7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Untung Sabut, Atau Batu?


__ADS_3

Suasana di Istana Sari Permana menjadi sedikit tegang. Mata semua orang tertumpu kearah aku. Mereka sangat terkejut setelah melihat Keris Gading Delima ada bersamaku. Kelihatan raut wajah mereka semua berubah drastik seolah-olah seperti sedang melihat hantu yang menakutkan.


“Apakah benar kamu ini Damak yang dikatakan sudah lama menghilangkan diri dari khabar?” (tanya Paduka Djata.)


“Eh tidak! Saya bukannya Damak, bukankah saya sudah beritahu sebentar tadi, bahawa saya ini Azizi. Lagi pula saya tiada kaitan langsung dengan insan yang bernama Damak itu. Malah saya juga tidak mengenali orangnya. (Jawabku.)


“Apa kamu tidak berkata bohong?” (tanya Paduka Djata kembali.)


“Untuk apa patik berbohong? Bukan boleh berikan sebarang keuntungan buat patik.” (balasku.)


“Patik juga baru sahaja mengetahui nama Damak tapi itu juga hanya melalui Nenek Kebayan, Paduka.” (jelasku lagi.)


“Nenek Kebayan?”


“Siapakah dia? Beta belum pernah mendengar nama Nenek Kebayan sebelum ini.” (tanya Paduka Djata.)


“Oh.. Mungkin kerana Nenek Kebayan tidak begitu terkenal ditempat Paduka. Namun bagi negeri kami, Nenek Kebayan itu sebenarnya adalah seorang ahli nujum yang paling handal dinegeri Nauria, Paduka.” (Suri mencelah.)


“Hmm… Tapi, melihat dari aura yang ada pada kamu memang hampir sama seperti aura yang dimiliki oleh Damak.” (jelas Paduka Djata.)


“Jika kamu bukan Damak, bagaimana Keris Gading Delima boleh berada ditangan kamu?” (tanya Paduka Djata kembali.)


“Oh, keris ini adalah pemberian dari Nenek Kebayan kepada saya sebaik sahaja saya sampai di Nauria tempoh hari.” (jelasku.)


“Hah? Pemberian? Mana mungkin Keris sehebat ini boleh dijadikan hadiah dan diberikan kepada orang lain secara suka hati begitu. Lagi pula bagaimana Nenek Kebayan boleh memiliki Keris ini kerana mengikut pengamatan Beta, sepatutnya keris ini disimpan oleh Paduka dan hanya Paduka sahaja yang boleh memberikan keris ini kepada yang hak. Ini mesti ada udang disebalik batu.” (kata Paduka Djata.)


“Benar Paduka. Apa yang dikatakan oleh Azizi itu adalah benar kerana patik juga berada disitu tempoh hari. Bukan itu sahaja, kehadiran kami ke sini juga adalah kerana ingin menyampaikan amanat dari Nenek Kebayan dan juga amanat dari Ayahanda patik, Paduka Azlan Mahmud Baginda, Paduka.” (Suri mencelah lagi.)


“Amanat? Amanat apa?” (jawab Paduka Djata.)


“Sebenarnya Paduka Azlan Mahmud Baginda meminta patik dan rakan patik kesini untuk…”


“BOOMM!!”


Tiba-tiba muncul sebuah kepulan asap hitam dihadapanku dan membuatkan semua orang terkejut. Aku yang turut terkejut terus berganjak dari tempat dudukku, sambil aku menggosok mataku yang pedih akibat terkena asap hitam itu.


Selepas aku membuka mataku kembali, alangkah terkejutnya aku setelah aku melihat sosok seorang lelaki yang mengenakan jubah hitam sambil memegang segulung kertas berdiri dihadapanku. Lelaki itu menoleh ke belakang untuk melihatku, lalu dia tersenyum kearahku sehingga menampakkan gigi siungnya.


“SIAPA KAU?” (jerit Paduka Djata.)


Lelaki itu menoleh kehadapan semula lalu melihat Paduka Djata sambil tersenyum.


“Aku dikenali sebagai Bandara dan aku datang kemari membawa utusan dari Permaisuri Agung kami iaitu Angmaar.” (jawab lelaki misteri itu.)


