
Para tentera milik Garuda dan para tentera bersekutu telah pun berkumpul di kawasan tanah lapang berhampiran dengan kawasan Gunung Berapi Mati.. Tiga puluh ribu tentera bersekutu telah bersiap siaga menanti arahan dari Raja Agung mereka, Tuanku Izzuddin Shah yang mengetuai peperangan kali ini..
Tuanku Izzuddin Shah telah melakukan strateginya dengan membahagikan para pasukan pemanah kepada dua bahagian, iaitu bahagian tempur dan pertahanan. Pasukan tempur kali ini akan diketuai oleh pasukan lembing berperisai, kemudian di ikuti dengan pasukan pahlawan berpedang.
Tuanku Izzuddin Shah sedang melihat suasana medan tempur sebelum peperangan dimulakan. Beberapa orang panglima sedang mengawal Raja Agung mereka yang dicintai..
“Hmm.. Kamu semua, pergilah bersama dengan para rakan juang kalian. Janganlah kamu risaukan keadaan Beta. Beta boleh menjaga diri Beta sendiri.” (kata Tuanku Izzuddin Shah kepada panglimanya.)
“Tidak Tuanku.. Sesungguhnya Tuanku adalah pemimpin kami.! Maka wajib bagi kami mengawal dan menjaga Tuanku dari sebarang ancaman yang berbahaya nanti..” (jelas seorang panglima.)
Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah mula tersenyum sinis.
“Terima kasih wahai rakyat Beta yang Beta kasihi. Beta sungguh terharu dengan sikap keberanian kamu semua yang sanggup bermati-matian demi menjaga keselamatan Beta.”
“Tapi.. Ingin Beta ingatkan, sesungguh kematian yang sudah ditentukan tidak mungkin dapat dihalang dan ditangguhkan oleh sesiapa sekali pun.” (balas Tuanku Izzuddin Shah.)
Disaat mereka sedang leka berbicara, datang para Paduka dengan menunggang kuda masing-masing, lalu Paduka Wijaya Setia iaitu Paduka bagi bangsa Asucia, turun dari kudanya dan terus mengadap Tuanku Izzuddin Shah.
“TUANKU..”
“Nampaknya para tentera kita semua sudah bersiap-siaga.! Hanya menanti arahan dari Tuanku sahaja..”
“Hmm.. Bagus..”
“Dengar sini semua Paduka.. Beta mahu Paduka Mamut Aria memimpin barisan hadapan, manakala Paduka Dharmasakti dan Paduka Wijaya Setia memimpin pasukan arah dari kiri dan kanan.. Untuk kamu, Paduka Azlan, Beta mahu kamu memimpin pasukan berkuda, dan menyelinap dari belakang bukit..”
“Tapi untuk apa Tuanku.? Patik juga ingin berada dibarisan hadapan Tuanku!” (balas Paduka Azlan.)
“Kanda, dengarkanlah dahulu penjelasan dari Tuanku.. Jangan bersikap kurang ajar seperti ini..”(jawab Paduka Mamut Aria.)
Paduka Azlan memandang Paduka Mamut Aria dengan dengan perasaan yang marah..
“ Paduka Azlan.. Ada sebab kenapa Beta mahu kamu bergerak dari arah belakang bukit. Beta mahu kamu menyerang dari arah belakang musuh.!”
“Dengan ini kita akan mengepung mereka dari empat arah penjuru..” (Jelas Raja Agung.)
“Oh.. Begitu.. Maafkan patik akan keterlanjuran dan kebodohan yang ditonjolkan oleh patik, Tuanku.. (jawab Paduka Azlan.)
“Tak mengapa.. Beta menegerti.. Sekarang Beta mahu kamu semua segera berangkat kerana peperangan akan bermula tidak lama lagi..” (titah Tuanku Izzuddin Shah.)
“BAIK.!”
“Menjunjung perintah Tuanku.!” (jawab kesemua para Paduka.)
“Kali ini kita akan berperang habis-habisan.. Tiada lagi jalan mundur kecuali kematian.. Biar putih tulang, asal jangan putih mata..” (ucap Tuanku Izzuddin Shah lagi.)
Kata-kata Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah telah membuat para Paduka mengenggam tangan mereka dengan kuat kerana dapat merasakan bahawa peperangan yang bakal mereka hadapi kali ini adalah merupakan peperangan yang paling dahsyat sekali dalam sejarah Langsamudera.
