduka..”


Daratua menundukkan diri sebagai tanda memohon maaf dan meminta izin untuk memperjelaskan alasan yang diberikannya sebentar tadi.


“Semua sedia maklum bahawa sesungguhnya keturunan Tuanku Izzuddin Shah yang telah menciptakan kekuatan Batu Permata ini.. Oleh itu, untuk menghapuskan sumpahan sihir kegelapan Angmaar dan mengembalikan semula sinaran buat bangsa Bakha, Raja Agung kita iaitu Tuanku Izzuddin Shah perlu menjadi penganti sumpahan bagi Angmaar kepada rakyat jelata sekaliannya.”


“Dalam erti kata lain, Tuanku Izzuddin Shah harus mengantikan nyawanya demi menyelamatkan bangsa Bakha dari sumpahan Angmaar..” (jelas Daratua.)


Seketika suasana menjadi sayu dan hening.. Semua rakyat dan Paduka mula merasa resah kerana takut akan kehilangan Raja Agung yang disayangi oleh mereka.


Raja Agung mula bertitah dengan nada sayu.


“Hmm.. Baiklah..”


“ Jika hanya tinggal itu sahaja caranya untuk kita menghapuskan Garuda, maka Beta sanggup lakukannya walaupun taruhannya adalah nyawa Beta sendiri.. Beta sanggup demi rakyat Beta yang Beta kasihi..”


“Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.” (kata Tuanku Izzuddin Shah.)


Untuk menghilangkan kedukaan semua rakyatnya, Raja Agung terus bangun dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka semua.


“Paduka Dharmasakti.!”


“Beta mahu kamu bantu Daratua dalam menyiapkan keris seperti yang dimahukannya.”


“BAIK.!” (balas Paduka Dharmasakti.)


“Paduka Wijaya Setia.!”


“Beta mahu kamu hantarkan beberapa pasukan pengintip ke perbatasan negeri Bakha.! Pastikan mereka mengikuti rapat sebarang perkembangan yang ada disana.. Dan segera maklumkan kepada kita jika ada sebarang pergerakan dari pihak lawan..”


“BAIK TUANKU..!” (sahut Paduka Wijaya Setia pula.)


“Kepada Paduka yang lainnya, Beta mahu kamu kumpulkan bala tentera yang masih boleh berjuang. Berikan mereka kelengkapan penuh, lakukan persiapan peperangan dengan segera! Kita akan berangkat untuk menyerang Garuda selepas 1 purnama.”


“BAIK TUANKU.!” (Jawab Paduka Mamut Aria dan Paduka Azlan.)


“Wahai sekalian rakyat jelata..


Hari ini telah Beta putuskan..


Bahawa sejarah hitam kita semua..


Akan lenyap bersama jasadnya Garuda..


Biar darah menjadi saksi.!


Biar nyawa Beta menjadi ganti.!


Namun..


Kemerdekaan yang akan kita perolehi nanti,


Adalah..


KEMERDEKAAN YANG HAKIKI.!”


Dengan mendengar kata-kata semangat dari Tuanku Izzuddin Shah, maka bergemalah suara diseluruh pelusuk istana yang mampu membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan merasa mengigil..


“DAULAT TUANKU..!”


“DAULAT TUANKU..!”


“DAULAT TUANKU..!”


Dalam memarakkan semangat kesemua rakyat jelatanya, Tuanku Izzuddin Shah sempat bertentang mata dengan isterinya yang sedang sarat mengandung. Kelihatan wajah isterinya agak kerisauan melihat baginda dari tingkat atas singgahsana sambil beliau mengusap kandungannya..


Tuanku Izzuddin Shah hanya mampu tersenyum untuk menyembunyikan kesedihan dibenak hatinya dari dilihat oleh isterinya yang tercinta…

__ADS_1


__ADS_2