Mendengar jawapan dari lelaki misteri itu membuatkan semua orang terkejut lantas mereka pun segera mengapai senjata mereka masing-masing untuk melawannya. Namun secara tiba-tiba mereka merasakan anggota tangan mereka tidak dapat untuk bergerak seolah-olah seperti sudah dikunci.


“Apa yang kamu mahukan dari kami?” (tanya Paduka Djata.)


“HAHAHA!!”


lelaki misteri itu hanya ketawa selepas mendengar soalan dari Paduka Djata lalu dengan tanpa berkata apa-apa, dia terus melemparkan gulungan kertas yang dipengang olehnya itu kearah Paduka Djata. Setelah dia melemparkannya, lelaki misteri itu pun terus menghilangkan dirinya di sebalik kepulan asap hitam tadi.


“ZZUPP...”


Semua orang menjadi tercengang dengan situasi itu. Sungguh menegangkan, aku melihat ada beberapa orang yang masih lagi memegang senjata mereka sambil ketakutan.


“BENDA APA ITU?” (semua orang mula bersuara.)


“Perangkapkah?”


“Nampak seperti surat yang biasa?” (suasana di dalam istana menjadi tegang.)


“Azizi..”


“Bolehkah kamu tolong ambil dan berikannya pada Beta?” (tanya Paduka Djata.)


Pertanyaan Paduka telah membuatkan ramai orang mula resah.


“Boleh Paduka.” (balasku.)


Aku pun terus mengambil surat itu lantas aku memberikan kepada Paduka Djata untuk dibaca.


“JANGAN PADUKA!”


“Bahaya! Mungkin saja ada perangkap di dalam surat itu!” (terdengar beberapa suara yang cuba melarang Paduka Djata dari membukanya.)


Dengan menghiraukan larangan mereka semua, Paduka Djata pun membuka surat itu dengan perlahan lalu membaca isi kandungannya dengan sangat kuat supaya dapat didengari oleh semua orang yang berada di dalam singgahsana istana itu..


“Sudah hampir segenap satu purnama,”


“Telah Kami kirimkan pesan kepada kerajaan Nauria, supaya tunduk kepada naungan kami, namun mereka menolaknya dengan bongkak sekali.”


“Maka kami terpaksa ratakan tanah mereka dan siramikannya dengan darah mereka sendiri seperti yang telah kami lakukan kepada Asucia.


“Oleh itu, hendak kami memberikan peringatan kepada mereka yang lain supaya tunduk dan taatlah kepada pemerintahan kami. Maka akan kami memberikan kurnia dunia yang sejahtera dan kehidupan yang harmoni dibawah naungan kami.”


“Namun jika ingkar, malah kamu bersekongkol pula dengan mereka yang dimurka, maka nasibmu jua akan sama seperti mereka yang lainnya.”


“Ingat wahai manusia yang hina, kami akan tuntut ini semua pada keesokan harinya. Segera serahkan jiwa kamu kepada Angmaar dan pulangkan semula Permata Kecubung kepada kami atau maut menanti.”


“Kami tunggu jawapanmu..”


Mendengar isi kandungan surat yang dibaca oleh Paduka Djata sebentar tadi telah membuatkan kesemua orang mula tekesima.


“Paduka, Apa yang harus kita lakukan?” (jerit orang yang ada dalam istana.)


Paduka Djata terus meronyokkan kertas itu lalu melemparnya dengan perasaan marah.


“CIS!”


“Tak guna kau Angmaar! Beraninya kau hendak bermain dengan api!”


“Nampaknya kau telah memulakan tindakan keji kau sekali lagi!” (herdik Paduka Djata.)


“Paduka, kita tidak boleh berdiam diri lagi. Angmaar mahukan jawapan dari kita esok pagi! Bagaimana ini?” (tanya seorang menteri.)


Keriuhan kian rancak dan makin tidak terkawal lagi. Ada satu pihak meminta Paduka Djata untuk menyerahkan diri, manakala satu pihak lagi meminta agar melawannya. Maka tercetuslah perdebatan yang hebat diantara mereka. Disaat kekecohan itu terjadi aku terpandang kearah Suri. Suri yang pada ketika itu tidak berkata apa, lantas dia bangun dan terus berjalan meninggalkan perkarangan istana seorang diri. Aku yang merasa kehairanan terus mengejarnya lalu aku menahannya dihadapan pintu istana.