Angin dingin mula menyelubungi kawasan perang. Begitu juga dengan burung gagak yang sudah mula berkumpul dan berterbangan diudara kerana menanti mayat para tentera untuk dijamah. Ketegangan kian mula terasa.. Kesemua para tentera hanya berdiri seperti sebuah patung. Bertapa senyap sunyinya suasana pada ketika itu sehinggakan boleh mendengar akan suara angin yang rancak mengibarkan panji-panji yang dibawa oleh para tentera..
Mereka semua sudah pun di dalam keadaan bersiap siaga sambil menggenggam kuat akan senjata masing-masing. Hanya menanti sebarang arahan yang bakal diberikan oleh para Paduka. Anak mata para tentera saling memandang tajam kearah musuh yang jauh nun disana..
Disaat ketegangan kian memuncak, para tentera Garuda mula melakukan gertakan untuk menakut-nakutkan para tentera bersekutu dengan cara berteriakan sambil mereka mengetuk perisai masing-masing sehinggakan irama itu dapat didengari oleh para tentera bersekutu dengan sangat jelas.. Lantas keluarlah satu susuk lelaki yang sangat gagah, besar dan menggerunkan.. Tingginya hampir mencecah lapan kaki. Para tentera bersekutu dapat melihat dengan jelas seperti ada satu aura hitam yang mengelilinginya. Dengan susuknya yang besar dan menakutkan, dia berdiri diatas satu tembok menara lama, lantas dia pun berucap dengan nada suaranya yang garau dan menakutkan sehingga boleh membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan terasa mengeletar tubuh mereka hingga terasa sampai ketulang-menulang.
“LIHATLAH MEREKA..”
“Memegang senjata tanpa bertanya..”
“Mereka fikir mereka siapa?”
“Sungguh jiwa mereka kecil seperti anak yang baru mengolah langkah..”
“Biarkan mereka kemari.!”
“Akan kita sambut mereka dengan kematian.!”
“Cincanglah tubuh mereka sehingga tiada satu pun tersisa tulang-menulang.!”
“Kemudian akan kita ratakan seluruh Tanah Langsamudera ini seperti kita ratakan jasad mereka semua.!”
“INGAT wahai bangsa hina disana.!”
“Satu langkah kamu kemari, maka..”
“Hanya Kematianlah tempat akhirmu nanti..”
Maka berteriakkanlah seluruh pasukan Bakha yang telah gelap jiwa mereka, menyambut ucapan dari Raja mereka sendiri. Kata-kata itu telah membuatkan beberapa para tentera bersekutu mulai goyah, sehingga ada beberapa ekor kuda yang ditunggangi oleh para tentera mereka mula membuat bising seperti baru sahaja melihat akan kematian dihadapan mereka..
“SABAR SEMUA.!”
“SABAR.!”
“Jangan kamu semua goyah.!”
“Kita akan Menang.! Ingat itu.! Tiada Jalan Pulang kecuali Kemenangan.!” (Jerit Paduka Mamut Aria untuk menaikkan semula semangat tentera mereka..)
Seorang tentera yang berada di dalam barisan hadapan, mula bertanya kepada tentera lain yang berada disisinya..
“Siapa orang yang bercakap sebentar tadi itu?” (tanya tentera A.)
__ADS_1
“Kau tidak tahu?” (tanya tentera B semula.)
“Haha.. Maaf, ini adalah peperangan pertama saya..” (jelas tentera A.)
“Oh.. Patutlah.. Sebenarnya orang yang berucap dengan garang sebentar tadi itu, dia itulah GARUDA.. (jawab tentera B.)
Mendengar jawapan dari tentera itu, membuatkan tubuhnya mulai mengeletar.. Lantas tentera itu bertanya dengan tersenyum..
“Apakah kau sudah berumah tangga.?” (tanya tentera B.)
“Iya..” (jawab tentera A.)
“Apakah kau juga sudah mempunyai cahaya mata.?” (tanya tentera B lagi.)
“Ya.. Tapi masih lagi dalam kandungan isteri saya, dan itu adalah cahaya mata kami yang pertama..” (balas tentera A.)
