
“Paduka Azlan berjalan dengan sombongnya menuju ke singgahsananya. Lantas beliau pun duduk diatas kerusinya dengan mengenakan pakaian tempur serba yang lengkap.
“Panglima! Arahkan para tentera kita mengunci ke semua pintu masuk ke istana Beta sekarang!” (jerit Paduka Azlan.)
“Tapi Paduka, rakyat masih ada diluar.” (jelas Panglima.)
“Kamu mahu melawan Beta?!”
“Siapa yang harus kamu jaga sekarang? BETA ATAU MEREKA?!” (herdik Paduka Azlan.)
“Pa..Paduka..” (jawab Panglima.)
“Hmm.. Kalau begitu ikut sahaja perintah Beta!” (balas Paduka Azlan.)
“Menjunjung Paduka!” (jawab Panglima.)
Sebelum sempat Panglima ingin melakukan tugasnya, Paduka Azlan memanggilnya kembali.
“NANTI!”
“Sebelum itu, Beta juga mahukan kamu segera kumpulkan dua puluh orang Tentera Elit, dan lima puluh orang pemanah dengan kadar yang segera! Beritahu mereka untuk lindungi Beta sekarang juga!” (kata Paduka Azlan.)
“Ba..Baik!” (jawab Panglima lantas terus pergi meninggalkan singgahsana.)
“Hmm..”
“BODOH!”
“Apa mereka tidak tahu kalau tiada ketua, maka negeri ini tiada ertinya? Masih lagi peduli dengan nyawa rakyat lemah diluar sana. Nyawa aku yang lagi penting sekarang!” (herdik Paduka.)
Keadaan dikawasan pintu gerbang utama semakin kacau-bilau. Kekuatan tentera Angmaar yang sangat kuat menyebabkan para tentera Nauria terpaksa mengundurkan diri buat sementara waktu. Disaat Tengku Muzaf sedang membawa kami ke kubu tempur, tiba-tiba datang seorang panglima menghadap Tengku Muzaf.
“TENGKU! TENGKU!”
“Kawasan pintu Gerbang Utama sudah berjaya ditembus oleh para tentera Angmaar!” (kata Panglima.)
“APA?!”
“Pintu kedua pun?” (tanya Tengku Muzaf.)
“Ya Tengku! Sekarang para tentera kita sudah mula berundur.” (jawab panglima.)
“Bagaimana pula dengan tentera elit? Dimana mereka? Kenapa mereka tidak menjaga pintu kedua? Kemana mereka menghilang?” (tanya Tengku Muzaf.)
“Tentera Elit.. Tentera Elit sudah kekurangan anggota akibat separuh dari jumlah mereka telah pun ditarik oleh Paduka Azlan! Baginda menyuruh dua puluh orang tentera Elit dan lima puluh orang pemanah untuk mengawal beliau dan juga istana manakala tentera pengawal yang lainnya telah pun ditempatkan disetiap pintu masuk istana seramai tiga puluh orang.” (jelas Panglima.)
“APA!” (kami semua terkejut.)
“Bagaimana dia boleh terfikir untuk bertindak sebodoh itu? (herdik Tengku Bujakng.)
“Sudah, tidak mengapalah. Kamu arahkan kesemua tentera untuk bertempur dibarisan hadapan sekarang juga! Nanti kami akan menyusul.” (jawab Tengku Muzaf.)
“BAIK TENGKU.” (balas Panglima.)
“MARI KITA.” (kata Tengku Muzaf.)
“MARI!” (sahut kami.)
“AWANG nak ikut!” (Jerit Awang.)
“Tak boleh! Awang dengan Puteri pergi ke kem rawat. Disana mereka juga memerlukan kita. Mungkin Awang dan Puteri boleh membantu mereka.” (jelas Suri pada Awang dan Puteri.)
“Hmm! Baiklah!” (jawab Puteri.)
Lantas Puteri pun menarik tangan Awang meninggalkan kami sambil diiringi oleh dua orang tentera menuju ke kem rawat. Kami pun terus menyambung semula lari kami menuju ke pintu Gerbang Utama.