“Suri nanti! Kamu mahu kemana?” (tanyaku.)


“Aku harus pulang ke Nauria sekarang juga.” (jawab Suri.)


“Tapi bukankah kita baru sahaja sampai, malah tugas kita disini juga belum lagi selesai.” (ujarku.)


“Kau tidak dengarkah Azizi? Angmaar mahu menyerang Nauria!”


“Aku mesti kembali ke Nauria sekarang juga! Mereka semua pasti memerukan pertolonganku! Apa gunanya aku bersumpah dihadapan panji Nauria jika aku tidak tunaikannya? Aku bukannya wanita yang pengecut Azizi! Aku adalah wanita yang punya tanggugjawab untuk membela tanah airku sendiri! Sekarang kau lepaskan aku sebelum tangan kau aku patahkan! (balas Suri.)


Aku yang mendengar amarah Suri, dengan perlahan aku melepaskan tanganku dari memegang bahu Suri. Suri yang melihat tindakanku ini, terus menyambung langkahnya semula menuju ke kereta kuda kami.”


“Nanti dulu Suri!” (aku cuba menahannya lagi.)


“Apa lagi yang kau mahu?” (herdik Suri.)

__ADS_1


“Aku tahu tanggungjawab kau besar, tapi dengarkan aku dahulu! Apa dengan bantuan kau seorang sahaja sudah cukup untuk membantu Nauria?” (tanyaku.)


“Tapi setidaknya aku mencuba!” (balas Suri.)


“Mencuba apanya Suri? Ini bukan mencuba, tapi ini membunuh diri namanya. Kita tidak boleh bertindak terburu-buru dalam hal seperti ini Suri.” (jelasku lagi.)


Penjelasan aku telah membuatkan Suri tersentak seketika lalu dia pun menundukkan kepalanya.


“Aku tahu kau sayangkan keluarga kau, kau sayangkan rakyat Nauria tapi dalam perkara seperti ini, kita tidak boleh bertindak terburu-buru. Kita perlu ada rancangan yang tersusun.” (kataku.)


“Hmm… Jika kau ada rancangan, apa rancangan kau?” (tanya Suri.)


“Hmm..” (aku berfikir sejenak.)


“Mari ikut aku.” (balasku.)


Aku dan Suri memasuki semula ke dalam singgahsana istana untuk bertemu Paduka Djata. Situasi di dalam istana pada saat itu sangat tegang sekali. Mereka semua bertekak tanpa menghiraukan Paduka Djata. Paduka Djata hanya mampu duduk diam dikerusinya sambil memegangkan kepalanya sahaja kerana terlalu rungsing memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini, sedang para menterinya pula masih lagi berdebat diantara mereka tanpa ada rasa hormat mereka kepada Paduka Djata. Aku yang melihat situasi itu terus berasa marah yang tak terhingga, lantas aku menjerit sekuat hatiku.


“DIAM!!”


Aku menarik Pedang Kencana Hitamku, lantas aku melemparkannya tepat di tengah ruangan singgahsana. Tindakanku itu telah membuatkan semua orang yang bertekak sesema mereka sebentar tadi terus terkejut lalu mereka terdiam seketika sambil melihatku.


Paduka Djata turut terkejut tetapi beliau bukan terkejut disebabkan tindakanku namun sebaliknya dia terkejut kerana aku memiliki Pedang Kencana Hitam.


“Bukankah itu Kencana Hitam, pedang sumpahan milik Angmaar?” (jerit seorang pembesar.)


“Kenapa pedang puaka ini boleh ada padanya? Dia tarik begitu sahaja? Bukankah pedang itu tersangatlah berat? Siapakah dia sebenarnya?” (tanya seorang lagi pembesar.)


“Azizi.. Tolong jujur pada Beta, tolong beritahu Beta siapa kamu yang sebenarnya? Sebentar tadi kamu memperlihatkan kami Keris Gading Delima, sekarang Pedang Kencana Hitam pula. Siapakah kamu? Mustahil jika orang biasa mampu mengangkat Pedang Kencana Hitam ini kerana ia terlalu berat.” (kata Paduka Djata.)


Aku hanya diam tidak berkata.