“Kalau begitu, janganlah kamu takut dan risau. Kamu bayangkan wajah senyuman anak isteri kamu yang bakal terukir nanti, bila mereka dapat tahu bahawa kita telah berjaya menghapuskan si keparat ini semua dari muka bumi ini. Sesungguhnya peperangan ini akan segera berakhir wahai kawan..” (ujar tentera B.)
Mengalir airmata tentera itu apabila mendengar kata-kata dari tentera sebelahnya tadi..
“DENGAR INI SEMUA.!” (satu teriakkan kedengaran.)
“Beta tahu ada dari kalangan kamu semua yang sedang ketakutan sekarang ini.”
“Tapi percayalah.”
“Bahawa setiap kemenangan itu membawa seribu kemanisan.”
“Ingatlah.! Sesungguhnya apa yang kita lakukan untuk hari ini, lain tidak bukan adalah untuk anak cucu kita.! Biar kita berputih tulang, jangan kita berputih mata.! Biar mati nama dijulang dari hidup dicaci orang.!”
“Tiada jalan singkat, tiada jalan mundur.!”
“Yang ada cuma..”
“JALAN KEMENANGAN..!”
“DEMI LANGSAMUDERA YANG TERCINTA!”
Mendengar Ucapan Raja Agung telah membuatkan kesemua para tentera bersekutu dan para Paduka menjadi bersemangat semula.. Penyatuan hati rakyat bersama raja yang dikasihi telah membuatkan semangat juang mereka kembali berkobar-kobar.. Lantas bergemalah sekalian suara para tentera Bersekutu dibawah naungan Diraja..
“DAULAT TUANKU.!”
“DAULAT TUANKU.!”
“DAULAT TUANKU.!”
“PEMANAH.! BERSEDIA.! (jerit Paduka Mamut Aria.)
Tiba-tiba dari kawasan musuh keluar seorang lelaki yang gagah dan berotot, berjalan masuk ketengah medan perang. Lantas dia menjerit kearah pasukan bersekutu..
“AKU PANGLIMA GALBAR.!” Orang kanan kepada Tuanku Raja Garuda. Aku mahu mencabar Paduka kalian untuk datang beradu tenaga denganku.! Jika kau benar seorang pahlawan,”
“KELUARLAH KAU DAN TENTANG AKU..!”
“Tiada guna kau menyorong dibelakang askarmu yang bacul.! (jerit lelaki itu.)
Lalu keluarlah Paduka Mamut Aria dari barisan tempur, datang ke tengah medan perang sambil membawa lembing dan perisai bersamanya..
“Aku adalah Mamut Aria.. Paduka bagi bangsa Daiya.!”
“Cabaran remeh kau aku terima.!”
“Ayuh.! Mari kita beradu tenaga.!”
“Jangan biarkan kebosananku melanda.. Hahaha..” (balas Paduka Mamut Aria sambil ketawa kerana mengejek pahlawan itu.)
Pahlawan Bakha yang mendengar sindiran daripada Paduka Mamut Aria itu, terus menjadi berang. Lantas tanpa berfikir panjang dia terus berlari kearah Paduka Mamut Aria untuk menyerang, namun semasa pertempuran satu lawan satu itu hendak berlangsung, secara tiba-tiba satu anak panah telah dilepaskan dari arah pasukan bersekutu, dan terus terkena tepat kearah muka pahlawan Garuda itu.. Kejadian itu telah membuat semua orang menjadi terkejut. Pasukan dari Garuda yang melihat kejadian itu terus menjadi marah kerana mengganggap pasukan bersekutu telah memperdayakan mereka..
“Siapa yang lepaskan anak panah?”
“SIAPA?” (jerit Paduka Mamut Aria kepada pasukan pemanah).
Semua tentera pemanah melihat kekiri dan kekanan mencari siapa yang telah melepaskan panahan itu.. Lalu komander dari pasukan pemanah menjerit kepada Paduka Mamut Aria semula..
“TIADA SESIAPA PADUKA.!”
“KAMI JUGA TIDAK TAHU.!”
Paduka Mamut Aria pun menjadi bengang dengan kejadian itu, dan disaat itu juga dia tidak sengaja melihat anak panah yang berada diatas muka pahlawan Garuda yang mati itu, berubah bentuk secara tiba-tiba menjadi anak panah hitam.. Paduka Mamut Aria yang melihat situasi itu pun terkejut, lantas dia pun menjerit kearah pasukan tentera bersekutu..