Sesampai sahaja disana, kami melihat keadaan sangat kacau-bilau. Para tentera Nauria seperti hilang arah sekarang. Tengku Bujakng tanpa banyak bicara, terus menunjukkan aksinya yang luar biasa. Dia terus bertukar menjadi buaya jadian dan terus berlari kearah para tentera Angmaar. Tentera Angmaar yang melihat kehadirannya, terus terkejut besar.
“Serang bahagian dada mereka! Itu titik kelemahan mereka!” (jerit Tengku Muzaf kepada para tentera Nauria.)
Mendengar kata-kata dari Tengku Bujakng, terus membuatkan para tentera Nauria terkesima sebentar.
“Benarkah kata dia? Baiklah kalau sudah begitu!”
“SEMUA! IKUT ARAHAN TENGKU! KITA SERANG BAHAGIAN DADA MEREKA!” (jerit Panglima.)
Tentera Nauria pun terus mengikuti kami ke medan tempur. Maka bertempurlah kami sekali lagi. Bertempuran itu menjadi semakin dahsyat dan hebat tak kala kami terpaksa berhempas pulas untuk menghentikan kemaraan tentera Angmaar. Disaat aku bertempur, aku melihat susuk BADANG!
“Wau. dia juga turut bertempur!” (bisik hatiku.)
Badang menggunakan kekuatannya dengan menumbuk seramai yang mungkin para tentera Angmaar yang ada berdekatan dengannya. Satu hayunan tumbukkannya sahaja mampu untuk menghancurkan kepala tentera Angmaar.
“Kuat juga rupanya dia” (bisik hatiku.)
Lantas Ayu mencelah.
“Tapi sia-sia sahaja semua itu. Kau lihatlah mana-mana tentera Angmaar yang terkena serangan Badang itu, pasti akan pulih kembali seperti sedia kala.”
“Hmm. Aku mesti memberitahu Badang supaya menumpukan serangannya itu pada dada musuh. Tapi bagaimana caranya? Jarak aku diantara dia terlalu jauh!” (balasku semula.)
“Gunakan kekuatan kau! Tumpukan kekuatan serangan penuh kau pada tangan kau! Lalu libaskannya pada musuh sekuat tenaga kau! Nescaya kau terpesona dengan kuasa kau sendiri.” (jawab Ayu.)
“Hmm! Baiklah!”
Aku pun terus mengikuti apa yang katakan oleh Ayu sebentar tadi. Disaat aku sedang menumpukan perhatianku tiba-tiba aku merasakan seperti ada satu aura yang tersangat kuat sedang bergerak dari sekitar tubuhku menuju ke kedua-dua pergelangan tanganku, lantas aku merasakan jantungku mula mengeluarkan satu degupan yang amat kuat sekali.
“DUPP!”
Aku sedikit terkesima dengan situasi itu.
“SEKARANG!”
“Lakukan Libasan Angin Hitam!” (jerit Ayu.)
Aku pun terus mengikuti arahan Ayu..
“LIBASAN ANGIN HITAM!” (jeritku.)
Aku pun melibaskan pedangku, lantas aku melihat dengan mata kasarku seperti ada sesuatu yang bergerak secara mengiring kearah pasukan tentera Angmaar.
“AARGHH!” (menjerit para tentera Angmaar kerana terkena Libasan Angin Hitam.)
Aku terus terkejut melihat libasan yang aku lakukan itu telah membuatkan hampir lima belas orang tentera Angmaar terkorban hanya dengan satu libasan sahaja.
“APAKAH?” (aku terkejut.)
“Hah!” Kalau berterusan begini, mudahlah untuk kita menang!” (bisikku.)
“Ya. Tapi kau mesti ingat, jika kau kerap menggunakannya akan mengakibatkan tenaga kau mula berkurangan, dan ini sangat bahaya untuk nyawa kau kerana ia mampu meragut nyawa sendiri.” (jelas Ayu.)
“Ya. Baiklah aku mengerti. Tapi apa-apa pun, ini sudah cukup bagus untukku.” (balasku semula.)
Setelah aku melihat adanya ruang yang terbuka, aku pun terus cuba mendekati Badang serapat yang mungkin. Badang yang sudah kelelahan masih lagi berdiri teguh hendak melawan. Kedengaran nafasnya yang agak lelah menandakan dia sudah penat.
“Abang Badang!” (jeritku.)