“Sudah pasti dia orang kanannya Angmaar! Lihat sahaja susuknya yang agak mencurigakan. Malah dia juga mampu mengalahkan Tengku Bujakng. Tidak mungkin dia manusia biasa melainkan dia telah mendapatkan bantuan dari kuasanya Angmaar!” (jerit seorang pembesar istana.)


“DIAM KAU!”


Menteri itu terus terkedu selepas ditengking olehku.


“Apakah hanya dengan bertekak sesama kamu, mampu menyelesaikan masalah? Apakah setara ini sahaja kehebatan para pembesar Daiya? Hanya mampu bertekak sesama sendiri tanpa memberikan sebarang hujah dan jalan penyelesaian?” (herdikku.)


“Kau siapa hendak menilai kami?” (jerit seorang pembesar.)


“Aku adalah orang yang menilai setara mana kehebatan kalian jika berhadapan secara langsung dengan tenteranya Angmaar. Jika kamu semua benar digelar sebagai ayam jantan, jangan disimpan taji disebalik pelepah. Tidak guna jika ayam pelepahnya cantik tapi ayamnya pengecut! ” (balasku.)


“Apa maksud sebenar kamu ini Azizi?” (tanya Paduka Djata.)


“Patik dengan rendah diri, memohon izin dari Paduka supaya dapat meminjamkan kekuatan Daiya agar rencana Angmaar dapat kita patahkan nantinya.” (jelasku.)


“Oh, Beta faham.”


“Jadi itu tujuan dari maksud kamu ini? Menunjuk-nunjuk akan semua kehebatan Damak dihadapan kami supaya kami semua tunduk dihadapan kamu, lantas kamu mahu menjebak kami supaya turut terlibat dalam peperangan menentang Angmaar pula? Begitu?” (herdik Paduka Djata.)


“Bukan itu maksud patik, Paduka. Tujuan patik datang kesini adalah untuk menyelesaikan misi patik. Itu sahaja.” (jelasku lagi.)


“Misi? Misi apa? (tanya Paduka Djata.)


“Patik ditugaskan untuk mengumpul semula kesemua Batu Permata yang disimpan oleh para Paduka serta menyampaikan pesanan dari Paduka Azlan Mahmud Baginda supaya Paduka menyerahkan tanah jajahan Asucia yang dimiliki oleh Paduka kepada beliau.” (jelasku lagi.)


“Oh jadi ini maksud kamu datang kemari? Sudahlah datang hendak mengambil hak kami, sekarang dengan beraninya kamu meminta kami agar menuruti kehendak kamu pula?” (herdik Paduka Djata lagi.)


Suri terus mencelah setelah melihat perbicaraan antaraku dengan Paduka Djata semakin menengang.


“Paduka! Bukan itu maksud kami.. Kami cuma…”


“SUDAH!”


“Tapi Paduka..” (Aku mencelah lagi.)


“SUDAH! CUKUP! Kamu masih lagi tidak mengerti bahasakah atau perlu Beta gunakan kekerasan keatas kamu supaya kamu mengerti?” (herdik Paduka Djata.)


Aku dan Suri hanya menundukkan kepala kami mendiamkan diri. Aku terasa agak kecewa dan marah kerana niatku untuk membantu Suri tidak kesampaian. Aku tahu Suri juga pasti turut kecewa denganku kerana aku dapat merasakan melalui riak wajah Suri sekarang.


Pada petang itu, kami berempat sedang merapikan kereta kuda kami dan memperkemaskan segala barang kelengkapan kami kerana kami ingin meninggalkan Daiya dengan kadar yang segera. Bagiku dan Suri tiada guna untuk kami menunggu disini dengan lebih lama lagi kerana kata-kata Paduka Djata sebentar tadi membuatkan kami merasa sangat kecewa. Suasana yang menyelubungi hati kami berempat pada ketika ini sangat dingin sekali. Kami melakukan kerja kami tanpa mengeluarkan kata-kata sepatah dua.


Disaat kami sedang bersiap-siap mengemas, tiba-tiba datang seorang pengawal.


“Maafkan saya Tuan Azizi, Cik Suri. Paduka Djata meminta kamu berdua untuk mengadap beliau sekarang juga dan beliau berpesan jangan disampaikan hal ini pada orang lain.” (kata pengawal itu.)


“Hmm.. Baiklah, kamu boleh pergi, nanti kami akan menyusul.” (jawabku.)