“INI PERBUATAN ANGMAAR.!”
“DIA TELAH MENGABURI MATA KITA.!”
“ANAK PANAH INI MILIK PASUKAN MEREKA, BUKAN KITA.!”
“BERSIAP-SIAGA SEMUA.!”
Tiba-tiba sebuah kepulan asap berwarna hitam bergerak seperti sebuah ****** beliung lalu menghempap tanah. Lantas keluarlah kelibat Angmaar dari celahan asap itu dengan memakai jubahnya yang berwarna hitam pekat, berlengan perisai dan memakai topeng wajah manusia yang bercorak sambil memegang sebuah bola kristal yang dipenuhi dengan aura kutukan yang bergerak mengelilingi di dalam bola itu..
__ADS_1
Kesemua para tentera bersekutu yang melihatnya menjadi semakin ketakutan.. Ada sesetangah para tentera bersekutu yang ketakutan sehingga boleh mendengar baju perisai mereka bergeser satu sama lain.. Angmaar berjalan dengan perlahan menghampiri Garuda sambil ketawa kecil kerana berjaya melemahkan semangat pasukan bersekutu… Ketawa Angmaar tidak ubah seperti tawanya pontianak..
“Hahaha….” (ketawa Angmaar membuatkan Tentera bersekutu menjadi semakin ketakutan.)
“Izzuddin Shah.. Sudah lama aku tidak melihat dikau.. Akhirnya hari ini engkau muncul juga.. Hahaha.. Tidak sabar aku untuk mengambil jiwa kau yang enak itu sehinggakan bau jiwamu dapat dihidu sehingga kesini..”
“Marilah sayang, jangan kita lengahkan lagi. Aku sudah tidak sabar lagi untuk mencabut nyawa kamu semua satu persatu hanya dengan sekali rentap.!” (kata Angmaar.)
Mendengar kata-kata Angmaar, Garuda pun terus mengangkat tangannya ke udara, kemudian dia menurunkan tangannya sedikit, menghalakan tangannya kearah pasukan bersekutu.
“BUNUH MEREKA SEMUA.!”
Garuda memberikan isyarat kepada pasukannya untuk menyerang.. Maka berlarilah kesemua para tentera Garuda kearah pasukan bersekutu sambil menjerit seruan perang..
“AARRRR.!!”
“SERANG.!!”
“Pemanah, bersedia untuk menembak.! (jerit Paduka Mamut Aria sambil berlari memasuki ke dalam barisan tempur.)
Kesemua para tentera pemanah yang berada dibarisan tempur menghalakan panahan mereka ke udara..
“Tunggu…”
“Sikit lagi…”
“Sikit sahaja lagi..” (kata Paduka Mamut Aria sambil mengangkat tangannya diudara..)
Beberapa tangan tentera pemanah mula bergetaran kerana menahan anak panah dari dilepaskan..
“SEKARANG..!” (Jerit Paduka Mamut Aria sambil menghempaskan tangannya kebawah.)
Para pemanah pun terus melepaskan anak panah mereka selepas mendengar arahan. Lalu menjadi gelaplah seketika pada hari itu, kerana langit telah ditutupi oleh ribuan anak panah yang berterbangan di udara menuju kearah para tentera Garuda.
Para tentera Garuda yang melihat ribuan anak panah yang sedang datang kearah mereka, terus langsung menghalakan perisai mereka keatas.. Dengan kelajuan dan sasaran yang tepat, maka banyak anak panah yang mengenai tubuh tentera Garuda namun hanya sedikit sedikit tentera Garuda yang tumbang.
“MEREKA KEBAL.!” (Jerit seorang tentera bersekutu.)
“Merepek.!
“Mereka tidak kebal.! Cuma sasaran sahaja yang tidak mengenai mereka.. Tembak lagi..!” (Jerita Paduka Mamut Aria.)
Langsung semua para tentera pemanah mengulangi aksi mereka itu, sehingga anak panah mereka pun mulai berkurangan..
“Musuh sudah menghampiri.!”
“Pemanah undur kebelakang.!”
“Pasukan lembing.! Buat benteng,! ( jerit Paduka Mamut Aria.)