“Oh! Kau rupanya Azizi. Ada apa ya?” (tanya Badang.)
“Tumpukan serangan Abang Badang pada dada mereka! Kelemahan mereka ada pada bahagian dada mereka!” (jeritku lagi.)
“Ha? Benarkah? Kenapa pula?” (tanya Badang yang kebingungan.)
“Kerana disitulah titik pusat ilmu hitam Angmaar! Dengan menyerang bahagian dada mereka akan menyebabkan kawalan kuasa hitam Angmaar kian menghilang!” (jelasku.)
__ADS_1
“Oh! Begitukah? Hahaha.. Terima kasih kerana sudi beritahuku. Mari kita ajar mereka sampai *****!” (balas Badang.)
Badang terus mengeluarkan kekuatan terakhirnya dengan menggunakan teknik tumbukan tangan seribu. Aksi Badang itu telah berjaya membuatkan para tentera Angmaar gugur satu persatu seperti gugurnya daun dari dahan pokok.
“Bagus! Jika berterusan begini, nampaknya peluang untuk kita menang semakin cerah! Namun kehadiran tentera Angmaar makin bertambah. Apakah aku mempunyai cukup tenaga untuk melawan mereka?” (bisiku lagi.)
Jumlah kawanan para tentera Angmaar yang sangat banyak telah menyebabkan benteng pertahanan tentera Nauria mulai pecah. Ramai tentera Nauria yang mula mengundurkan diri, dan merasakan bahawa mereka akan kalah.
“Berundur!”
“Berundur!”
“Mereka terlalu ramai! Kita kumpul semula kekuatan tempur kita dahulu!” (jerit Panglima Nauria.)
“AZIZ! Mari kita berundur!” (jerit Tengku Bujakng.)
“Hmm! Baiklah!” (balasku.)
Suasana menjadi semakin kelam-kabut. Pasukan tentera Angmaar berpusu-pusu memasuki kawasan Istana Nauria. Ramai tentera Nauria yang telah terkorban. Nampaknya peluang untuk mereka bertahan semakin tipis. Mereka hanya mampu mengharapkan sebarang keajaiban sahaja buat masa sekarang.
Di Kubu Tempur.
Awang yang tidak dapat melihat aksi pertempuran dari jarak dekat merasa sangat gelisah. Dia berjalan bermundar-mandir sambil memikirkan sesuatu. Lantas dia terus nekad untuk memanjat naik keatas sebuah bumbung rumah untuk melihat situasi perang pada ketika itu. Awang melihat keadaan medan tempur di pintu Gerbang Utama semakin menyulitkan. Keadaan huru-hara membuatkan ramai para tentera Nauria telah terkorban. Ada juga yang telah melarikan diri meninggalkan medan peperangan.
“Mereka semakin ramai! Nampaknya jika keadaan sebegini berterusan, Nauria akan jatuh! Aku mesti lakukan sesuatu.” (bisik Awang.)
“Puteri! Kita harus lakukan sesuatu!” (ujar Awang.)
“JANGAN! Kita harus tetap berada disini. Ini pesan Abang Azizi dan Kak Suri. Kita tidak boleh bangkang!” (jelas Puteri.)
“HABIS?”
“Kau nak melihat sahajakah disaat ramai rakyat Nauria yang akan terkorban?” (tanya Awang.)
“Kalau kau tidak mahu menolong, biar aku sahaja yang pergi seorang diri!” (kata Awang sambil berlari meninggalkan Puteri.)
“AWANG, NANTI!” (jerit Puteri.)
Puteri terus berlari mengejar Awang.
“Awang, kau mahu kemana?” (tanya Puteri yang mengikuti langkah Awang.)
“Aku hendak naik ke menara pemerhati!” (jelas Awang.)
“Menara pemerhati? Untuk apa?” (tanya Puteri lagi.)
“Abang Azizi ada amanahkan aku untuk menggunakan tetuang ini jika keadaan semakin darurat. Sebab itu aku hendak pergi ke menara pemerhati untuk aku tiupkan ia. Barulah kuat bunyinya nanti.” (jelas Awang lagi.)
“Eh? Bukankah ini tetuang perang milik bangsa Daiya? Paduka Djata yang berikan tetuang ini kepada Abang Azizi tempohkan? (tanya Puteri lagi.)