Kami semua memandang diantara satu sama lain dengan kehairanan.


“Kenapa Paduka hendak berjumpa dengan Abang dan Kak Suri? Hairan?” (tanya Awang.)


“Hmm.. Entahlah, abang juga musykil.”


“Apa dia hendak menghukum kita atas tindakan kita ke atas adiknyakah?” (Puteri mencelah.)


“Ish! Mustahil.. Kalau beliau berkehendak begitu, sudah lama dia lakukan, tapi ternyata tidak. Ini mesti ada udang disebalik batu.” (jawab Suri.)


“Suri, mari kita. Kamu berdua tunggu disini. (kataku.)


Awang dan Puteri hanya menggangguk faham sambil melihat aku dan Suri terburu-buru mengikuti jejak langkah pengawal sebentar tadi.


“Haish.. Kau tengoklah Abang Azizi dengan Kak Suri tu. Bagai pinang dibelah dua kan?” (kata Awang.)


“Hahaha.. Yelah. Memang sepadan. Semoga sahaja mereka ada jodoh.” (balas Puteri.)


Sampai sahaja dihadapan singgahsana istana, aku melihat Paduka Djata sedang bermundar-mandir dengan gelisahnya seolah-olah seperti ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya. Aku dan Suri melihatnya dengan keanehan sekali. Tiba-tiba beliau melihat kami berdua hadir dihadapannya. Tanpa menunggu masa beliau terus menyambut kami berdua dengan tergesa-gesa.


“AZIZI, SURI!”


“Syukurlah kamu masih lagi belum pergi.” (kata Paduka Djata sambil beliau memegang bahuku dengan erat.)


“Kenapa Paduka memanggil kami berdua kemari dan kenapa wajah Paduka nampak gelisah? Paduka ada masalahkah?” (tanyaku.)


“Beta mohon, kamu berdua tangguhkan dahulu niat kamu untuk meninggalkan Daiya ini. Beta sedar Beta sudah pun melukakan hati kamu berdua, namun Beta merayu, bantulah Beta.” (ujar Paduka Djata.)


“Apa yang sudah terjadi?” (tanya Suri.)


“Anakanda perempuan Beta, telah dibawa lari oleh tentera Angmaar sebentar tadi.” (jelas Paduka Djata.)


“APA?”


“ MAKSUDNYA DIA DICULIK?”


Aku dan Suri terus terkesima setelah mendengar berita yang mengejutkan itu.


“Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Paduka yakinkah ini oleh dari mereka? Apakah Paduka sudah mencarinya terlebih dahulu? Mungkin sahaja barangkali anakanda perempuan Paduka sedang berjalan keliling kota.” (ujarku pula.)


“Tidak! Itu tidak mungkin Azizi kerana anakanda Beta itu lumpuh kakinya. Jika dia ingin mengelilingi kota sekali pun, sudah pasti dia akan ditemani oleh para pengawal istana. Ini tidak, dia ghaib begitu sahaja dari biliknya tanpa diketahui oleh sesiapa.” (jawab Paduka Djata.)


Aku dan Suri kembali kehairanan..

__ADS_1


“Hmm.. Pelik?” (bisik hatiku.)


“Lagipula Beta sudah pun meminta bantuan dari ahli nujum Beta untuk meniliknya dan ternyata memang benar tekaan Beta bahawa anakanda perempuan Beta telah diculik oleh tenteranya Angmaar. Mereka mahu menjadikannya sebagai taruhan agar Beta menyerahkan kerajaan Beta kepada Angmaar. Tolonglah Azizi. Kamu sahajalah harapan Beta. Beta merayu..” (kata Paduka Djata.)


Tiba-tiba aku telah mendapatkan satu akal. Aku terus melepaskan tangannya dari menyentuh bahuku, lalu aku menoleh tubuhku kebelakang.


“Maaf Paduka, patik tidak dapat menolong Paduka. Paduka boleh cari orang lain. Patik pun ada banyak perkara yang harus patik selesaikan. Lagi pula, Paduka juga yang kata bahawa urusan kita sudah selesai.” (balasku semula.)


“NANTI!!”


Paduka Djata terus berlutut dihadapanku.


“TOLONGLAH!”