Para tentera pemanah yang mendengar arahan Paduka Mamut Aria, terus mundur dan bergabung dengan pasukan pemanah dibahagian pertahanan.. Dengan pantas pasukan lembing merapatkan saf mereka, dan menutup bahagian depan barisan mereka dengan perisai serapat yang mungkin sehingga kelihatan menjadi sebuah tembok yang besar. Lalu pasukan lembing dari barisan kedua menghalakan lembing mereka kearah hadapan, manakala pasukan lembing dari barisan ketiga pula menutup bahagian atas dengan perisai mereka sambil dibantu oleh pasukan keempat yang menghalakan lembing condong keatas.
Apabila pasukan Garuda menghampiri, maka pasukan lembing dari barisan kedua pun memulakan aksi mereka dengan menikam pasukan Garuda dengan lembing mereka sementara pasukan lembing dari barisan hadapan menahan segala rempuhan yang dibuat oleh para tentera Garuda.. Disaat rempuhan itu sedang berlangsung, ada salah seorang tentera lembing dari barisan hadapan , telah ditikam oleh tentera Garuda, menjadikan ruang tembok perisai sedikit terbuka namun kerana semangat juang yang tinggi, pasukan lembing berjaya mengawal semula keadaan dengan menggantikan tentera mereka yang gugur itu dengan tentera yang lain dengan pantas, sekali gus berjaya menutup ruang tembok itu dari ditembusi..
Namun tentera Garuda tidak berputus asa.. Ada sesetengah dari mereka telah cuba melompat untuk memecahkan benteng dari atas namun hasilnya tetap juga gagal kerana serangan dari atas juga amat mudah dipatahkan oleh tentera lembing.. Para tentera Garuda mula merasakan sedikit resah kerana mereka masih gagal untuk memecah tembok perisai sekaligus mereka dihujani dengan beribu anak panah yang terbang kearah mereka..
“BERTAHAN SEMUA.!”
“MUSUH SUDAH HILANG SEMANGAT.!”
“Jika berterusan begini, kemenangan pasti akan menjadi milik kita.!” (Jerit salah seorang tentera dari pasukan lembing.)
“Tuanku.. Nampak gayanya ada beberapa tentera Garuda yang sudah kelihatan mungundurkan diri..” (ujar seorang panglima kepada Raja Agung.)
“BAGUS.!” Nampak gayanya, rancangan kita akan berjaya.. Panglima, arahkan kesemua Paduka kita untuk meneruskan rancangan kita itu..” (arah Tuanku Izzuddin Shah kepada panglima).
Lantas panglima pun bergerak dengan kudanya untuk menyampaikan berita itu kepada kesemua Paduka yang lain.
“Hmmm..”
“Tapi Beta terasa mushkil kerana peperangan kali ini nampak seperti terlalu mudah..” (bisik Tuanku Izzuddin Shah kerana hatinya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.)
Dalam kegembiraan mula terukir dihati para tentera bersekutu kerana berjaya menahan serangan dari pasukan Garuda. Tiba-tiba sebuah serangan besar telah muncul..
“BAAANGGG..!!”
Satu pukulan besar telah menghancurkan benteng pasukan lembing. Ramai para tentera yang terpelanting ke merata tempat.
“APA KAH?” (semua tentera menjadi terpinga-pinga dengan kejadian itu).
Lantas Paduka Mamut Aria melihat Garuda yang sedang tersenyum kearah mereka..
“Berapa besar kekuatan dia yang sebenarnya ni.? (bisik Paduka Mamut Aria sambil menggenggam lembingnya dengan kuat kerana terkesima dengan olah yang dibuat oleh Garuda.)
Kesemua para tentera bersekutu terkejut dengan letupan sebentar tadi yang telah dihasilkan oleh Garuda.. Garuda telah melempar sebuah batu yang sangat besar kearah para tentera Bersekutu..
“Tak masuk akal.!”
“Seorang manusia mampu mengangkat sebuah batu besar yang berlipat ganda lebih besar dari tubuhnya? (jerit seorang panglima yang menjaga Tuanku Izzuddin Shah.)
__ADS_1
“Kita sekarang bukan berlawan dengan sesama manusia lagi..”
“Namun sekarang ini, kita sedang berlawan dengan IBLIS..” (kata-kata Tuanku Izzuddin Shah membuatkan beberapa panglima bersamanya menjadi terkejut sehingga bergetaran tubuh mereka.)