“Ish, kau ni banyak tanya la. Kau ikut sahajalah!” (herdik Awang.)
Sambil Awang membebel, Awang telah tersalah membuka pintu yang ada dimenara itu. Pintu itu telah membawa mereka ke kawasan laluan tembok menara.
“AWANG!” (Puteri menjerit pada Awang.)
“ALAMAKK!” Salah pintu!” (Herdik Awang yang terkejut setelah melihat kelibat pasukan tentera Angmaar yang begitu ramai di hadapan mereka.)
“TUTUP PINTU LEKAS!” (jerit Puteri.)
Awang dengan pantas menutup semula pintu itu, lantas mereka menindih pintu tersebut dengan pelbagai barang yang ada disitu.
“Cepat! Mari kita lari naik ke atas!” (jerit Awang sambil menarik tangan Puteri.)
Rempuhan demi rempuhan dilakukan oleh pasukan Tentera Angmaar dan akhirnya pintu itu berjaya dipecahkan oleh mereka.
“TANGKAP MEREKA!” (Jerit seorang tentera Angmaar.)
“HAH?”
“Itu suara Awang dan Puteri!” (kata Suri.)
Suri pun terus memandang kearah sebuah menara. Kelihatan sepertinya menara itu sedang dikepung oleh sekumpulan tentera Angmaar.
“Mereka ada disana!” (herdik Suri.)
Suri pun terus berlari kearah menara tersebut untuk menyelamatkan Awang dan Puteri. Tindakan Suri dilihat oleh Tengku Muzaf yang turut berada berdekatan dengan Suri.
“Cepat Awang!” Lari keatas! Mereka sudah semakin dekat!” (jerit Puteri yang berada dibelakang Awang.)
“Kau gunakanlah kuasa kau itu Puteri! Bagi mereka jadi batu!” (jerit Awang.)
“Tak boleh! Kuasa Puteri sudah habis!” (jerit Puteri kembali.)
“KEMANA KAU HENDAK LARI BUDAK!” (jerit tentera Angmaar.)
Tangan seorang tentera Angmaar sudah hampir untuk mencapai bahu Puteri, tiba-tiba Suri muncul dengan melompat masuk melalui arah jendela menara, dan terus menyepak tentera Angmaar itu sehingga jatuh tersungkur ke bawah.
“Hah?” Itu Kak Suri!” (jerit Awang.)
“Sudah! Cepat Awang, Puteri! Lari lekas naik ke puncak menara! Akak akan cuba lengahkan mereka. (Suri mengarah.)
“HMM! BAIKLAH!” (sahut Awang dan Puteri lantas berlari mereka meninggalkan Suri dibelakang.)
Suri pun terus berlawan untuk melengahkan masa pihak musuh. Suri membaling segala kotak yang ada disitu terus kearah musuh sehingga menyebabkan mereka kesemuanya telah jatuh dari tangga menara.
“Mereka terlalu ramai. Aku perlukan sesuatu yang dapat melumpuhkan mereka semua serentak!” (bisik Suri.)
Lantas Suri terpandang kearah sebuah tong minyak yang berada disebelah himpunan para tentera Angmaar yang telah jatuh itu.
“Hah! Itu dia!” (bisik Suri.)
“AWANG!”
“LASTIK KAU!” (jerit Suri.)
“Hah? Lastik? Kenapa?” (tanya Awang.)
“Akak mahu kau lastik tong itu!” (jerit Suri sambil menunjukkan tong yang berada dibawah sana.)
“Ohh, Baiklah!” (balas Awang.)
Awang pun terus mengikuti arahan Suri dengan melastik tong tersebut sehingga menyebabkan minyak yang berada di dalam tong itu mulai bocor. Suri yang melihatnya terus mengambil obor dan melemparkannya kebawah.
“LARI NAIK KEATAS!” (jerit Suri sambil berlari kearah Awang dan Puteri.)
“BOOMM!!”
Maka berlakulah satu letupan yang agak kuat sehingga menyebabkan para tentera Angmaar yang sedang berpusu-pusu untuk memasuki ke dalam menara itu terpelanting keluar dari menara.