“BETA MERAYU! Tolonglah selamatkan anakanda Beta! (rayu Paduka Djata.)


Aku menggelengkan kepala kepada Paduka Djata. Paduka Djata yang melihatku merasakan sangat kecewa. Lantas dia berkata lagi.


“BAK.. BAIKLAH! Jika begitu, kamu cakaplah apa yang kamu mahu, Beta akan tunaikan semuanya! Asalkan kamu mahu menyelamatkan anakanda Beta.” (rayu Paduka Djata lagi.)


“Hmm.. Jika sudah demikian, baiklah. Patik akan tolong Paduka namun ada syaratnya.” (balasku.)


“Apa syaratnya? Jelaskanlah Azizi. Akan Beta cuba tunaikan.” (balas Paduka Djata.)


“Syaratnya, yang pertama patik mahu Paduka serahkan Batu Permata milik Daiya kepada patik. Yang kedua, patik hanya menginginkan jawapan sahaja dari Paduka sama ada Paduka mahu menyerahkan tanah jajahan Asucia yang dimiliki oleh Paduka kepada Paduka Azlan Mahmud Baginda ataupun tidak.” (kataku.)


Suri terus terkejut dengan syarat keduaku.


“Kenapa Azizi hanya meminta jawapan sahaja sedangkan Ayahanda memang benar mahukan tanah itu. Apa yang ada difikiran Azizi? Apa yang sedang dia sedang rencanakan sebenarnya?” (bisik Suri.)


“Dan yang terakhir, patik dan Suri dengan rendah hatinya memohon bantuan ketenteraan dari Paduka untuk membantu negeri Nauria yang bakal diserang oleh Angmaar tidak lama lagi.” (sambungku.)


Permintaanku membuatkan Paduka Djata termenung seketika. Lalu dia berjalan membelakangi kami sebentar. Melihat dari reaksi beliau, aku dapat merasakan bahawa Paduka Djata pasti tidak berapa berkenan dengan permintaanku ini. Tiba-tiba Paduka Djata menjawabnya.


“Hmm.. Azizi..”


“Untuk permintaan kamu yang pertama dan kedua itu, Beta akan cuba laksanakan walaupun agak perit untuk Beta telan kemudiannya. Bagi Beta, nyawa dan keselamatan anakanda perempuan Beta, jauh lagi penting dari dua perkara itu.”


Mendengar kata-kata Paduka Djata membuatkan aku merasa sedikit gembira namun Paduka Djata mencelah pula dengan berita yang kurang enak.


“Tetapi untuk syarat yang terakhir itu, Beta rasa Beta tidak dapat tunaikan kerana situasi negeri Beta sekarang ini amat menduka cita. Beta sudah kehilangan ramai rakyat Beta yang Beta sayangi dan Beta tidak mahu lagi adanya kematian dari kalangan rakyat Beta. Berikanlah Beta sedikit masa untuk Beta menyelesaikan dahulu kemelut yang melanda di negeri Beta ini sebelum Beta membuat keputusan untuk sama turut serta dalam peperangan ini ataupun tidak. Beta harap kamu berdua mengerti akan situasi yang sedang Beta tanggung sekarang ini.” (jelas Paduka Djata.)


“Sekali lagi aku dan Suri mendapatkan khabar yang agak kecewa dari Paduka Djata. Kami hanya menundukkan kepala kami sejenak kerana memahami akan maksud yang disampaikan oleh Paduka Djata. Lalu aku mengangkat kepalaku, dan aku senyum dihadapan Paduka Djata.


“Baiklah Paduka, jawapan Paduka akan patik tunggu. Sesungguhnya patik bukanlah sekejam Angmaar yang suka memaksa-maksa. (balasku)


“Terima kasih Azizi kerana kamu sangat memahami situasi yang sedang Beta hadapi sekarang ini. Sebelum itu, Beta ingin tahu untuk apa kamu menginginkan Batu Permata milik Daiya?” (tanya Paduka Djata.)


“Maafkan patik Paduka kerana tidak menjelaskannya terlebih awal dahulu.” (balasku.)


“Sebenarnya Paduka, tujuan patik mengumpulkan semula kesemua Batu Permata ini adalah kerana patik telah mendapat amanah dari Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang meminta patik mengumpulkannya kerana Nenek Kebayan telah mendapat ramalan bahawa Garuda akan dibangkitkan semula.” (jelasku.)