“ADUH!” (jerit Suri, Awang dan Puteri yang berjaya melompat keluar dari kawasan bahaya.)
“Kamu berdua tidak apa-apakah Awang, Puteri?” (tanya Suri.)
“Ya kak. Kami tidak apa-apa.” (balas Awang.)
“Kenapa kamu berdua naik ke menara ini? Bukankah Kakak sudah berpesan supaya tunggu di kem tempur sana?” (tanya Suri yang agak marah.)
“Awang ni Kak! Konon nak selamatkan penduduk Nauria. Huh!” (balas Puteri yang agak kesal.)
“Ish, kau diamlah!” (balas Awang.)
“Amanat Abang Azizi harus saya tunaikan dengan segera kak!” (jelas Awang.)
__ADS_1
Suri yang mendengarnya mula terasa bingung. Lantas Awang pun mengeluarkan tetuang yang disimpannya itu.
“Itu.. Tetuang perang milik bangsa Daiya.” (bisik Suri.)
“TRUMP… TRUMP…”
Awang pun meniupnya dengan sekuat hati sehingga membuatkan peperangan terhenti sejenak. Semua orang melihat kearah menara yang telah mengeluarkan bunyi tetuang itu.
“Itu..”
“Itu bunyi semboyan perang Daiya!” (kata seorang tentera Nauria.)
“Mereka ada disini? Apa mereka bersama kita?” (tanya seorang lagi tentera Nauria lagi.)
Semua orang mendiamkan diri seketika seolah-olah seperti peperangan itu sedang dihentikan oleh masa. Tiba-tiba terdengar sebuah suara derupan tapak kaki sedang berlari datang kemari. Setiap orang dapat merasakan sebuah getaran yang sangat kuat melalui tapak kaki mereka. Setelah itu, kelihatan munculnya sekumpulan tentera yang tidak dapat dikenal pasti dari arah barat.
“Itu Paduka Djata Mamut Aria!” (jerit Awang.)
“Nampaknya mereka telah datang untuk membantu kita!” (Balas Puteri.)
Suri yang terkejut mendengar jawapan dari Awang terus berlari untuk turut melihatnya. Lantas secara tidak semena-mena air mata Suri mula mengalir dengan sendirinya kerana merasa terharu.
“Akhirnya mereka datang juga.” (kata Suri.)
“Eh?”
“Itu..”
“Binatang apa yang mereka tunggang?” (tanya Awang.)
“Suri yang mendengar pertanyaan Awang, terus mengeluarkan teropongnya, lalu dia meneropong untuk melihatnya dengan lebih jelas.
“Ha?”
Tak mungkin!”
“Itu..”
“KOMODO!” (kata Suri.)
“APA! KOMODO?” (jerit Awang dan Puteri.)
“Awang nak tengok!” (jerit Awang.)
Suri pun memberikan teropongnya kepada Awang.
“Iyalah! Itu Komodo! Hahaha.. Besarnya! (jerit Awang sambil ketawa.)
Segerombolan pasukan tentera Daiya telah datang untuk membantu para tentera Nauria dengan masing-masing menunggangi Komodo yang sangat besar. Setiap haiwan Komodo itu akan dinaiki seramai dua orang tentera Daiya. Tentera tombak yang akan mengemudi Komodo, manakala tentera pemanah pula akan berada dibelakang tentera tombak.
Kehadiran pasukan Daiya telah membuatkan para pasukan tentera Angmaar menjadi ketakutan. Kehadiran mereka dengan jumlah hampir lapan ratus tentera yang menunggang Komodo telah menaikkan kembali semangat juang para tentera Nauria.
“Kuatkan semangat semua! Daiya telah datang untuk membantu kita! (jerit seorang Panglima kepada anak buahnya.)
“SERANG MEREKA!” (jerit Paduka Djata.)
Maka berpusu-pusulah para penunggang Komodo menyerang para tentera Angmaar yang ada dihadapan pintu Gerbang Utama. Berlari para pasukan tentera Angmaar yang melihat beratus ekor Komodo datang untuk menerkam mereka dengan kelajuan yang penuh.
“PEMANAH, TEMBAK!” (jerit Paduka Djata.)
Para pemanah pasukan Daiya pun terus memanah ke udara. Lantas sementara langit bertukar gelap.