“APA!!”


“GARUDA AKAN DIBANGKITKAN SEMULA”


Paduka menjadi terkejut setelah mendengar penjelasanku.


“Ya Paduka.” (jawabku.)


“Patutlah Angmaar menghantar utusannya! Rupanya ada udang disebalik batu!” (kata Paduka Djata yang masih lagi terkejut.)


“Hmm.. Jika sudah begitu baiklah, syarat kamu mengenai Batu Permata itu, Beta izinkan! Kamu boleh berjumpa dengan Tengku Bujakng dan meminta terus darinya. Katakan padanya ini adalah arahan dari Paduka Djata.”


“Baiklah Paduka. Patik mengerti.” (balasku.)


“Baguslah. Azizi, Suri, malam ini kamu bermalam sahaja di sini kerana hari pun sudah lewat petang. Kamu tidak perlu mencari tempat rehat. Biar Beta sahaja yang melayani kamu kerana kamu adalah tetamu terhormat Beta. Beta akan menyuruh orang-orang Beta untuk menyediakan penginapan dan keperluan untuk kamu semua.” (jelas Paduka Djata.)


“Baiklah Paduka, Budi baik Paduka amat kami hargai.” (jawabku.)


“PENGAWAL!”


“Sila bawakan tetamu kita ini ke tempat istirehat tetamu.” (kata Paduka Djata.)


“Baik Paduka!” (balas pengawal.)


Pengawal pun mempersilakan kami untuk mengikutinya ke bilik tetamu yang disuruh oleh Paduka.


Malam itu kami berehat disebuah bilik tamu khas yang disediakan oleh Paduka kepada kami. Suri datang menghampiriku, lantas menyapaku yang sedang termenung diluar jendela.


“Azizi, jauh benar kau melamun? Apa yang sedang kau runsingkan?” (tegur Suri.)


“Ohh. Kau rupanya Suri. Tiada apa-apa. Cuma sedang berfikir dugaan apakah yang bakal kita terima keesokkan harinya.” (balasku.)


“Hmm.. Azizi, kau rasa Paduka Djata boleh terimakah dengan syarat kau itu?” (tanya Suri.)


“Entahlah Suri.. Aku cuma berharap beliau sudi menerimanya kerana dengan keadaan mereka yang sekarang ini sudah pasti mereka tiada pilihan lain selain mendapatkan bantuan dari negeri lain.” (jelasku.)


“Bagaimana jika beliau menolak?” (tanya Suri lagi.)


“Jika Paduka menolak bererti beliau sudah menolak tuah.” (balasku semula.)


“Tapi janganlah kau risau Suri. Aku sudah pun ada rencana lain jika Paduka Djata menolak persyaratanku tadi.” (kataku.)


“Apa rencana kau?” (tanya Suri.)


Aku mula tersenyum sinis, lalu berkata.


“Kata orang.. “Jika tiada rotan, akar pun jadilah.”


Suri melihatku dengan kebingungan..


“Aku masih tidak faham. Apa maksud kau?” (tanya Suri.)


“Begini……” (balasku lantas aku membisikkan pada telinga Suri.)


Setelah habis aku membisik..


“HOI.. HOI.. Perlukah kau berbisik? Mana ada orang disini.” (jelas Suri.)


“Ada..” (balasku sambil tersenyum.)


“Awang dan Puteri sudah tidur. Siapa lagi yang ada selain kita?” (tanya Suri.)


“Kita dimana? Istana Sari Permana bukan?” (tanyaku sambil tersenyum..)


“Ohh.. Baiklah, aku mengerti..” (balas Suri.)


Aku dapat merasakan malam itu kami sedang diperhatikan oleh beberapa orang. Berkemungkinan mereka adalah pengawal dari istana.


“Boleh berjayakah?” (tanya Suri secara tiba-tiba.)


“Hmm… entahlah…”

__ADS_1


“Kita cuma boleh mampu berharap sahaja buat masa sekarang ini. Untung Sabut timbul, untung Batu tenggelam. Sudahlah, aku nak tidur. Esok kita bincang lain. Selamat malam.” (balasku.)


Aku berjalan dengan perlahan meninggalkan Suri, lantas terus ke bilik tidurku.


__ADS_2