“LARI!” (jerit seorang tentera Angmaar.)
Berselerak tentera Angmaar cuba hendak melarikan diri, namun ianya sudah pun terlambat. Ratusan anak panah mendarat dan mengenai para tentera Angmaar. Kemudian satu rempuhan besar pun terjadi disitu akibat dari rempuhan yang dilakukan oleh pasukan tentera Daiya yang menunggang Komodo. Kekalutan mulai terjadi keatas pasukan tentera Angmaar. Senjata mereka sukar untuk melukai kulit Komodo. Libas demi libasan, gigitan demi gigitan dilakukan oleh ratusan Komodo keatas pasukan tentera Angmaar.
“Hahaha.. Nampaknya kita akan menang!” (jerit Awang.)
“Iya.” (balas Suri.)
“Apa kau ingat semudah itu? (muncul suara dari arah belakang.)
Suri yang terkejut dengan pantas menoleh ke arah belakang.
“KAU!” (herdik Suri.)
“Iya. Aku. Siapa lagi..” (balas lelaki itu.)
“Siapa dia Kakak?” (tanya Puteri yang berlindung dibelakang Suri.)
“Dia..”
“Gegala.” (jawab Suri.)
Awang yang sedang asyik melihat kehebatan serangan tentera Daiya mula teralih pandangannya kearah satu sudut.
“Ha? Itu Pakcik!” (balas Awang.)
Awang tanpa berfikir panjang terus melompat turun dengan menggunakan sebuah bendera besar milik Nauria sebagai tali, lalu mendarat diatas sebuah bumbung rumah. Dengan pantas dia bergegas berlari kearah kawasan yang baru dilihat olehnya sebentar tadi.
“Awang kau mahu kemana?!” (jerit Suri.)
“Awang nak pergi selamatkan Pakcik! Pakcik dalam bahaya sekarang ini!” (jerit Awang yang lari meninggalkan mereka.)
“Ish!” Awang ni.. Puteri, cepat kejar Awang!” (balas Suri.)
“Baiklah Kak.” (jawab Puteri.)
Puteri pun berlari mengikuti Awang menuruni tangga menara.
“Kau mahu kemana!” (jerit Gegala yang hendak menerkam Puteri.)
Suri terus menghalang pergerakkan Gegala dengan pantas!
“Lawan kau adalah aku. Bukannya mereka!” (balas Suri.)
Suri pun terus melulu kearah Gegala untuk menikamnya, namun Gegala sempat mengelak tikaman Suri itu. Pertarungan sengit antara Gegala dan Suri pun bermula. Suri cuba menyerang Gegala dengan sekuat tenaga yang ada, namun setiap serangannya dapat ditempis dengan mudah oleh Gegala.
“HAHAHA..”
“Inikah yang dikatakan serangan terhebat yang dimiliki oleh Permaisuri Nauria? Hanya libasan angin sahaja? Hahaha.. Lemah!” (herdik Gegala.)
Kata-kata Gegala telah membuatkan Suri menjadi marah sehingga dia bertindak gopoh dalam serangannya. Gegala yang melihat peluang yang mula terhidang dengan pantas dia memanfaatkan peluang itu. Garuda terus menyepak perut Suri sehingga Suri jatuh tersungkur.
“Argh!” (Suri menjerit.)
Suri berlutut sambil memegang perutnya menahan sakit, lantas Suri memuntahkan darah.
“Oh.. Sakitkah? Hahaha.. Bangkit cepat! Aku belum puas lagi!” (Herdik Gegala.)
Suri yang mendengarnya, mula mencapai kembali pisau belatinya, lalu dengan perlahan dia mengusap darahnya yang ada di bibirnya itu.
“Aku... Tak akan.. Mengalah!” (jerit Suri.)
Suri terus menyerang kembali Gegala dengan sekuat tenaga yang dia miliki. Pertarungan mereka terlihat oleh Tengku Muzaf dari bawah.
“Haa? Itu Gegala dan..”
“Kanda Suri?!”
“Aku mesti selamatkan Kanda Suri!” (kata Tengku Muzaf.)
Tengku Muzaf terus berlari ke arah Suri untuk menyelamatkannya.
__ADS_1